2019-11-20
Payah nak mengaku salah
Memang wujud orang yang payah nak mengaku salah sendiri.
True, no one enjoys being wrong tapi kalau dah terang-terang salah sendiri masih lagi tak mahu mengaku, ini memang menyakitkan hati.
Contoh, dah dibagitau semua peserta mesti hadir berpakaian warna oren, tapi kau datang dengan baju warna merah.
Bila tak dibenarkan untuk participate, kau cakap management takde timbang rasa.
This is not soal timbang rasa, ya.
Kalau management tak bagi arahan lain cerita, ini dah dibagitau, orang lain boleh patuh arahan tapi kau tak, lepas tu nak cakap management takde timbang rasa.
Another contoh, ter-missed flight disebabkan traffic.
Bila management tak benarkan check-in sebab dah lewat, kau petik salah semua orang.
Salah traffic, salah polis traffic, salah pilot tak timbang rasa, salah bini jalan melenggang, salah bini tak kunci jam, bla bla bla.
Hakikatnya kau keluar rumah dah lambat.
Bila kau dah lambat, kau expect semua benda falls into place supaya keadaan jadi terkawal, malangnya tak.
Bila things tak seperti yang kau harapkan, kau salahkah semua benda.
Semua salah, yang betul kau sorang!
Itu adalah satu contoh BODOH SOMBONG.
Sombong yang tak boleh dibentuk dan bodoh yang tak boleh diajar! Bangang abadi!
Aku lagi boleh terima orang bodoh alang dari bodoh sombong.
Sekurang-kurangnya bodoh alang boleh diajar tapi kalau kena kat bodoh sombong memang payah sikit.
Macamana pun dia akan spin supaya nampak kita salah, dia betul.
Habis takde arah, dia akan suruh kita diam "Diamlah kau!".
Eh, kita jugak yang salah sebab tak diam [??]
Some people mudah untuk mengaku salah kalau betul buat silap "Sorry..sorry".
Some other people, kind of imply they were wrong, but they don't do so explicitly atau tak menzahirkan sangat kesalahan tu di pihak dia, contoh "Selalunya traffic waktu-waktu gini ok. Tak tau lah apesal hari ni pulak kereta banyak. Takpelah, next time kita keluar awal".
Kalau yang ni aku masih boleh terima sebab walaupun dia masih nak point out kesalahan orang lain at least dia tak menegakkan benang yang basah, masih ada hawa-hawa kekesalan kat situ.
But some weird people refuse to admit they're wrong, walaupun jelas bersuluh kesalahannya.
Contoh, "Ok fine, dia ada tulis SILA PAKAI BAJU OREN" tapi arahan dia tu rapat sangat dengan arahan belah bawah jadi confusing".
What the.....???
Confusing tengkorak kau!
Orang lain helok je baca arahan takde masalah, kau je yang mata kero.
The first two examples tu maybe kita semua familiar sikit sebab those are typical responses to being wrong.
Sometimes kita accept sepenuhnya kesalahan kita, ada masanya kita accept partially iaitu kita masih mengaku ada salah di pihak kita.
That is normal.
Yang tak normalnya bila terang-terang salah tapi tak nak mengaku.
Memang ada manusia yang NEVER admit kesalahan dia.
Apa pun jadi, dia tak pernah salah.
EGO to the max.
Secara zahir kita boleh nampak orang sebegini kepala batu.
Nampak macam agresif gila padahal mereka ni ada masalah self-esteem yang sangat lemah.
Padahal inilah manusia yang paling LEMAH sekali.
Orang macam ni payah nak grow, susah nak jadi successful dan pencapaian dalam hidup takde yang significant pun.
Sebab dia rasa dia betul semua, yang tak betul semua pada orang lain.
Manusia yang rasa dia dah betul segalanya mana ada drive nak perbaiki diri, betul tak?
Sebab tu dia duduk kat takok itu dan itu juga.
Mengaku salah adalah satu ancaman pada diri dia.
Bagi dia, once mengaku salah, dia akan jadi sangat fragile that's why mati hidup balik dia takkan mengaku salah.
Manusia yang 'normal' kalau terpaksa mengaku salah, dia akan sulk kejap je pastu they get over it.
Tapi untuk orang yang 'tak normal', mengaku satu kesalahan yang kecil pun bukan saja menjejaskan mood dia tapi dia akan timbulkan masalah lain pulak dengan orang lain.
Dalam bahasa mudah, dia akan sengaja cari pasal untuk lempiaskan marah.
Semua benda jadi huru-hara lepas tu.
Benda yang simple jadi besar.
Benda yang tak susah dia buatkan jadi susah.
Benda yang tak jadi masalah akan jadi satu masalah besar.
So how we respond to such people?
Aku ada 2 cara.
Kalau rasa boleh pakai, pakailah.
Selalunya kalau orang tu tak penting untuk aku, aku biarkan je.
Bak kata kawan aku "Biarkan. Jangan bagi dia improve".
Memang menyakitkan hati handle orang macam ni sebab tu aku pilih untuk buat dek.
Nasib baik aku champion buat dek so aku akan buat dek biar dia bengkek bertubi-tubi.
Seriously orang macam ni dia sebenarnya tak nak bengang sorang-sorang.
Untuk tak menampakkan diri dia loser, dia nak kita rasa bengang sama.
Caranya, dia akan menyakitkan hati kita pulak biar kita pun bengang.
Jadi, aku always pilih untuk buat dek.
Kau nak mogok? Lantak.
Kau nak tarik muka? Lantak.
Kau nak menghempas-hempas? Lantak.
Tapi kalau bersepai barang-barang aku, kau siap. Aku hempas kau pulak.
Cara yang kedua, boleh buat macam ni.
Aku takkan directly point out that they are wrong.
In fact, aku takkan bagi tau sesiapa pun dia salah.
Biar dia teruskan bercakap apa saja untuk memenangkan diri sendiri however aku cuba neutralkan fakta.
Contoh, dia kata "Tahiti tu kat Thailand".
Aku akan cakap "Rasanya macam bukan, tapi takpe cuba kita sama-sama check jap".
Sepanjang aku buat kekdah ni, orang yang terkenal dengan kepala batu tak pernah lagi in a defense mode dengan aku.
Kalau orang tu berbaloi untuk kita layan macam ni, aku buat.
Kalau loser yang aku can't reason at all, aku malas nak buang masa aku. Melungkuplah kau situ.