2019-11-27

Cinta Part III.


Nampaknya 3 hari berturut-turut aku menulis pasal cinta.
Musim orang bercinta agaknya sekarang, tu pasal banyak nau request aku dapat untuk elaborate lagi post tentang cinta.

Aku nak jawab satu soalan ni.
Dia tanya "Masa Kak Di buat keputusan pilih suami, Kak Di ikut kata hati atau lojik?"

Hmm...it's really a difficult question to answer tapi soalan ni bagus.

Ada pepatah cakap "the greatest distance in the world is between our mind and heart".
Hati manusia cenderung untuk memilih sesuatu berdasarkan apa yang kita suka contohnya kecantikan, kesenangan, good impression, karisma, etc.
Otak pulak cenderung memaksa kita buat double check - tengok pros and cons sebelum buat keputusan.

Contohnya, nak mandi laut atau mandi sungai.
Kita tengok laut/sungai/air terjun, mesti rasa nak masuk air terus.
Tapi otak kita ajak berfikir dulu - dalam ke tak sungai ni, arus kuat ke tak, perlu pakai selipar ke tak [takut ada kaca], ada binatang merayap dalam air ke tak, etc.
Semua ni akan menentukan samada ok or not nak berenang kat situ.

Itu baru cerita nak berenang, pun dah banyak benda yang mesti difikirkan dulu.
Apetah lagi dalam perhubungan.
Macamana sayang dan cinta sekalipun kita pada dia, mesti dahulukan lojik.

Bila kita jatuh cinta, yang memberi signal pertama adalah hati.
Dari hatilah datang rasa bahagia.
Dah tak nampak orang lain dah kalau hati dah suka.
Bermula dari bahagia ni nanti kita mula buat benda-benda bodoh yang kita akan regret later.
Benda yang biasa berlaku adalah kita ikut kehendak dia dan abaikan our personal interest.
Inilah awal malapetaka.

Cinta memang membawa bahagia tapi kalau tersilap langkah, boleh menjadi sangat menyakitkan.
That's why dalam bercinta, tolong jangan ketepikan logik kerana logik mengekalkan kewarasan.
Berhenti berpikir bahawa dalam cinta hanya hati yang kita perlukan. Tak.
Try to use your logic to predict the direction of your relationship.
Jangan risau, berpikir logik dan rasional tak menghilangkan rasa cinta pun, in fact kau akan rasa jauh lebih tenang dan bahagia.

Honestly, masa aku pilih En Wan, aku pilih berdasarkan logik.
Kalau guna hati, memang menang lagi exbf aku. Why?
Exbf aku ada ciri-ciri charming. Maybe itulah yang jadikan aku buta kejap.
He is someone yang tak segan pakai jam swatch aku warna pink ke mana-mana [kitorang dulu gedik, tukar-tukar jam].
He is someone yang selitkan note "I love you" kat celah buku aku.
Perempuan kan suka lelaki macam ni yang suka buat surprise yang tak terjangka.
Masa tu jeles la member-member bila aku dapat surprise-surprise macam ni.
Padahal itulah ciri-ciri awal seorang saiko.
Ye lah kan, macamana dia boleh selitkan note tu dalam buku aku? Masa bila dia buat?
Aku bukannya bertenet dengan dia bawak buku pun. Seram.

Dengan En Wan aku banyak pilih atas dasar logik [walaupun tak menyeronokkan sangat. Haha].
Maybe dah berpengalaman bercinta guna hati tak pakai otak, jadi kali ni aku banyak guna otak dari guna hati.
Tapi takdelah kata bila guna otak, kau akan lebih bahagia cuma maybe less drama lah sikit.

En Wan kalau nak compare dengan exbf, dia agak 'kejung'.
En Wan tak berapa suka bab-bab romantik ni. Rimas dia kata.
Nak berdiscuss heart to heart pun dia tak berapa reti.
Bagi dia, takyah la nak romantik-romantik sangat sebelum kawen, kalau tak jadi esok, merana.
Buat apa nak bagi bunga? Buat apa nak bagi hadiah? Baik simpan untuk kawen.
Begitulah tahap 'kejung' beliau dalam bercinta.
Maybe sebab dia pernah bercinta ikut hati dengan ex dia dulu, jadi dia pun belajar dari pengalaman.

Selalunya kalau orang bercinta, nak dengar suara everyday.
Nak chat everyday.
Nak keluar sama everyday.
Nak makan sama everyday.
Tapi in my case, kitorang jauh, jadi semua benda tu takde.
Aku berharap, dia akan call everyday. Nan hado.
Alasannya, baik simpan duit untuk kawen cepat.
Dah kawen esok, kita hadap muka masing-masing 24 jam.
Kejung, kan?

Nak marah betul aku time tu.
Pernah aku stress sangat sebab dia tak call aku almost 2 weeks sampai Mak Aji email dia mintak call rumah kejap sebab aku asyik menangis.
Dia call, tapi kejap je 3 minit.
Alasan "Abang kena jimat duit Di, abang nak pulun kerja kat sini sebab abang balik terus nak kawen dengan Di. Di kena sabar".

Boleh je kan kalau dia nak tipu aku?
Tapi tak tau lah, aku percaya apa dia cakap.
Aku pujuk diri aku "Ada logik gak apa dia cakap tu. Kalau asyik call je, duit habis nanti lagi lambat kawen".

Masa mula-mula kenal dia, dia lagi beberapa bulan nak habis diploma.
Plannya, lepas diploma dia balik.
Aku dah excited dah ni.
Alih-alih dia nak sambung Bachelor, alasannya "Untuk future kita. Biar gaji besar sikit balik nanti. Lagipun Di belum habis belajar. Kalau abang balik now, kita tak dapat kawen jugak. Di duduk jauh. Baik abang sambung blaja dulu kat sini, boleh kumpul duit".

Meraung aku.
Terus nak berhenti belajar rasanya.
Biasalah kan, ikutkan hati dan perasaan sangat gitulah.

Dia punya 'kejung' tu membawak sampai ke lepas kawen!

Tak pi honeymoon sebab nak kumpul duit beli rumah cepat.
Tak pi bercuti sebab nak bayar hutang kereta cepat.
Tak shopping-shopping sebab nak simpan duit renovate rumah baru.
Allah...
Aku always cakap kat En Wan, "Kalau Di mati, takde sape nak kawen dengan abang. Tak tahan dengan perangai abang ni. Di sorang je faham".
Serious!
Aku kerat jari kalau ada yang boleh faham dengan konsep kekejungan dia ni.
Dia banyak guna lojik dalam apa dia buat, even dalam relationship.
Kalau tak tahan, memang makan hati la jawabnya.

Cuma sejak 4-5 tahun kebelakangan ni barulah pandai sweet-sweet and romantik-romantik.
Agaknya sebab banyak benda dia dah accomplished, jadi dah kurang stress, jadi bolehla nak santai-santai sikit sekarang.
Tu yang rajin buat surprise untuk aku tu. Kiranya macam pay back time lah ni.
Jenuh juga la nak tunggu angin romantik dia sampai, anak dah bujang dah baru merasa. Adeh.

Bila aku buat kira-kira campur tolak bahagi semua, actually memang banyak pertimbangan yang kita kena pikir sebelum yakin kita benar-benar jatuh hati kat someone.
Mencintai someone tak boleh dengan tiba-tiba. Selalu ada proses.
Kena pikir dengan baik. Sometimes perasaan tu datang sesaat je.
Maksudnya kita bukan nak pun kat dia tapi terbawa-bawa dengan perasaan seronok je.
Lama-lama terperangkap dalam perasaan sendiri.
Kat sinilah LOGIK mainkan peranan penting.
LOGIKlah yang akan buatkan kita mempertimbangkan sebelum benar-benar jatuh hati.

Memilih someone untuk dicintai tak cukup dari hati je.
Nak pertimbangkan sifat dan karakternya wajib gunakan LOGIK.
Memang cinta tu datang tiba-tiba, tapi ketika kita dah mula rasa perasaan cinta tu, itulah saat yang tepat untuk kaji dari sudut logik pula.

Mula-mula memang rasa bahagia 24 jam. That's normal.
Maybe hati kita kata semua akan baik-baik je as long as you both are together but that does not mean you and him will be forever happy.
Thinking of all possibilities is a skill of LOGIC.
Tengok cara dia berfikir.
Tengok cara dia mengendalikan stress.
Tengok how dia react bila marah.
Tengok how dia merancang future bersama.
Memang tak boleh nak expect semua perfect tapi kita boleh buat checklist.
Dari checklist ni kita boleh decide samada worth or not teruskan perhubungan tu.

Yang jadi masalahnya bila dah terang lagi bersuluh pilihan, segala lojik dapat dibuktikan, tapi hati kita yang tak boleh terima. Tu pasal hidup sengsara.
Aku gini gak dulu. In denial.
Always rasa masih ada peluang untuk ubah keadaan.
Always salahkan diri sendiri tak cukup berusaha untuk pertahankan relation.
Always rasa diri yang bersalah.

Hati memang selalu membayangkan yang indah-indah je bila jatuh cinta.
But on the one hand you still need logic.
Tugas LOGIK ni untuk bagi gambaran the worst possibilities yang tak dapat dirasakan oleh hati.
Dipersilakan collaborate kedua-duanya, antara hati dan otak, so that kita bukan saja dapat rasa bahagia tetapi kekuatan dan persiapan untuk berdepan segala kemungkinan.
Sometimes its better to follow our heart, but most of the times our mind.
Jangan nanti plan nak cari soulmate, ujung-ujung kau dapat "Degree in Psychology specializing in Personality Disorder". Kahhhhh!