2019-11-21

Refer friend



Beria hari tu aku bagitau kalau refer a friend dapat diskaun, tapi lupa nak letak cara-caranya.
Ok boleh follow instruction di atas, dengan syarat kena create akaun dulu dengan GreenAard.
Tak susah mana pun, the moment ada akaun je, dah boleh refer friend.
Berdoalah kawan-kawan tu beli ya.

Tips : Jangan bagitau kawan kau bakal dapat diskaun. Nanti dia tak beli using link kau. Tak semua member suka bila member lain dapat harga murah [ini realiti. Hahaha].

Lepas launch Trial Pack hari tu, macam biasa lah, akan ada orang yang tanya pasal product.
Dan macam selalu juga, aku akan buat satu post khas kat blog untuk menjawab dengan panjang lebar.
Tapi tak apa, aku suka bab-bab explain ni.

Ok mula-mula nak cakap tentang Nutrijuice.
Ada yang tanya kenapa takde trial pack Nutrijuice?

Ok, macam ni.
Nutrijuice ni untuk kolesterol.
Orang tak check kolesterol seminggu sekali.
Orang check kolesterol dalam tempoh 2-4 tahun sekali.
Sebotol Nutrijuice boleh bertahan 10-14 kali [tengok berapa besar sudu kau pakai].
Kalau nak check juga, boleh la check selepas 2-3 bulan guna Nutrijuice.



Ini salah satu contoh result dari customer Nutrijuice yang baru guna SEBULAN [2 botol].
Memang ada penurunan tapi belum banyak.
That's why, tak berbaloi kalau kita buat trial pack untuk Nutrijuice, nanti tak nampak kesan kau marah pulak.

So, faham dah ya?

Ok settle bab Nutrijuice.
Now nak masuk ke bab Basic Value Pack.
Ini pun ada sangkut paut dengan Nutrijuice jugak.

Reason aku create Basic Value Pack adalah sebab kolesterol ada kaitan dengan berat badan.
Refer gambar bawah.



Ok kat bawah ni aku explain menggunakan bahasa paling mudah untuk bagi faham kenapa kolesterol and berat badan ada kaitan.

1. Dalam kolesterol ada triglyceride.

2. Triglycerides adalah sejenis lemak.

3. Lepas kita makan, badan akan tukarkan kalori yang berlebihan [akibat banyak makan] menjadi triglyceride dan menyimpannya dalam sel lemak untuk digunakan sebagai tenaga kemudian.

4. Maknanya, everytime kau makan lebih dari sepatutnya, triglyceride kau bertambah. Triglyceride yang bertambah akan buatkan sel lemak kau pun bertambah.

5. Walaupun kita perlukan triglyceride untuk sumber tenaga, terlalu banyak triglyceride akan meningkatkan risiko penyakit jantung.

6. That's why losing weight adalah cara yang berkesan untuk turunkan paras triglyceride dalam badan.

7. Triglyceride yang berlebihan boleh menjadi salah satu punca kenapa berat susah nak turun.

8. That's why Nutrijuice and GC Plus kita combokan. Ini semacam weight loss booster at the same time helps tu lower cholesterol sebab bila tryglyceride terlampau tinggi bermakna kolsterol kau pun naik.


Gambar kat atas tu tunjuk, bila kita berdiet, triglyceride akan berkurangan [sebab badan guna triglyceride untuk sumber tenaga].
Triglyceride yang dah menyusut akan buatkan sel lemak mengecut.
Tapi sel lemak ni akan expand dengan air [kita kan minum air].
Sebab itulah ada orang kata bila makan GC Plus, berat badan saya turun seminggu pastu dia naik balik 1-2kg.

BERSABAR.

Kalau kau yakin kau tak terlebih makan, jangan risau.
Ini pertambahan berat yang sementara.
Sel lemak yang mengecut tu berisi air.
Nanti lama-lama sel lemak akan mengecut kembali dan lepas tu berat badan akan menurun dengan kosisten, insyallah.

Harap explanation ni membantu. Nak tanya apa-apa, WHATSAPP SINI.


Pesanan : Masa ambil GC Plus and Nutrijuice ni kalau boleh elakkan lah ambil trans fat [fast food and bakery]. Bukan saja menggemukkan, nanti triglyceride kau naik mencanak-canak. Bila naik mencanak, susah nak weight loss dan kolesterol pun tinggi.