2019-12-03

Kritikan yang merosakkan


Dulu, everytime orang kritik [kutuk], aku berubah.
Tapi masih lagi orang [orang yang sama] mengkritik.
So, aku ubah lagi. Masih juga dorang kritik.
Lama-lama aku realized, dorang bukan kritik sebab nak aku berubah.
Dorang kritik sebab sakit hati aku ada apa yang dorang nak.



Kebetulan, aku pernah tulis pasal ni kat LinkedIn 2 bulan lepas.

Bukan bermakna kita kena berhenti dengar nasihat orang, cuma kita sendiri boleh rasa yang mana satu kritikan membina, mana satu kritikan destructive.
There is a not-so-fine-line between those who destructively criticize, and those offering constructive criticism.

Kat mana perbezaannya?

Bezanya, ada pada intention orang tersebut.

Macamana nak tahu bezanya?

Ok, macam ni.
Mulut manusia ni macam teko tau.
Teko hanya akan keluarkan isi di dalamnya.
Kalau isinya kopi, yang keluar dah tentu kopi, tak mungkin teh.
Mulut pun macam tu.
Apa yang tersimpan di hati akan keluar melalui mulut.
Apa yang zahir di mulut [kata-kata] mencerminkan hati kita bagaimana.
That's why senang je nak tahu samada kritikan tu adalah membina atau tak.
Dari cara cakap tu pun kita boleh nampak samada that person genuinely cares about us, samada dorang memang benar-benar peduli dengan our growth and achievement walaupun their words may not be the best they could have chosen. Kita boleh tahu.
Kalau kau pure rational beings, memang senang nak 'kenal' niat orang-orang macam ni.

So macamana nak respond kritikan buruk?

Mula-mula sekali kena scan diri sendiri.
Kenalpasti emosi kita ketika tu.
Sometimes bila emosi kita tak ok, kita mudah salah tafsir nasihat orang.
Tak mudah kita nak scan emosi kita sendiri tetapi semakin kita kenal emosi sendiri, semakin banyak misunderstanding yang kita dapat elakkan.
Bila kurang salah faham, lebih cepat kita grow.

Yang kedua, scan emosi kita terhadap yang membagi nasihat tu pulak.
Maksudnya kenalpasti apa masalah kita dengan dia.
Kadang-kadang kita ada internal anger terhadap dia, itu yang menyebabkan segala apa yang dia cakap kita tak boleh terima.

Yang ketiga mudah sikit.
Kalau orang tu kau tak kenal, tak pernah jumpa, dia pun tak kenal kau personally, kau pun tak mintak nasihat dan pandangan dia tapi dia over sangat kritik kau macamkan kenal 20 tahun lamanya, then forget it.
Buat bodoh je, jalan terus.

Bila dah kenalpasti tiga-tiga ni, barulah senang nak kenalpasti orang-orang dan kritikan-kritikan yang menjatuhkan.
Apetah lagi kritikan yang penuh dengan bahasa kesat, cakap kau bodoh, buruk, atau perkara-perkara lain yang takde sangkut-paut dengan isu asal - that is clearly destructive.
Kalau yang mengkritik tu hanya mengkritik di belakang tabir [too insecure nak cakap face to face], hat ni bolayan.
Tapi kalau yang mengritik tu cakap depan-depan, kita kena tengok juga ekspresi wajah, ton suara dan bahasa badan.
Sometimes ada orang tak reti nak cakap berlapik tapi dari bahasa tubuh and ekspresi mukanya ikhlas.
Jadi, dari memek muka, gaya suara and gesture kita boleh identify itu sejenis bimbingan atau 'serangan'.
Dan kita boleh identify juga if kegembiraan yang dorang tunjukkan tu dibuat-buat atau tak.

Kalau aku, aku always buat tak reti.
Lantak kau situ nak cakap sampai berbuih pun, aku pekakkan telinga je.
Habis kuat pun aku cakap "Ok, thank you for your advice". Lagi pendek "Thank you"
Confirm lepas tu dia diam.
Kalau anonymous atau pengkritik online, lagilah senang.
Let them bercakap, takyah respond apa-apa.
Orang macam ni, kau respond ke tak, dia tetap 'ambil tahu' pasal kau and they always have something to tegur walau kau dah berubah baik macamana sekalipun, so biarkan dia buat tugas dia.

"Tapi, kalau kita respond THANK YOU je, nanti dia kata kita bengkek dengan dia".

Ya ampunnn, gini punya orang pun ada ke?
Dah cukup baik aku cakap "Thank you", kalau aku cakap "Fuck you"?
Kalau respond "Thank you" pun disalah ertikan, nampak sangatlah bukan nak membina tapi nak memprovoke.

Ok, now what if someone yang rapat dengan kita always bagi kritikan yang menjatuhkan?

Hat ni memang challenging.
The biggest challenge is kalau yang mengkritik tu mak bapak, adik-beradik atau kawan-kawan rapat.
Bukan the kritikan yang kita sedihkan, tapi CARA PENYAMPAIAN tu menyakitkan hati.
Padahal orang yang rapat-rapat ni sepatutnya dah kenal kita, samada kita ni jenis boleh terima lawak kasar atau tak, boleh terima teguran dengan kasar atau tak.
Kalau kena kritik dengan kelompok ni, walaupun susah, tetap kena buat bodoh.
I mean bukan buat muka toya time dorang bercakap tu, tapi asal dengar je lah, jangan respond.
Apetah lagi kalau apa yang dorang cakap tu tak make sense untuk kita gunapakai dan tak relevant dengan apa yang kita plan to do - sila bertenang dan jalan terus.
Aku rasa kalau Buat Bodoh Dan Jalan Terus adalah suatu course, aku maybe dah dapat double PhD untuk course ni.
18 tahun wei aku tido sekatil dengan pengkritik tetap!

Yang sebetulnya, kita tak boleh nak ubah manusia.
Kita tak boleh ubah orang, orang pun tak boleh ubah kita.
Yang boleh ubah hanyalah diri sendiri.
Kita sendiri yang pilih siapa kita nak dengar, siapa kita nak follow, siapa kita nak jadikan idola, whose words kita nak pakai, etc.
Jadi, our circle sangat mempengaruhi emosi, tindakan dan kejayaan kita.
Choose carefully, choose wisely.




Offer trial pack ni masih available.