walk on wings, tread in air: Siapa lagi besar? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Siapa lagi besar?
2019-09-30

Kita semua pasti berdepan dengan ujian, masalah dan cabaran. Tak ada yang terlepas dari berdepan dengan masalah ini.
However, bukan masalah yang jadi hal. Bukan juga saiz masalah tu tetapi persepsi kita tentang masalah itu - samada kita jadikan masalah tu berat atau tak.

Ustaz aku pesan, bila ada masalah, cakap kat masalah "Masalah, kau besar. Tapi Allah lebih besar dari kau".

Bunyinya macam kelakar sebab bukan boleh settle pun masalah tu bila kita cakap macam tu.
Malas aku nak cakap lelebih sebab benda ni bukan boleh dicakap - kena cuba sendiri.

Ok lah kalau taknak dengar cakap ustaz, meh kita dengar cakap pakar motivasi pulak.

Pakar motivasi ada kata, what you focus on, you magnify.
Bermakna, kalau kita fokus pada sesuatu masalah atau sesuatu yang kita tak ada - kita sebenarnya sedang menjadikan masalah itu bigger than it really is.
Masalah tu tak bertambah pun tapi kita yang dah buatkan ia nampak besar dan merebak. Why?
Kerana persepsi kita terhadap masalah itu yang menjadikan masalah kelihatan besar dari realiti.
Kita boleh guna konsep yang sama untuk membesarkan Allah.

Siapa pernah baca buku David and Goliath - Underdogs, Misfits, and the Art of Battling Giants?
Buku ni Bible version sebenarnya, banyak petikan Bible dalam tu, tapi aku baca je sebab kisah David and Goliath ni interesting untuk kita extract pengajarannya.

Goliath ni giant.
Masa David faced Goliath, dia tak pernah pun anggap Goliath ni giant.
Orang lain semua panggil giant.
Bila kita sebut giant, dah tentu kita bercakap tentang size badannya, size kekuatannya dan skill.
Tapi David tak pernah iktiraf Goliath sebagai giant pun.
Dia tak menafikan Goliath tu giant, cuma dia tak dwell on it.
Dia punya attitude - "I'm not focusing on what is my strength. I'm focusing on how big my God's strength".

Even masa dia tawarkan diri untuk berlawan dengan Goliath pun, keluarga and orang-orang kampung tak kasi.
Semua bagi negative feedback - kau badan kecik, kau takde senjata yang boleh kalahkan dia, kau takde pengalaman, etc.
Tapi David ada perspektif yang berbeza.
Dia tahu kalau Tuhan tolong, takkan ada siapa boleh kalahkan.
Dia tahu dia tak berseorangan.
Dia percaya Tuhan ada sama tolong.

Salah satu perspektif dia yang best, bila keluarga dia cakap "Baik-baik, Goliath tu besar. Kalau kau pukul pun tak jadi apa kat dia".

Apa perspektif David?

Dia cakap "Sebab Goliath tu besarlah aku nak berlawan dengan dia. Lagi senang nak pukul because he is too big to miss".

Dasyat kan dia punya perspektif?
Cara dia berfikir di luar kotak.
Orang yang berfikir luar kotak macam ni, bukannya tak pernah ada masalah tetapi perspektif dia membuatkan dia seperti tiada masalah sebab dia memandang segalanya dari sudut yang berbeza, eventually masalah akan selesai dengan mudah.

Kalau kisah ini kita boleh refer pada agama kita pula, memang Allah dah kata "Aku adalah sebagaimana sangkaan hambaKu".

Masa mula-mula aku blaja dengan ustaz, benda pertama yang dia fokus adalah 20 sifat Allah.
Dia kata "Kalau awak tak betul-betul kenal Allah, pelajaran seterusnya takde guna".

Dulu masa skolah kita bukan tak blaja sifat Allah ni tapi surface je.
Bila blaja surface, pemahaman pun jadi surface dan keyakinan pun surface-surface je.
Tapi kalau kita betul-betul kenal Allah, pasti hidup dan emosi kita tidak sesengsara sekarang kerana kita tahu Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Bijaksana, Allah Pemberi Rezeki, Allah Maha Melihat, Allah Maha Mendengar.

Kalau kita betul-betul faham yang Allah Maha Mendengar, pasti takkan wujud rasa "Kenapa Allah tak perkenankan doa aku?"

Kalau kita faham Allah Maha Melihat, takkan berlaku kejadian mencuri kat mall sorok 14 baju celah kelengkang.

Kalau kita faham Allah Maha Menentukan, takkan ada rasa tak puas hati bila tengok orang lain lebih berjaya dari kita.

Malangnya kita [aku] tak cukup kenal Allah sebab itulah hidup sentiasa dirundung masalah yang selalu diperbesar-besarkan.

Buatlah macam David buat.
Get a new perspektif.
Kita ada Allah yang Maha Kuat, Maha Berkuasa, Maha Menjadikan sesuatu yang mustahil kepada tak mustahil.
Takde challenge yang too tough untuk kita.
Serahkan pada Allah kembali semua masalah tu.
Pada sujud yang akhir, akui kelemahan kita padaNya, akui kebodohan kita yang tak pandai mengatur hidup, akui keterbatasan ilmu dan kemampuan kita - insyallah Allah akan datangkan pertolonganNya.

Apa yang aku nampak, selalunya size ujian kita adalah berkadar lansung dengan size kejayaan kita.
Jadi kalau kita pandang dari perspective yang berbeza maka kita takkan get discouraged kerana kita tahu ada something amazing akan kita dapat.

Contohnya macam cerita David and Goliath ni.
David ni orang kampung, pengembala kambing yang akhirnya jadi raja.
Apa yang buatkan dia boleh jadi raja?

It is Goliath.

Goliath yang membuatkan dia jadi raja.
Goliath adalah ujian/masalah besar untuk dia.
Dan bila dia berjaya atasi masalah besar tu maka habuannya pun besar - iaitu menjadi raja.

Jadi bila kita berdepan dengan masalah yang berat, itu bermakna Allah wants to take us higher.
Kalau kes David ni tadi, Allah nak bagi dia takhta.
Kalau kita, Allah nak naikkan darjat.
Darjat tak semestinya dalam bentuk kesenangan, boleh jadi dalam bentuk kemudahan dalam setiap urusan, dihormati, dikelilingi dengan orang yang baik-baik, etc.

Bukan nak suruh purak-purak berfikiran positif all the time, but sometimes we are talking to Allah about how big our problem are when we should be talking to our problems how big our Allah is.

Aku pernah terbaca satu medical jurnal tentang kajian penyakit Alzheimer.
Saintis kaji otak manusia yang dah mati akibat Alzheimer dengan otak manusia yang normal.
They found that kebanyakkan otak-otak manusia normal ni ada luka-luka yang secara teknikalnya boleh menyebabkan Alzheimer.
But the interesting thing was that masa dorang hidup dorang tak ada tanda-tanda Alzheimer lansung.
Maknanya, secara saintifik dorang ada Alzheimer tapi the symptoms never showed up.
Otak dorang sharp. Memori dorang excellent.

These saintis cakap these people were positive.
Dorang bukan tak ada masalah, tetapi dorang pilih untuk positive.
Bila dorang positive, they stayed productive.

Bila baca jurnal ni aku teringat satu buku agama aku pernah baca, lupa dah tajuknya.
Dia tulis semua orang ada nafsu, bermakna kita semua ada potensi untuk jadi jahat, ada potensi untuk jadi boros, ada potensi untuk jadi pendengki, etc.
Tetapi tak semestinya bila kita ada potensi itu, maka kita boleh jadi seperti itu.
Ini samalah seperti Alzheimer.
Just because the problem formed, doesn't mean it has to prosper.
Keep the right perspektif.
Jangan fokus pada masalah, tapi fokus kebesaran Allah untuk menyelesaikan masalah.


posted by Diana Ishak @ 10:00 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER