2019-10-10

Lagi sekali celebrate



Ya begitulah mukadimah blogpost hari ni.
Kejadian di atas berlaku Selasa lepas.
Birthday En Wan Isnin, 7 Oktober tapi anjak ke Selasa because Monday selalunya busy day, taknak terkejar-kejar.

Aku memang sangat tak reti buat surprise.
Dari hari Jumaat aku dah bersekongkol dengan staff untuk preparekan semua ni.
Aku mintak dorang cari tempat, order food, prepare table setting, sampaikan duit nak bayar ke cafe pun terpaksa transfer ke akaun staff mintak dia cash out [En Wan kan pegang semua kad-kad aku].

Nak menyampaikan ke hari Selasa tu agak hazab aku menanggung debar.
Bukan apa, En Wan ni kadang pi kilang lah, jumpa orang lah, selalunya unplanned.
Pagi Selasa tu tetiba aku nampak dia pakai kemeja lengan panjang.
Selalunya kalau pakai macam ni tandanya nak keluar jumpa orang.
Rupanya betul dia kata pukul 3pm nak jumpa.
Aku dah cuak, terpaksa bagitau aku ada prepare nak celebrate birthday dia so jangan keluar ke mana-mana at 1.30pm.
See? Memang aku always gagal kalau buat surprise.

Majlis ni dibuat kat Kamilah Book & Lifestyle Cafe, Putra Heights - belakang opis aku je.



Kebetulan pulak En Wan pakai biru, just nice menepati tema table setting.
And just nice juga cafe buatkan table kitorang dekat dengan ruangan santai sofa ni.
Dapat la kitorang conquer dua-dua area.
Nak potong kek, duduk kat sofa. Nak makan, boleh duduk kat meja.



Kek Komugi, kali ni perisa strawberry yogurt.
Best, tak muak.
Stoberi pun tegang-tegang lagi, tak benyek.




Satu je benda yang slack, sebab En Wan ni pemalu bila satu cafe bagi tumpuan kat dia.
Muka dia macam cover-cover. 
Suruh senyum pun taknak. Nyampah aku.
Pakkal suami, kalau tak, aku pekikkan kat situ jugak.



Jadiklahhhh ada gak gambar berdua.
Bolehkan terlupa nak ambik gambar berdua, ni pun nasib baik ada orang teringat nak snap.



Berjaya bawa mak keluar and sorok-sorok bawa ke cafe sebelum En Wan sampai.




Bites and cakes ni memang aku minta dorang sediakan.
Dorang tak pernah offer benda-benda ni so aku gugel gambar and minta dorang sediakan juga.

Yang gambar atas dua jenis kek - brownies & blueberry kek.
Gambar kedua chicken ham and cheese sandwich, bun dengan stobery jam and sandwich telur.




Mereka-mereka ini yang bertungkus lumus siapkan semua ni, beli kek, buat booking, check table setting sebelum majlis bermula, orderkan makanan sip-siap.



Lamb grill - not bad tapi gravy dia aku tak berapa suka.



Kueytiaw ni pedassssss!
Patutnya kueytiaw ni penuh dengan seafood tapi sebab this is for mak, mak tak makan seafood, jadi bagi ayam saja.



Seafood aglio olio



Carbonara

Ada 3 lagi makanan aku lupa nak snap, budak-budak ni pun tak bagi aku gamba makanan dorang, jadi tak dapat nak letak sini.
Kat cafe ni selection makanan tak berapa banyak sangat tapi apa yang dia offer semuanya not bad.
Cuma kena order awal, dia sendiri suggest call dulu untuk order sebab makanan dia siap dengan presentation bagai jadi ambil masa.
Tu pasal kitorang order semua siap-siap.

Konsep kedai ni aku suka sebab nice and cozy, just like Little White Cafe kat Bangi tu.
Tapi kalau korang ada plan nak buat birthday atau apa-apa event, boleh je mintak dorang sediakan apa yang takde dalam menu.
Macam aku birthday yang aku buat ni cuma RM262 all in termasuk makan and table setting. 
Tak masuk kek Komugi.
Kira oklah, sebab makanan pun sedap, setting tak berlebih-lebihan, and ambient cafe tak buatkan aku rimas.



Tadaaaa!!!

Ini adalah GC Plus pek mini - hanya untuk 10 hari.

Kenapa 10 hari?

Sebab kalau nak ikutkan weight loss card yang GreenAard bagi untuk setiap botol GC Plus, hanya untuk monitor weight loss and inch loss selama 10 hari saja.
Badan kita kalau tunjukkan respond yang baik untuk mana-mana program diet dalam tempoh 10 hari, bermakna badan takde masalah untuk turun berat.
Berat yang turun sekurang-kurangnya 580g dalam masa 10 hari ATAU pinggang mengecil at least 1.5 inch adalah indicator badan respond well dengan diet program.
Jadi sekiranya dalam tempoh 10 hari ni ada progress, boleh beli actual pack yang 120 kapsul.
So, takde lah korang spend sampai RM90 untuk cuba-cuba.

So, apa lagi?
Bendalah ni launch kat website Isnin depan.
Tapi untuk blog readers aku launch today, harga RM45.
SILA WHATSAPP SINI.