2019-12-26

JB and Singapore lagi


Jumaat lepas kitorang ke JB and Singapore, ada another wedding cousin.
Rasanya macam cousin-cousin Singapore dah takde dah yang nak kawen lepas ni, semua dah settle.
Tinggal kat Malaysia ada lagi 2-3 orang.

Bergerak ke JB lepas collect Redza kat UPM.
Mak Aji and Pak Aji masuk kereta aku, Ima akan tunggu di JB.
Bermalam 2 malam di JB, masuk Singapore untuk attend wedding je.

Plan kejap bertukar-tukar.
Aku plan nak pi makan mertabak kat Zam Zam pastu nak jalan-jalan pusing tengok lampu.
Singapore kalau bab Krismas, lampunya cantik-cantik.
Sejak dari sekolah rendah lagi, every Dec aku akan ada di Singapore ikut nenek.
Jadi memang dah biasa tengok lampu-lampu Krismas kat sana.

Tapi bila bawak anak-anak ni dah payah sikit nak fix-kan plan.
Budak-budak ni mana appreaciate nak tengok-tengok lampu segala, yang dorang tahu nak terjun kolam.

Kali ni duduk kat Country Garden Danga Bay.
Dekat dengan imigresen, kat bawah ada AEON tapi tempat makan tak banyak dalam mall, kena cari kat luar juga.




Hari tu kitorang bayar dalam RM700+ untuk 2 malam.

Kalau tengok review macam best sangat.
Tapi tak seperti yang kitorang expect.

Mesin basuh - rosak.
Dia punya cawan-cawan kebanyakkannya gelas plastik.
Mug ada 2 je itupun bukan taraf mug kot, kecik nau.
Aku ni beria la beli nescafe, teh, susu pekat segala dah feeling-feeling malam-malam lepak sekeluarga beramai-ramai minum teh tarik tapi semuanya gelas. Tak feel lansung.

Piring/pinggan pun ada 2 keping je.
Sudu and garfu pun limited sangat.
Tisu kitchen atau tisu biasa dalam kotak pun tak disediakan, semuanya pakai tisu tandas.
Yang paling "best", dalam hall tu ada CCTV.
This is the first AirBNB aku stay yang ada CCTV dalam rumah.
Like, kejadah apa kau letak CCTV?
Takde privacy lansung orang nak stay.




Aku ambik master bedroom.
Ada 1 queen bed and satu single bed, tapi ada tilam tarik kat bawah.
Bantal takde extra lansung. Selimut jenis yang cikai nipis dan pendek.
Towel lansung takde.
Seriously, semua AirBNB yang aku pernah duduk, semuanya ada towel, ada tisu, ada plastik sampah, selimut puas hati pakai, ada bantal extra. Yang kat JB aku duduk ni, hampeh!

Tingkap yang kat tepi shower tu agak menyeramkan sebab rendah and tak bergrill.
Aku memang tak suruh dia grill pun sebab tingkat 18, sape nak panjat, kan.
Cuma my concern, ia agak menyeramkan.
Nasib baik depan tu takde apartment, kalau tak, mesti ada orang boleh nampak aku mandi.
Aku boleh mandi sambil jenguk ke bawah, punyalah rendah tingkap tu.
Paling suspen masa mandi Subuh.
Dah la gelap, takde grill pulak tu, rendah pulak.
Mulalah imaginasi aku ni membayang yang bukan-bukan.
Manalah tau tetiba terpacul sesuatu penampakkan kat tingkap tu kan. Eh.




Ini bilik kedua.
Ima anak-beranak duduk dalam ni.
One thing yang best about this apartment, bilik air dia ada 3.
Tak berebut especially bila nak bersiap awal pagi, takde la beratur tunggu turn.




Ini bilik Mak Aji. Mak Aji yang nak bilik kecil ni sebab dia berdua je.
Mak Aji tido atas, Pak Aji tido tilam bawah.
Bilik air dorang bukan kat dalam bilik but depan pintu bilik.
Bilik air ni memang Pak Aji and Mak Aji je guna, kitorang semua everytime nak ke bilik air memang masuk bilik masing-masing.

Oh lagi satu.
Bilik air Mak Aji ni bau masam sangat.
Tak tau mana puncanya. Mak Aji siap basuh bilik air hari tu tapi tak hilang lagi bau masam.
Macam bau stokin basah.
Tak selesa nak mandi lama-lama sebab masam.

Aku pelik macamana ramai review kata apartment ni bagus sangat.
Maybe dorang belum pernah try apartment yang lebih best dari ni.
Kesimpulannya apartment ni tak menepati expectation aku.
Not coming back.

Parking lagi azab.
Bangunan ni punya tempat parking quite jauh dari tempat tinggal.
Kalau kau bawak barang banyak, memang berangkut lah.
Kalau ada barang tertinggal dalam kereta memang aku tak patah balik sebab kau kena bertukar 2 lift untuk sampai ke apartment ni.
Yang si host pulak kedekut taknak bayar parking untuk residence.
Kitorang kena park as visitor.
Bila park as visitor maknanya setiap kali keluar dan masuk kena hantar and collect visitor pass. Hassle sungguh.

Kitorang sampai hari Jumaat, malam tu ingat nak pi cari makanan kat dalam mall [bawah apartment], tapi tak banyak tempat makan yang diyakini.
Kitorang makan dalam AEON je, tapi makanan pun tak ada banyak variety.
Nasib baik juga ada AEON, maka bershoppinglah kita makan roti and jajan.
Nak drive cari tempat makan dah malas sebab memikirkan nak menapak ke carpark dari apartment tu jenuh nak mengangkut rakyat yang ramai.

Esok pagi, keluar seawal 7am sebab majlis nikah 10am.
Takut jem kat imigresen.
Alhamdulillah, sebelum 8.30am dah sampai rumah aunty aku kat Pasir Ris.
Kali ni tak sangkut apa-apa kat imigresen sebab autopass masih ada baki lagi from the previous visit.




Wajah-wajah seorang Diana bila start menjoyah.

Kitorang sampai pagi tu, uncle aku tengah men-settle-kan barkat nak bagi ke tetamu.
Jadi aku pun join sekali.
Wedding kali ni hanya majlis nikah dan makan-makan, dan tetamu adalah di kalangan ahli keluarga.
Jadi segalanya santai-santai je.

Tapi tau-tau je lah kan kalau guest di kalangan ahli keluarga, jangan haraplah semua nak balik awal.
Nak pulak uncle aku bawak karaoke, memang tiada maaf bagimu nak balik awal. Kahkahkah.
Sampai barkat ni semua tak berganjak dari meja.
Abis tu kalau guest semuanya family, kau rasa dorang bila dah berjumpa ramai-ramai tu terpikir nak ambik barkat? Nan hado.




The food!

Majlis kecil atau besar takde hal.
Yang penting makanan.

Sekali pandang tengok lauk-pauk and kuih macamkan jemputan ramai sangat padahal ini semua habuan untuk family je.
Memang our famili dan makanan berpisah tiada.
Sejenis yang enjoy food turun-temurun so jangan question kenapa aku suka makan.
It's in the genes.

To me, kalau nak kuih-muih tradisional, kat Singapore sedap-sedap especially epok-epok dia jenis yang besar penumbuk. Makan 2 bijik, tersandar.
Hari tu aku makan Kole Kacang ya ampun sedapnya, tahi minyak dia pun banyak penuh membumbu atas kuih.
Mee Singapore tu wajib ya...binatang kat dalam mee tu semua besar-besar.
Udang, sotong, ayam - lengkap!

Oh by the way, sebelum ada yang tanya roti kirai tu apa?
Roti kirai tu roti jala, tapi org sana panggil roti kirai.



Selamat datang Era ke dalam family yang serba kecoh ini.



Biasa la kan kalau dah ramai-ramai tu, masing-masing sibuk bersembang sampaikan tak kisah lansung hal pengantin.
Pandai-pandai la bawak diri ya.
Tak banyak gambar aku snap kat sana kali ni, sebab hari tu aku period, so tak berapa sihat sangat.
Kalau tak, pasti dah goreng 2-3 lagu Ziana Zain kat bawah.

Kitorang balik around 2.30pm sebab nak mengelakkan jem kat imigresen.
Tak lama mana, 1 jam je.
Aku rasa 1 jam ni boleh tahan lagi.
Actually kat imigresen Spore cepat, yang buat jem tu kat imigresen Malaysia sebab lane tak banyak sangat.
Laluan pun dari besar terus mengecil.
Nasib baik takde sesape nak terkecing terberak, kalau tak, memang hazabedah.

Sampai kat apartment masih awal, jadi budak-budak ni semua terjun dalam pool.
Bab pool, memang ok.
Ada 2 pool yang sangat besar and 3 hot tub.
Tapi aku tak ambik gambar sebab aku malas turun.

Tak banyak aktiviti kitorang kat JB sebab tujuannya cuma nak attend wedding.
Sambil-sambil tu melepak beramai-ramai.
Kali ni Ibal pulak tak turun sebab kerja, jadi kureng sikit meriahnya.
Malam tu aku layan Netflix sampai pukul 2am.
Sebenarnya penat tapi demi cerita Hindustan, kugagahi juga.



Aku masih tak dapat roti jagung trip kali ni.
Dapat grab roti pandan and banana walnut je.
Tapi dalam pada tak suka tu, habis juga sebuku banana walnut aku makan dalam kereta masa jem kat imigresen.

Dill berjaya menapau beberapa buku roti jagung tapi aku balik JB Sabtu, Dill pula hari Ahad baru gerak keluar dari Singapore.
Pulak tu dia lepak Melaka 2 malam, jadi kalau aku book roti jagung ni, by the time sampai kat aku dah expired.
Terpaksa la aku telan air liur tengok gamba roti jagung ni.
Sesape yang pegi Singapore balik hari tu, kalau rajin belikan lah aku 2 buku, ya.



Check out 11am.
Memang wajib lalu tepi swimming pool ni untuk ke carpark.



Port wajib singgah everytime ke JB - Sedap Corner.
Memandangkan check out awal, jadi masa sampai ke sini, orang-orang ofis belum keluar lunch.
Kalau kau sampai time lunch hour, memang penuh.
Dah pernah terkena dulu, jadi now aku dah jadi bijaksana sikit.

Tempat ni memang kena sangat dengan selera aku.
Nak pulak bawak Mak Aji.
Mak Aji memang suka tempat yang ada variety of kuih-muih.
Shopping kuih kat dalam ni pun jadik.
Dengan onde-onde, seri muka, kek lapis durian, kek lapis biasa, kaswi, etc.
Pulut ayam, pulut panggang pun ada. Puas hati.




Ni yang kitorang makan kat Sedap Corner that day.
Ni belum masuk kuih-muih yang makan di situ and tapau.
Sejenis perut tak reti kenyang.

This week memang penuh dengan pesta perut, insyallah sampai hari Ahad nanti.
Maka, nantikan gambar-gambar makanan yang menarik tak lama lagi.