walk on wings, tread in air: Bidas <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Bidas
2019-12-13

Letih aku membaca luahan seorang lelaki yang respond pada blog post aku "Ustaz Kontemporari" Selasa lepas.
Dia cakap tak ada lelaki yang nak berpoligami kalau isteri pandai melayan suami!

Wahhh gitu katanya.

"Layan" tu layan yang macamana agak-agaknya, ya bang?
Melayan kote kau 24 jam ke camne ceritanya ni?
Punyalah panjang dia tulis ujung-ujung layanan isteri jugak yang dijadikan alasan nak tambah bini.
So betullah kan apa aku tulis?
Kebanyakkannya tambah bini sebab nak puaskan kote semata-mata.
Weh malu la sikit kat diri sendiri.
Hidup atas dunia ni memang dah takde keje lain selain mengote je ke?

Some lelaki-lelaki yang gila mengote ni always tuding kesalahan kat isteri.
Katanya isteri tak pandai layan suami, that's why nak cari isteri baru.
Tapi kalau isteri yang cari lelaki lain, takde pulak dia nak kaji kot-kot puncanya datang dari diri dia.
Kot-kot dia tak bagi cukup kasih-sayang ke.
Kot-kot dia tak cukup bagi duit belanja ke.
Tak. Tetapppp jugak isteri yang salah.
Isteri tak setia katanya.
Isteri kurang bersabar.
Isteri tak terima keadaan suami seadanya.

Halah halahhhhh.
Pandai pulak kau nak suruh isteri terima kau seadanya.
Yang kau tu nak ke terima wanita seadanya jadikan isteri. Taknak, kan?
Reti pulak memilih yang muda, yang cantik, yang berkerjaya bagai.
Kalau selera dia bukan main lagi memilih.
Apa ingat isteri takde selera ke?
Isteri mana yang ada selera nak melayan suami kalau suami sengkek 24 jam?
Manjang je takde duit.
Dah la isteri tu hari-hari kena pikir esok nak masak apa.
Esok nak basuh berapa bakul baju.
Esok nak uruskan makan pakai anak-anak.
Now nak kena pikir pulak mana nak korek duit buat tambah topup apa-apa yang patut.
Kau kalau reti buat extra job takpe jugak.
Dah la duit takde, pemalas pulak tu. Taunya membesarkan kerandut.

Kalau segalanya cukup, kasih sayang cukup, makan pakai cukup, layanan cukup, belanja rumah cukup, duit anak-anak cukup, perhatian cukup, nafkah cukup - dah tentu isteri selera nak melayan.
Ini tak.
Dah lah segalanya kau bagi kurang tapi demand nak layanan tip top.
Eh, itu isteri okeh, bukan pelacur yang boleh melayan kehendak kau walau takde perasaan.

Majority of women memang attracted to men with money and they have every right.
Zaman sekarang ni hati baik je tak cukup. Cinta je tak cukup. Muka hensem je tak cukup.
Money plays the bigger role.
Bukan bermakna yang lain-lain tak penting.
Perlindungan penting, kasih sayang pun penting, perhatian juga penting however financial pressure mengalahkan semua keperluan yang lain.
Punca terbesar penceraian pun bukannya sebab pasangan berselingkuh dengan orang lain tetapi sebab financial.
Disebabkan financial problem ni lah buatkan ada isteri cari orang lain.
Penyebab utama adalah duit, bukan curang!
Kalau segalanya seimbang, tak mungkin hati dia berubah.

Bukan nak ajar kejar lelaki kaya tapi biarlah pilih bakal suami yang stabil dari segi kewangan.
Bak pesan ustaz aku, nak pilih suami pilihlah yang tak tinggal solat.
Memang ada kemungkinan dia boleh berubah, tapi kalau boleh pilih sekarang, why not?
Haaa, gitu pesan ustaz.
Maksudnya, selagi ada kesempatan untuk memperbetulkan apa yang boleh diperbetulkan, maka betulkan lah.
Begitu juga dalam memilih pasangan.
Kalau dah nampak cara-cara macam pemalas, pengotor, suka layan blue, segala benda belasah tak kisah - ha ni semua potensi nak jadi haramjadah.
Aku memang tak reti lelaki yang nak isteri faham dia je, tapi dia takde rasa nak faham hati and kehendak isteri.
Ujung-ujung kena cop derhaka.

Kalau lelaki boleh jatuh cinta lagi, perempuan juga boleh.
Bezanya perempuan takde kuasa je.
However, ingat ya, Islam tu adil.
Ada channel untuk perempuan-perempuan pergi buat aduan and tuntut sehabis-habisnya kalau kena dengan cara dan penyebabnya.
Isteri memang tak boleh kawen dua, tapi dia boleh tuntut fasakh. Ingat tu.

Hati dan perasaan tu Allah tak bagi kat lelaki je.
Perempuan pun ada, cuma sebahagian perempuan once bila dah sayang, dia akan terus sayang walaupun perangai suami macam setan.
Selalunya isteri-isteri hati lembut gini yang suaminya selalu kawen lain.

But again, bukan semua perempuan macam tu, hanya SEBAHAGIAN je.
SEBAHAGIAN yang lain hati kering.
Yang hati kering ni yang selalu dituduh netizen sebagai "perempuan jahat".
Dah ada suami tapi gatal cari lelaki lain katanya.
Yang kita tak nampak, memang dia ada suami tapi suami pada nama semata.
Tanggungjawab yilek.
Nampak je macam hebat padahal sampah!
Takde lansung timbul dalam hati nak mewahkan isteri, nak menyenangkan keluarga.
Balik-balik "Hidup sederhana sajalah".

Hidup sederhana tu belakang cerita, bang.
Rezeki memang Allah dah tetapkan.
Yang penting sekarang usaha kena maksima.
Ini usaha pun hampeh, lepas tu nak berharap supaya isteri memahami dan terima keadaan seadanya.

Come on!
Kau memang takde plan nak bagi bini kau rasa senang ke?
Memang plan asal boleh makan and pakai seadanya, and done, that's it?
Kalau bini tak boleh follow, kau cari isteri lain.
Pastu canang isteri derhaka, gitu?

Good luck lah kalau macam tu.
Harap kau dapat bini yang spesis pasrah-berserah, terima je keadaan kau seadaanya.
Kalau kau dapat isteri yang hati kering, memang tak lama lah.
Dia angkat kaki, jalan. Pedulik kat situ menonggeng sorang.

Kadang-kadang kalau isu-isu begini diketengahkan, mesti ada komen-komen dari lelaki "Tinggalkan saja perempuan macam ni. Ramai lagi perempuan lain".

Yeah rite.
Perempuan lain memang ramai.
Tapi perempuan yang ramai-ramai tu pun tak bodoh nak lelaki sengkek macam kau.


Labels:

posted by Diana Ishak @ 11:50 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER