2019-12-04
Hidup adalah satu persaingan
Hari tu aku sembang dengan salah sorang follower IG.
Dia cakap, kat skolah suami dia, anugerah kecemerlangan UPSR dibuat kat dalam bilik guru/pejabat am.
Macam tu sekali cikgu-cikgu terpaksa cover anugerah dari mak bapak.
Ya, aku tulis MAK BAPAK, bukan anak-anak.
Sebab yang mudah tersentap dengan hari anugerah ni sebenarnya mak bapak, bukan anak-anak.
Jadi nak tak nak terpaksalah sekolah buat majlis sorok-sorok.
Some mak bapak hati tisu, tersentap hatinya [bukan tersentuh] bila tengok kemerlangan anak-anak orang lain.
Kadang aku terpikir gak mak bapak yang macam ni dulu kecik-kecik skolah kat mana eh? Hutan?
Dari zaman berzaman kot majlis anugerah ni dah dibuat.
Baik kecemerlangan exam, sukan, pelajar contoh, bilik darjah terbersih - semuanya diraikan.
Ntah hape kena ntah sekarang pulak sentap-menyentap berlaku.
Kesian pulak aku tengok budak-budak yang cemerlang, nak seronok-seronok pun kena senyap-senyap.
Life is a competition.
Itu hakikat yang kita kena terima.
Kalau tak bersaing dengan orang lain pun, kita masih perlu bersaing dengan diri kita yang semalam.
Angan-angan adalah satu competition juga.
Bila kita berangan-angan nak jadi somebody bermakna kita compete dengan diri kita yang sekarang untuk jadi a better person in future so what's wrong with competition?
Tak payah nak tipu diri sendiri.
Kita memang selalu compare diri kita dengan orang lain.
Kita selalu nak detect kelebihan dan kekurangan kita berbanding orang lain so that we can keep track of how we are doing, betul kan?
Adakah itu salah?
Kalau dengan membanding- bandingkan boleh buat kita sedar tahap kita di mana lalu kita berusaha untuk perbaiki kelemahan, itu saingan yang sihat.
Tapi kalau kita anggap persaingan tu melemahkan diri, that's out fault, bukan persaingan tu yang salah.
Sumpah aku memang tak boleh brain kenapa some parents perangainya macam tu.
Rasanya baru 7-8 tahun kebelakangan ni je kot 'penyakit' ni muncul.
Dulu-dulu takde pun, padahal zaman FB ni dah wujud sejak tahun 2007 kot.
Tapi kenapa baru a few years back penyakit ni merebak?
Mesti ada pemulanya.
Yang sebetulnya mak bapak tu yang berbulu bila anak member-member lagi bijak dari anak dia.
Kau kalau tak pernah achieve apa-apa yang significant dalam hidup, jangan paksa anak kau fulfilled impian kau yang tak tercapai tu.
Bila kau letakkan harapan tapi anak kau tak boleh achieve, tu pasal kau bengkak.
Nak marah anak sendiri terasa kejam, maka kau cipta satu isu yang buatkan anugerah kecemerlangan tu nampak serba-serbi salah.
Pegilah sambung blaja ke apa ke, cipta kejayaan diri sendiri lepas tu kau bagitau apa rasanya orang nafikan hak anugerah ke atas kau.
Blaja-blajalah terima orang lain lagi hebat.
Biasa-biasakan diri bersorak untuk orang lain.
Kalau tak mampu nak bersorak, diam.
Benda simple macam tu pun tak boleh buat.
Life is indeed about comparison and competition.
Cuba fikir apa jadi kalau hidup takde persaingan, takde perbandingan?
Boring okeh? Boleh jadi bengap!
Tanpa persaingan, tak akan ada peningkatan.
Sains takkan ada kemajuan sampai ke tahap ni kalau takde perbandingan.
Restoran takkan ada pembaharuan dari segi kualiti makanan kalau takde persaingan.
Manusia jadi demotivated bila takde persaingan, ujung-ujung jadi pemalas.
Dunia akan terasa bergerak lambat sangat sebab masing-masing dah jadi demotivated, malas dan bengap.
However, tak bermakna kita kena bersaing semua benda.
We also need to learn how not to be competitive.
Maksudnya kena pandai kawal diri, pandai kawal emosi, kawal sejauh mana kita perlu bersaing.
Sebab kalau tak pandai kawal, benda ni boleh jadi threat pada diri sendiri.
Bila dah jadi threat, akan hilang kepuasan buat sesuatu.
Hilang rasa seronok, hilang rasa nak buat dengan lebih baik, yang tinggal cuma stress.
Bila stress, segalanya terasa terbeban.
We need to learn how to cherish what we have got.
Kalau always nak lebih daripada yang lain, kita tiak akan merasa puas.
Lama-lama hilang rasa syukur.
Kebahagiaan sebenar terletak pada bagaimana kita melihat apa yang kita ada sekarang tanpa peduli apa yang ada pada orang lain.
Tapi tu lah kan, di zaman media sosial ni rasanya this is one of the hardest things for us to do.
Betullah bagai dikata, ujian akhir zaman ni bukan calang-calang.
Yang kuat dan yang matang saja boleh hidup bahagia.
Maybe when one ages and becomes maturer, he/she will come to realise life can still be happy without comparing to others.