2020-02-14

Adab Berhutang


Every year aku tulis pasal ni.
Tak, bukan nak mengungkit apa-apa.
At this age, aku dah malas nak kutip hutang.
Sebab balance umur aku pun dah tak banyak, now is the time gear 5 buat banyak pahala.
Jadi aku ambil manfaat dari hadis Rasulullah saw "Siapa yang ada apa-apa hak ke atas seseorang [hutang] dan dia memberi penangguhan pembayaran kepada saudaranya itu, maka dia mendapat pahala sedekah bagi setiap hari yang dia tangguhkan" [HR Ahmad].
Sesiapa yang ambil duit dari aku dengan akad PINJAM, aku tangguhkan sehingga korang boleh bayar balik. No problem.

Tapi tidaklah bermakna aku ajak semua orang yang memberi hutang menangguhkan hutang.
Sebagai pemberi hutang, korang ada hak untuk tuntut, takde masalah.
Nak tuntut boleh, nak tangguh boleh, nak sedekah pun boleh.
Yang tak bolehnya, si penghutang gunakan hadis tu sebagai alasan untuk tak bayar hutang.
Sebagai peminjam, jangan mengelat. Bayar tetap kena bayar melainkan dah dihalalkan.

Cuma aku nak bercakap pasal adab berhutang supaya kita jangan simply berhutang for no reason.


1. Mesti ada reason kenapa perlu berhutang.

"Ada ke orang berhutang saja-saja?"

Ada.

Jenis yang dah kerap sangat berhutang dan kerap terlepas dari membayar hutang, akhirnya kerjanya asik nak meminjam je.
Ikhtiar nak membayar takde, yang dia ada cuma ikhtiar meminjam dari sorang ke sorang yang lain.
Time nak meminjam pandai pulak usaha pujuk rayu, tapi bila nak bayar tetiba jadi bisu.
Kadang-kadang jadi halimunan.
Dek kerana selalu sangat meminjam, dia dah tak boleh beza keperluan meminjam.
Sedangkan berhutang mestilah kerana benar-benar terpaksa/terdesak.
Kalau tak terdesak sangat, tak payah pinjam.


2. Kena ada perancangan untuk bayar.

Kebanyakkan kita buat silap part ni.
Sesuka hati bagi pinjam duit tanpa bertanyakan how are they going to pay back.
Asal dia bagitau sebab-musabab nak meminjam, hati kita bertukar jadi tisu.
Kita pun bagi bodo-bodo gitu dan yakin dengan statement "nanti ada duit aku bayar balik".
Heh, selalunya memang takde duitlah.

Ayat yang paling panjang dalam Quran bukanlah tentang syurga, neraka, puasa atau haji tapi tentang hutang.
Dalam tu dah diajar nak memberi hutang jangan bagi saja-saja gitu tanpa black and white. Mesti ada perjanjian.
Bukan apa, kebanyakkan yang meminjam ada penyakit amnesia. Asyiklah lupa yang dia pinjam duit kita. Jadi, perlu untuk ada perjanjian.

Perlu tulis :

[1] jumlah pinjaman
[2] tempoh pinjaman
[3] cara bayar - lumpsum atau installment
[4] bila tarikh start bayar

Tang tarikh tu kena pastikan betul-betul.
Tarikh, bulan, tahun. Semua ni kena jelas.
Jangan main hangguk je bila dia kata "Aku start bayar May lah".
Kena pastikan May tahun apa.
Entah-entah May-be yes, May-be no. Hah, masaklah kau situ.

Lantaklah orang nak kata kita cerewet ke apa ke.
Dah nama pun duit kita, hak kita, jadi kita berhak untuk buat perjanjian walaupun dia cuma pinjam RM100 sebab dia kata nak PINJAM.
Lainlah kalau dia kata "Boleh tak nak mintak sumbangan" - hat ni lain cerita.
Selalunya orang sebut PINJAM. Dah nama pun pinjam mestilah ada perjanjian.
Kalau taknak meminjam, terus-terang kata nak sumbangan.
Tapi kena fahamlah, dah nama pun sumbangan haruslah yang seikhlas hati.
Tak bolehlah nak demand letak nilai.
Jadi kalau nak demand, mesti terima perjanjian.

Orang yang ada niat nak membayar, dia mesti dah ada dalam kepala otak bila nak start bayar balik dan bagaimana nak bayar.
Dia takkan simply guna "Kalau aku ada duit nanti aku bayar balik".
Hat ni you wait forever lah. Memang jarang dapat balik.
Allah kata, kalau kita ada perancangan nak bayar balik, insyallah dipermudahkan. Tapi kalau takde plan nak bayar, maka jangan terkejut hidup sentiasa tak cukup.
Jadi tak terkejutlah bila tengok life orang yang suka meminjam tak bayar ni. Memang susah sokmo.


3. Ada duit, kena bayar hutang dulu

The thing is, tak perlu bayar selepuk.
Boleh bayar sikit-sikit. Tapi tu lah kan, angan-angan bukan main tinggi nak bayar lumpsum padahal diri sendiri pantang tengok duit.
Asal ada duit sikit, mulalah buat alasan "Nak bawak anak-anak bercuti".
"Anak-anak teringin nak makan sedap"
"Kereta rosak nak repair"
"Anak sakit"
Yang sebetulnya, kau bayar hutang orang dulu, insyallah segala masalah kau Allah selesaikan.
That's why ujian berduit lagi susah nak handle.
Bila ada duit, liat nak bayar hutang.

Amalkan, bila ada duit, bayar hutang dulu.
Bayar sikit-sikit.
Si pemiutang tak mintak hutangnya bukan kerana dia banyak duit, tapi dia memberi ruang untuk penghutang ambil masa bayar.
Malangnya most penghutang, makin orang tak cari, makin dia tak bayar hutang.

"Menunda [pembayaran] bagi orang yang mampu merupakan suatu kezaliman" [HR Bukhari].

Word MAMPU tu, kalau kita diberi pilihan, dah tentulah kita jawab tak mampu memanjang sebab dalam kepala ni banyak benda nak guna duit.
Nak tunggu mampu betul-betul memang lambat, jalan sebaik-baiknya, bayarlah sikit-sikit.
Kalau nak ikut Rasulullah saw, si penghutang dianjurkan untuk bagi hadiah on top of duit yang dipinjam.

Mana dalilnya?
Ada.

Abu Hurairah kata Rasulullah saw ada hutang unta dengan seseorang.
Bila orang tu datang tuntut, Rasulullah minta sahabat carikan unta yang seusia dengan unta yang baginda pinjam tapi takde yang seusia. Yang ada hanya unta lebih tua.
Rasulullah saw kata "Berikan kepadanya. Sebaik-baik manusia adalah yang paling baik dalam pengembalian [hutang]." [HR Bukhari].

Maksudnya, dah berhutang dengan orang, mesti bayar.
Kalau pulangkan dengan yang lebih baik, that's better.
Hulurlah kepok lekor sebungkus ke apa ke.
Tapi itu zaman Rasulullah saw.
Zaman sekarang ni jangankan nak mintak bagi hadiah, nak mintak dia bayar balik hutang pun semput mengejar.
Dia nak bayar hutang kita pun mujur.

Ok yang tu points untuk penghutang. Cukuplah 3.
Letak point banyak-banyak pun kalau dah memang niat taknak bayar, sampai berbuih kau cakap pun tak jalan juga.

Ok now, yang memberi hutang ni macamana nak settle?
Macamana kita nak dapatkan duit tu semula?

Entah, aku takde idea sebab aku sendiri tak reti nak minta duit aku balik.
Mujurlah aku belum terdesak, kalau tak memang aku sound juga agaknya.

Betullah kata Rasulullah saw, satu hari nanti Islam akan menjadi kembali asing.
Mendengar hadis ni kita membayangkan yang heavy-heavy like anak-anak muda keluar berparti, zina menjadi kebiasaan, murtad berleluasa, masjid tak penuh, etc.
Padahal tak bayar hutang juga termasuk dalam 'Islam kembali menjadi asing' kerana manusia dah tak takut tak bayar hutang.
Malah dia spin pulak cakap kita wajib bantu dia sebab kita senang.
Eh? Dah kau yang kata nak PINJAM, berjanji pulak nak bayar balik pastu bila tak boleh bayar bukannya reti nak minta maaf tapi mengutuk kita pulak.

Apa-apa pun, kepada yang memberi hutang, ini ada hadis yang special :

"Barangsiapa yang ingin diberi naungan oleh Allah dalam naungannya, maka hendaklah ia memberi penangguhan kepada orang yang kesulitan membayar hutang atau ia bebaskan darinya." [HR Muslim].

Alhamdulillah, ini bukan biasa-biasa punya 'payung' ya.
Ini Allah yang payung.
Jadi, sejukkanlah hati dengan hadis ni.
Kalau belum mampu mengiklaskan, kita berikan penangguhan. Tak apa.
Mudah-mudahan setiap hari yang berlalu kita bukan sahaja dapat pahala sedekah yang sama seperti nilai yang kita beri pinjam, tetapi juga naungan Allah.