2019-12-16

Korea Part 1


Ok hari ni baru datang mood nak update pasal Korea.

History ke Korea ni bermula masa Matta Fair awal tahun hari tu.
Rasanya aku pernah cerita kat blog kronologi mula-mula nak ke Istanbul tapi cancel sebab flight 11 jam.
Aku mana boleh lama-lama kat atas tu, mau resign kapten kapal nanti.
Dah tak jadi ke Istanbul. En Wan ajak ke Dubai, tapi cuaca panas - cancel.
Then beralih ke Beijing tapi ski kat Beijing tak se-best Korea katanya, jadi tukar ke Korea.
Dah habis pung pang pung pang, seolah-olah macam jadi sekali orang tu kata Korea bilik air dia payah sikit takde hose - terus aku cancel.

Apa yang aku tak tahu, En Wan telah menJADIkan Korea.
Mati-mati dia nak ke Korea jugak.
Padahal dia dah sampai Korea 20 tahun lepas.
Ntah hape yang dia nak cari kat Korea lagi pun aku tak tau lah.
Nak menyelusuri kenangan lama dengan ex ke hape?

Aku tahu tarikh nak ke Korea ni seminggu sebelum berlepas.
Hilang terus dah mood aku time ni.
Malam sebelum berangkat tu, aku punya beg sorang je yang tak ready lagi.
Seminggu sebelum tu dia and anak-anak dah beria-ia shopping kasut, shopping baju segala.
Aku je rilek malas join shopping.
Aku check kat lemari jacket 5 tahun lepas masa gi Jepun boleh muat lagi, apa adehal.
Kasut pun pakai je lah sport shoes aku beli time pi Jepun tu.
Tapi En Wan paksa aku beli new shoes jugak, maka aku rembat la jugak Larrie sepasang, buat syarat, kalau tak orang tua ni bising.

Beg baju aku paling sempoi rasanya, macam nak balik Tganu konsepnya.
Baju yang aku bawak semua adalah baju yang biasa aku pakai di sini.
Jeans, blouse, jacket pi Jepun, tudung hitam as ussual - done.
En Wan geleng-geleng kepala.
Dia kata takpelah kalau sejuk nanti beli ke kat sana.
Aku cakap aku taknak keluar, aku nak lepak hotel je nak mengaji. Kahkahkah.

Bergerak dari rumah hari Rabu 4 Dis, pukul 4.45am.
Sampai KLIA around 5.15am, terus check in. sementara En Wan lari kejap ke KLIA2 untuk sewa pocket wifi.
Dah habis check in, masing-masing solat, then berkumpul untuk briefing, dan terus check in.
Alhamdulillah, flight on time.



Pocket wifi ini kitorang sewa RM10 sehari untuk guna di Korea.
Boleh pakai max 5 henfon.
Compare dengan provider lain, dia offer data package untuk 5 hari RM32 + RM13 utk sim card.
Total RM45 [500MB/daily].
Yang pocket wifi ni unlimited data plan.
Jadi, sangat jimat banyak and very convinient.
Anak-anak aku 24 jam be it kat airport, kat bilik, atas bas, kat mall, kat Nami, kat ski - always connected dengan internet, settle masalah aku.
Kitorang sampai tak guna lansung wifi hotel.
Berbaloi ambik package ni. Kena letak deposit RM200.



Kebetulan pagi tu anak sedara En Wan pun nak ke Guangzhou, sempat ambik gamba sama-sama sebelum kitorang depart.



Lebih kurang 40 orang lebih yang join trip ni, dipecahkan kepada dua group.
Aku group B, hanya ada 4 family saja dalam group tu.
Memang selesa sangatlah.
Dah la dia booked bas besar, takde berhimpit-himpit.
Kitorang ambil pakej 'Romantisnya Korea, 5H4M' harga RM4500/person.
Pakej ni termasuk ke Nami and tido di Ski Resort [tak masuk main ski].
Sebelum ni kat Tokyo hanya main-main kat tempat ski je.
Kali ni apak korang ambik pakej tido sekali kat pergunungan nun, biar main salji sampai lebam.

Boleh je naik direct flight KL-Incheon tapi En Wan nak mengelakkan aku kejung kat atas tu jadi dia pecahkan ke 2 flight.
KL-Hong Kong.
Hong Kong-Incheon.
Lama sikit perjalanannya tapi at least takde la lama sangat aku kejung kat atas.



Budak ni paling excited sekali nak pegi Korea, maklumlah nak jumpa Black Pink and BTS katanya.
Ya ampunnn, aku tak kenal sape orangnya ni.

Aku cakap kat dia "Mama tak kenal lah yang adik minat ni, kalau dia lalu sebelah mama pun mama tak tau".

Dia cakap "Takpe Ma, adik tau. Nanti kalau dia lalu, adik bagitau".

Wahhh gitu.
Dia ingat kat Korea tu memang cuma ada BTS and Black Pink je agaknya mudah nau nak jumpa.



Dari KLIA ke Hong Kong naik Cathay Dragon.
Not bad juga muslim food dia.
Breakfast untuk muslim hanya satu pilihan.
Nasib baik dia bagi egg and sosej, memang kena nau dengan tekak anak-anak aku.
Cuma En Wan je lah yang takleh masuk breakfast gini.
Tekak nasi daganglah katakan.



En Wan senyap-senyap ambil gamba aku tengah mengaji buat modal membahan aku kat whatsapp group family.
Inilah namanya hikmah sebuah ketakukan ðŸ˜‚.
Percaya atau tak, Rabu 4 Disember tu, dari start aku cecah KLIA, sampai atas flight, sampai ke Hong Kong, sampai naik flight semula, dan cecah Incheon, aku settle 11 juzuk!
Rupanya boleh pun mengaji sepanjang hari, tapi tu lah kan bila kat Malaysia banyak nau kerjaan dan alasannya sampai nak habiskan 1 juzuk sehari pun bercinta.

Dan hari itulah 'puasa' aku yang paling lama sekali.
Aku kan mogok ceritanya.
Nak tunjuk protes kat En Wan sebab sakit hati dia paksa aku ke Korea, jadi aku pun mogok lapar.
Taknak makan, taknak minum.
Dari pukul 4am sampai ke 9pm, tak makan tak minum.
Pastu bila dah kebulur, mengendeng jugak kat laki mintak belikan nasi kat 7-11 😂.



Ni kat Hong Kong airport.
Sampai sana around 12.30pm, hanya ada 2 jam saja transit.
Jadi cepat-cepat pi toilet, ambik wuduk and solat kat mana-mana yang sempat je sebab surau di airport ni kat gate 48 [kalau tak silap], our departure gate kat 68.
Tak sempat nak berkejar ke surau, jadi solat je lah kat sini.

Aku suka Hong Kong airport sebab berkonsepkan open area.
Lapang, luas, kalau nak tido pun boleh kot.
Bentang kain, silakan tido.



Tapi dalam pada protes tu tetap ambik gamba juga.
Mogok cerita lain, ambik gambar cerita lain.
Bergamba kena senyum sebab ini simpan sebagai kenangan.
Hati yang bengkak tiada siapa yang tahu. Giteww.



Ni dah on the way nak naik another flight to Incheon pulak.



Ini flight dari Hong Kong ke Incheon, naik Cathay Pacific.

Riang kan mereka?
Siap makan eskrim, siap layan video, siap tido bagai.



....meanwhile di suatu sudut kelihatan seseorang siap peluk Quran.

Ni kalau ditakdirkan mati nampaklah beriman sikit. Hahaha.
Orang lain sibuk makan, aku memang tak selera lansung.
Betul kata En Wan, aku ni eloknya naik Air Asia je sebab tak nak makan dan tak nak tengok movie.




Cathay Pacific punya muslim food not bad.
Redza bedal aku punya food.

Alhamdulillah both flight ok.
In fact, sangat-sangat ok.
Cuaca pun ok sepanjang perjalanan, takde major turbulence. Takde gegaran yang menakutkan aku.
Boleh dikatakan 95% smooth sailing macam ada dalam rumah, tak rasa gegar lansung.

Yang paling best everytime ada gegar-gegar sikit, lampu seat belt tetap tak menyala and takde announcement suruh kembali ke tempat duduk.
Haaa, itu yang aku suka.
Bukan apa, yang buat aku gelabah puyuh selalunya sebab announcement.
Nasib baik Cathay tak buat apa-apa announcement.
Tau-tau je dah nak landing. Phewww!



Landed, Incheon Airport.




Aku dah keletihan kat belakang, senyum pun dah tak larat.
Mata aku terbayang katil je ni.
Maunya tak, yang lain membuta dalam flight, aku takleh lelap lansung.
Dengan harapan, janganlah imegresen buat hal ke apa ke, sebab aku serius ngantuk.



Our first hotel.
Not bad hotel dia, 3 star je pun.
Cuma nak tido malam tu je sebab esok pagi-pagi dah check out untuk ke hotel lain pulak.
Tapi walau 3 star, takde la hazab sangat hotel dia. Food ok, toilet ok.



Hotel Sopra namanya.
Malam yang kitorang sampai tu suhu 1°C.
Memang tak pernah lagi aku sampai ke negara yang suhu serendah ni.
Paling low sebelum ni was Japan, masa tu around 3-4°C.
Waktu ni aku dah pakai 3 lapis baju, dah mak dugong dah rupanya.




This is our room untuk malam pertama.
Untuk tido satu malam, no problem. Selesa.
Yang penting toilet ada bidet.



Disebabkan kitorang sampai hotel dah 9pm, jadi our tour guide di Korea hanya dapat provide Tuna Gimbap je.
Aku tengok tuna tu 377kcal? Ok kirim salam.
377kcal ni bersamaan sepinggan teghak nasi kerabu okeh. Mana kenyang makan Gimbap.
Baik aku makan nasi.
Jadi aku minta En Wan pi belikan aku nasi. Nasib baik bawak sambal ikan bilis.
Settle semangkuk. Baru 140kcal.

En Wan kata "Haihhh. Macamana nak pi tour Europe kalau gini perangainya asyik nak cari nasi je?"

Eh, bila masa aku ada plan nak pi Europe? Kahkahkah.

Alhamdulillah malam tu semua pun tido nyenyak.
Aku ni sah-sah la nyenyak kan, sebab sepanjang hari tak tido.
Yang 3 beranak tu melampau nau siap pakej berdengkur tiga-tiga.
Gamaknya letih benau. Aku yang tak cukup rest ni pulak yang bangkit lagi awal dari dorang.



My first time menunggu waktu Subuh di Korea.
Termenung kejap tengok lipatan juzuk 11 ni.
Punyalah istiqomah aku mengaji kat atas tu, sampai dalam bas nak ke hotel pun mengaji lagi.
Manusia ginilah, dah dalam keadaan takut baru ingat Allah. Baru ingat mati. Baru ingat nak mengaji.
Ya, akulah tu. Bukan orang lain.



Good Morning Korea!



Breakfast di sini, not bad.
Tiba-tiba nampak ramainya melayu.
Rupanya ada a few group dari Malaysia also tinggal kat sini.



Tour hari pertama ke Nami Island, tempat shooting Winter Sonata.
Pagi tu suhu -4°C. Tak tahan gila punya sejuk.
Aku tak pakai sock pulak tu, hanya pakai skin sock yang biasa aku pakai kat sini.
Glove aku tu pun mujur En Wan preparekan, kalau tak, bekulah jari-jemari I.



Pintu masuk ke feri to Nami Island.



Atas feri.
Aku rasa orang lain tak tahu kot boleh naik ke tingkat atas feri ni sebab kitorang anak beranak je kat atas ni, yang lain semua kat bawah.
Sanggup dorang berdiri ramai-ramai kat bawah tu padahal kat atas banyak tempat duduk.
Agaknya sebab dekat sangat, 5 minit dah sampai so malas nak naik atas.
The thing is kat atas ni boleh bergambar and view cantik.



Rayyan super excited bila tengok air kolam kat Nami semuanya beku.
Dia pijak air nak make sure memang betul-betul beku. What an experience.
Jangankan air, aku kalau duduk sehari kat Nami tu pun boleh beku.
Masa kat Nami suhu meningkat ke -5°C. Dah lah berangin! Ya ampunnn, hazabnya aku rasa.
Kau ni semua benda tak boleh, Diana. Panas - migrain. Sejuk - hazab.
Memang patut duduk kat rumah je.



Haaa....gitu.

Oh salah.



Haa...ni baru betul.
Kahkahkah.


Winter Sonata adalah cerita Korea pertama aku layan dari episod pertama keluar kat TV sampai habis.
Masa tu aku baru-baru kawen.
Duduk rumah takde keje, semua cerita aku belasah tengok.

Masuk episod 14 je, aku dah menggelitik nak cari VCD.
Masa tu nasib baik dah start kerja, terpaksa tunggu gaji nak beli VCD dia.
Punyalah mahal [padahal RM100+ je].
Sabar....sabar...
Gaji pertama, terus beli VCD Winter Sonata! Aku paksa En Wan layan sama.
En Wan tengok sampai habis episod. Siap agree Jun Sang ni macho. 

Mana buktinya kalau minat sangat?



Hah ini buktinya!

Masih cantik lagi aku simpan VCD ni.
Power tak powernya Winter Sonata ni, sampai sekarang dah berbelas tahun masih lagi orang nak pi Nami semata-mata nak bergambar dengan Jun Sang and Yu Jin.
Setiap kali tengok episod 14 konfem merembes.
Dari dulu sampai sekarang, never failed to make me merembes.



Boleh pulak terserempak dengan kawan skolah En Wan kat sini.
Dia datang berdua.

Nampak macam panas berdenting je kan?
Padahal aku kalau boleh nak selubung dalam selimut.
Lama pulak kat Nami ni. Jenuh nak tunggu time balik.



Tak dapat jumpa Jun Sang, dapat bergamba dengan basikal Jun Sang pun jadiklah.



Masa ni budak-budak ni dah kesejukan sangat.
Dah tak nak berjalan, nak duduk tepi unggun api je.
First time aku rasa nikmatnya bersidai tepi api.



Rayyan tak tahan sejuk, mintak apak dia belikan kopi.
Kopi okeh? Padahal dia mana penah minum kopi.
Tapi dek kerana sejuk sangat, kopi panas-panas tu dia hirup macam tu je.
Agaknya mulut sejuk sangat sampai tak payah tiup, togok gitu je.

Tapi that day suhu terlampau sejuk.
Parents yang bawak baby lagi kesian, lansung tak berjalan ke dalam macam kitorang ni, duduk kat tepi unggun api je sebab anak kecik menangis kesejukan.
Dah macam mumia aku tengok anak dorang dibalut-balut muka dengan muffler.

Aku yang tua lemak bersepah-sepah ni pun tak tahan sejuk, lagikan budak-budak.
Rayyan tu pun dah menangis sebab too cold.
Kalau musim autumn dapatlah jugak berjalan jauh sikit ambik more pictures, tapi that day terlampau sejuk, sampai aku malas nak bergambar.
Gambar budak-budak ni banyak sebenarnya, aku punya muka paling tak banyak kali ni.
Sementara nak tunggu waktu habis, kitorang lari masuk ke surau, memanaskan badan.



Ni kat kawasan surau di Nami




Mask Redza ni beli kat Nami.
Dia tak tahan muka terlampau pedih sampai mulut jadi herot-berot nak bercakap.
Terpaksa beli mask.
Patutlah aku tengok some people balut muka dengan muffler, rupanya kalau too cold kulit jadi sakit.



Ni namanya nak bergambar tapi at the same time nak nangis kesejukan.



Sebelum keluar dari Nami, satu kali pose dulu.
Waktu ni Rayyan dah hilang excited dah, siap berjanji "Adik taknak datang Korea lagi, Ma".
Semuanya sebab terlampau sejuk, tobat terus dia.
Badan dah bertampal hot patch depan belakang.
Baju 3 lapis termasuk Heatech atas bawah, but still menggigil.
Muka aku dah nampak sama putih macam orang Korea. Putih pucat.



Wajah kembali riang sebab nak pi makan.
Aku masa ni tak pikir makan, just pikir nak masuk bas cepat-cepat kasik panas badan.
Nak sangat pi negara sejuk, kan. Hambikk.



Dari Nami, kitorang pi makan dulu.
Makan ayam bakar. Bakar sendiri.

One thing aku suka dengan pakej travel ni, food dia semua best-best.
Kejap-kejap makan. Kejap-kejap makan.
Walaupun orang kata kat Korea mudah nak cari makanan halal, tapi kalau bawak anak-anak aku lebih selesa jalan dengan pakej travel supaya tak susah bab transport and food.
Tau je lah kan bila dah penat, lapar, kids tend to buat perangai sikit.
So bila transport settle, food settle, nak berjalan dari siang ke malam pun no hal.
Kat restoran kitorang stop ni ada surau jadi takde masalah untuk solat, cuma tempat wuduk tu je la tak selesa, kena ambik kat toilet.



Alhamdulillah kat Korea Rayyan makan apa je yang terhidang.
No question asked.
Nasib baik makanan kat sini banyak ayam, lega aku.
Aku always settlekan bab Rayyan dulu, bagi dia kenyang sebab dia ni cerewet bab makan.
Takut dia lapar nanti, aku kunyah jajan pun takpe.
Kat sini dia balun 2 mangkuk nasi, termasuk nasik aku sekali.
Aku cuma makan ayam sikit and sayur.
Mak-mak ginilah, asalkan anak kenyang, diri sendiri pun kenyang.

Tapi everyday aku akan masukkan dalam bag 2 kotak milo, 2 kotak susu, cookies and jajan.
Just untuk kudap-kudap dalam bas.
At least kalau dia tak berapa makan nasi pun dia dah kenyang dengan milo and susu.
Bila berjalan negara orang ni aku malas nak cerewet sangat bab makan.
Konsepnya asal perut kau tak kosong.
Nak coke? Bagi.
Nak jajan? Bagi.
Nak maggi? Bagi.
Janji kenyang.



Orang Korea kuat makan sayur.
Sayur dengan ayam sama banyak.
Memandangkan yang lain tak makan sayur, jadi sayur semua aku punya.



Redza makan style Korea.
Nasi and ayam balut dalam salad and makan.



Nasib baik aku bawak personal tukang masak dari Malaysia.
Pandai dia masak. Sampai bersepai isi ayam tu dia gunting.



Ya Allah, tetiba aku terliur tengok togeh dalam gambar ni.
Dapat taugeh goreng letak kucai, letak udang, letak tauhu sedap ni.



Lepas makan, terus pi sewa baju ski.
Actually harga pakej RM4500/person tu memang termasuk bermalam 1 malam di ski resort.
Tapi, kalau nak main ski kena sewa baju, yang ni tak termasuk dalam pakej.

Yang nak main ski, sewa RM263/suit.
Kalau nak main-main salji boleh sewa boot je.
En Wan ajak aku main ski sekali 4 beranak.
SORRYYYYYYY.
Aku kan tengah mogok ni, tak nampak? Haha.

Yang sebenarnya aku bukan minat pun nak main ski ni.
Dah pernah main sekali kat Tokyo dulu, cukuplah.
Kasik budak-budak ni je yang main.
Boot pun aku tak sewa.
Aku memang merancang nak lepak dalam cafe je minum-minum teh sambil tengok orang main ski.

Group kitorang 6 orang je main.
En Wan, Redza, Rayyan and lagi 3 orang dari famili lain.
Yang the rest sewa boots.
Aku sorang je yang lepak tepi.

Cerita kat ski, next post ya.