2019-12-05

Bagi lebih dari sepatutnya



Aku tak nak respond pada ayat yang awal.
Aku interested part "If you are giving more than you are getting back, it's not worth it".

Kalau tanya aku, aku ada pecahan-pecahannya.

Bab CINTA, aku always bagi lebih.
Kadang-kadang melebih-lebih sampai jadi bodoh.
Tapi takpelah, kita tutup kisah kebodohan kita yang lampau.
En Wan pun akui I am a great lover.
Kalau aku dah sayang, aku tak berkira dari segi duit, masa dan tenaga.
Aku all out [maybe kat sinilah bodohnya dulu].
Mujurlah dengan En Wan memang ada jodoh, jadi idok le nampak sia-sia pengorbanan tu.

Bab MASA, depends pada priority.
Kerja always can put on hold kalau melibatkan anyone yang penting dalam hidup aku.
Aku spesis yang boleh cancel appointment anytime dengan customer kalau kebetulan someone important perlukan aku.
Tu pasal Mak Aji kalau ada benda-benda penting and besar terjadi kat rumah tu dia masih tak nak bagitau aku sebab dia tahu kalau dia call, aku memang akan stop semua kerja aku and balik.
Masa En Wan kerja kilang dulu, kawan dia call bagitau dia collapse and dah dihantar ke SALAM Medical Center.
Masa tu aku dah sampai MARDI tengah tunggu customer, terus start enjin and bagitau customer aku kena balik.
Padahal itu new customer.
Lama aku cari jalan nak ajak jumpa, bila dah dapat buat appointment, aku pulak ada hal.
Perangai aku ni kadang-kadang boleh menjahanamkan kerjaya sebab aku sanggup hold kerja untuk perkara lain.

Bab DUIT, well, depends who the concerned person.
Dulu aku memang tak berkira dengan semua orang.
Yang rapat, yang tak rapat, yang kenal, yang tak dikenali - semua aku belasah share duit.
Ada sikit bagi sikit. Ada banyak bagi banyak.
Masalahnya dengan some people, bila kita bagi sikit [kurang dari nilai yang dia minta], dia rasa pemberian tu too small sampai tak payah bayar balik pun takpe.
Kalau kita bagi banyak, dia rasa kita berlebih duit pulak, tak payah bayar balik pun takpe.
Tapi one thing aku blaja tentang duit, tak kiralah orang tu nampak baik, nampak jahat, sedara, bukan sedara, kawan, bukan kawan - kalau dah namanya duit, boleh nampak true colors sorang-sorang.
Dulu sahabat Rasulullah saw pernah cakap "Kau tak akan benar-benar mengenali seseorang sehingga kau bermusafir dengannya".
Aku rasa di zaman sekarang ni dah boleh consider untuk tambah "Kita tak akan benar-benar kenali seseorang sehingga kita bagi dia pinjam duit".
Dari pinjaman duit boleh nampak amanah atau tak, buruk atau baik perangai seseorang.
And this applies to semua jenis pinjaman, baik pinjam dengan member, pinjam dengan bank atau pinjam PTPTN.

Bab ENERGY, hat ni aku liat sikit nak bagi.
Especially kalau bab gotong-royong, merewang atau kerja-kerja charity.
Aku prefer bagi sumbangan duit, makanan atau other goodies.
Why?
Yang pertama aku tak berapa selesa dengan tempat crowded, berbahang and panas.
Yang kedua, aku pun bukannya rajin sangat nak buat-buat kerja macam ni.
Yang ketiga, aku letakkan priority aku kat tempat lain.
Takpelah kalau orang kata muka aku tak pernah nampak kat kerja-kerja charity, I don't mind.
Asalkan aku ada buat contribution, I am happy.
Benda-benda charity ni bukan calang-calang orang boleh buat.
Hanya yang memang berminat, yang bersemangat, yang sukakan kerja kumpulan saja yang layak buat.
Orang-orang macam ni kerja tak berkira, jadi biarlah dia buat.
Tak perlu semua orang nak buat benda yang sama.
Some people cukuplah belakang tabir saja.

Bab ILMU, dulu aku share segalanya baik di blog, FB, IG ataupun dengan orang perseorangan tapi now apa-apa yang related to my expertise, aku charge.
Contohnya iklan di blog and personal coaching for business - yang ni aku charge.
Bukan nak kata aku hebat sangat sampai dah start letak harga. NO.
Tapi yang nak gunakan medium blog aku pun dah tentu-tentu berbisnes juga.
Orang bisnes mesti kena buat marketing.
Marketing needs money.
Orang yang really into business dah tahu tentang ni.
Dia tahu kalau berniaga, bukannya duit untuk produce product saja mesti ada tapi marketing juga.
As for coaching, aku dah start since 2 bulan lepas.
Yang ni bukan sembang kosong, before meet up lagi aku dah send questions untuk aku go thru sebelum aku coach and selepas coaching aku bagi notes untuk recap and what to do [aku tak mahu dia menulis depan aku masa aku bagi coaching].
This is my precious time. Bukan sembang kosong tapi sedang bekerja. That's why aku charge.
Benda yang datang dengan easy and cheap, kau takkan value tau.
Jadi, biasakan diri untuk respect people's time and expertise, dan prepare to pay.
Tapi general knowledge, I don't mind share kat media sosial.

"Tapi orang kata kalau memberi, nanti kita akan dapat lebih lagi"

Ya, pepatah tu betul tapi pemahaman kita yang salah.
Pepatah tu tak kata kena bagi segalanya FREE.
Kalau kita beri lebih dari apa yang dibayar, itu bagus.
Kita dibayar RM4000 tapi our effort lebih dari nilai tu, kan ke baik?
Bukan segalanya kena bagi free servis.
Some people suka manipulasi statement asal boleh fit their personal interest, kan?
Statement tu antara lain membawa maksud bila kita bagi lebih than the cash value we receive in exchange to the professional work we offer, we get more increase in professional position.

I am a blogger. I love blogging and writing.
It is something yang aku enjoy buat dan aku tak kisah spend time untuk siapkan walaupun takde bayaran.
It is, in fact, something I spend all my days doing without anyone paying me for it.
Kalaulah blogging ini adalah sejenis kerjaya, a way to survive, dah tentu aku takkan menulis kalau tak dibayar sebab aku nak some sort of upah for the time and energy I spent producing my writings.
Macam tu lah juga dengan advertisement charge and personal coaching yang aku buat.
Kalau sharing knowledge di blog, aku memang tak charge sebab aku suka menulis dan aku menulis ikut suka hati topik apa-apa pun.
But kalau orang nak aku menulis khas tentang servis atau business dorang, then itu aku terpaksa charge because aku tak menulis cincai, dan aku bukan sekadar tepek selfie dengan produk orang.
I read, I study, I test then I write.
Masa yang peruntukkan untuk tulis bisnes orang, patutnya aku boleh buat benda lain.
So when you asked me to review, maknanya kau bukan saja gunakan blog aku untuk marketing tapi mengambil masa aku juga.
Personal coaching pun macam tu.
Aku memang takde formal education in business tapi aku ada pengalaman 11 tahun membina bisnes, so that counts.
The reason that everything can't be free [termasuk coaching] is because it is not free to to produce anything *wink*