2020-02-17

Suka memerap



Berkali-kali aku menjawab soalan yang lebih kurang sama.
Agaknya followers musykil macamana aku dengan En Wan boleh 'berdating' hampir setiap minggu.
Boleh jalan berdua anak-anak tak ikut.

Aku rasa ini ada kaitan dengan faktor - "rumah lagi best dari luar rumah".
Bukanlah nak kata rumah aku best sangat, tetapi tempat-tempat yang kitorang always pergi tak se-best lepak kat rumah.
Aku dengan En Wan kalau berjalan anak-anak dah boleh bajet mana kitorang akan pergi.
Dia antara IOI Puchong atau Sunway Piramid.
Kalau makan, antara warung kat kampung sebelah atau Main's Place USJ.
Itu je balik-balik. Naik menyampah agaknya dorang nak ikut.
Tapi kalau aku cakap nak pi POPULAR atau MPH, itu adalah umpan.
Bukan main laju semua bersiap.
Redza memang akan cari buku, kalau Rayyan balik-balik pensil color and stationary.
10 kali pegi Popular, 10 kali bawak keluar stationary.

Dari kecik, Redza and Rayyan tak berapa suka keluar rumah, melainkan kena paksa.
Redza tu lagilah, semua benda kena paksa - nak bergambar kena paksa, nak suruh pakai kemeja berkolar kena paksa, nak pakaikan baju melayu kena paksa.
Redza suka pakai singlet kalau duduk rumah [sampai sekarang gitulah, kadang-kadang boxer je], jadi everytime kena bersiap adalah menjadi satu masalah untuk dia.
Anak-anak aku suka duduk rumah, baring-baring, tengok TV, membongkang atas katil, mengadap komputer, kalau nak makan pun senang terus ambik kat dapur because dapur sentiasa ada makanan.
Dulu aku ingatkan anak dara je suka memerap dalam rumah, rupanya anak jantan pun sama.
Kadang-kadang boleh jadi bergaduh nak suruh dorang bersiap, nak-nak lagi si Redza.
Nak suruh dia ikut pi makan luar pun tak nak. Rela dia masak maggi.

En Wan always kata "Toksah marah anak lah, awak sendiri pun malas keluar rumah".

Aku memang sejenis suka duduk rumah sebenarnya.
Dulu zaman anak dara, kalau stay kat hotel, rela aku tak keluar berjalan, lepak dalam bilik habiskan novel. Tak pun tengok cerita Cina. Biarlah tak makan pun [eh tetiba baru sedar mana datang perangai Redza].

Penyakit ni berlanjutan sampai sekarang.
En Wan heran macamana aku boleh tak bosan memerap dalam rumah.
Last week contohnya, aku tak datang opis 2 hari - Khamis & Jumaat.
Bermakna 2 hari tak keluar rumah.
Selalunya hari Sabtu kitorang akan breakfast kat luar tapi Sabtu lepas kebetulan aku puasa, dah tentu-tentulah tak keluar dah.
Ahad esoknya En Wan terpaksa umpan aku dengan AnW baru berjaya ajak aku keluar.

"Jom, teman abang gi bank. Pastu nanti kita cari AnW".

Dengar je AnW, zassssssssss aku bersiap.
Senang je nak rasuah aku ni. Kalau takde AnW, pisang goreng pun boleh ðŸ˜‚.

Lepas makan AnW En Wan kata "Akhirnya keluar jugak awak. Kalau abang tak belanja AnW agaknya 4 hari dia tak keluar.

Aku rasa inilah "skill" aku yang dia payah nak follow.
Dan skill ni jatuh kat Redza and Rayyan.
Even di rumah sendiri ni pun, everyday, rutin aku lebih banyak dalam bilik dari luar bilik.
Aku turun bawah untuk masak and makan je.
Time masak and makan tu lah aku berkemas sekali, susun apa-apa yang patut, bersembang dengan mak.
Boleh jadi sebab itulah mak tak kata ap-apa kalau aku duduk memerap dalam bilik tak keluar-keluar everytime balik Tganu because kat rumah sendiri pun aku macam tu.

Alhamdulillah, aku tak boring lagi so far.
Because yang pertama, laptop ada.
On je mp3, aku boleh terus buat kerja.

Kedua, buku.
Aku always ada buku dalam henbeg and tepi katil.
Kau bagi aku duduk dalam bilik with buku and makanan/minuman, tanpa internet dan henfon - I'm good.

Ketiga, ada TV so boleh layan movie kalau rajin.

Keempat, kerja-kerja aku yang lain semua boleh dibuat dalam bilik.

Nampak macam life aku boring.
In real, takdelah plain macam tu sekali.
Aku masih ada kerja lain - masuk ofis, ada lab work, ada class.
Cuma aku tak banyak hang out dengan kawan-kawan.
"Kawan" yang always ada dengan aku is En Wan.
Tapi followers IG aku rajin DM tanya macam-macam, jadi takde la macam kera sumbang sangat.
And aku bersembang dengan kawan-kawan aku via whatsapp everyday.

Aku rasa skill memerap ni ada kaitan dengan hash tag #mudahterhibur.
#mudahterhibur ni ada kaitan dengan attitude.

Contohnya menulis blog.
Everytime update blog, aku tend to to focus on the act of doing it.
It's the joy of doing something.
Bila kita fokus buat sesuatu, keseronokkan akan muncul dan mustahil boleh boring.
Boleh jadi sebab itu aku masih ber-blogging sampai sekarang, because I enjoy doing it.
Tapi ada syaratnya, iaitu jangan expect anything in return.
Kalau kita buat sesuatu without expectation of results, automatically kita akan beri full energy and attention.
Jangan expect orang akan baca ke tak, berapa orang likes, berapa orang komen, berapa orang share - just don't.
The moment you do something and expect a response, you'll be easily bored.

Dalam bilik aku ni macam-macam benda boleh buat.
Aku boleh blogging.
Aku boleh reading.
Aku boleh mengaji.
Aku boleh settlekan hafazan aku.
Aku boleh layan FB/IG.
Aku boleh layan Tamil movie.
Aku boleh tengok TV.
Aku boleh download lagu-lagu baru untuk mp3 playlist.
Aku boleh baca jurnal.
Aku boleh whatsapp kawan-kawan.
Aku boleh tido.

Ya Allah, banyak benda kot boleh buat.
Itu baru cara-cara dalam bilik.
Habis bosan pun, aku turun bawah masak, makan, bersembang dengan mak.
Tak pun aku berangan, cakap sorang-sorang [ini kalau sejenis Add Maths, aku dah A+].

We live in a world of never-ending entertainment.
We always can find something to do.
Dengan teknologi di hujung jari sekarang ni, adalah satu keajaiban if masih ada orang boleh bosan, but it does happen.

Dulu masa kecik, dalam keadaan takde teknologi aku masih ada banyakkkkk benda nak buat.
Contohnya, main mekap Mak Aji.
Tak pun, main fashion show dengan baju-baju Mak Aji.
Salah satunya, baju pengantin Mak Aji.

Mak Aji dulu ada sewakan baju-baju pengantin secara kecil-kecilan.
Kadang-kadang aku akan punggah baju-baju pengantin dalam bilik Mak Aji and pakai.
Aku suka pakai gown pengantin warna white, cantik sangat, dia punya kembang meleret-leret.
Aku pakai sambil berangan jadi Cinderella.
Nak berangan jadi Snow White, kulit tak berapa nak white, jadi kita berangan jadi Cinderella sudeyyy.

Tak sangka pulak masa malam berinai Mak Aji suruh aku pakai gown tu.
Dia kata dah simpan lama nak tengok aku pakai
Dia tak tahu almost everyday aku pakai. Hahaha.
In fact, aku lagi tahu nak sarung baju ni dari mak andam.
Mak Andam perati je aku siapkan diri sendiri.

Makeup.

Aku always cerita dulu masa kecik, aku suka main mekap Mak Aji.
Penyakit tu sampai sekarang masih ada, ya.
That's why aku cakap aku ada banyak benda nak buat dalam bilik, salah satunya mekap and selfie.
Yang ingat aku dah tak "camwhore" lagi, anda silap besar.
Aktiviti tu tak pernah berhenti, cuma aku tak tepek kat blog je.
Aku ada IG khas untuk simpan gambar-gambar selfie aku.
Everytime try new mekap, atau test new baju, aku akan ambil gamba [macam dulu] kemudian simpan kat IG.



Ini bukti aku ada IG khas untuk selfie.
Queen of Camwhore masih memegang takhta.
Pernah sekali dok balas-balas DM sekali nak hantar gambar lain terhantar gambar aku selfie, pucat kejap aku.
Nasib baik yang dapat tu pompuan.

Yes, you can be boring sometimes tapi ada 'trick' untuk buat life seronok.
Salah satunya - belajar seronok walaupun bersendirian.
Jangan berharap orang buatkan kita happy.
Jangan harapkan perhatian, insyallah lebih tenang.

Takde orang celebrate birthday?
Pegi beli kek sendiri, hadiah untuk diri sendiri. Enjoy.

Teringin nak dapat bunga on Valentine's Day?
Pegi beli sendiri.

Nak fine dining?
Takde syarat pun fine dining kena bawa partner.

Semua benda tu aku pernah buat.
Especially bab makan.
Zaman aku outstation alone, aku always takde teman nak makan.
Kalau aku rasa nak makan, aku makan je sorang.
Kadang aku order makanan kat hotel banyak-banyak, buat feast sorang-sorang dalam bilik.

Manusia cepat bosan dengan hidup bila always mahukan perhatian.
Punca banyak dengki, khianat dan 'mental' sekarang ni sebab mahukan perhatian.
Nak dipuji, nak disanjung, nak membuktikan bahawa kita pun ada orang sayang, nak buktikan kita pun ada itu ini, etc.

Cuba fikir, katakan kita berjalan berdua dengan suami, kaki kita terpeleot dan jatuh.
Suami menonong je jalan, tak tolong papah kita pun, mesti kita marah kan? Tak pun merajuk.
Tapi cuba kita jalan sorang dan terjatuh. Pandai tak kita bangun sendiri?
Pandai bangun sendiri, kan?
Jadi, apa beza antara dua situasi ni? Dua-dua pun kita jatuh tapi kenapa bila jatuh sorang boleh bangun sendiri takde masalah?

Kerana....bila ada pasangan/kawan, kita tend to meletakkan pergantungan pada dia.
Kita berharap pada dia.
Bila dia tak memberi perhatian seperti kita harapkan, kita mudah sakit hati dan kecewa.

Jangan takut buat kerja sorang, jangan takut makan sorang, jangan takut outing sorang, jangan takut study sorang.
I mean kalau semua benda kau nak tunggu orang ada, nak tunggu orang ajak makan baru nak makan, nak tunggu orang ajak pi tengok movie baru nak tengok movie - potensi besar untuk cepat bosan dengan hidup.
Contohilah Mr Bean. He enjoys his own company.
Lagipun, kalau kita tak happy dengan diri kita sendiri, how do you expect others to make you happy?