2019-10-01
Be like Pardachirus marmoratus
Hari tu aku tepek status LinkedIn ni kat FB.
Hari ni rasa macam nak elaborate sikit sebab ramai pulak yang PM tanya lebih pasal ni.
Ni yang aku tak berapa berkenan dengan LinkedIn, dia punya space menulis sangat limited.
Orang yang kuat menceceh dan sentiasa ada benda nak tulis macam aku adalah sangat payah guna space kecik-kecik macam ni.
Umpama berak tak lawas, ada banyak nak keluar tapi tak boleh keluar.
Berbalik pada status aku tu, begitulah kadang-kadang cara Allah menjadikan kita kelihatan istimewa di mata orang.
DIA letakkan sesuatu pada kita supaya kita ada advantage.
Tak dapat nak dijelaskan how, tapi bila bantuan Allah sampai, ada sesuatu pada diri kita yang membuatkan kita kelihatan menyerlah.
Kita dengan mudah dapat tarik banyak peluang dan dapat memikat hati ramai orang.
Apa yang kita capai sekarang bukanlah sepenuhnya dari usaha kita.
Dengan segala dosa yang kita ada, mustahil untuk kita ada upaya untuk merealisasikan impian kalau bukan kerana Allah tolong.
Alangkan nak bangun Subuh pun kalau tak kerana alarm dan azan Subuh, berapa kerat sangat boleh terjaga sendiri?
Itu baru bangun cerita tidur. Punnnn dengan kekuatan yang Allah bagi.
You may not have as much education as somebody else.
Maybe you don't come from the most influential family.
Tapi takpe, that's ok. Masih ada peluang.
Kita kena yakin there is something about diri kita yang susah nak diungkapkan.
Tak boleh diukur, tak boleh didocumentedkan atas kertas dan tak boleh dijelaskan juga.
Orang lain pun tak dapat nak figure out.
Apa yang dorang tahu ada sesuatu tentang kita yang dorang suka.
One of kawan lama aku buat bisnes IT.
Company kecil-kecilan je, macam aku start dulu, cuma dia start-start dah ada 2 pekerja.
Basically company dia pada waktu tu ada 3 orang je pekerja termasuk diri dia.
Dia cerita one day ada satu customer ni datang ofis dia untuk dapatkan servis.
Customer tu kebetulan tengah bengang dengan satu company IT yang besar.
Dengar cerita servis yang company tu quote punya tinggi tapi kerja tak up to standard.
Customer tu bengang at the same time dia sangat urgent perlukan servis IT, jadi dia pun guna servis company kawan aku ni.
Cara kawan aku bercerita nampak seolah-olah segalanya berlaku secara kebetulan.
...kebetulan customer tu urgent.
...kebetulan customer tu terpandangkan flyers company IT kawan aku dalam mailbox.
...kebetulan company dorang satu lorong.
Yang sebetulnya, begitulah cara Allah datangkan pertolongan.
Allah tolong the customer dapatkan a good IT company.
Allah tolong kawan aku dapat customer yang besar.
Disebabkan customer tu suka dengan servis company kawan aku, dia move his company account ke company kawan aku.
Sekejapan company kawan aku grow, yang dulunya kecil-kecilan, now dah sama besar dengan competitor yang awal tu.
Mesti competitor tu pun pelik "Macamana company cikai macam ni boleh pegang akaun big company?"
Kerana on paper, takde kelebihan lansung.
Tapi tu lah dia, kalau Allah dah tolong, memang tak dapat di-measure dengan lojik akal.
It's not how infleuntial someone is.
Bila kau dapat "favor factor" tu, kau akan accomplish apa yang kau takkan boleh accomplish on your own.
Tapi tak bolehlah pulak kita buat kerja dengan santai-santai sambil lewa sambil berharap pertolongan Allah akan sampai.
Kita kena carry diri kita seolah-olah "Kalau aku buat ni, memang menjadi!".
Anggap kita ada favor factor tu.
Think like you have favor.
Talk like you have favor.
Walk like you have favor.
Dress like you have favor.
Tetapi bukan secara berlagak sambil anggap kita lebih hebat dari orang lain. Bukan macam tu.
Omputih kata "living with quiet confidence".
Bila kita yakin Allah bersama-sama kita, kita akan capai impian lebih cepat dari yang kita bayangkan.
Lebih kerap kita membesarkan kemampuan Allah untuk menolong, lebih banyak bantuan DIA akan sampai.
Just don't disqualify yourself.
Jangan terlampau memikirkan kekurangan yang kita ada - blaja tak tinggi, pengalaman tak cukup, bakat takde, modal tak besar, kederat tak kuat, network tak besar - ini semua point-point yang kita nampak. Hakikatnya ada banyak lagi yang goes beyond this.
But to be fair, susah untuk kita tanam keyakinan yang tinggi macam tu, kan?
Sebab kita tak terbiasa.
Kita terbiasa dengan "Kau tunjuk bukti dulu, baru aku percaya"
Sebab kita tak sukakan risiko, kita mahukan kepastian [Pengertian... Rindu hatiku oh rindu, indah rasanya bila bertemu..].
Dengan Allah pun kadang-kadang kita macam tu.
"Ya Allah, kalau aku berjaya dapat kerja tu, aku puasa seminggu!"
"Ya Allah, kalau anak aku lulus periksa cemerlang, aku buat makan-makan untuk anak yatim"
Selalu gini, kan?
Kita pulak letakkan syarat kat Allah.
Ya, akulah tu, bukan orang lain.
Sebab itulah list syukur tu cuba practice buat.
Apa yang kita nak, kita cakap syukur in advance seolah-olah kita dah dapat.
Bukan untuk didik kita jadi mat jenin - banyak berangan.
Tapi untuk mendidik kita bersyukur dulu sebelum dapat.
Ada satu kajian tentang ikan Pardachirus marmoratus.
Ikan ni wujud kat Laut Merah.
Ikan ni kecik je.
Kat Laut Merah bukan saja ada ikan kecik tapi ikan jaws pun ada.
Ikan jaws memang makan ikan marmoratus.
Kalau ikut lojik, ikan marmoratus ni konfem mati punya tapi ajaibnya tak.
Marmoratus ada sejenis toksin.
Bila shark datang dekat, marmoratus akan bebaskan sejenis toksin yang akan buatkan rahang ikan jaws lumpuh seketika.
Jaws kena berenang jauh sikit dari marmoratus barulah rahang dia back to normal.
Aku kaitkan toksin marmoratus ni dengan cara kita bersyukur.
The way kita releasekan toksin ini adalah dengan bersyukur.
Kerana setiap kali kita bersyukur, kita akan melumpuhkan segala doubt yang ada.
Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak protection yang kita dapat dari perasaan ragu-ragu terhadap kebesaran Allah.
But just the opposite happens kalau kita dok meratib masalah itu masalah ini, you will never make it.
Negative attitude semacam umpan yang akan attract sifat ragu-ragu, lama-lama keyakinan pada Allah slowly berkurangan.