2019-12-09

Mereka tak ada masalah dengan kita


Semakin banyak kita create and share online, semakin tinggi potensi untuk tak disukai oleh ramai orang.
Sometimes they are quite rude about it. Ini lumrah.
Semakin kita menonjol, semakin ramai yang mengenali, maka kemungkinan untuk dibenci pun lebih tinggi.

I have had my fair share.
Mula-mula dulu zaman daring, bila kena hencap, aku terkejut.
Aku macam...apesal ni? Why?
Because I just don't understand the idea of menghencap someone you don't know in person, di media sosial.
Tapi after a while aku dah mula faham.

Those yang hencap kita di online antaranya they want us to improve jadi lebih baik tapi dia tak reti nak guna bahasa yang lebih sopan.
Maybe dia sendiri tak dibiasakan bercakap dengan baik dan sopan.
Tapi hari ni aku lebih berminat nak bagi tips macamana nak menangani mereka ni dan menukarkan cemuhan tu menjadi sesuatu yang membuatkan kita jadi lebih baik.

Ok yang pertama sekali, dorang takde masalah pun dengan kita. Really, they don't.
The only problem is their own attitude.
Kita sebenarnya tak buat apa-apa pun.
Dan kita bukannya punca dorang merempan.
Their attitude adalah susulan dari ketidakpuasan hati dorang dengan life dorang sendiri.
Kita ni hanya sasaran dorang lepaskan kehampaan.
Jadi, jangan kecik hati kalau someone yang kau tak kenal tiba-tiba hencap kau.
There's nothing we can do to change that sebab itu adalah masalah peribadi dia.
Dorang dah terlampau penat menanggung rasa kecewa dan kita jadi tempat lepaskan marah.
Bak kata Tommy Page "A shoulder to cry on".
Lebih kurang gitulah cuma versi yang lebih kejam.

Apa impaknya pada kita?

Untuk orang lain aku tak tau tapi kalau untuk aku, aku jadi lebih berdaya tahan.
Macam yang aku cakap tadi, masa mula-mula kena maki, lama juga aku pikirkan pasal tu.
Aku wonder juga if aku ada cakap perkara salah and if I should correct myself.
Nak je aku hencap balik tapi tu lah, nak hencap pun bukan aku kenal siapa orangnya, jadi aku cuba kawal diri sendiri.

Bila aku dapat komen negatif yang seterusnya [beberapa hari selepas tu], aku lebih bersedia dari sudut emosi and mental.
Orang cakap alah bisa tegal biasa.
Yang sebetulnya, as long as kita bertahan [tak balas balik], we are going to progress.
Kita jadi lebih sabar, lebih bijak kawal emosi, dan lebih kental.

One thing yang aku appreciate kat orang-orang ni, dorang secara tak sengaja telah mengasah skill aku menulis dan menyampaikan mesej.
Ramai followers cakap tulisan aku now sangat berbeza banding dengan zaman-zaman menggila dulu.
Some tanya macamana aku boleh tulis dengan baik.

Guys, the entire reason kenapa aku boleh tulis macam ni adalah sebab aku dah lalui pengalaman dikutuk, dimaki dan dihencap disebabkan gaya penulisan aku yang dulu.
Aku bukan jenis giveup bila dikutuk walaupun kutukan tu menyakitkan hati.
Srtiap kali orang kondem, setiap kali itulah aku improve [walaupun aku tau dorang takde intention nak aku improve pun].

"Badan dah lah gemuk!"
Well, at least now kau dah tahu kau kena kuruskan badan.

"Perasan cun je kau ni!"
Ok now kau dah tau kau belum betul-betul cun, so boleh slowly start jaga kulit, beli supplement, blaja mekap, blaja bergaya.

"Grammar kau bersepah-sepah!"
That's even better! Now boleh start improve english. Beli buku english for dummies.
Kalau tak kena kondem mesti kau kekal dengan english yang kedesaan kan.

Just let them tell you what to do.
Let them point out you flaws. It's ok.
Kerja kau cuma teruskan bekerja dan membina kerjaya.
Biarkan dorang terus point out apa yang kurang kat kau, ok?

Dulu aku ingat, bila kita jadi baik, orang akan suka kita. Takde orang yang benci.
Rupanya aku salah.
The moment kau jadi lebih baik, kau lagi dibenci.
Malah, buruk kau yang dulu juga dikorek-koreknya balik. Kan ke pelik tu?
Tapi come to think about it, Rasulullah saw tu sebaik-baik akhlak manusia, tapi tetap dibenci.
Sampai sekarang pun masih ada yang bencikan Rasulullah saw.
Kalau Rasulullah pun dibenci, takkan aku nak expect semua orang suka aku, betul tak?
Jadi, aku belajar untuk jalan terus.
Which means, tak ambil peduli dengan apa yang dorang kata lagi.

Another thing yang aku belajar, orang yang mencemuh kita ni tak jahat mana berbanding dengan orang yang pura-pura suka kat kita tapi belakang kita dia tikam.
Dia pulak yang melebih-lebih jadi batu api sebab dia kan rapat dengan kita jadi semua pasal kita dia tahu.
Cuba pikir, macamana orang yang tak kenal kita boleh tahu cerita pasal kita kalau bukan orang dalam yang bagitau?
Hah ce fikir, ce fikir.
Hati-hatilah dengan orang yang baik and rapat dengan kita, mungkin itulah orang yang paling bencikan kau.

Apa-apa pun, di online, people will be rude to you, itu kita tak boleh elak.
Bukan kau sorang je yang dibenci, dan kau bukan orang terakhir yang dorang tak suka.
Cuma percayalah cakap aku, dorang ni kalau ditakdirkan lalu kat sebelah kita, konfem tundukkan kepala.
Tak berani de dia nak mak kau depan-depan. Silap-silap dia ajak selfie.