2019-11-19

Trial Pack baru



Rupanya ramai existing customer GreenAard yang nak try produk GreenAard yang lain tapi takut tak serasi, especially Gloei and Cleansing Gel.
Cleansing Gel ada botol kecil tapi aku tak jual, aku packkan dalam Basic Value Pack.
Kalau nak ikutkan secara matematik, harga Cleansing Gel 100ml is RM59.
Kalau 25ml ni around RM15, tapi aku tak jual.

Gloei pulak aku pernah released trial pack tapi untuk tempoh tertentu je.
Memang takde plan nak buat packaging kecil macam GC Plus.

Jadinya, now aku keluarkan 2 set trial pack.

1. Beauty Trial Pack
2. Family of Trial Pack

Tujuannya supaya yang belum try, boleh try dulu trial pack ni.
Kalau serasi, baru beli yang standard pack.

Yang dah pernah try standard pack, boleh hadiahkan trial pack ni pada kawan.
Ataupun suggest kawan beli trial pack dulu.
Eh, korang tak tau eh kalau refer a friend boleh dapat diskaun?
Yang beli kat website je tau ni, yang beli kat whatsapp memang tak tau.



Beauty Trial Pack
Yang ini consists of : Makeup Remover 50g + Cleansing Gel + 7 sachet Gloei

Mesti ada yang tanya "7 sachet Gloei dah boleh nampak kesan ke?"

Amboi, korang ni kalau bab nak nampak kesan kalau boleh sekarang makan, lagi 5 minit terus nampak perubahan, kan?
Kesan pada kulit tak semuanya nampak kesan dalam masa 3-4 hari. Kalau kulit kita dah damage teruk, takde maknanya dalam masa 3-4 hari boleh nampak kesan. Nak pulak kalau kita jenis tak mahu berpantang makan. Sumbat selagi ada, memang lagi lambatlah healing process.

Tujuan letak 7 sachet Gloei ni untuk korang try dulu.
Kalau serasi, takde alergi, maka bolehlah proceed beli standard packaging yang 20 sachet tu.
Jadi idok le pembaziran kalau tetiba beli then tak serasi.
Tapi kalau dengan 7 sachet ni pun kulit dah nampak glowing, that's even better.
Silakan terus beli yang 1 botol punya.



Trial Pack Family
Consists of : Mini GC Plus + Cleansing Gel + 7 sachet Gloei

Hat ni memang family of trial pack.
Ketiga-tiga produk ni pernah jadi product trial pack satu ketika dulu.
Now, cuma GC Plus saja yang ada trial pack.
Yang lagi 2 kita tak jual berasingan.
So this is the opportunity untuk try 3 product ni.
Siapa yang beli pack ni, akan dapat weight loss card tracker sekali.
Please jot down perubahan berat badan and inch loss pada pinggang selama 10 hari ok?
GC Plus mini tu memang khas untuk 10 hari je.
Kalau dalam tempoh 10 hari berat turun ok, boleh start beli standard bottle.
Kalau tak sure, after 10 days, whatsapp the weight loss card ke admin GreenAard.
Kita bagi free consultation.



Ini harga untuk pakej Trial Pack.
Memang pakej berbaloi untuk korang beli.
Apa yang aku dah pakejkan ni adalah kuantiti minimum untuk dapatkan minimum result, contohnya :

1. Mini GC Plus.
Ini pek untuk 10 hari saja.
Dalam masa 10 hari, badan mesti turun at least 580g.
Ini standard untuk mana-mana program diet.
Kalau berat badan kita turun less than this, ini indicator awal something wrong with your body.
Pernah ada dulu customer beli GC Plus, dia share weight loss card kat aku.
in 10 days, berat dia fluctuate, turun naik 100g.
Maksudnya takde perubahan ketara.
Ukuran pinggang dia tak berganjak pun, malah lebih.

Bila buat soal jawab sikit, yang pertama, bila dia ambil GC Plus, dia ingatkan pil ni adalah pendinding yang boleh block badan dia dari naik berat.
Yang ni totally wrong lah.
Makan tak salah, tapi kalau banyak makan, hari-hari jogging pun takde effect.

Yang kedua, korek punya korek, rupanya dia ada ambil ubat darah tinggi.
Ubat yang diambil secara rutin akan buatkan metabolisme badan slow dengan sendirinya.
Jadi, ambil GC Plus tak membantu pun.
Aku suruh dia stop guna GC Plus with immediate effect.
Korang kalau ada ambil ubat dokter, please be transparent dengan kita.
Jangan kacau ubat dokter dengan weight loss pill.

2. Gloei
7 sachet untuk kulit yang takde masalah, insyallah dah boleh nampak kesan sikit.
Tapi kalau kulit ada severe problem, 7 hari mustahil nak nampak perubahan ketara.
Tujuan letakkan 7 sachet untuk korang cuba keserasian dengan badan, kalau serasi, proceed beli standard bottle.

3. Makeup Remover & Cleansing Gel
Yang ni not so technical.
Apply pada kulit muka, done.
Yang ada masalah eczema atau jerawat, boleh cuci dengan Cleansing Gel.
Siapa boleh buat video and buktikan Makeup Remover GreenAard boleh hilangkan kesan solekan dalam masa 1 minit, aku bagi diskaun untuk beli Makeup Remover size besar! Trylah!

Trial Pack ni kita bagi double point.
Maknanya kalau beli yang pack RM93, korang otomatik dapat 186 point.

Kita tak bercadang nak kekalkan trial pack ni forever, sebab once dah serasi dengan semua product ni, dah boleh start beli yang standard pack.
Tapi untuk starter, boleh try hat ni dulu.

KLIK SINI untuk beli.