walk on wings, tread in air: Hi-Tea with GreenAard <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Hi-Tea with GreenAard
2019-08-30

Ahad lepas ada program Hi-Tea Buffet with GreenAard kat Empire Subang Hotel.
Kita select randomly berdasarkan purchase made bulan July.
6 orang pemenang sahaja, kebetulan pula semuanya blog reader, alhamdulillah senang kerja aku.
Aku dah risau dah kalau yang datang tu bukan dari kalangan blog reader, mahu kejung aku 3 jam kat situ nak kontrol diri.
Kot la karang terlepas mencarut dah satu hal nak kena cover.
Blog reader takpe, dorang dah paham dah penyakit aku.
Kiranya ni dah bukan Hi-Tea with GreenAard tapi Hi-Tea with Diana Ishak 😂😂.

Takde apa-apa announcement nak buat pun, takde pelancaran produk baru whatsoever, memang nak ajak jumpa-jumpa and makan-makan je.
Sambil tu boleh borak sembang-sembang.
Memandangkan yang datang semua blog reader maka mereka-mereka telah mengambil kesempatan interview aku macam-macam soalan.
Tapi aku enjoy meeting them walaupun nervous bila dapat soalan.
Aku memang looking forward sesi melepak dan bergelak macam ni.
Balik dari meeting tu, malam tu aku buat kerja sampai 2am, mencurah-curah idea.
Tu pasal dulu aku enjoy buat sales walaupun hari-hari penat jumpa customer sebab everytime meeting people, aku akan balik fresh and full of ideas to do.

Terima kasih pada yang datang.
Ada yang sanggup letak anak kejap kat rumah orang sementara pi hi-tea.
Yang datang dengan grab dari jauh pun ada.
Yang bergegas balik dari event pun ada.

Sangat-sangat terharu sebab sudi datang.
Datang untuk makan-makan je pun.
Aku takde nak sembang pasal produk pun.
Cuma setiap yang datang tu aku bagi trial pack GreenAard Mask untuk dicuba.



Antara yang terawal datang maka dapatlah bersembang lebih sikit.
This customer Malay tapi tak berapa pandai cakap melayu sebenarnya, dia lebih fluent cakap english.
In fact masa jumpa that day, terpesona aku dengan BM dia, sangat A+ material. Hahaha.
Yang pelik tu dia pembaca blog sejak dulu lagi and dia enjoy dengan vocab-vocab mahal aku.
Maybe sesiapa nak blaja bahasa bolehlah kelebet post-post aku yang lepas.
Jangan lupa kamus DBP letak kat sebelah.
Kalau ada perkataan yang takde dalam kamus, boleh PM tepi aku.






Yang tudung hitam sebelah aku tu auditor.
Kalau sesiapa looking for company secretary atau accounting service, boleh google Amza Management Services Sdn Bhd.



Aku rasa just nice 6 orang macam ni.
Senang nak berbual, lebih dekat and tak terlalu serabut dan kecoh.
So next time kalau GreenAard buat lagi, akan dikekalkan jemputan terhad 6 orang.
Kalau ramai-ramai karang dah macam seminar, melainkan nak suruh aku buat seminar la.

Tapi satu je bila dah berjumpa gini, semua lupa nak makan.
Atau maybe dorang memang jenis tak makan sangat.
Aku je yang kuat makan.
Kalau aku duduk 3 jam kat sini sorang-sorang besar harapan tercampak butang jeans aku.
Semua benda aku sapu.

Makanan not bad kat sini, banyak pilihan.
This is the second time aku makan sini.
First time hari tu untuk breakfast - sangat sangat banyak selection food.
Tu pasal this time aku ambil Hi-Tea sini jugak.



Kat sini aku sempat ambil 1 slice choc cake - SEDAP!
Ingat nak ambik lagi, tapi lupa.



Pelbagai jenis mee and kueytiaw, tapi tak ambik.



Ada rojak, nasi ayam and roti jala kuah kari.
Sempat ambil roti jala 2 pieces.
Kuah kari dia pekat, macam kari mamak. Sedap.



Salad and jeruk-jeruk



Pizza, pop corn, dan snek-snek lain



Macamana aku bole tak nampak nasi lemak corner ni hari tu?
Padahal aku ambik roti jala melintas depan ni kot.



Ini paling laku.
Keja-kejap habis tapi dorang replenish sampai habis waktu hi-tea.
Not bad satey dia.



Aku melintas 3-4 kali depan bendalah ni, tapi tak tergerak pulak nak ambik, asyik jeling je penyudahnya dah balik baru menyesal apesal la tak stop depan ni kejap.



Ini real lazat!!
Dah la sotong dia besar.



Nampak mee ni, tapi tak tergerak nak ambik.



Ini pun sedap. Fish fillet.



Ok ini serioussssss sedap.
Chicken Boxing.



Daging masak kicap kot ni, tapi aku tak ambik sebab kat rumah melambak daging korban tak settle-settle lagi.

So, apa je yang aku makan?



Ini.

Sampai 3 round aku ambik chicken pie.
Ya Allah sedap gila okeh sebab dia buat macam Shepher's Pie, cuma ganti dengan ayam.
Ayam dia banyak pulak tu.
First time aku makan chicken pie yang sedap macam ni.
Siapa pandai buat macam ni, please la PM aku.





Dengan rendah hati aku bagi pihak GreenAard nak say thank you for all your suppport.
We are truly grateful to you for choosing GreenAard and and give us the opportunity to grow.
None of our achievements would have been possible tanpa korang.

Insyallah tahun depan GreenAard akan ada new product.
Tahun ni memang sengaja kosongkan space untuk bagi aku work on our next product.
Bukan kosmetik.
Tak berminat ke arah tu.

Aku berminat nak join short course 1 year atau less than that pun tak apa.
Anything to do with food science atau molecular.
Aku perlukan input baru dari orang berpengalaman.
Aku tak berminat entreprenur program, aku nak betul-betul science program.
Kalau penyarah-pensyarah kat U ada provide seminar atau workshop, please let me know ya.

Doakan GreenAard terus success and my next product become reality.


p/s : Ada free gift untuk setiap pembelian GreenAard. Whatsapp sini.

Labels: ,

posted by Diana Ishak @ 10:20 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND



LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER