2019-09-23

Allah boleh buat benda-benda 'pelik' kepada hidup kita.


Ustaz aku ada pesan, bila ada masalah, solatlah.
Bawa masalah tu dalam doa kita.
Serahkan kembali masalah tu untuk Allah settlekan.
Cakap "Ya Allah, aku ada masalah yang besar. Tapi aku tahu masalah ini sangat kecil di depanMu, maka aku kembalikan masalah ini kepadaMu kerana Kau lebih berkuasa ke atasNya".

Which is true.

Masalah, kalau di depan kita memang besar.
Tapi kalau kita letakkan masalah depan Allah, ternyata Allah jauh lebih besar.

So, here's the key - masalah yang diperbesarkan, walau kecil sekalipun tetap akan nampak besar.
Tapi bila kita memperbesarkan Allah, dengan sendirinya keyakinan kita padaNya bertambah dan masalah akan nampak kecil dan mudah untuk diselesaikan.
Kadang-kadang tu masalah kita tak selesai pun lagi tapi sebab kita yakin pada Allah, somehow kita rasa tenang dan masalah itu entah macamana dapat kita selesaikan.

So pay attention to what to focus - samada kita sedang mempertimbangkan keadaan atau mempertimbangkan Allah.

Bab YAKIN DENGAN KUASA ALLAH ni bukannya kita baru belajar sekarang.
Dari semenjak belajar rukun iman lagi dah disebut 'Beriman pada Allah'.
Maksudnya bila kita beriman, maka wajib yakin.
Tapi itulah kan, semakin besar semakin kurang yakin kita pada Allah.
Kita banyak letakkan yakin kita pada usaha, pada network, pada talent, pada education, etc.
Bukan maknanya kena ignore dan perlekeh semua benda tu, cuma jangan terlupa bahawa kita ada Zat yang boleh ubah segala yang mustahil menjadi tak mustahil.

Our financial may say kita akan kekal dengan hutang lapuk sampai mati, tak mungkin boleh bayar.

Financial statement tunjuk sampai bila-bila kita takkan mampu beli rumah impian.
Akaun bank tak menunjukkan tanda-tanda kita mampu.

It's ok.
Jangan nafikan bank statement tu cuma at the same time kena percaya Allah ada 'statement' lain.

Rasanya aku pernah cerita sebelum ni.
Cerita ni Sang Nila Utama yang ceritakan, tentang kawan dia yang buat bisnes umrah.

Kawan dia buat bisnes umrah kecil-kecilan.
Alhamdulillah ada untung sikit, dia sponsor 10 orang budak tahfiz ke umrah.
Dah settle semua pi sana, bila balik tu dia nak buat kira-kira sikit kat akaun.
Entah macamana, the amount yang tinggal after balik dari umrah adalah amount yang sama sebelum dia berangkat.
Dia kata dah check and kira pusing-pusing atas bawah masih tak jumpa apesal amount tak berubah.
Akhirnya dia tolak tepi and anggap itu urusan Allah, Allah lebih tahu.
Tak jumpa punca macamana duit masih sama banyak macam asal.

Benda-benda macam ni kita rasa "Tak lojiklah!"

Betul, memang dengar macam tak lojik.
Tapi sometimes kita lupa Allah tak bertindak atas lojik.

Fakta mungkin kata "Kau takkan berjaya beli rumah sendiri sebab gaji kau kecik, tak lepas buat loan".

"Kau takkan jumpa the right person sebab kau hitam. Mana ada lelaki suka perempuan hitam?"

"Kau takkan naik pangkat sebab kau junior, aku lagi senior!"

Hakikatnya belum tentu lagi.
Sebab Allah kata "Aku adalah sebagaimana sangkaan HambaKu"

The problem with some people is they know too much.
Dia tahu kenapa penyakit dia takkan sembuh, dia tau kenapa dia takkan dapat settlekan hutang, dia tau kenapa dia takkan berjaya, dia tahu kenapa dia takkan dapat naik pangkat, etc.
Apa yang dia tak tahu, sometimes kemampuan intelek dia tak setanding dengan apa yang Allah boleh lakukan.

Aku pernah dapat satu email dari blog reader.
Dia ada masalah kesempitan duit sebab suami kerja freelance sahaja.
Dia stress sebab kena take over expenses rumah.
Aku cuba bagi cadangan kot-kot boleh tenangkan sikit perasaan dia.

Apa benda yang aku cakap, semua dia bidas.
I mean dia sentiasa ada alasan untuk tak nak buat setiap cadangan aku.
Itu tak boleh, ini tak boleh, itu takkan jadi, ini takkan jadi, seolah-olah dia dah tak nak pikir apa-apa dah.
She went on and on about dulu kawan dia ada masalah yang sama, dah buat dah semua benda tapi tak jalan, so dia rasa dia takkan berhasil kalau buat benda yang sama.
By the time aku pung pang pung pang berbalas email, ujung-ujung aku pulak sama naik depress.
Aku yang awalnya takde masalah dengan En Wan, last-last aku bertekak dengan En Wan disebabkan terpengaruh dengan kisah dia.

Tau tak apa masalah dia sebenarnya?

Masalahnya, she knew too much!

Dia suka analyzed masalah again and again.
Dia suka study kisah orang tu, kisah orang ni dan kemudian relate-kan dengan kisah dia.
Bila dia tahu terlampau banyak, akhirnya hilang keyakinan pada kemampuan Allah untuk mengubah nasibnya.

Korang yang suka follow page-page masalah rumahtangga tu, baik-baiklah.
Nampak macam takde apa-apa je baca-baca gitu tapi in the long run akan bagi kesan kat relationship korang, because you know too much.

It's good to have information.
Bukan nak kata kau kena jadi ignorant, but at some point kau kena ajar diri kau supaya tak jadi manusia yang paranoid.
Cukuplah sekadar tahu fakta tapi tak perlulah tahu se-detail-detailnya siap dengan statistik bagai macamkan nak buat tesis.

Perkara ni payah nak explain, but somehow at one point kita perlu abaikan segala reasoning and logic sebab Allah tak operate berdasarkan lojik.

Masa aku mengandung Rayyan, darah aku mencecah melebihi 180/120.
Bacaan ni dah danger zone.
Nurse sampai merayu "Kak, janganlah stress kak..."
Dokter yang buat round pelik kaki aku tak bengkak, patutnya darah nak mencanak macam tu kaki dah bengkak.

Tapi bila dipikir-pikirkan balik, alangkan Dia boleh buatkan Maryam mengandung tanpa suami.
Kalau ikut lojik fitrah manusia, mana boleh perempuan mengandung tanpa lelaki, betul tak?
Tapi Maryam boleh, sebab Dia buat bagi boleh.
Jadi, dalam kes aku, apa sangatlah dengan masalah bengkak kaki.
Mudah untukNya menyembuhkan.

Sometimes kita tak faham macamana satu-satu benda tu boleh berlaku.
Hakikatnya Allah boleh buat benda-benda 'pelik' kepada hidup kita.
Kita [aku] dah terlampau banyak memikirkan masalah urusan dunia, maybe dah sampai masa kita banyak pikirkan DIA.




Anniversary ke-4 GreenAard akan bermula Rabu ini.
Tapi untuk pembaca blog, aku open hari ini.
Ini bukan plastik bag atau beg kain ya. 
Ini adalah bamboo natural tote bag, yang sangat soft permukaan dia macam kapas.
Ada 4 warna.
Sementara tengah banyak ni, boleh la pilih warna. Kalau dah menyusut stok esok, kau ambik je apa aku bagi tau. Hahaha.

Boleh KLIK SINI untuk tengok warna.