2019-11-15

Kerja


Semalam aku post video kat FB tentang isu stayback kat ofis for NOTHING.
Boleh KLIK SINI.

Penyakit stayback kat ofis tak buat apa-apa ni penyakit lama.
Semenjak aku kerja tahun 2000 sampailah ke 2019 ni, penyakit ni memang ada.
Aku tak pernah suka nak lepak kat ofis lama-lama kalau takde kerja.
Baik masa makan gaji, atau sekarang dah run own business, kalau takde keje baik aku balik.
Yang kelakarnya, masih ada bos yang rate pekerja berdasarkan clock-in and clock-out.

Aku ada satu konsep yang aku pegang sejak dari dulu lagi.
Konsep ini bukan untuk diikut tapi untuk dipertimbangkan.

"Waktu bekerja" dengan "waktu berada di tempat kerja" for me are two different things.

Ada orang dari sudut pandang kedatangan ke tempat kerja memang cemerlang.
Dan orang begini memang sangat menitikberatkan waktu kedatangan.
Dia akan pastikan dia sampai di ofis awal.
Dia menganggap "hadir ke tempat kerja adalah kerjanya".

Tapi ada juga orang yang berpegang pada konsep "tak ada waktu bekerja yang khusus, semua waktu selagi dalam keadaan sedar adalah waktu bekerja".

Contoh, pekerja A, bekerja dari pukul 8.30am sampai 5.30pm.
Dalam kebanyakkan syarikat/agensi, ini waktu bekerja standard.

Pekerja A hadir ke tempat kerja lepas hantar anak ke sekolah, let say around 7.45am dah sampai ofis.
Then dia setup tempat berkerja [workstation].
Dia on PC lepas tu keluar breakfast.
Lepas breakfast, dia kembali ke "tempat kerja" at 8.30am bawak karipap dan teh tarik ikat tepi.

Lepas tu dia bukak FB dan ber-FB sambil tengok gambar orang, update status, tengok status artis, chatting ngan member, sambil-sambil check email, check akaun bank, check hutang kad kredit, bukak page gossip, bukak blog yang dia suka, kalau dia ada blog, dia pun update blog.
Semua ni dia buat sampai 10am.
Kemudian dia buat keja dia, nampak sibuklah sebab time ni biasanya boss-boss pun dah sampai opis. Hinggalah 1pm, dia tutup lampu dan dia "rehat". Masa rehat kan? Rehatlah.
[Ingat! Dia baru bekerja 3 jam sahaja. Itupun kalau solid 3 jam untuk kerjalah. Tak masuk lagi kejap-kejap belek henfon atau lepak depan mesin fotostet membawang 10 minit].

Then dia keluar lunch, masuk balik lagi 5 minit waktu rehat nak habis dengan melenggang bawak goreng pisang dalam plastik.
Hat ni untuk habuan tea time nanti.
Tapi singgah toilet dulu, then singgah surau untuk solat.
Almost 2.45pm baru masuk ke "workstation".
Lepas tu dia pun kerja baliklah, sebab kerja pagi tadi masih tak siap.
Actually takde plan nak siapkan pun sebab "esok masih ada".

Nak dekat pukul 4pm nanti dia bukak FB balik, sebab nak baca status orang, nak skodeng timeline orang, nak tengok status bintang pujaan, etc.
Pukul 5.15pm, dia dah siap pegang kunci kereta, dan siap sedia nak "scan".
Tepat jam 5.30pm dia pun balik just like hari-hari lain sejak bertahun-tahun yang lepas.
Kat rumah dia buat keja rumah dan lupakan hal pejabat, tido, bangun esok dan ulang lagi rutin tadi. 

"Masa bekerja" dia nampak hebat, nampak sempurna, nampak cantik je.
Hakikatnya dia cuma kerja 4 jam sehari.
Dan dialah pakar "kehadiran ke tempat kerja".

Yang ni kira baik sikit lah.
Ada yang lagi hampas, kerja yang patut boleh siap awal, drag untuk bawak ke OT.
Barulah nampak macam pekerja cemerlang.

Some people are different.
Ada pekerja B, yang kelihatan seperti pekerja yang paling tak popular dan paling tak nampak macam bekerja.
Dia tak nampak tergesa-gesa najk punch in awal ke ofis setiap pagi.
Dia akan take sweet time.
Dah kalau takde apa yang memerlukan dia masuk awal, nak buat sampai awal.
Maka kad kehadiran dia tidaklah secemerlang orang lain.
Maybe 2-3 minit sebelum waktu bekerja, barulah dia sampai.

Tapi sebaik je sampai dia akan mula bekerja.
Dia langgar semua waktu yang ada, waktu rehat pukul 10am, waktu lunch, selagi tak lapar, dia terus buat kerja.
Dia akan grab roti atau apa-apa je lah yang ada kat pantry later, bila rasa lapar.
Dia akan berhenti berkerja bila penat atau bila kerja dah siap.
Kalau kerja siap awal, dia balik awal.
Yang penting, dia siapkan kerja terutama yang melibatkan orang lain.
Dia akan pastikan kerja dia siap. Hantaq on time dengan perfect [bukan sekadar hantar].
Bila kira-kira, waktu kerja dia memang tak boleh dikira.

Tapi orang macam ni, selalunya ada yang memerhati dengan rasa tak puas hati.
Yes, aku adalah pekerja B.
Dari awal aku bekerja, aku tak faham kenapa nak stayback bila kau tak perlu stayback.
Dan aku juga pekerja yang 'rebel'.
Aku always ada question "WHY?".

Sorry to say, dulu masa aku kerja dengan satu agensi kerajaan, setiap kali meeting aku dan some of the Research Assistant diminta hadir TETAPI, kehadiran kami untuk ambil maklum saja.
Not proper katanya kalau nak suarakan pandangan.
Bila suarakan pandangan ke bos untuk disampaikan ke meeting, bos tak sampaikan.
Bila kita nak sampaikan, katanya tak proper.
Ada satu pegawai tu panggil aku personally after meeting bagitau aku takde hak untuk bagi pandangan.
Aku tanya dia "Kalau kami takde hak untuk bagi pandangan, kenapa kami diminta untuk hadir mesyuarat? Kalau setakat untuk ambil maklum, keluarkan surat pekeliling saja. Jadikan satu arahan".

Aku ingat lagi dia reply "Awak tau tak, awak yang paling degil sekali antara semua RA? Semua kata awak paling degil".

Bagi aku, dia tak dapat jawab pertanyaan aku, lalu dia spin nak tunjuk buruk aku pulak.
Bila kau tahu apa yang aku tanya adalah benda betul dan kau tak dapat nak jawab, maka kau cakap aku degil.
Ni la yang Altimet cakap "Siapa makan cili dia rasa pedas. Siapa rasa pedas, kata aku mulut lepas".
Hakikatnya kau sendiri tahu apa aku cakap betul cuma kau bengang bila common sense aku lagi tinggi dari kau!

Lepas tu, dia transfer aku ke unit lain.
Aku sorang je RA yang ditransfer ke bahagian lain, di level yang lain.
Kononnya sikap aku ni bakal menghasut RA-RA lain kat situ.
Aku sebagai seorang yang "degil", memang takde hal lah tercampak kat mana.
Aku memang dah biasa buat kerja sorang tak ber-geng, so aku takde hal.

Kat unit baru, aku sorang je RA di situ.
Yang lain semua pegawai dan akak-akak clerk.
Pegawai semua lelaki, cuma big bos-nya adalah perempuan, Chinese lady.
This Chinese lady happened to be one of the pegawai di unit lama aku.
After beberapa minggu aku, dia ditukarkan ke unit lain.
So now, aku bekerja dengan dia pula.

Memandangkan aku satu-satunya RA kat situ, aku bekerja di bawah 3 orang bos lelaki dan sorang bos perempuan.
2 lelaki melayu, 1 lelaki India and that Chinese lady boss.

Aku ingat lagi masa aku sampai di unit lama, that pegawai yang bengkek dengan aku tu, terus cakap "Awak naik tingkat **. Hari ni awak start kerja kat sana".

So unprofessional kan?
Nampak sangat pantat terluka [butthurt].

Aku pun terus naik, and lapor diri kat unit baru.
Sorang pegawai lelaki [bos baru], cakap "Sorry Diana, kami baru tahu ada new RA sampai hari ni, jadi tak sempat siapkan bilik. Diana kerja dalam meeting room, boleh? Saya dah letakkan PC kat sini. Tapi kecik je lah area Diana kerja ni".

Aku serta-merta seronok.
Sebab that bos sangat bersopan-santun, walaupun dia bos dan aku hanya RA.
Maka bermulalah aku bekerja di unit baru, dalam meeting room.
Selain buat paper work dan surat-menyurat, aku bertanggungjawab untuk jawab call untuk urusan aduan perihal alam sekitar.
Beberapa kali la aku bercakap dengan Karam Singh Walia tu kat phone.
Turun naik tangan aku bercakap dengan dia. Kahkahkah.
Sikit lagi aku nak berbalas peribahasa dengan dia.
"Harapkan pagar, pagar tak boleh diharap".
"Kalau kail panjang sejengkal, belilah yang panjang sikit untuk mengail"

Yang paling best, aku proofread teks ucapan menteri.
Ada satu perenggan tu aku tambah teks, and YB Menteri baca that teks.
Bangga betul aku masa tu, padahal satu perenggan je aku tambah.
Tapi bila pegawai luluskan, itu bermakna I'm doing something right, kan?
So don't play-play with my "degil-ness".

Masa first meeting, aku duduk belakang sebab dah terbiasa meeting kat unit bawah duduk belakang-belakang je.
The pegawai 3 orang lelaki tu panggil aku duduk depan, siap reservekan kerusi untuk aku.
Dia nak aku sama-sama bagi input untuk satu ASEAN convention.
Masa pameran kementerian kat PWTC pun aku sama-sama share ideas, bukan setakat "Nah, kau buat ni, nah kau print ni, nah kau fotostet ni".

Bila agensi berpindah ke Putrajaya, aku masih bekerja di unit yang sama.
Kat tempat baru, aku ada meja sendiri dan aku semakin 'melebarkan' sayap menjadi antara orang harapan kat unit aku untuk berkomunikasi dengan delegasi ASEAN.
Unit aku ni banyak berurusan dengan negara-negara luar, jadi memandangkan aku kelihatan macam boleh diharap untuk respond to overseas call and do necessary paper works, maka aku dipertanggungjawabkan untuk buat banyak perkara.
Aku sangat happy buat kerja lebih masa dan terima arahan dari 4 orang bos.
Kerja kat unit ni paling banyak pengalaman sebab banyak terlibat dengan kerja luar and berurusan dengan pegawai-pegawai luar negara.

One day, dengar desas-desus aku akan ditukarkan balik ke unit asal.
Katanya unit asal busy, memandangkan aku hanya dipinjamkan ke unit baru, jadi now dorang nak ambil aku balik.
Masa tu pegawai lelaki yang India tu really fight untuk buatkan aku stay.
Dia tanya his department kalau ada peruntukan lebih, biar the department start bayar gaji aku supaya aku boleh terus bekerja di situ.
Tapi orang bawah tak kasi, entah apa la kecohnya aku tak tau.
Ceritanya dorang nak pakai aku balik

Percaya atau tak, masa aku nak lapor diri ke bawah, lady boss yang Chinese tu iring aku ke bawah.
Dia macam buat official "hand-over" aku ke unit bawah.
Dia bagitau aku memang sangat bagus bekerja bla bla bla bla.
Dah la dia cakap terus kat pegawai yang bengkek dengan aku tu.
Dari ekor mata aku nampak senyum dia kelat je bila orang atas suka and appreciate aku sampai fight nak aku kerja dengan dorang.
Masa tu aku gelak dalam hati.

So now, ceritanya tadi kat unit lama ada banyak kerja kan?
That's why nak pakai aku balik kan?

Hari yang aku lapor diri tu, meja aku pun takde lagi katanya.
Maka dia letakkan aku kat area akak-akak kerani.
Aku no hal walaupun serius tak lojik.
Beria kau nak ambik aku balik, tapi meja aku takde katanya? Hahaha, funny.
Tapi aku no sweat, bukannya aku tak kenal akak-akak tu.

Hari aku start tu, PC aku pun takde lagi.
So the whole day aku melanguk tak buat apa.
Aku macam, eh kata busy?
Takkan takde kerja untuk aku?
Bagi la aku kerja-kerja manual kemas-kemas file ke apa ke.
Ini tak.
Aku bekerja bawah siapa pun aku tak tahu.

Pastu esok pun sama, dah tenghari baru setup PC, tapi internet takde.
Takde internet memang takleh buat kerja la weii, camne nak connect dengan database.
Masih lagi tak tau siapa bos aku.

Aku tak tau hari ke berapa, barulah sorang pegawai datang kat aku, "Diana tengah buat apa sekarang? Kalau takde kerja boleh tak tolong saya kejap".

Seriusly sampai ke sudah aku takde bos dan takde kerja yang spesifik.
Aku pun always balik awal je lah.
Dah takde kerja kan, nak buat apa stay back.
Tapi bila aku sorang je punch out awal, nampaklah aku paling tak berguna sekali.
Hahaha, you think I care?

Gitulah sebenarnya, ada manusia yang umur je banyak, tapi akal serupa budak sekolah rendah.
Jenis nak bersaing dengan budak-budak.
Kurang agaknya kerja dia kat opis, tu yang banyak masa pikir camana nak pedajal aku.
Memandangkan aku taknak jadi bangang duduk lama-lama dengan orang negatif, jadi aku pun berhenti kerja.
Settle masalah.
Tak tau lah apa jadi agaknya dengan manusia-manusia yang sakit hati dengan aku tu.
Dah jadi jutawan agaknya. Kahkahkah.

Yang sebetulnya pantat terluka sebab akak-akak kerani tu cakap, kerani-kerani unit atas bagitau aku rajin sangat and pandai buat kerja.
Kecoh rupanya cerita orang atas fight nak tarik aku.
Tu yang agaknya pegawai tu tak puas hati, hajat di hati nak buat aku stress, apekan daya aku successful kat atas.
Tu pasal dia beria suggest kat big bos untuk tarik aku ke bawah balik.
Alahaiii, macamana orang gini boleh kekal dalam agensi?

Tadi aku gugel nama bos lama aku [yang kat unit atas tu], ohhh dah pangkat Datuk rupanya!
I am happy for him.
Sangat layak untuk menjawat gelaran tu.
Kalau dapat gelaran lebih tinggi pun aku sokong.

Sorrylah, aku memang not a fan of mengampu dan mengipas bos.
Aku naik pangkat sebab cara kerja aku, bukan jilat pantat bos.
Kalau ada kerja, aku akan buat sungguh-sungguh.
In fact, aku akan buat lebih sebab aku tahu aku mampu bagi lebih.
Selagi aku tak penat, aku akan terus buat kerja.
Sometimes skip lunch, sebab nak siapkan kerja.
Kerja dah siap, agak-agak dah tak busy sangat and takde kerja yang urgent, aku akan tido kejap 15 minit bawah meja.
Then bangun, sambung buat kerja.
Tapi yang tido 15 minit tu lah yang orang nampak.
Yang aku bawak sales beratus ribu tetiap bulan, tak nak pulak dihebohkan.

Masa aku kerja sales, bila aku rasa takde kerja nak dibuat kat opis, aku akan keluar seharian, lepak dengan customer.
Lepak sembang-sembang dalam lab, sometimes ajak lepak kopi-kopi.
Aku selalu dapat new ideas and leads walaupun dengan cara ni.
Nampak je macam melepak, tapi hakikatnya aku sedang bekerja.

Ada orang "attendance oriented" dan ada yang "result oriented".
I am proud to say I am result oriented person.
Biaq pi lah tak famous di ofis pun, janji sales aku hit tetiap bulan.
Yang lain-lain, kau nak pulun, kau pulunlah.

Memang ada pro dan kontra. Boleh didebatkan kalau nak [tapi blog aku takde ruangan komen, kau debat kat wall kau je lah].
Ada advantage dan disadvantage, pro dan contra, merit dan de-merit. Kesimpulannya :

1. Setting a working time is very imporant dan ini paling praktikal dilaksanakan. Tak dinafikan secara keseluruhannya ada banyak kebaikan. In fact, terlalu banyak kebaikan kalau bekerja ikut masa bekerja.

2. Tapi ada a few kerjaya yang tak boleh dikompromikan masa bekerja especially yang melibatkan urusan dengan pihak lain, contohnya receptionist, maintenance team, PR officers atau kakitangan yang manage hal-hal berkaitan orang lain yang juga ada masa kerja standard mereka sendiri seperti kakitangan bank, pejabat zakat, pejabat utiliti, etc. Kerja-kerja yang berurusan dengan orang ramai macam ni please la on time sikit. Aku kadang fedap kaunter ada 10, yang bukak 3 je. Yang menunggu turn punyalah ramai. Yang lain-lain tu sape tunggu? Saka? Mustahil kaunter buat sampai 10 kalau takde keperluan, betul tak? Opis aku ni pun, takde de aku beli workstation sampai 10, sebab aku tau takde keperluan lagi. So bila kau buat kaunter sampai 10 bermakna kau ada pekerja, tapi pekerja kau mana sekarang?

3. Ada beberapa kerja yang boleh dibebaskan daripada ikatan ni contohnya pelukis, grafik designer, komposer lagu, penulis lirik, atau kerja yang melibatkan idea dan ilham sebab idea dan ilham tak semestinya datang pada waktu bekerja. Yang ni termasuklah kerja yang telah ditentukan masa perjumpaan tetapi takde keperluan untuk berjumpa client pada masa lain melainkan boleh dibuat kerja-kertas di rumah je atau di mana-mana pun. Ussually golongan ni perlu ada one-to-one reporting dan diberikan tugas, kemudian hantar tugas dalam masa ditetapkan. Macam mana nak buat, bila, di mana, apa problem aku tak nak ambik tau. Janji siap. Jenis kerjaya point nombor 3 inilah yang aku praktikkan masa kerja sales. Pelik aku bila some bos question apesal aku 2-3 hari tak masuk opis. Dia dok kalut check punch card aku. Sales aku dia tak nak check. Sibuk check punch card. Dah namanya kerja sales, kejadah apa nak duduk dalam opis. Kalau aku duduk opis, mana nak datang sales-nya? Some people memang common sense dia low, eh?

4. Pentingnya amanah dalam menjalankan tugas adalah lebih sesuai untuk di-check and balance-kan. Tanya prestasi pekerja dari sudut pandang clientnya. Tengok hasil kerjanya. Selagi staff tak timbulkan masalah di tempat kerjanya, I am ok with that kalau kau nak balik sharp on time.

5. Ini nasihat sikit dari aku. Kalau rasa boleh pakai, pakailah. Bila kita bekerja, perlu ada sikap "mensebatikan" kerja dalam hidup. Bawa amanah dan laksanakan dengan paling cekap tak kira masa. Kerja juga adalah ibadah kalau dengan niat yang betul pasti tak akan sia-sia. Jangan berkira dengan kerja. Jadikan setiap arahan bos tu satu challenge untuk kita buktikan pada diri sendiri kita mampu buat. Heran betul now budak-budak berkira bila disuruh buat kerja. Seronok sangat nak duduk di tempat yang sama buat kerja rutin yang sama. Takde rasa nak buat lebih. Takde rasa nak capai another milestone untuk diri sendiri. Mentaliti "Asal ada kerja, asal ada gaji".

6. Pekerja yang tak mampu buat kerja dengan baik, eloklah letak jawatan supaya post tu dapat dimanfaatkan oleh orang yang mampu.

7. Carilah kerja yang paling kita suka dan seronok buat dan juga kesesuaiannya dengan cara kita mengendalikannya. Insyallah, hasilnya hebat.

Penutup celoteh hari ni, lagi sekali aku nak ingatkan, "hadir berkerja" dengan "hadir ke tempat kerja" adalah dua benda yang berbeza.