2019-08-29
Jangan nak buat semua sendiri kalau dah tau tak larat.
Baru-baru ni aku came across satu artikel tentang sorang I don't know, maybe public figure atau instafamous...entah tak sure.
She's sharing her product line.
Dia cerita dia ada anak kecil, dan suami pun bekerja.
Kiranya both of them are busy.
Masih muda [mudalah dari aku ni], cantik, nampak macam dia seorang ibu dan isteri yang hebat sebab she made a big name and maybe dia menjadi seorang wanita yang ramai mak-mak dan wanita bekerjaya wants to be.
Aku teruskan membaca that article.
Sampai kepada soalan macamana dia boleh juggle time between isteri, ibu, dan run her business, jawapan dia "Saya seorang yang sangat organized".
Terus aku.....wohoooo. Really?
Seriously, aku sangat sangat sangat sangat kecewa [or maybe menyampah?] dengan jawapan tu.
Why?
Because this woman has a massive platform.
10 kali ganda besar platform dia dari aku.
Aku ni hanya seorang Diana Ishak yang ada sekeping blog picisan je.
Tapi dia adalah someone yang katanya seorang public figure.
Aku rasa influence dia lebih besar dari aku.
Mesti ramai wanita-wanita looking up to her and hoping for some guidance or inspiration tapi dia tak gunakan that platform sebaiknya.
Padahal she had the opportunity to tell all what it really takes to live life and have a business at this level while raising young children, tapi dia tak gunakan that peluang.
Pleaselah jangan cakap "I did it all".
Kat luar sana bukan semua orang tak pernah lalui apa yang kau lalui.
Kat luar sana at least ada aku yang pernah lalui jalan yang hampir sama macam kau because aku juga buat bisnes.
There is a ZERO percent chance kau tak dibantu oleh sesiapa. ZERO percent chance!
Because aku faham sangat nak membangunkan bisnes, kita mesti ada bantuan dari orang lain.
Bantuan yang macamana?
Paling tak pun, kita ada bibik untuk bantu jaga anak-anak kat rumah.
Atau pun kita ada mak tolong tengokkan anak-anak sewaktu kita bertungkus-lumus membina kerjaya.
Atau kita letak anak kat daycare.
Tak pun kita ada weekly bibik.
Nak-nak lagi kalau dah tahap celebriti, dah tentu-tentu ada helper, tak pun assistant.
So jangan temberanglah kata "I am super-organized".
Inilah antara sebab kenapa ramai manusia payah nak bersyukur dengan diri sendiri dan always anggap orang lain lebih best.
Inilah antara punca-puncanya.
One day kita nampak si polan upload gambar kat IG, bukan main hebat lagi menu masakan dia.
Padahal kau tau dia ada photoshoot all day [sebab kau stalk dia punya feed].
Lantas kita rasa kita tak cukup hebat kerana kita tak macam dia boleh prepare dinner best-best everyday.
Kita ni punyalah struggle balik kerja nak mandikan anak, dengan anak sorang lagi melalak kat depan, dengan kain baju tak berangkat, inikan pulak nak siapkan dinner 4 jenis lauk.
Yang kita tak tahu entah-entah dia balik kerja ada orang jagakan anak, that's why dia terus boleh masak.
Entah-entah rumah pun dah siap berkemas sebab ada maid, that's why dia boleh siapkan 4 jenis lauk dalam masa 1 jam siap settle mandi sekali.
No, bukan berfikiran negative atau busuk hati.
Aku cuma nak someone please be transparent about this.
Yes, maybe kerja kau tu kau sorang buat.
Aku pun macam tu juga.
Aku pergi buat sales, aku buat presentation, aku buat tender, aku packing barang, aku hantar barang, aku ke sana sini outstation.
Dulu aku buat semua ni sendiri.
I mean that particular kerja, aku buat sendiri.
Tetapi aku takkan boleh fokus kalau takde sesiapa bantu aku di rumah.
In order aku nak ke outstation 3-4 hari, aku perlukan someone di rumah boleh uruskan rumah, anak and makan pakai suami aku.
In order aku nak packing 100 order, aku perlukan someone tolong settlekan sidai baju and basuh baju.
In order nak kejarkan appointment dengan customer at 8am, aku kena keluar awal and someone kena tolong hantar Redza ke skolah tadika.
Even kau nak ambik kelas zumba pun, bukan sahaja kau perlukan kasut sukan dan seluar zumba, tapi kau juga perlukan someone untuk jagakan anak kau sementara kau berzumba.
Kau nak jadi seorang agen produk MLM yang berjaya, kau bukan sahaja perlukan class untuk guide kau to grow tapi kau juga perlukan someone to help you around the house memandangkan kau takkan ada masa nak buat semua kerja dalam rumah tu.
Aku faham, kita rasa akward nak mintak tolong orang because we hate admitting to anyone, especially ourselves, that we need help.
Kita rasa kalau kita tak boleh buat semua, kita tak hebat.
Helo adik-kakak sekalian,
The most powerful people in the world pun delegate kerja kat orang lain tau.
Dia takde de nak buat semua kerja sendiri.
Dorang ada bibik kemas rumah, bibik jaga anak, bibik masak, ada personal assistant, ada driver, ada manager, ada staff, everthing dari mengemas rumah sampailah expanding business overseas.
Semua dia delegate kerja.
Takde de dia nak sibuk kaut semua kerja semata-mata nak prove kat orang dia hebat can do all.
They ask for help.
Tapi kita?
Kita dengan bisnes yang baru nak bernafas, dengan kain baju 3 bakul tak berlipat, dengan 2-3 orang anak yang sorang nak menetek, yang sorang nak terkencing, yang sorang mintak suap - kau nak buat semua ni sendiri?
Halah halah halaahhhhh.
Kita punya perception tentang success tu salah sebenarnya.
Kita ingat success tu bila kita berjaya buat semua sendiri.
Padahal tak.
Ask for help.
Mintak tolong pasangan kita.
Mintak tolong mak bapak tengokkan anak kejap kalau kita nak jumpa client.
Atau mintak tolong adik-adik kejap.
Tak pun bayar extra kat day care untuk ambik anak lambat sikit.
Bayar jiran untuk tumpang letak anak kejap.
Masalahnya kita ni pun nak mintak tolong free.
Takde reti-retinya nak hulur goreng pisang sepiring ke apa ke.
Ada banyak cara untuk dapatkan pertolongan, nobody does this alone.
Just like aku dulu.
Keluar gelap, balik pun gelap.
Aku drive dari satu hujung ke satu hujung for business trips.
Akulah sales, akulah marketing, akulah present paper, akulah delivery, akulah clear barang kat kastam KLIA.
Bertahun-tahun lamanya I had the idea of doing it all on my own.
Slowly aku mula faham takde sorang pun yang really "do it all", sebab mustahil sangat kau nak bina bisnes atau bina kerjaya entirely by yourself.
Yang sebenarnya aku ada a team of people yang bantu membina kerjaya aku :
1. Mak mertua aku, bibik-bibik aku, En Wan - ini front liner. Ini orang-orang penting yang membantu aku membereskan hal-hal di rumah sementara aku membina kerjaya.
2. Masa aku tesadai kat hospital sebulan mengandungkan Rayyan, mak bapak aku kat Bangi duduk rumah aku sebulan lamanya took care of Redza and En Wan. Aku di hospital rileks buat quotation and close sales dengan tenang takyah pikir anak and laki aku makan apa kat rumah sebab ada orang take over tugas aku.
3. Aku ada staff di ofis yang tolong jumpa customer on my behalf masa aku outstation, masa aku demam, masa aku ada adhoc meeting.
These people helped me build my company over the last decade.
Aku tak buat sorang.
Sampai sekarang gitu jugak.
Aku pi umrah 3 kali, delivery tak pernah sangkut.
Semua emails and whatsapp berespon.
Aku pi holiday, balik kampung, demam melepek kat rumah, alhamdulillah bisnes masih berjalan macam biasa.
Itu semua kerana ada orang tolong.
Kalaulah aku kena buat sorang, mampuih lembik bijik oiii.
Readers antara yang banyak tolong aku.
Aku tau ramai antara korang ni jadi 'agen' mempromote blog aku, promote buku aku, promote GreenArd and promote Fleur by Mrs Him kepada kawan-kawan.
Everytime aku mintak tolong share apa-apa pasal produk aku, mesti ramai yang share.
Seriously terima kasih banyak-banyak.
Masa aku nak tulis buku kedua aku [sebab buku kedua adalah post-post fresh yang tak pernah tersiar kat mana-mana blogpost aku sebelum ni], aku perlukan space dan ketenteraman untuk menulis.
En Wan ambil alih most of kerja aku di ofis.
Kat rumah pun dia ambik alih banyak task supaya aku boleh siapkan buku.
Mak mertua aku and weekly bibik also membantu.
Bila XZIZ Biotech started to scale bigger sampai aku tak rasa aku boleh properly run it alone anymore, aku telan ego aku and asked for people's help.
Aku mintak tolong kawan-kawan semak formula aku.
Aku mintak tolong En Wan take over some task.
Aku mintak tolong staff apa yang perlu ditolong.
Sometimes aku mintak tolong staff buatkan kerja yang di luar job scope kerja dorang.
One of the reason kita senang nak burn out atau give up adalah bila kita nak buat semua benda serentak.
Kita nak jadi isteri yang hebat.
Kita nak jadi ibu mithali.
Kita nak jadi pekerja yang cemerlang.
Kita nak buat part time.
Kita nak buat charity work.
Semua benda nak buat, lama-lama lemau dan lunyai.
So I have learned.
I ask for help.
Seriously I have so much help.
Ini pun aku masih mencari cara nak free up more of my time, nak delegate kerja so aku boleh fokus on my values.
That's why bila readers tanya macamana aku buat semua benda, aku rasa nak panjat bumbung rumah and menjerit "Aku tak buat semua. Aku banyak mintak tolong oranggggggggg!" [rangg...rangg..rangg echo]
Kalau korang follow page GreenAard [FB atau IG], korang akan perasan sehari ada 5 post.
Setiap post ada design yang berbeza and infomation yang berbeza.
Kebanyakkannya adalah technical/infographic post.
5 post FB everyday.
Nak update blog lagi.
Nak respond to emails, whatsapp and live chat lagi.
Nak buat sales lagi.
Hoih! Kalau aku kena buat semua ni, gugur rerambut aku.
So please teach yourself untuk mintak tolong.
Jangan semua benda nak buat sendiri.
Kalau perlu bayar upah orang tolong, bayar.
Kalau tak, hulurlah apa-apa yang patut sebagai tanda terima kasih.
Belikan coklat Cadbury satu bar pun orang dah seronok dah.
Kalau nak luahkan perasaan, boleh lah email aku.
Aku boleh tolong dengar.
The point of all this is, kita kena tahu kemampuan kita sampai tahap mana.
Kalau perlu minta tolong, ask for help.
Tapi perlu bersedia juga for rejection.
But at least kita cuba mintak tolong dulu.
Bukan apa, aku pernah terbaca somewhere katanya kebanyakkan orang yang mati tercekik puncanya kerana tak mintak tolong awal-awal.
Bila dia begin to choke, dia rasa malu nak bagitau yang dia tengah tercekik.
Selalunya dia akan bangun and pi jauh sikit dari kawan-kawan.
Bila kawan tanya "Kau ok tak?", dia buat isyarat tangan "I'm ok".
Pastu dia lari pi tempat lain, maybe ke toilet so that his/her struggle tak mengganggu orang sekitar.
Dah hujung-hujung nyawa baru dia realized dia memang tengah mencungap nak but masa tu it's too late already.
So analoginya begitulah.
Kalau kau tengah struggle nak buat sesuatu, banyak benda nak kena buat and kau tak cukup masa, tak cukup tangan nak buat, your struggles does not mean that you are weak.
Itu adalah bukti kau adalah manusia biasa.
Kita semua lemah.
Bila kau rasa kau perlu orang tolong, just ask for help.
p/s : Ada free gift untuk setiap pembelian GreenAard. Whatsapp sini.