2019-10-15

Rich Paper Studio


Dah lama aku tak buat keje promote bisnes orang.
Dulu, seminggu sekali mesti aku promotekan bisnes orang tapi ada syarat.
Syaratnya business dia tak clash dengan business aku.
Lepas tu aku kena kencing hidup-hidup bila ada beberapa orang "business people" yang mintak aku jualkan balik baju-baju terpakai [pre-loved], rupanya itu baju-baju dari stok dorang.
Every month nama-nama yang sama minta aku tolong jualkan pre-loved item.
Until blog readers aku bagitau dia ada beli baju yang sama dan harganya sama dengan harga pre-loved tu.
Risik punya risik [aku kan ramai perisik kat dalam ni], sah rupanya dia mengencing aku.
Punyalah nak gunakan platform aku sampai kena menipu [tapi orang-orang macam ni dia spin. Dia tak ngaku dia menipu. Dia kata itu strategi. Strategi tengkorak dia].

Pakkal aku tak kenal orangnya, kalau tak aku nak tanya "Dah kaya ke skarang? Menjadi ke 'strategi' tu?"

Bayar advertising agencies, bayar influencers, bayar bloggers untuk marketkan produk BUKAN JAMINAN produk kau akan laku keras tetapi setidak-tidaknya brand kau akan lebih meluas dikenali.
Platform bloggers hanya increase brand awareness and audience engagement sahaja.
Sebagai business owners, you must do the selling part.

Aku dah start buka balik platform blog aku untuk promote business.
Boleh refer sidebar belah kanan ada advertisement pasal ni.
Jangan takut nak spend duit untuk marketing.
New business startups selalu takut nak spend duit kat marketing, sebab aku faham masing-masing tak nak rugi.
Takde siapa yang nak rugi bila berbisnes, semua pun nak untung.
Tapi, kalau takut nak spend money on your business even when it's necessary, kau akan hilang banyak peluang yang kau tak jangkakan.
Lagipun platform www.dianaishak.com tak caj sampai ribu-ribu. I bukan diva u ollss.

Oklah, aku ni sebenarnya nak promote business orang tapi dah terlajak menceceh.
Baca sampai habis sebab ada promosi untuk blog readers.



Siapa sini yang plan nak kawen atau ada family yang sedang merancang majlis kawen tapi takde masa nak survey kad kahwin?

This company nama Rich Paper Studio, specialized in kad kawen and cek hantaran.

Kalau tengok contoh pakej yang dia offer kat atas ni, dah settle satu masalah.
Sebab kau order wedding card, sekali harung dia buatkan bunting and 4 penunjuk arah.
Kalau kau order 100pcs, sekeping kad jatuh harga RM2.95.
Tapi bear in mind ini adalah harga untuk size LONG.
Dia ada size medium and small, which is cheaper.

Yang bestnya, kau bukan saja dapat kad tapi tetap dapat 1 bunting and 4 penunjuk arah tak kira kau order 100pcs atau 1000pcs.
Tapi takkan jemputan kau 100 orang je kot? Mesti lebih ye tak?
Kalau order lebih, maka kuranglah sikit harganya.
Macam aku dulu kad kawen keluar 1500pcs, maklumlah anak pertama kawen.
Time tu Mak Aji and Pak Aji masih bekerja jadi kawan-kawan yang nak dijemput ramai.
Sekali hah kauuu, 3000 lebih yang datang sampai nasi masak 2 kali!
Jenuh aku bukak hadiah malam tu.

So, kalau korang order 1000pcs kad dari Rich Paper Studio, baru RM495.
Dapat bunting and penujuk arah sekali.
FREE DELIVERY pulak tu untuk Semenanjung.

Zaman aku kawen sampailah ke zaman Ibal kawen, penunjuk arah kitorang print sendiri.
Memang la jimat tapi tak rare dan tak senonoh kejadiannya.
Ini orang dah buatkan siap, tinggal kau nak pilih and tukar details je - done.
Nak jadi pengantin toksah mikir banyak-banyak.
Serahkan je pada yang pakar.



Zaman aku dulu takde gini okeh.
Aku susun duit mas kawen RM80 tu dalam frame.
Dah habis gempak la konon masa tu.
Lepas tu menyusahkan orang lain nak kena tolong jaga duit hantaran and mas kawen supaya tak kena kebas dek orang.

Hoi, jangan buat pasal la tinggalkan gubahan hantaran and mas kawen merata-rata.
Sedara tak sedara, kalau bab duit, sedara pun gelap mata!
Benda penah jadi tu pasal aku cakap.
Tapi bukan kena kat family aku la, kena kat family orang lain.
Hamba Allah tu tengah seronok-seronok bergambar lepas nikah, alih-alih duit hantaran lesap.
Nangis la kau situ.

So now, cara paling selamat dan gojes adalah cek hantaran transparent.
Bukannya mahal sangat, baru RM130 siap dengan bekas kayu.
Kalau nak nampak rare sikit kau tambahkan lampu, baru RM30.
Alahhh, kawen bukan banyak kali, kalau boleh nak sekali.
Biarlah yang sekali ni senonoh kejadiannya, bukannya mahal pun.

Nak tempah cek ni untuk hadiah atau jadikan cenderahati pun boleh.



Tak nak kotak kayu?
Nah ni, pakai kotak baldu, murah sikit.



Tak nak baldu?
Nah! Kotak songket.

Tak nak jugak?

Kau nak apa sebenarnya ni?

Oh, nak lain yang lebih simple? Adaaa.



Nah ni.
Nak cek transparent with tapak pun boleh.
Nak cek acrylic dalam kotak kaca pun boleh.
Nak cek duduk dalam frame pun boleh.
Semua option dia bagi, kau tinggal pilih je.

Cek transparent with tapak harga RM60 tu pun ok jugak, simple.
Tapi nanti kau kena spend pulak kat dulang hantarannya.
Takkan kau nak serah buta-buta cek gitu je.
Mesti nak kena letak bunga-bunga sikit.
Kalau kau jenis tangan tak berseni, beli je lah yang cek transparent with kotak kayu, biar semenggah sikit rupanya.



Berbalik pada pakej kad kawen tadi, designnya adalah pelbagai, bukan ini je designnya.
Ini cuma contoh, dia nak tunjuk yang kad kawen ada pelbagai size.
Ada size panjang, medium and kecil.
Yang awal-awal tadi aku tunjuk pakej kad size panjang
So ini size medium and small.
Design-wise, boleh contact Rich Paper Studio untuk sembang lebih panjang.



Ini adalah the best part!
Rich Paper Studio nak bagi 10% DISKAUN untuk blog readers dianaishak.com dan followers FB/IG aku.
Baca syarat-syaratnya.
Bukan susah sangat, tak keluar duit pun.
Follow, tag and purchase, kemudian nikmati 10% diskaun.