2019-11-26

Bawa otak sekali



Cinta seharusnya buatkan kita rasa happy, bukan menderita.
Kalau dalam relationship kita lebih banyak rasa sedih and sengsara dari bahagia, rasanya dah boleh start gunakan otak.
Bukan maksudnya guna hati tu tak bijak, cuma kalau ada smarter choice why not.

Oh ni entry untuk orang yang belum kawen.
Yang ada masalah rumahtangga, sila settlekan di rumah masing-masing.

Ok, balik pada tajuk asal.
Sebenarnya takde apa dan takde siapa pun yang halang kita dari move on.
Kita [ladies] je yang tak sedar bahawa kita yang blocked laluan kita sendiri.
Maybe kita belum faham bahawa untuk move on, kita mesti give up dan lepaskan luka yang lepas.
Kalau mempertahankan seseorang tak membuatkan kita bahagia malah menderita, what's the point?
It's time to let go. Kena berani keluar dari keselesaan.

Ok bab 'selesa' ni pun ada ceritanya.
Walaupun relation tu hazabidin, masih ada perempuan yang "selesa" dan tak mahu keluar dari relation yang tak mendatangkan pekdah tu.
Dia takut kalau-kalau bila keluar dari relation tu, dia akan berjumpa dengan someone yang jauh lebih buruk jadi dia sanggup terus duduk dalam kesengsaraan dan anggap keadaan tu "selesa".

"Takpelah.....dan terbiasa"
"Takpelah....sabar"

Nak keluar dari zon "selesa" ni memang tak mudah, tapi boleh buat.
Antara nak dengan tak nak je.
Sama macam buat PhD.
Lecturer aku cakap "PhD bukan untuk orang-orang pandai tapi untuk orang yang nak buat".
Maksudnya, ia susah tapi boleh dibuat dengan syarat mesti ada rasa nak buat.

Macam tu lah jugak bila nak keluar dari zon "selesa" ni.
Dulu aku pun gitu juga.
Everytime nak keluar dari relation tu, mesti ada hal yang tarik aku balik.
Antaranya adalah kenangan dan rasa bersalah.

Aku suka mengimbau kenangan lama, jadi bila kenangan lama tu menjelma, aku jadi kesian, simpati, bersalah, dan tak sampai hati.
Tapi bila aku terus stay, aku realized ianya dah tak seronok.
Aku menipu diri sendiri.
Aku thought aku masih cinta, hakikatnya aku hanya bertahan walhal cinta dah lama takde.
Aku bertahan sebab banyak sangat kenangan, membuatkan payah nak keluar dari "keselesaan" tu.

Setiap kali balik bercuti [sem break], aku jadi lega.
Aku lebih seronok dapat phone calls dari kawan-kawan skolah berbanding pakwe sendiri.
Aku lebih suka melepak dengan kawan-kawan dari pakwe sendiri.
Those were hints sebenarnya.
It's not a good sign bilamana kau lebih seronok lepak dengan kawan-kawan dari pasangan kau.
Kat situ sebenarnya hint yang Allah tunjuk tapi manalah waktu tu reti nak baca hint -hint ni semua.

Setiap kali nak balik semula ke U, ex aku akan put a nite or two kat rumah aku sebelum fly balik sama-sama.
Setiap kali dia datang, aku dah tak excited. Instead, aku jadi berdebar-debar.

Ada satu pepatah Buddha kata "Kalau berada dengan seseorang menjadikan kita berdebar, jantung berdegup laju, itu bukan cinta. Cinta akan membuatkan kita rasa tenang bila berada di sisinya".

Malangnya, aku baru jumpa pepatah ni 2-3 tahun lepas.
Kalau dulu aku dah tau pepatah ni, lagi awal aku angkat kaki agaknya.

Pepatah tu somehow ada kebenarannya,
Entah sapelah yang kata kalau berdebar-debar tunggu seseorang datang, itu namanya cinta.
In my case, tak pun. Scary lagi ada.

Lama juga aku nak keluar dari "keselesaan" tu.
Banyak halangan tapi halangan terbesar adalah aku sendiri sebab aku yang takut nak move on.
Kawan aku cakap aku bodoh sebab tak reti nak mengelak setiap kali pakwe ajak keluar, ajak pi makan, belikan kek, belikan hadiah.
Dorang sendiri boleh nampak gesture pakwe aku berbentuk tekanan, bukan cinta.
Cuma aku yang tak sedar-sedar.

Sumpah, aku tak selesa pun sebenarnya cuma aku cuba untuk bertolak-ansur dengan keadaan.
Banyak hati perlu dijaga.
Alhamdulillah juga dia mengganas.
At least itu buatkan aku jadi berani dan nekad untuk keluar dari "keselesaan".
Kalau dia tak mengganas, agaknya aku terus stay.
Aku kan sejenis immune pada torture, tu pasal lembab nak move on.
Bila kena tenyeh baru terbukak mata.

Bercinta tu tak salah.
Cuma kita kena peka dengan perkara-perkara yang terjadi di luar harapan kita.
Tak dinafikan dalam mana-mana relation, mesti ada pahit dan manis, tapi bawalah otak sekali bila bercinta.
Belajar sayang diri sendiri sebelum sayang orang lain.
Kalau kita sendiri tak rasa bahagia, apa jaminannya kita boleh bahagiakan orang lain?

Pasangan kita mestilah orang yang buatkan kita rasa selesa.
Someone yang menghilangkan rasa sedih kita.
Someone who can make you feel like everything is okay again.
Indicatornya, bila berada dengan this someone, kita rasa safe. Rasa secure. Protected.
Rasa macam as long as dia ada, nothing bad is going to happen.
Walaupun bercinta jarak jauh, kalau that someone is the one, kau tetap boleh tido nyenyak, kau tetap boleh jalankan daily activities, kau tetap boleh capai achievements - ini antara indicator that someone is the right person.
Tapi kalau berada dekat pun buatkan kau serba tak kena, susah belajar, tak fokus kerja - this is not love.

Aku dah lalui cinta jarak dekat and cinta jarak jauh. Aku tahu bezanya.
Kalau that someone adalah the one, walau keadaan stressfull, tetap kau dapat lalui dengan baik.
Pendek kata dalam keadaan tak comfortable pun kau tetap rasa comfortable.
Walau hakikatnya dia jauh di mata, tapi the feeling yang dia bagi tu buatkan diri rasa tenang.

Yang rasa diri terperangkap dengan zon "selesa", mohon cari balik otak anda.