2019-05-02

96


Reunion.

Kawan-kawan semasa sekolah membentuk kenangan yang susah untuk dilupakan.
Bukan saja dengan classmates, malah dengan geng sekepala, geng-geng pengawas, geng-geng lepak bawah pokok -  ini semua ada kenangan masing-masing.
Apetah lagi yang bercouple time skolah, dah tentu ada kenangan yang special yang maybe susah nak lupa sebab selalunya waktu skolah dorang kenal first love.

Walaupun cinta zaman skolah digelar CINTA MONYET, kenangan tetap namanya kenangan.
Hubungan cinta waktu tu maybe tak se-serius cinta orang dewasa, tapi setiap cerita yang tersimpan kadang-kadang susah nak lupa.
Ada perasaan yang akan muncul semula bila berjumpa lagi.

[jaga-jaga....akak dah start berpuitis ni. Kejap lagi keluar cue lagu Latif Ibrahim].

For better or worse, ramai di kalangan kita susah nak lupa memori zaman skolah.
Secret admire, crush, awek/balak lama, abang angkat, adik angkat, struggles for popularity, etc.
Waktu reunion-lah peluang dia dan kita yang pernah ada rasa cinta, berjumpa balik dan start tegur-menegur semula.
Ada possibility perasaan yang pernah wujud dulu, muncul kembali.
Cinta lama blossom again.

Masa bercinta dulu, masing-masing masih selekeh.
After 20 years, masing-masing dah semakin cantik bergaya.
Masa tu lah terbit rasa "Menyesal aku tinggalkan dia dulu", "Menyesal aku tak mengorat dia dulu".
Dek kerana rasa terkilan tu lah masing-masing cuba nak wujudkan balik rasa cinta lama.
Kali ni maybe lebih "menjadi" sebab masing-masing dah ada kerjaya, ada duit, ada lebih banyak ruang untuk berjumpa.

Maybe betul cinta pertama tak pernah mati.
Impaknya terus diingati sepanjang masa kerana waktu tu lah kita mula-mula jatuh cinta.
Sebab itulah banyak kes cinta berputik kembali lepas balik dari gathering.
Maybe rasa cinta zaman skolah sebenarnya belum hilang sepenuhnya.
Atau pertama kali patah hati kesannya masih berbekas kat hati.
Atau dulu tak sempat nak meluahkan perasaan, hanya selepas 20 tahun baru masing-masing tau they actually love each other.

Aku ni mujur cinta pertama aku Leslie, dah mati.
Dia yang dah mati, tapi cinta aku belum mati lagi.
Kalau masa hidup dulu dia tetiba nak kat aku, entah-entah aku tinggalkan En Wan.
[ya ampunnn tolonglah!]



Ini salah satu cerita best tentang cinta lama setelah gathering.

Tajuk : 96
Rating IMDB : 8.8/10.

Tinggi kan rating dia?
Sebab BEST!

Ini adalah filem Tamil, bukan Telugu.
Cuma heroinnya saja Telugu.

"96" tu adalah batch dorang - 1996.
Movie ni kisah satu malam je.
Tentang dua orang ex-couple masa skolah Ram & Janu yang berjumpa balik waktu gathering.
Ram masih belum kawen sebab masih sayangkan Janu.
Janu pulak dah kawen and berpindah ke Singapore.
Malam gathering tu semua orang tak sangka yang Janu akan attend.

Dorang ni bercinta masa skolah.
Lepas semester break, Ram tak datang-datang dah sebab family dia berpindah secara mengejut because bapak dia nak lari dari hutang.
Terpisah macam tu je.
Janu frust juga.
Kebetulan kakak si Janu ni lari dari rumah ikut lelaki lain, jadi Janu tak sanggup nak kecewakan bapak dia pulak.
So bila bapak dia nak kawenkan Janu, Janu terima walaupun sebenarnya dia tak happy.

Masa balik dari gathering ni Janu rasa terkilan bila dapat tahu Ram masih tak kawen, so Janu desak-desak Ram untuk bagitau apa punca tak kawen-kawen lagi sebab Janu rasa bersalah.
So they spend that night bersembang berdua.
Masa tu lah Ram bagitau rupanya dia pernah datang ke kolej (U) Janu untuk berjumpa tapi Janu reject.
Yang si Janu pulak reject sebab dia tak tau yang datang jumpa dia tu si Ram sebab dalam masa yang sama ada sorang budak laki always tunggu dia luar kolej nak mengorat.
Jadi bila ada orang bagitau ada lelaki nak jumpa kat luar kolej, Janu mengelak.
Yang si tukang sampaikan pesan boleh pulak terlupakan nama si Ram ni masa sampaikan pesan kat Janu.
Bodoh gila.
Kalau aku jumpa budak tu, memang makan siku aku.
Sebab kau lah puncanya ni si Ram and Janu tak kawen tau tak? *hentak dengan siku*

That night, bila Janu dapat tau rupanya yang datang jumpa dia kat kolej dulu was Ram, lagilah dia sedih and terkilan.
If only dia keluar berjumpa, mesti now dia dah jadi wife Ram.

Yang si Ram ni pulak bila si Janu tak nak keluar jumpa dia hari tu, dia dah tak berani nak jumpa Janu lagi.
Dia ingat si Janu ni dah tak sayang dia.

Lelaki-lelaki yang masih single di luar sana, dengar ni akak nak pesan.
Please ya, jangan bangang sangat macam ni.
Selagi perempuan tu tak cakap depan-depan kau "I hetchu", kau jangan givap untuk usaha jumpa dia okeh?
Dengar pesan akak ni!
Akak bukan apa, sedih tau cerita cinta yang tak kesampaian macam ni.
Merembes aku menangis depan laptop [akak memang emosi kalau layan Tamil].

Nak menambahkan lagi sedih si Janu ni, si Ram cerita selama ni dia tak pernah jauh pun.
Dia tau Janu ambik course apa.
Dia tau Janu kawan dengan siapa.
Dia tau lelaki mana yang selalu kacau-kacau Janu.
Lelaki tu kena pukul pun dia tau [sebab dia yang pukul laki tu].

Janu kata masa dia kawen, dia pernah membayangkan yang Ram ni datang untuk stopkan petkahwinan dan bawak dia lari.
Sekali Ram kata "Aku ada masa kau kawen".

Ya Allah, merembes aku!

Ram kata dia tau Janu pakai sari warna apa masa hari kawen.
Cuma dia tak sanggup nak tunggu masa part ikat tali tu, dia balik.

Kalau aku jadi Janu pun aku menangis dengar.
Macam menderita sangat si Ram ni rupanya sebab masih tak sayangkan cinta lama.
Tapi aku respect dorang, walaupun masing-masing sebenarnya masih love each other, Ram sangat respect Janu sebagai isteri orang.
Dan Janu pun masih appreciate suami dia.

Aku cerita ni tak best tau.
Korang kena tengok sendiri, memang terkesan sangat dalam hati.
Aku cerita ni tak habis lagi, part hujung-hujung lagi sedih.
Boleh rasa apa yang dorang rasa.
Kudos tu Vijay Sethupathi and Trisha Krishnan.

Oh by the way, filem ni tunjukkan sisi cantik di India.
Hotel yang cantik, apartment yang cantik, public transport yang cantik, airport yang cantik, cafe yang cantik.
Barulah terasa macam nak pi India.


p/s : hero tak hensem, so jangan expect lelebih. Tapi dalam cerita ni dia sweet. Moralnya, tak hensem takpe, janji perangai senonoh pasti kelihatan sweet.