2019-12-10

Ustaz Kontemporari


Poligami.

Satu perkataan yang "menghantui" semua wanita di seluruh dunia.
Kalau nak bandingkan dengan kemunculan langsuir kat Manir a few years back, rasanya poligami ni lebih seram.
Kerana mana-mana perempuan pun lebih suka jadi yang pertama dan yang paling utama.

Lately ni, mereka yang sinonim dengan ahli agama atau ustaz selalu terkait dengan isu poligami.
Tak dinafikan lelaki yang haprak pun berpoligami juga, cuma bila ada ustaz-ustaz yang mengamalkan poligami dengan anak-anak dara muda, aku terfikir - kat celah mana keperluannya bernikah dengan perempuan tu?
Adakah perempuan tu anak yatim?
Adakah perempuan tu sedang sakit?
Adakah perempuan tu termasuk dalam golongan yang perlu dilindungi?

Islam tak membenarkan poligami dilaksanakan sewenang-wenangnya tanpa alasan kukuh.
Apetah lagi kawen - kawen lagi - kawen lagi sekali - satu kali lagi kawen.
Alasan "menjalankan sunah Rasul" paling banyak digunakan oleh "ustaz kontemporari" untuk membenarkan tindakan berpoligami.
Sedangkan ada banyak lagi sunah Rasul selain poligami yang boleh dijalankan dan "dipamerkan" kepada orang ramai.
Sebagai contoh, bantu kerajaan menangani masalah remaja, pelacuran and dadah.
Ini pun sunah Rasul untuk mengajak kebaikan.
Atau dengan menyokong kerajaan memerangi rasuah. Ini pun sunah.
Yang aku selalu nampak, Ustaz Ebit Liew buat benda-benda macam ni.
Ada la kot a few more ustaz yang ada buat gini like Ustaz Samsul Debat, Abdullah Khairi, and satu PU tu aku lupa nama dia, dia mutawwif aku ke umrah dulu. Now dia tengah usaha tahfiz centre and pembinaan masjid kalau tak salah.
Hat ustaz-ustaz gini bagus.

But some ustaz kontemporari mempraktikkan poligami dan mempamerkannya di media sosial.
To me, this is certainly an unproductive behavior.
Boleh mewujudkan "kacau bilau" di kalangan orang ramai.
Tak dinafikan memang ada pros, tapi lebih banyak cons.
Ketika rakyat negara lain bersaing to produce works in various fields, umat Islam kat Malaysia are welcomed by poligami oleh ustaz kontemporari yang seharusnya menunjukkan sesuatu yang lebih bermanfaat bagi orang lain.

As public figures, ustaz-ustaz ada peluang besar membentuk karakter dan membimbing umat agar lebih produktif.
Ataupun kalau belum mampu buat itu, at least give a good role model.
Sebagai contoh, motivating people to develop science and technology based on Quran.
Why Quran?
Kerana dalam Quran ada banyak ayat yang memotivasikan umat untuk mengembangkan sains dan teknologi.

Salah satu ayat Quran yang cakap pasal sain dan teknologi adalah surah Ar-Rahman ayat 33 "Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus [melintasi] langit dan bumi, lintasilah! Kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan ilmu pengetahuan".

Itu isyarat dari Quran.
Maksudnya kalau nak melintasi langit dan bumi, manusia mesti tahu cipta kenderaan yang boleh terbang melintasi langit dan menembus ke dalam bumi.
Obviously, all that can only be achieved with high science and technology.
Ustaz-ustaz should know better than this sebab dorang hafal Quran, jadi dorang adalah public figure terbaik untuk menceritakan semua ini dan kaitkan dengan sains and teknologi agar memotivasikan orang ramai, bukannya famous dengan cerita kawen cerai!

Isteri yang menolak poligami dikatakan nusyuz.

Wow! Since when hukum nusyuz boleh jatuh untuk amalan sunah?
Kahwin is sunah, bukan wajib.
Sedangkan hukum nusyuz terpakai untuk amalan wajib yang diingkari.

Kalau seorang isteri dianggap derhaka dan salah besar bila menolak keinginan suami untuk dipoligami, then what about Siti Fatimah Az-Zahra puteri Rasulullah saw?

Kalau seorang isteri dianggap menolak sesuatu yang dibenarkan Allah iaitu poligami, then explain bidadari syurga Siti Fatimah Az-Zahra yang menolak dipoligami oleh suaminya, Ali bin  Abi Talib?

Adakah boleh perempuan-perempuan yang merelakan suaminya berpoligami boleh dianggap lebih mulia dari Fatimah?

Ok kalau yang tak tahu history, Ali sebenarnya nak berkahwin dengan anak perempuan Abu Jahal.
Ali buat kerana agama.
Kalau dapat jadi menantu Abu Jahal, manalah tahu kalau-kalau boleh influence Abu Jahal masuk Islam.
Tapi Rasulullah saw sendiri yang tak bagi, atas dua alasan.

Yang pertama, Fatimah TAK RELA [the keyword is 'tak rela'].
Bila Fatimah tak rela bermakna itu meyakiti hatinya.
Menyakiti hati Fatimah sama seperti menyakiti hati Rasulullah saw.
Dan semua pun tahu barangsiapa yang menyakiti hati Rasulullah saw, maka celakalah dia.

Yang kedua, Rasulullah saw takut nanti bila Fatimah cemburu, akan jatuh fitnah.
Ye lah, nama pun manusia.
Kalau hati dah sakit, macam-macam hal boleh jadi.
Nanti yang memandang buat assumption bukan-bukan pulak.

Dari sini boleh nampak bahawa poligami memang tak salah, tapi biarlah atas kerelaan dua-dua pihak lebih-lebih lagi isteri.
Kalau isteri relakan, why not?
Tapi kalau isteri tak relakan, jangan ikut sedap tekak kau je kata dia derhaka.

Aku macam ada kepelikkan bila ada ustaz kontemporari kata berpoligami tak perlu keizinan isteri pertama, sedangkan dalam Islam menekankan kepentingan musyawarah.
Musyawarah dan saling rela tak hanya tertumpu pada mendidik anak-anak, perbelanjaan keluarga, but also closely related to all household activities dan poligami tidak terkecuali, mesti ada perbincangan bukan sekadar bagitahu!

Refer surah Al-Baqarah ada ayat yang membincangkan tentang putus susu badan.
Aku lupa ayat ke berapa tapi boleh check.
Ayat tu cakap kalau nak putuskan susu anak sebelum umurnya 2 tahun dbolehkan dengan syarat ada musyawarah antara suami dan isteri [bermakna dua-dua rela untuk putuskan susu awal].

See?
Masalah putuskan susu badan anak pun harus bermusyawarah dan saling rela-merelai antara suami dan isteri sebab ini adalah perkara sangkut-paut dengan masa depan anak, apetah lagi masalah poligami yang ada sangkut-paut dengan masa depan rumahtangga yang akan bagi impak pada masa depan anak - harus lebih lagi musyawarahnya.

[Oh by the way, aku suka nak highlite bab putus susu badan dalam Al-Baqarah tu. Ayat tu kata boleh putuskan susu as long as ada persetujuan suami isteri. So makcik-makcik bawang toksah memandai-mandai kata wanita yang tak bagi susu badan adalah ibu-ibu pemalas. Dia dah bermusyawarah suami isteri and suami pun redha, jadi tak payah kau lebih sudu dari kuah].

Oleh sebab itu, dalam kes poligami ni, a wife has the full right to approve and reject it, where a husband must respect dan penuhi hak isteri sebagai pemberian Allah.
Menolak poligami bukannya satu dosa kerana rumahtangga bukan semata-mata milik suami tetapi milik suami dan isteri.
Perkara ni dah pun dicontohkan oleh Siti Fatimah Az-Zahra.
Kalau seorang suami nak berpoligami kerana nak ikut sunah, maka isteri pun boleh ikut jejak Siti Fatimah yang menolak dipoligami, kan?




Klik FB GreenAard [SINI] dan share post yang ada gambar ni.