2019-10-30

Nasihat


"Advice is one thing that is freely given away, but watch that you take only what is worth having" - The Richest Man in Babylon

Somehow this is very true.
Bukan memperlekehkan nasihat orang lain, tapi kita kena pilih-pilih juga nasihat siapa yang boleh dipakai.
Kalau boleh janganlah dengar nasihat someone yang tak pernah mencuba apa yang kita nak buat.

Contoh, nak berniaga.
Someone yang tak pernah berniaga nasihat "Janganlah berniaga...susah! Kawan aku tu berniaga tak sampai 6 bulan, balik kampung. Bisnes rugi!"

Ataupun kau sambung belajar PhD.
Someone yang tak mahu sambung blaja cakap "Kawan aku ada sorang buat PhD. Dah macam orang bengong je aku tengok. Stress tau tak buat PhD ni. Silap-siap boleh jadi gila!"

Sebahagian besar orang yang kita kenal have no idea apa yang kita nak buat.
They don't even know how to achieve the goals you have tapi dia tetap nak bagi nasihat sedangkan dia takde pengalaman dan takde knowledge tentang apa yang kita plan nak buat.

Advice macam ni aku jumpa banyak masa aku nak pilih course and masa nak cari kerja.
Masing-masing nak ajar aku apa nak buat dengan aku punya future, macamana nak pilih kerja, macamana nak buat itu ini.
Again, nasihat itu semua bagus tapi yang tak bagusnya nasihat tu semua datang dari orang yang takde pengalaman buat the same thing pun.

Aku kan kuat berangan dari kecik, jadi aku dah terbiasa berangan benda yang besar-besar.

Dari kecik aku always berangan nak jadi model runway.
Kejap-kejap aku mekap muka aku guna barang mekap Mak Aji [macamana nak tak selalu kena bantai].
Tapi Mak Aji selalu sabotaj aku "Muka kemek, toksah berangan nak jadi model. Ada orang nak kat kau dah cukup bagus".
Haaa gitu dia bagi sedebik.
Lalu, aku pun tukar angan-angan, now nak jadi fashion designer pulak.

Aku pakai baju-baju Mak Aji and ubah suai - tudung ikat kat pinggang, tudung jadi skirt, tali kasut ikat kat dahi ala-ala gipsi, brooch pasang kat kepala, etc.
Memang kreatif gila aku dulu.
Tapi tahun 80-90an, kerjaya fashion designer takde orang pandang.
Semua pun pandang kerjaya profesional - lawyer, doktor, engineer, arkitek.
Takde sape sokong cita-cita aku tu, mengkondem lagi ada.
Lalu, terkubur begitu saja.

Then aku suka main bos-pekerja dengan Ima.
Everytime main aku always jadi bos.
Ima tak pernah pulak bertekak dengan aku nak jadi bos, dia macam merelakan diri jadi staff aku.
Aku rasa dia memang suka jadi sekretari.
Bos kan garang, always marah-marah pekerja.
Rela pulak si Ima asyik kena marah dek aku. Hahaha.
Biasala kan, mak aku always sabotaj aku "Toksah berangan banyak sangat. Blaja kalau tak pandai, kerja kilang je lah jawabnya".

Aku rasa mak-mak zaman dulu always macam ni kan.
Nak ugut anak-anak suruh blaja mesti guna modal - kerja kilang, kerja kutip sampah, jual nasi lemak tepi jalan, etc.
Dulu aku selalu tembak Mak Aji balik "Tu la dulu sebut-sebut kerja kilang kerja kilang, last-last dapat dua-dua menantu kerja kilang".

Masa aku nak ambil offer jadi sales exec, lagiiii lah banyak yang mengkondem, termasuklah pakwe aku tu.

"Jual barang?"

Aku rasa dorang semua membayangkan aku bentang tikar tepi jalan jual ubat kuat.

Bila aku nak benti kerja, run business, lagiiiii lah banyak yang kondem.

Aku ada pretty lofty set of goals.
Some of them are things like financially independent, earn puluh ribu sebulan, make millions every year, publish own book - banyak lagi.
Bunyinya memang macam angan-angan Mat Jenin.
Some impian aku masih belum tercapai tapi banyak juga yang dah fulfilled.
Tapi, masa aku ceritakan angan-angan aku kat orang, ramai bagi respond yang melemahkan semangat aku.

Masa tu aku bengang juga.
Aku always tertanya-tanya apesal dorang ni negatif sangat?
Apesal dorang taknak support impian aku?

Lama-lama aku dapat jawapannya.

Sebenarnya dorang tak salah, yang salah tu AKU.
Aku yang salah sebab aku bertanya kepada orang yang salah.
Most of the people in my life haven't achieved these goals.
Dorang tak salah, dorang belum achieve apa yang aku nak achive juga tak salah, cuma aku yang salah orang bila minta pandangan.
Aku tak sepatutnya trust sources that can only give me subpar advice.

Kalau tanya pendapat tentang rumahtangga, yes, baru betul minta pandangan mak bapak because dorang lebih lama hidup bersama, banyak pahit manis dah lalui.

Nak tanya pandangan tentang berpantang selepas bersalin, yes, baru betul minta pandangan mak dan nenek kita sebab dorang berpengalaman.

Maksudnya, minta nasihat dan menerima nasihat itu tak salah.
Rasulullah saw pun pesan kalau mendengar nasihat, jangan lihat siapa yang bagi nasihat tetapi apa yang dinasihatinya.
However, if you follow advice of clueless people, you will end up just like them.
Nasihat yang biasa-biasa leads to result yang biasa-biasa juga.
That is why aku suka dengar nasihat daripada very few people.
Not that I am too smart or that I know everything already, it is just that aku dah penat dengar nasihat dari orang yang salah [yang tak sepatutnya].
Now, aku hanya pilih sumber nasihat dengan berhati-hati.
I only follow the guidance of those who have [or know how to get] what I want.
Itulah juga salah satu sebab kenapa aku organize Personal Branding Talk Sabtu ni, aku pilih tajuk apa aku nak blaja, aku pilih speaker, aku nak buat ikut konsep yang aku nak.

Bunyinya macam berlagak kan, tapi terpulanglah nak intrepret ikut mana pun.
Bagi aku the more selective you are, the better advice you get.
Jangan ambil pandangan dari ramai orang yang mediocre, kau akan dapat mediocre advice and result kau pun mediocre je sebab everyone has their own agenda.

Yang jual produk kesihatan - "Ini bagus, awak ada penyakit apa pun tak apa, boleh ambil produk ni, nanti semua masalah settle!"

Yang mencari agen - "Sebulan paling sikit pun awak boleh dapat RM5K!"

"University yang paling power Harvard. Kau masuk Harvard"

"Kerja kat A bagus. Bonus tinggi"

Hakikatnya, some of us bila bagi pandangan sebenarnya sedang memberitahu impian kita sendiri.
Dia nak itu, maka nasihat dia menjurus pada apa yang dia mahu.
Dia tak pandang dari perspektif yang lain.

Most of the time, kita look for advice sebab kita nak more information sebelum buat sesuatu, kan?
Maksudnya kita sendiri tak sure nak pilih antara apa yang kita nak, dengan apa yang patut kita buat.
Bermakna, our impian tak strong enough sebab tu kita tanya nasihat kat ramai orang.
Berbeza kalau kita tahu apa kita nak, kita hanya akan minta nasihat pada orang tertentu dan orang itu pula someone yang memang boleh support our dreams.

Masa aku nak self-publish buku aku, aku terstop-stop juga.

"Nak kena buat market research dulu"

"Nak kena buat survey dulu"

"Nak kena tambah artikel dulu"

Padahal bendanya dah siap dah ni.
Padahal aku dah ada crowd di kalangan blog readers and followers.
Padahal dah blog aku dah boleh buat survey.
Tapi tu lah kan, kita always nak "more info".
Ujung-ujung tak buat apa-apa pun.

The truth is, a lot of the time kita sebenarnya tak perlu pun banyak pandangan dan banyak informasi.
Kita cuma perlu take another small step je.
Pepatah omputih ada cakap "When the student is ready, the teacher will appear".
Maksudnya, just do what you need to do to move forward, nanti along the way kita akan belajar sesuatu atau jumpa orang sealiran yang akan ajar kita sesuatu.

As for me, aku tak jumpa mentor yang betul-betul aku nak.
Tapi sepanjang apa yang aku dah lalui, aku jumpa ramai orang yang boleh bagi aku tunjuk ajar and nasihat dan mereka-meraka ni ada pengalaman buat perkara yang aku nak buat.




Hari ni last day free postage untuk GreenAard.
WHATSAPP SINI untuk beli.