2019-05-03

Anak mak


Kat bawah ni ada 6 gambar yang kandungannya adalah extraction dari email from a blog reader.
Email dia sangat panjang jadi untuk mengelakkan serabut, aku extract point-point penting and pecah-pecahkan kepada 6 bahagian so that senang aku nak jawab.



To some people, mereka tak suka kehidupan peribadi diganggu.
Maybe this blog reader is one of them.
Itu adalah karakter dia, dia sukakan privacy.
Bukan salah dia kalau dia rimas dengan situasi ni kerana dia dah dibiasakan begitu sejak kecil untuk tak ambil tahu hal orang.

Keluarga mak mertua pula maybe rapat dengan anak-anak.
Masing-masing dah terbiasa report kat mak bapak aktiviti dari pagi sampai malam.
Benda ni tak pelik, sebab aku pun macam tu juga.
Apa-apa pun aku bagitau mak bapak aku tapi takde lah sampai cerita atas katil pun nak cerita.

Aku report segalanya pada mak aku bukan paksaan tapi sebab dah terbiasa.
Kau ingat mak aku tak baca blog aku ni?
Dia baca, that's why aku selesa bercerita kat sini.

Bagi aku, itu adalah karakter yang masih belum terbiasakan.
Blog reader ni belum boleh membiasakan diri dengan kebiasaan keluarga mertua yang sentiasa nak ambil tahu hal anak-anak.
Mak mertua pulak belum terbiasa dengan hakikat bahawa anak lelaki dia dah berkahwin dan tak perlu lagi diikut 24 jam.

Sometimes mak-mak ni bukan tak percaya lepaskan anak lelaki dia bawah jagaan isteri, tapi dia dah terbiasa layan anak lelaki di macam tu.
Dia jaga anak dia berpuluh tahun.
Bukan senang dia nak ubah kebiasaan tu dalam masa 1-3 tahun setelah anak kawen.
Pulak tu sekarang anak duduk jauh, tak nampak dek mata, lagilah dia rasa tak selamat kalau dia tak bertanya hal anak.

Contoh paling mudah - Mak Aji.

Ibal tu sentiasa ada depan mata dia.
Dari lahir, sampai sekolah, sampai sambung belajar (kat KL je pun), sampai kerja pun dia suruh mintak kat UKM je biar dekat.
Dah kawen ni duduk dalam rumah tu lagi.
Bukan Ibal takde rumah, Ibal and Siti masing-masing dah beli rumah tapi sewakan sebab Mak Aji dah plan nak bagi rumah kat Bangi tu kat Ibal [tektik dia tak bagi Ibal keluar dari rumah].

Aku ingat lagi masa Ibal dah kawen, kebetulan hari tu aku datang Bangi.
Ibal and Siti dah start keje.
Selamba je mak aku masuk bilik Ibal and kutip baju-baju kotor, kemaskan katil, pastu membebel-bebel "Ni adik kau ni bukan reti dia nak kemas katil, turunkan baju kotor ke bawah..."

Aku sound "Ma, orang tu dah kawen. Yang mama nak geledah bilik dia kenapa. Balik karang dia buat la. Tak sempat agaknya."

Bukan senang mak-mak nak ubah kebiasaan.
Dia bela anak tu dari lahir sampai dah berbulu atas bawah, tau-tau anak dah kawen.
Berikan dia masa untuk ubah habit.
At the same time kita sebagai menantu kena cuba biasa-biasakan diri dengan kebiasaan yang juga baru untuk kita.

Kalau perlu, slow talk dengan husband, bagitau yang kita tak berapa selesa kalau segala whereabouts nak kena report kat mak.
Suami pun belum terbiasa lagi agaknya, dia belum faham apa yang perlu report apa yang tak.
Benda ni ambil masa, kena bertenang dan bersabar.

Bersabar bukan maksud pasrah berserah tau.
Sabar tu maksudnya bertenang sambil usahakan apa-apa yang patut.



Ok isu ni I can relate.

Mak mertua aku pun macam tu.
Nampak macam semua benda dia kena buat kat rumah tu [sebelum pindah duduk dengan aku].

Lepas bertunang, En Wan bawak aku balik kampung.
Masa tu aku tengok mak aku sorang memasak kat dapur, takde orang lain tolong.
Menyapu pun dia, takde orang lain tolong.
Dalam sink berlonggok pinggan mangkuk.
Dalam hati aku berkata-kata gak, takde sape ke nak tolong basuhkan pinggan mangkuk yang melambak-lambak ni?

Rupanya memang mak mertua aku tak kasik.
Sesape makan dia pesan "Toksoh basuh. Letak situ je".

Benda ni berlaku sampai sekarang.
Everytime aku masuk dapur mak akan tanya "Diana cari apa?"
Bukan dapur kat Tganu je, dapur kat rumah aku sendiri pun gitu, setiap kali nampak aku ke dapur, mak akan ikut "Diana nak apa?".

Mula-mula dulu aku rimas juga, dah kenapa aku takleh masuk dapur?
Lama-lama aku faham.
Ini bukan tentang anak-anak bergantung pada mak tapi mak yang willing nak buat semua.
Dapu tu semacam work station dia.

Sampai sekarang, aku nak basuh kuali yang aku guna untuk masak pun mak tak kasik.
"Biar, biar mak buat. Letak, letak".

Kadang aku buat dek je, aku basuh je buat tak reti.

Mak always tak kasik anak-anak aku basuh pinggan and cawan yang dorang guna.
Kalau dia larang anak-anak aku basuh pinggan, selalunya aku jegilkan mata kat Rayyan and Redza.
Jegilan tu bermaksud "Kalau kau berani tak basuh pinggan tu kau buatlah. Kau buat, aku nak tengok".
Haaaa...gitu maksudnya.

Mak tak reti nak say NO, especially kat anak-anak.
Kalau ada benda yang dia tak berkenan, contohnya dia tak berapa suka En Wan marah-marah Rayyan, dia takkan cakap kat En Wan.
Dia akan cakap kat aku.
Bila aku cakap "Nanti Diana bagitau abang", mak akan cakap "Eh, toksoh, toksoh, Biarlah takpe".

Aku pulak dah terbiasa berterus-terang.
I am very clear dengan apa yang aku nak and taknak.
So bila mak macam takut-takut gini, aku yang hangin kadang-kadang.
Tu pasal mulut aku jahat, sebab apa yang aku tak suka aku cakap direct.
Aku malas nak simpan-simpan cakap-cakap belakang nak buat apa.

9 tahun mak duduk dengan aku, aku lah medium untuk dia bercerita.
Kalau ada benda yang dia tak berkenan dengan anak sedara dia ke, cucu-cucu dia ke, anak-anak dia ke, dia akan cerita kat aku.
Tapi aku dah faham sangat, mak setakat nak bercerita je, biasala orang tua kan.
Habis kat situ je lah, dia takkan ambil tindakan apa-apa pun.
So I can relate bila blog reader ni kata mak mertua dia asyik mengadu hal kat suami.

Apa yang aku boleh cakap, mak-mak yang tak berani nak highlite masalah adalah mak-mak yang tak bekerja dan hari-hari tuanya bergantung pada anak-anak.
Walaupun ada perangai anak yang dia tak berkenan, dia takkan highlite, dia hanya mengadu hal je.
Sebab dia takde tempat bergantung, hanya anak-anak sajalah tempat yang dia ada.
That's why dia willing buatkan semua benda, dia willing telan segala masalah asalkan anak-anak masih balik kampung, asal anak-anak masih bagi duit buklan, boleh tanggung sikit sebanyak expenses, etc.

Bab anak-anak malas and bergantung pada mak tu tak boleh nak salahkan anak-anak je tapi sikap mak tu sendiri yang terima je perangai anak-anak.

Anak lepas makan tak basuh pinggan pun dia tak tegur.
Dia tak suka tapi dia tak tegur.

Anak bangun pagi waktu Zohor pun dia tak tegur.
Dia marah tapi dia taknak tegur.

Anak tak bantu kerja-kerja rumah pun dia tak tegur.
Dia penat tapi dia tak mintak tolong.

Yang dia buat hanya mengadu masalah kat orang lain.

So what can you expect lepas mengadu masalah kat orang lain?
Adakah masalah tu akan selesai?
Tak pun.
That's why aktiviti membawang ni semua tak mendatangkan pekdah dan menyelesaikan masalah.
Kau ada masalah dengan A tapi kau mengadu and mengumpat dengan B, C, D, E, F, U, C, K.
Padahal masalah tu boleh selesai kalau kau highlite kat A.
So siapa yang bodoh sekarang?

Cuba letakkan anak-anak yang tak reti basuh pinggan tu kat rumah Mak Aji.
Baru kau tau nasib.
"Kau ingat dalam rumah ni ada hamba tebusan nak basuhkan pinggan kau?"
Kalau kau tak dengar ayat ni maknanya kau bukan berada di rumah Mak Aji.



Aku tak sure seberapa kerap mak mertua and suami saling update-mengupdate dalam sehari.
Kalau 1-2 kali sehari maybe boleh diterima.
Tapi kalau kejap-kejap mintak update, kejap-kejap bertanya hal itu ini, rasanya that's too much already.

Dalam hal ni, kena bincang dengan pasangan.
Sebagai isteri, kita ada pengaruh yang besar terhadap suami.
Begitu juga dengan suami, ada pengaruh yang besar terhadap isteri.
Apetah lagi kalau duduk asing dari mak bapak dan mertua, lebih mudah sebab tak ada pengaruh luar.
Pengaruh yang paling dekat adalah kita.

Pernah dengar pepatah "Kita adalah dengan siapa kita berkawan"?

Orang yang paling rapat dengan kita adalah orang yang memberi pengaruh besar dalam hidup kita.
Lebih banyak kita spend time dengan orang tu, lebih senang untuk kita mempengaruhi dan dipengaruhi.
That's why kalau ada masalah gini, jangan kbuat keras hati atau merajuk taknak bercakap-cakap dengan pasangan sebab ujung-ujung kita yang rugi.
Kita ada kelebihan sebab kita tinggal serumah, tidur sekatil, makan semeja.
Segalanya dekat, jadi gunakan kesempatan tu untuk bina pengaruh.

Bukan nak suruh jadi queen control tapi at least biar perasaan kita diambil kira.
Bila suami lagi obey mak dia yang jauh tu dari kita yang ada depan mata, bermakna role kita sebagai pasangan hidup tak cukup kuat.
Kita tak cukup memberi impak.

Ini bukan nak suruh bersaing ya.
Aku tak suruh isteri bersaing dengan mak mertua merebut perhatian suami.
But come to think of it, kita bukannya kawen paksa dengan dia.
Kita kawen dengan dia atas dasar cinta, bermakna kita juga ada pengaruh dalam hidup dia.
Jadi gunakan kelebihan yang kita ada sebaiknya.
Pandai-pandailah, takkan aku nak ajar bab ni, sendiri punya laki/isteri kan.

On a positive side, cuba kita kira dalam sehari berapa jam kita dengan suami.
Dan berapa jam pulak suami spend time update-mengupdate dengan mak.
Adakah melebihi dari waktu dia spend dengan kita?
Kalau 1 jam dengan kita, 15 minit dengan mak. Kira oklah tu.
Banyak mana lagi masa yang kita nak dari suami?

Tapi aku faham perasaan isteri ni.
Tengah-tengah spend time berdua, tetiba mak call ajak sembang 10 minit.
Agak terganggu jugak mood.
Boleh jadi suami pun serba-salah.

Try slow talk dengan suami tentang ni.
Bagitau dia kalau nak update apa-apa pun tunggulah waktu-waktu tertentu contohnya tunggu habis makan, tunggu habis shopping, tunggu habis tengok movie, etc.
Kalau dah tau habit mak kejap-kejap call, cubalah sesekali return call via whatsapp tulis "Mak, saya tengah ada discussion dengan client. Nanti petang saya call balik".
Kalau urgent, konfem mak akan cakap urgent punya. Janganlah risau.



Ini adalah masalah insecurity.

Mak mertua duduk jauh nun Kat Tganu.
Anak menantu duduk di Selangor.
Besan pun kat Selangor.
Dah tentu dia takut kalau-kalau anak dia jadi rapat dengan orang sebelah sini, lama-lama nanti lupa kat dia.
Ini isu biasa bagi orang yang dah kawen.
Memang terjadi hal macam ni, bukan sikit-sikit yang ada masalah ni, ramai.
Kita sebagai anak kena yakinkan and tunjukkan walaupun kita duduk jauh, dia masih di hati [gituuu].

Mak Aji tu kalau nak ikutkan, dia seharusnya lebih takut sebab aku duduk dengan mak mertua.
Tetiap minggu anak-anak sedara and kakak dia lepak rumah aku.
In fact orang kat Tganu lagi rajin datang rumah aku dari adik-beradik aku sendiri.
Nama je Bangi tu dekat dengan Subang Jaya tapi aku balik sebulan 2 kali je, tu pun balik melepak beberapa jam je, jarang aku tido Bangi.

Tak tolak kemungkinan ada unsur-unsur sakit hati and dengki kat sini.
Biasalah kan, orang perempuan memang banyak sikit karenahnya.
Mak mertua rasa insecure bila anak kata mee kari mak mertua boleh tahan sedap.
Yang isteri pulak rasa sakit hati mak mertua nak bersaing dengan masakan mak dia.

Benda-benda macam ni payah nak cerita.
Apa yang aku boleh cakap, ini semua ambil masa untuk kita faham.
Dari sudut positif, kita anggap saja lah mak mertua nak masak untuk anak dia, biarkan.
Lagi bagus, kita takyah tolong masak. Betul tak?

Aku macam tu gak dalam rumah ni.
Ada hari-hari yang aku malas nak masak, aku cakap kat mak "Mok, abang nak makan singgang mok masak malam ni. Boleh ke?"

Mak dengan lajunya buat.
Pastu nanti dia citer kat aku "Semalam abang makang banyok. Bertamboh-tamboh. Dok rajin mok tengok abang tamboh gitu".

Aku senyum je.
Biarlah dia nak bangga masakan dia masih di hati anak dia.
Janji aku takyah tolong masak.

Ada dulu sorang blog reader mengadu.
Dia pun macam aku juga, mak mertua duduk sekali.
Dia kecik hati, mak mertua tak pernah tolong memasak.
Tapi kalau adik-beradik suami nak datang, mak dia masak macam-macam.

Nampak macam mak mertua keji sangat perangai, kan?
Padahal, kalau kita nak fikir positif, selama ni mak tak tolong sebab taknak kacau kita masak.
Karang kalau dia sama naik tolong, kita kata dia nak menyibuk ambik kredit pulak.
Mak mertua bertungkus-lumus masak bila anak-anak datang sebab dia taknak menyusahkan kita.
Nanti kalau kita kena masak kita mengungkit pulak.
Yang nak datang tu pulak bukan sikit tapi ramai, jadi biarlah dia siapkan semua.
Agaknya gitulah.

Mak mertua aku pun tak masak kat rumah ni.
Most of the time memang aku masak.
Tapi kalau Kak Long datang, excited dia masak.
Aku anggap dia nak masak cara dia dan tak nak menyusahkan aku.
Aku gumbira.



Bab panggilan "Papa" tu sebenarnya biasa.
Tak tau lah orang lain, tapi bagi aku itu biasa.

Aku panggil Pak Aji - Papa.

Aku panggil ayah angkat aku - Ayah [sebab anak dia panggil dia ayah].

Aku ada pakcik kat Singapore yang aku panggil Daddy [sebab anak dia panggil dia Daddy].

Sepupu aku ada yang panggil Pak Aji - Pak Long, Uncle and Papa.

To this blog reader, kalau tak nak anak sedara panggil Papa, ajar dia panggil Daddy untuk elakkan anak sendiri confuse.
Melainkan kita nak dia panggil Pok, silakan bagitau.

Isu gelaran ni sebenarnya bukan masalah besar untuk orang yang tak kisah macam aku.
Tapi aku faham, to some people panggilan and gelaran ni sangat special, tak semua orang layak untuk gunakan panggilan tu.
So, hat ni boleh bincang balik dengan suami and ipar duai.

Bab, meng-compare-kan anak sendiri dengan anak-anak sedara, yang ni rasanya bukan disengajakan.
Sebelum ada anak sendiri, suami dah bermanja-manja dengan anak sedara.
Boleh jadi anak sedara itu contoh paling rapat dia pernah ada.
Jadi bila dah ada anak sendiri, of cos apa-apa pun dia akan always bagi reference anak sedara.
Tapi tak bermakna anak sedara tu jadi benchmark.
Itu hanya reference saja.
Kita boleh buat pilihan lain kalau nak.

Jangan jadikan sesuatu yang simple bertukar complicated.
Kadang-kadang bila kita dah tak sukakan seseorang, semua benda yang melibatkan orang tu kita pandang sebagai satu masalah besar.
Try to jadi lebih rasional.
Kena pandai evaluate and isolate masalah.
Sometimes benda tu bukan masalah tapi kita yang bermasalah.

Try duduk dendiam, tuliskan semua yang kita tak puas hati, kemudian extract balik setiap satu.
Mana yang boleh kita selesaikan sendiri, kita selesaikan.
Mana yang rasa kita perlu bincang, kita bincang.
Mana yang rasa kita boleh let go, kita let go.



Aku tak berani nak kata semua orang Tganu panggil "Ma".
Tapi kebanyakkan kawan-kawan anak Kak Long panggil Kak Long - "Ma".
Yang kawan-kawan pun panggil "Ma", yang baru bercouple pun panggil "Ma", yang dah break off pun masih panggil "Ma".

Mok aku sendiri pun orang panggil Mok.
Sekampung panggil mok baik yang muda, baik yang tua.
Cucu dia sendiri panggil dia Mok.
Redza and Rayyan je panggil dia nenek.

Memandangkan blog reader ni cerita benda yang sama, jadi aku anggap panggilan "Ma" ni sesuatu yang biasa di sana.
Kita belah-belah selatan ni yang tak biasa gitu.

Tentang birthday celebration, aku tau blog reader ni kecik hati suami tak nak celebrate berdua, suami nak celebrate sekali dengan mak.
Tak apa lah, belikan je kek satu slice untuk celebrate berdua, mustahil suami tak nak makan kek yang isteri belikan.
Kek yang besar beli untuk makan ramai-ramai dengan mertua.
Kalau kita beli kek besar makan berdua pun tak habis juga, kan.

Tu dah beruntung dah tu time birthday[blog reader], suami tanya nak kek ke tak.

Dik, akak ada banyak email dari isteri-isteri yang tak pernah celebrate birthday, tak pernah celebrate anniversary, tak pernah celebrate apa-apa tarikh special pun.
Dah beruntung dah tu suami awak ingat birthday awak, siap offer nak beli kek.
Jangan kerana frust dengan satu tarikh maka kita nafikan tarikh-tarikh special yang lain. Rugi namanya.

Bagus suami awak setiap kali wedding anniversary call mak say thank you and mintak didoakan.

Jangan kecik-kecik hati.
He is trying his very best untuk balancekan perhatian antara mak and isteri.
Bukan senang jadi lelaki.
Sampai mati bertanggungjawab ke atas ibu at the same time tanggungjawab bertambah kerana ada isteri.
Rasanya suami pun tak bermaksud perkahwinan ni bertahan kerana doa mak semata-mata, he is just trying to be nice to his mother.

Kita tak nak perkahwinan yang bertahan tapi tak ada barokah.
Bertahan tapi terseksa pun tak guna.
Jadi doa orang tua sangat perlu supaya barokah itu ada.

Jangan kecik-kecik hati.
Give both of you time, dalam masa yang sama saling ingatkan masing-masing tentang tanggungjawab.
Insyallah, semoga rumahtangga awak sakinah, mawaddah dan rahmah. Amin.