2019-10-08

Wagyu Kokoro Halal Japanese Yakiniku



Semalam birthday pak incik ni.
Padahal malam Ahad tu pukul 7pm masing-masing dah makan mihun goreng aku buat.
Kalau tengok gaya macam dah kenyang.
Masuk je Isyak dia tanya "Kenyang tak?" [selalu orang tanya "lapar tak?"].

"Kenapa?"

"Jom, celebrate birthday abang".

Aku on je.
Sebab aku dah boleh bajet perut aku ni kalau makan pukul 7pm, by 9pm nanti dia dah merepek-repek nak kunyah twisties lah, maggi lah, buat teh tarik lah.
Lepas Isyak, kitorang keluar ke Wagyu Kokoro, PJ.

So this is my 3rd time makan wagyu.
Pertama kali dulu tahun 2013 kat Paragon JB.
Kali kedua kat restoran Chef Zubir.



Bagus staff dia, dia tanya dulu samada kita first time datang sana atau dah biasa.
Kalau first time, dia akan explain jenis-jenis wagyu yang dia offer, the pakej dan dia recommend sekali makanan apa yang best.
Plannya semalam nak makan wagyu saja, walaupun nak juga try ramen tapi aku takut kekenyangan, so nevermind ramen can wait.

Set wagyu yang aku makan semalam adalah set ekonomi iaitu untuk 1-2 orang makan.
Harganya RM195.
Ada 3 jenis wagyu kat situ [refer gambar], yang hujung sinun adalah yang the best sebab marbling dia banyak.
Marbling ni sejenis intramascular fat.
Lagi banyak fat, lagi lembut texture daging dan lagi sedap.
Tapi jangan konfius pulak marbling dengan lemak yang kat luar kawasan daging.
Lelemak kat luar daging tu adalah lemak yang biasa tu tapi marbling fat is different.



Mula-mula sekali staff akan tolong bakarkan.
Nak membakor wagyu ni ada skill rupanya, tak boleh bakar sekali rap gitu, kena piece by piece dan terus masuk ke dalam mulut.
Maknanya, kau nak makan, kau bakar satu dah masak terus ngap.

Lagi satu - masak wagyu tak payah sampai well done. Cukup sampai well je.
Don't overcook it.
Setiap side bakar lebih kurang 3-4 minit je. Lepas tu angkat.
Kalau tak nak terus masuk dalam mulut, let it cool dalam kurang dari 5 minit. Then, makan.




Walau bagaimanapun, kitorang terpaksa bakar sekaligus sebab sampai sana pun dah pukul 9.15pm.
Kalau nak tunggu bakar sehelai-sehelai, mau besoknya baru aku balik.

Walaupun set untuk 1-2 orang tapi banyak juga.
Jenuh jugak nak menghabiskan - maybe juga sebab kitorang dah makan mihun sebelum tu so slow sikit nak habiskan wagyu.

Dalam set wagyu ni ada 3 jenis wagyu.
Yang banyak marbling, yang medium and yang less marbling tapi kesemuanya pun sedap cuma yang banyak marbling lebih lembut.
En Wan makan sampai pejam-pejam mata punyalah nak feel.
Yang wagyu marbling banyak tu dia tak kunyah pun, dia sedut je sebab very juicy.
Dari segi sains, lagi banyak marbling bermakna lagi less muscle.
Bila less muscle, daging lebih cepat masak that's why teh juicy-ness masih terpelihara.



Hari tu aku yang banyak makan daging.
En Wan asal masak je, letak kat piring aku. Asal masak je, letak kat piring aku.
Kenyang gila! Nampak je macam sikit padahalllll.



Selain dari wagyu, ada seafood set juga tapi aku rasa kalau nak makan kat sini better makan wagyu je la. Bukan apa, kalau nak makan seafood, melambak-lambak seafood jual kat luar tapi wagyu yang best and rare tak banyak. Jadi habiskanlah duit anda di sini untuk wagyu saja.




Kat sini dia punya green tea dalam gelas ini saja ya.
Jangan berangan green tea tu datang dalam satu jug macam kat Sushi King.
Agak-agak tak cukup, sila order lain.
Tak pun, buat macam aku, bawak air extra sendiri simpan dalam beg.



Ini adalah jeruk-jeruk sampingan untuk makan bersama dengan BBQ, tapi kitorang tak sentuh lansung. Sebab tak berapa makan.



Untuk set yang kitorang pilih, dapat salad. 
Punnnnn aku tak makan.
Kalau sayur masak aku makan, kalau salad tak makan.



Order satu side dish - Edamame.
Ini memang wajib makan kalau masuk mana-mana restoran Jepun.
Tapi kat sini first time aku makan edamame yang ada seasoning.



Ni baru permulaan katanya sebab aku tak hadiahkan dia apa-apa lagi.
Tunggulah hujung minggu kalau tak busy kita merayaplah cari apa yang patut.
Takut karang hadiah dia tak apa-apa, barang aku yang lebih.
Maklumlah sejak dah ada kad Sephora ni. Eh.




This is the owner, Mr Firdaus.
Yang specialnya kat Wagyu Kokoro, harga wagyu dia lebih murah berbanding tempat lain sebab lembu-lembu adalah milik Mr Fidhaus sendiri.
Dia ada ladang di Jepun dan daging-daging wagyu di restoran dia adalah dari lembu dia di sana.
Jadi, ianya terjamin halal!



Ini antara certificate yang dia letak di ruang restaurant.
Wagyu Kokoro is still new, proses Halal Jakim masih dalam permohonan.
Biasalah memang akan ambil masa tetapi dia dah ada Japan Halal Certificate.
Insyallah sikit masa lagi dapatlah sijil halal Jakim pula.



Ini adalah harga set wagyu di Wagyu Kokoro.
Bagi aku, pakej ni dah dikira murah sebab aku pernah makan wagyu sepiring ada dalam 10 helai daging dah RM100+.
Siapa belum pernah merasa wagyu and teringin nak rasa, pegilah Wagyu Kokoro. Sangat affordable. 
Kenapa aku cakap affordable?
Sebab walaupun ambil set 1-2 orang, puas makan.
Klik sini untuk ke FB Wagyu Kiroro