2019-10-29

Weightless Essence Foundation Dvanda



Hari ni aku nak cerita pasal Foundation Dvanda yang aku dapat 2 minggu lepas.
Ya, dah 2 minggu dapat baru hari ni nak cerita kisahnya.

I am not a foundation person.
Rutin kosmetik aku ringkas - toner + mosturiser + bedak.
Ini basic. Macamana tak sempat sekalipun, ini 3 benda wajib tenyeh kat muka.

Kalau rajin sikit, lepas pakai bedak aku akan pakai lipstik + eyeliner + blusher.
Ini jurus tingkatan kedua.

Tingkatan ketiga kalau ada function apa-apa, baru aku akan pakai eyeshadow and mascara.

Selalunya aku fokus kat basic makeup saja iaitu tak pakai mekap lansung especially kalau hari tu takde appointment kat mana-mana.
Lebih senang tak bermekap sebab aku yakin aku jelita tanpa mekap [pehhh statement!].

Foundation memang tak ada dalam list kosmetik aku.
Pernah dulu beli, zaman-zaman ranggi dulu.
Orang pakai foundation, aku sibuk nak pakai jugak.
Last-last kering kat botol je.

Concealer aku pernah beli tapi jarang pakai, sampai naik keras bendalah tu, ujung-ujung buang.
Dulu, 10 tahun sudah aku pernah cuba-cuba untuk pakai foundation tapi maybe foundation yang aku guna tu tak sesuai dengan kulit [atau maybe aku pakai cara yang salah].
Muka aku jadi berat dan berpeluh. Hangat je muka rasa.
Bila basuh, baru rasa lega.
Sejak dari tu aku dah malas nak ber-foundation.

Sorang stokis Dvanda bagi aku try foundation brand ni - dia bagi 2 jenis, satu DARK, another one is MEDIUM.
Memang dua ni saja kod yang available buat masa ni.
Malas cerita panjang, kau tengok je la aku apply foundation ni :







Video kedua, selepas mekap.
Aku pakai kod yang medium campur-campur kod dark sikit [haa kau mampu separuh muka foundation lain, separuh lagi lain?]

Bagus stokis ni, dia tuju kat orang yang tepat untuk try her product.
Orang kulit macam aku pakai benda-benda kecantikan macam ni baru bagus, barulah orang nampak beza before and after, bukannya bagi kat orang yang kulit dah sedia cantik.

Ada beza kan? Lepas pakai foundation nampak lebih floles, betul tak?
Nak-nak lagi kulit yang tak berapa cerah macam aku ni, bila pakai foundation nampak bersiap sikit.
So korang dah boleh bajet-bajet nak pilih kod mana satu lepas tengok video ni.
Kalau aku yang tak berapa cerah ni pun sesuai pakai both [kena pandai-pandai blend], maka korang yang kulit lebih cerah lebih no sweat nak apply.
Susah-susah beli je dua terus, sebab boleh blend ikut warna kulit yang sebenar.



So ini adalah ciri-ciri ringkas setiap foundation.
Boleh baca and fahamkan.

Foundation sekarang semua dah ada elemen-elemen untuk rawat wajah - ada vitamin, ada natural oil segala.
Bear in mind, kalau produk ni tak sesuai untuk kulit korang, bukan salah produk tapi boleh jadi kulit korang sensitif sebab aku pakai alhamdulillah ok, takde melekit, tak rasa berat and tak rasa panas.
Yang penting ada KKM.

Foundation nampak macam tak penting tapi untuk orang yang concern dengan penampilan wajah, ia sangat penting.
Salah satu fungsi foundation adalah menyembunyikan imperfections pada wajah.
Foundation dicipta bertahun-tahun dulu for this very purpose. 
Ini adalah salah satu solution cepat untuk sorok dark spots, redness, and blemishes bila kau ada client penting untuk jumpa esok.

Apply foundation guna apa?
Tangan?
Brush?
Beauty blender?

Sebenarnya kalau nak apply foundation lebih elok guna brush, bukan beauty blender.
"Blenders" are for "blending."
Contoh, kalau kau nak blend dua-dua kod foundation ni, that is when you use beauty blender.
Tapi bila nak apply kat muka, gunakan foundation sponge atau brush.
Kalau guna brush atau sponge lebih create airbrushed look kat kulit.

Sesiapa yang berminat harganya macam ni :

RM68 termasuk pos.
Sabah & Sarawak ada postage tambahan, RM5.

Setiap pembelian 2 item, RM120 temasuk pos.
Sabah & Sarawak ada postage tambahan, RM5.

Khas untuk pembaca blog and follower Diana Ishak, dapat free gift berupa Cosmetic Pouch dan Beauty Blender. Hat ni kena tanya dia pembelian mana satu dapat pouch, mana satu dapat beauty blender.



Berminat, WHATSAPP SINI (Raihan)



Oh by the way, sesiapa yang nak gunakan blog ni untuk platform promosi product, boleh contact staff aku halina[at]xzizbiotech[dot]com. Gambar kedua dan ketiga adalah our own design so basically you not only bayar for this platform tapi boleh ambil design yang aku buatkan tu. Video pun boleh ambik sekali.



Nah! Model makcik umur 42 tahun.