2019-06-14

Raya 2019 - Part 5 [Finale]



4 Syawal.

Barulah dapat bersalam raya and bergambar raya sekeluarga.
Ni semua sebab tunggu Ibal sampai.
Ibal sampai dari Kelantan pukul 9 malam raya ketiga.
Jadi, nak tak nak, kena tunggu raya keempat baru semua pakai baju raya seakan-akan itu raya pertama.
Cuma kali ni takde Dill and Aiman.
Tak sampai hati nak mintak Dill and Aiman datang balik ke Bangi semata-mata nak bergambar je, kesian kot penat berjalan dah.

Macam biasalah, kalau kat Bangi, salam beraya style Jawa, cuma versi duduk atas kerusi, bukan bersila atas lantai.
Nak bersalam raya ni perlukan momen bertenang-tenang, tak boleh rush sebab banyak benda nak cakap.
That's why aku hangin je kalau pagi-pagi orang dah datang beraya.
Kau tak boleh ke sabar dulu duduk kat rumah masing-masing?
Nak-nak lagi kalau raya pertama tu, ya ampunnnn.
Jenis yang lepas solat raya terus nak laju-laju berjalan raya ke rumah orang ni dah kenapa.
Tak boleh ke bertenang-tenang sikit.

Selalunya, orang yang bersalam raya ni akan start bersalam selepas balik solat.
Lepas bersolat baru breakfast ramai-ramai.
Nak datang rumah orang call dulu kalau boleh, jangan main redah [ini lebih beradab].
Beri masa pada tuan rumah settlekan apa-apa yang patut dengan keluarga dulu baru kita datang beraya.
Kita nak datang beraya rumah orang biar tuan rumah pun rasa seronok and selesa nak melayan.
Ini karang kau main terjah gitu, entah orang tu masih sibuk bagi anak makan, masih bersalam raya, etc.

Tak kira lah raya ke berapa sekalipun, tak payah la pagi-pagi awal kau dah bertandang depan rumah.
Nak-nak lagi hujung minggu tu, bukan semua orang bangun awal pagi.
Nak-nak lagi yang ada anak kecik, mana nak mandikan anak, nak bagi anak makan, alih-alih kau dah terpacak depan gate menyeringai nak datang beraya.
Bawak bersabar, boleh?



Raya pertama kat KT tak sempat nak bersalam raya.
Eh, bukan tak sempat, tapi tak teringat pun dek kerana melepek setengah hari.

Kat Bangi kita pakai all red lah pulak, recycle baju tema masa wedding anak sedara En Wan April lepas.
Patutnya ini sekali harung jadi baju raya kitorang tahun ni sebab dah bulan April, tak sempat nak tempah baju raya lain dah.
Tapi bila tengok hari tu masa wedding orang Tganu semua turun, aku cakap tak best la repeat baju yang sama pi berjalan raya rumah dorang nanti.
Nasib baik tailor yang kitorang selalu tempah tu nak ambik lagi tempahan, tu yang kejar-kejar pilih kain hitam terus tempah.

Sekali, aku yang down di pagi raya, satu rumah orang pun aku tak pergi.
Penyudahnya baju raya hitam tu buat bergambar je.
Tapi takpe, baju aku semua jenis kurung dan tak merelip, simple-simple saja.
Boleh pakai pi opis.

Lepas salam raya, semua berdedai-dedai bergambar macam nak meletop henfon.



Masa ni Siti and Ibal masih tengah bersiap.
Maklumlah ada anak kecik, lambat la sikit.
Kitorang bergamba berdua dulu.
Aku sorang je pakai baju kurung, yang lain macam sepakat pulak pakai kebaya sulam with kain batik.



Ahli asal keluarga Ishak dan Dahlia



...kemudian menantu datang ke dalam family.



Yang tengah tu memang.
Dia kalau bab menjahanamkan gamba memang pakar.



Gambar sefamili versi baju merah.
Gambar kat rumah sendiri boleh berhoyah-hoyah.
Kat rumah mak terpaksa duduk sopan.



Ima and family



Ibal agak hazab tahun ni punya gambar famili. 
Gasak kau lah.

Dulu ada yang tanya berapa tinggi Pak Aji.
Pak Aji 5'11". Tapi Ibal lagi tinggi, 6'.



Lepas bergambar macam nak rak, kitorang keluar pi beraya rumah adik Mak Aji, also kat area-area tu juga.

Then, gerak ke rumah ayah, di area yang sama.

Dari sebelum raya lagi aku dah berpikir-pikir macamana aku nak pi raya rumah ayah tahun ni.
Lain benar rasanya bila ibu dah takde.
Belum pernah lagi beraya rumah ayah tanpa ibu.
Untuk taknak bagi rasa janggal, kali ni datang raya ajak semua sekali pergi.
Selama ni aku and Ima je yang pergi.
Mak Aji and Ibal akan datang lain hari.
Kali ni serentak datang sekali.

Masa aku sampai tu, Abang Fariq [anak tunggal ayah] cakap "Baruuuu je ayah sebut-sebut. Agaknya hari ni Diana dengan Ima datang".

Allahu, sebaknya aku dengar.
Tinggi betul pengharapan ayah.
Insyallah, tetiap raya kitorang akan sampai rumah ayah, walaupun takde ibu.



Walau takde ibu, rumah tetap bersih and kemas.
Abang Fariq kata boleh kata tetiap 2-3 hari sekali ayah mengelap kerusi meja and lemari.
Memang itulah ayah and ibu dari dulu, sama-sama jenis pembersih and kemas.

Masak?

Don't worry.
Walaupun ibu dah takde, dapur tetap on.
Ayah pandai masak sebab dulu ayah and ibu sama-sama berniaga.
In fact, selama ni kalau hari raya, ayah yang masak laksa Johor.
Aku kenal laksa Johor dari rumah ayah and ibu.
Every year mesti ada.
Dan selalunya soalan aku sama "Buat laksa pagi raya?"
Tahun ni aku tak gamak nak tanya buat laksa ke tak pagi raya.
Nanti ayah sedih.

Masa ada Ibu hari tu tak teringat nak bergambar banyak-banyak.
Dah takde barulah rasa terkilan.
Jadi, sebelum terkilan berkali-kali, raya tahun ni sefamili bergambar dengan ayah.
Masing-masing dah ada smartfon sekarang kan, gunakan kamera tu betul-betul.
Snap momen-momen sebanyak-banyaknya.
Kita tak tau bila nanti kita perlukan gambar tu.

Takde tempat nak simpan?

Create satu akaun private IG.
Simpan semua dalam tu.
Aku pun ada another IG account untuk aku simpan gambar-gambar micellaneous.
Kalau gambar raya, anniversary, birthday party, memang aku simpan dalam external harddisk.
Tapi kalau random pic, aku letak kat private IG je.



Lepas beraya rumah ayah, kitorang balik.
Sambung bergambar lagi selagi henfon tu tak jem.
Ni semua kena abadikan, sebab nak kumpul selalu memang payah.
Sesekali berkumpul biar bergamba sampai lebam.

Aku and Ima masing-masing balik ke sarang petang tu juga.
Aku balik awal sikit sebab mak sampai dari Tganu malam tu.
Mak tak bawak kunci rumah, karang dah macamana pulak nak masuk rumah kalau kitorang tak balik lagi.

Maka berakhirlah sesi pulang ke kampung Bangi.
Tahun depan giliran beraya Tampin.
Harap-harap tak sepanas KT, kalau tak, tido A Famosa lah kita. Hahaha.



5 Syawal, Redza balik ke Langkawi.
Maka berakhirlah cuti 2 minggu.
Tapi takpe, lagi 8 hari balik semula ke sini.
Dia ada PB [pulang bermalam].
Kalau kitorang rajin, time dia PB tu kitorang naik Langkawi.
Tapi En Wan kata kalau pi sana, dengan tiket flight lagi, hotel lagi, belum masuk aku punya mencukai kat Haji Ismail lagi.
Lebih baik suruh Redza balik je, save duit.

Sebenarnya setakat 2 malam tu takyah balik pun takpe.
Tapi En Wan sebenarnya yang takleh jauh dengan anak-anak.
That's why aku cakap sejak Redza duduk Langkawi ni, dia punya tiket flight setahun je dah boleh cover trip pi Korea every year.
Maunya tak kalau setahun roughly 25-30 kali naik flight pergi balik.

Oh yes, inilah salah satu baju batik yang aku beli kat Batik Exclusive Tganu hari tu.
Simple je corak batik.
One thing yang best about batik, tak perlu lace, tak perlu batu-batu merelip, tak perlu heavy.
Dia memang dah sweet dengan coraknya yang tersendiri.



Satu gamba dengan pakwe.

Masa puasa hari tu aku ada up gambar En Wan pakai kemeja warna hitam.
Aku update kat FB and IG je, kat blog takde.
So this is another color dia pakai - warna khaki.
Insyallah, raya haji nanti la ya?



Lepas hantar Redza, kitorang terus ke Cyberjaya rumah Dill and Aiman.
Si Dobot ni dari pagi lagi mak bapaknya cakap dah monyok je bangun pagi tengok rumah senyap sunyi sebab kitorang semua dah balik.
Kalau tak, dia kemain riang lagi tengok cousin-cousin berpencak.
Alih-alih Ahad lepas semua dah balik.

So petang tu bila dia nampak Rayyan ada kat rumah Dill, dia punya menjerit bukan main nyaring.
Agaknya dia cakap "Mana kau pergiiiii?? Aku cari kau dari pagiiiii. Rindunya aku kat kauuuu!"

Melekat pegang abang Rayyan dia tak lepas-lepas.
Kesian pulak tengok.
Kecik-kecik dah pandai rindu.



Hari kitorang datang tu rupanya rumah Dill ramai orang.
Aku macam confuse kejap, si Dill ni buat open house ke?
Rupanya elok je lepas dia ajak kitorang datang, segerombolan kawan-kawan STJ [sekolah sains tunku jaafar] datang.
Memandangkan malam esoknya Dill nak balik Qatar, jadi kawan-kawan serang rumah dia.

Cool je Dill.
Kawan-kawan datang mengejut pun selamba dia boleh masakkan nasi lemak lagi.
Siap masak 3 round lak tu.
Kalau aku dah konfem orderkan pizza je.

By the way, Dill and Aiman in part of our family.
Aiman Lee is anak angkat Pak Aji and Mak Aji.
Aiman kawen dengan cousin aku, Dill.



Everytime Dill balik dari Qatar, dia akan belikan ni untuk Rayyan.
Sebab anak sedara dia yang sorang ni sangat particular dengan bau.
Kali ni Dill belikan another 6 botol.
Botol lama pun ada yang belum habis lagi.

Hand sanitizer ni memang wajib ada dalam henbeg aku.
Bukan saja untuk sapu kat tangan, tapi yang lebih penting adalah untuk mengelap meja makan kat restoran.

Kain buruk yang dorang guna untuk lap meja kadang-kadang berbau, sabit boleh clearkan meja je tapi tak meninggalkan bau yang menyenangkan.
Kalau kat mamak tu kadang-kadang meja bau telur!
So, inilah gunanya hand sanitizer Bath & Body Works.
Rayyan akan lap meja tu guna hand sanitizer ni.
Barulah wangi dan menghilangkan 99.9% bacteria. Hahaha.

Bagus bila ada hand sanitizer ni.
Kalau cuci tangan kat mana-mana tak risau kalau takde sabun, boleh terus guna hand sanitizer ni je.
Silalah beli 1 di Bath & Body Works yang berhampiran.
Tapi kalau nak pakai wet wipes Dettol pun ok je.
Dalam henbeg aku wajib ada dua benda - antibacterial wet wipes and hand sanitizer.
Kalau benti kat RnR takde air, boleh guna antibacterial wet wipes untuk lap bontot.
Kalau benti kat restoran, boleh guna hand sanitizer untuk basuh tangan and lap meja.
Jadi mak-mak gini lah, semua benda nak kena pikir, semua benda nak kena sumbat dalam henbeg.
Macamana la henbeg tak cepat rabak dan perlu diganti setiap 6 bulan? Eh.