Jumaat lepas ada sorang customer GreenAard tanya some pasal product. Lepas tu dah alang-alang aku menjawab, dia bagitau dulu dia teringin nak jadi macam aku [dulu ya...bukan sekarang. Hahaha].
Until dia baca blog post aku baru-baru ni pasal birthday part kawan aku [yang ni] and also post pasal baju dalam aku koyak [yang ini. Seriously aku lupa aku pernah blog pasal ni].
Dia cakap dulu masa baca post pasal kisah aku kena double standard di nursery, dia rasa sedih juga tapi tak bagi impak sebesar dua post yang tadi.
Bila baca post-post tu baru dia realized kalau nak sangat jadi aku, dia kena lalu dulu apa yang aku dah lalui dan dia kata dia tak mampu dan taknak lalui.
For that, aku nak ucapkan terima kasih.
Sebab apa yang dia cakap tu sebenarnya buatkan aku sedar apa yang kita lalui adalah yang terbaik walau susah macamana sekalipun, itulah yang terbaik sebenarnya.
Tinggal lagi kita ni lemah dan bodoh yang hanya memandang sesuatu yang baik tu dari kemudahan, keselesaan dan kesenangan.
Padahal tak semua yang senang tu berakhir dengan kebaikan dan tak semua yang susah membawa malapetaka.
Terima kasih to that blog reader.
Bukan apa, aku ni pun manusia biasa.
Sepositif mana aku cuba practice, ada masanya aku mengeluh dan menangis juga.
Kadang-kadang lupa bersyukur.
Manusia memang macam ni.
Bila nampak orang lain berjaya, kita nak berada di tempat dia.
Tapi selalunya kita tak nak lalui kepayahan yang dia lalui sebelum berada di tempat sekarang.
Dan manusia yang dah berjaya pun kadang-kadang masih merungut bila sesekali diuji sedangkan dia lupa sebelum dia berada di tempat sekarang, dia juga pernah diuji dan ujian itulah yang menjadikan dia siapa dia kini.
Bila aku pikir-pikir balik, betul lah.
Allah jadikan aku bagaimana aku sekarang semuanya dari ujian-ujian DIA.
Kerana Dia tahu, seorang Diana Ishak hanya boleh grow bila diuji.
Diana Ishak takkan boleh grow kalau dimanjakan dengan kesenangan dan puji-pujian.
Puji-pujian akan buatkan dia selesa dan takde rasa nak berubah.
Oleh sebab itu dari dulu lagi Dia bagi aku ujian demi ujian.
Aku realized yang aku hanya grow bila dibash, dikondem, diejek, dikutuk, dimaki.
Aku tak reti nak respond pada pujian.
Maybe sebab itulah jodoh aku adalah Wan Mohd Ridzuan yang suka mengkondem aku.
Apa aku buat, dia akan kritik and kondem.
Rupanya itulah kebaikan untuk aku.
Allah memang Maha Mengetahui dan Maha Baik.
Dia mahu aku sentiasa grow menjadi lebih baik jadi dia jodohkan aku dengan kaki kondem supaya aku sentiasa dicabar dan aku dapat buktikan aku boleh jadi lebih baik dari semalam.
Sumpah! Allah Maha Bijaksana.
Sometimes kalau En Wan kondem-kondem aku sakit hati.
Menangis-nangis aku solat malam mengadu apesal la laki aku suka kondem apa aku buat.
Now aku nampak dah kebodohan aku kat mana.
Rupanya aku yang buta hati.
Tak nampak hikmah di sebalik setiap pemberian Allah.
Sedangkan setiap kali aku berdoa aku minta aku kejayaan dunia dan akhirat.
Rupanya doa aku Allah sedang makbulkan, malah dah lama dah Allah makbulkan.
Maunya tak?
Dah kalau asal kena kondem, sujud aku jadi makin panjang.
Airmata mudah mengalir bila berdoa.
Semakin dikondem suami sendiri, semakin ringan badan aku bangun malam.
Makin panjang solat sunat.
Makin banyak mengaji sambil menjejes-jejes airmata.
Bukan ke itu Allah sedang menjadikan urusan akhirat aku lebih baik, just like doa yang aku selalu minta?
Bila apa yang aku plan nak buat, dari dulu dia always kritik.
Aku nak berhenti kerja untuk buat bisnes, dia pandang lekeh.
Bulan-bulan pertama berbisnes masih work from home dia cakap "Hmmm...bila la nak kaya kalau setakat buat kerja kat rumah".
Bila ofis aku masih lapang tak banyak perabot [perabot pun semua second hand], dia perli-perli.
"Ofis apa macam ni? Macam surau. Lapang je".
Ya Allah sakitnya hati!
Bila aku nak start jual tudung, dia kondem "Mana ada orang nak pakai tudung murah macam ni?"
Bila aku ke sana sini tuntut ilmu untuk buat GreenAard "Berjalan je keje, duit habis, bisnesnya tak nampak pun"
Bila aku tampal label GreenAard sendiri sebab nak jimat cost dia berdiri kat tepi aku sambil senyum geleng-geleng kepala "Hmm..entahlah Diana. Apa je lah yang awak buat ni". Kau rasa?
Tapi yang bodoh tu aku.
Setiap kali kena kondem, aku always tanya kenapa Ya Allah, kenapa??
Kenapa kau bagi aku laki macam ni yang tak reti nak motivate bini dia in a good way?
Kenapa dia always buat aku rasa macam apa yang aku buat ni sia-sia?
Padahal Allah sedang memakbulkan doa aku.
Allah tahu kalau dia hantar someone yang always puji aku, yang buatkan aku rasa selesa dengan apa yang aku dah capai, nanti aku jadi lemak, aku jadi manja dan aku jadi lemah.
That is when I stop growing sedangkan Allah tahu kemampuan aku lebih dari itu.
Jadi, dia hantar someone yang boleh bagi aku 'motivasi' supaya aku terus grow.
Last week kan aku tulis post pasal "Hadir bekerja".
Ada reader cakap "Pegawai yang cari pasal dengan Kak Di tu tau tak now Kak Di dah jadi apa? Mesti dia malu kalau tau"
Bagi aku, he was doing the right thing.
Maybe dia pun tak jangka dia buat benda yang betul.
For him, maybe dengan torture macam tu aku akan quit, tapi rupanya tak.
Kadang-kadang kita perlu "dicaripasalkan" supaya kita grow.
Kalau dia tak cari pasal dengan aku, aku takkan grow di tempat lain.
Mesti aku lembik dan selesa berada di comfort zone.
Some people mesti dikondem, disakitkan hati dan dikondem baru berubah.
Aku adalah sejenis ini.
Semakin di-pressure, semakin aku termotivasi untuk jadi lebih baik.
Masyallah, sungguh, demi Allah aku cakap Allah sangat tahu apa yang terbaik untuk kita.
Walaupun kelihatan macam takde kemudahan jalan yang Allah bagi untuk kita, percayalah, kerana Allah tahu kita mampu laluinya dan hanya dengan jalan itu saja kita boleh berjaya.
Bersyukurlah dengan life kita walau belum hebat macam orang lain.
Allah jumpakan kita dengan orang yang hebat untuk kita belajar sesuatu, bukan untuk kita compare dan kesal dengan takdir sendiri.
Sebaliknya bermuhasabah, belajar sesuatu dan cari hikmah tersembunyi.
Banyak-banyak doa supaya Allah bukakan hijab jati supaya kita nampak hikmah di sebalik setiap perkara.
Dah alang-alang berdoa tu, tolong doakan aku sekali.