2019-05-30

Aku bukan ibu yang baik



Atok dan Widad.

Tak tau la saper yang lagi letih ni.
Nampak gaya macam cucu yang lagi letih ni.
Banyak berpencak agaknya.

Tahun ni Mak Aji tak buat kukis raya, tak sempat buat apa-apa dah menjak jadi nenek sepenuh masa menjaga cucu ni.
Cucu pulak dah start membuas, boleh tahan susut badan mak bapak aku sekarang. Hahaha.

Tahniah juga kepada ibu bapa Widad yang berjaya menurunkan berat badan tanpa perlu besenam.
Hanya perlu tak cukup tido saja.

Parenting is hard.
Tak cukup tido adalah antara elemen wajib dilalui.
Cerita pasal tak cukup tido ni bermula sejak mengandung lagi.
Untuk orang lelaki maybe hanya merasa selepas anak dilahirkan, tapi untuk mak-mak, semenjak mengandung penyakit kurang tido dah bermula.

To be honest, I am the worst pregnant woman in the world.
Secara jujurnya aku tak suka every part of pregnancy.
Aku cuma suka bab dapat baby je.

Aku tau ada orang yang seronok lalui proses mengandung.
Walaupun dia tau proses tu tak mudah, banyak 'sengsara' yang kena dihadapi, but tak tau lah, they kind of LOVE it.
Takpelah, penerimaan orang terhadap sesuatu berbeza-beza.
I support them but I don't share.

Jangan salah faham.
Bukan aku tak bersyukur.
Aku sangat bersyukur diberi peluang merasa rahim aku berisi sebanyak 4 kali [tapi 2 orang tak panjang umur].
Aku bersyukur walau dalam kepayahan, aku berjaya melahirkan 2 orang anak.
I know so many women hoping for the same blessing, jadi aku bersyukur.
It's just that pregnancy is not my thing.
Every single part of it is hard on me.
Bukan nak kata ianya membebankan, tapi tak selesa.

Morning sickness.
Berat badan naik.
Sakit belakang.
Tumit bengkak.
Solat payah.
Tetek melimpah.
Tido terlentang rasa senak.
Tido mengiring rasa nak muntah.

Tapi ada yang lebih teruk dari tu - aku always takut dengan anak dalam ni.

Takut dia salah makan [sebab aku makan makanan yang tak salah].
Takut dia sakit kalau aku makan banyak sangat ubat.
Takut dia terlampau banyak sangat makan bila aku banyak makan [mengandung cepat lapar okeh].
Takut bila aku banyak bergerak nanti gugur [aku pernah keguguran sebab terlampau lasak].
Takut baby dapat kencing manis.
Takut baby kena high cholesterol.
Takut baby terlilit dengan uri.
Takut demam nanti effect kat baby.
Takut duduk dalam crowd, nanti dapat penyakit.
Takut keguguran [lagi].

Seriously, the worries were overbearing.
Tapi bila baby lahir, seronok.

Masa mengandungkan Redza, aku cuma bersedia untuk terima baby saja.
Aku tak bersedia untuk benda-benda lain.
Aku tak expect yang aku akan lalui 'nightmare' selepas melahirkan.

I was unprepared for how unadequate I feel as a new mother.
Suddenly aku realized apa yang aku alami sebelum Redza lahir adalah nothing compared to apa yang aku kena hadapi selepas dia lahir.

Pertama sekali, tido tak pernah cukup.

Redza jenis tak meragam, tak menangis pun.
Cuma dia menyusu sejam sekali!
Macamana nak tido dengan tenang kalau sejam sekali kena bangun?
Bila kita tau setiap jam dia akan bangun menyusu, otomatically kita tido-tido ayam je.
Aku sendiri tak sure samada aku tido ke tak.
Yang aku tau kepala aku sentiasa pening macam nak muntah.
Maybe tak cukup tido.

Lagi satu bab menyusu badan.

Allahu, breastfeeding was hard and painful!

I never produced enough milk.
Sampai melecet nipple nak keluarkan susu.
Dulu tahun 2004, supplement membanyakkan susu belum ada kat pasaran lagi.
Aku makan jus lobak putih yang maung tu je.
Orang tua-tua punya petua kalau nak susu badan banyak, minum atau makan banyak lobak putih.
Tapi petua tu tak menjadi kat aku.
Susu tak keluar banyak.
Redza hanya dapat 2 minggu susu badan.

Maybe aku too stress.
Dia punya tension tu sampaikan aku jadi benci dengan En Wan.
Seolah-olah "sebab kau la ni aku kena hadap semua benda ni!"

Menjadi new parents is such a fake-out.

Minggu-minggu awal berpantang tu tak rasa stress sebab aku masih baru dengan baby.
Segala-galanya nampak seronok dan comel di mata.
Masa ni mak aku jaga, Ima pun tolong jaga, mak mertua pun tolong jaga.
Kawan-kawan and sedara-mara bersilih-ganti datang ziarah bawak hadiah, bawak makanan, bagi kata-kata peransang and tips.
Aku happy.

Dia punya nightmare started selepas 2-3 minggu bersalin.
I was into a zombie routine.
Segalanya bertukar jadi tunggang-terbalik.
Mandi asal basah.
Berak pun dah tak tenang.
Makan asal makan, nama nak makan sambil tengok TV bertenang-tenang dah takde dah.
Kulit muka and rambut jangan cakap lah, aku boleh terlupa lansung aku ada skin care.

Mendekati tempoh habis berpantang, badan masih tak turun banyak.
Again, stress.

Sebelum mengandung Redza, berat badan aku 45-46kg.
Hari terakhir sebelum bersalin, berat aku 58kg.
Ramai orang kata aku tak berat mana masa mengandung.
Jangan lupa, masa aku nikah berat aku 41kg.
So perbezaan antara 41kg dan 58kg tu adalah besar, ya.

Tamat berpantang, aku masih rasa berat badan aku macam mengandung 5 bulan.
Berat turun setakat 51kg saja.
Skirt and blouse kerja aku semua fit untuk berat 47-48kg.
Mau tak stress dibuatnya?

At 2 months, I was a little frustrated with how much I was doing to care for Redza.
Walaupun masa ni dah ada bibik [bibik masuk masa umur Redza 43 hari], but still malam-malam aku masih tak cukup tido.
Orang lain tak cukup tido, berat badan kurang.
Aku tak cukup tido, berat tak berapa nak kurang.
Masa ni mulalah aku cari salah En Wan.
I didn't feel he was being that helpful.
Terasa macam aku banyak ambik tanggungjawab jaga Redza.
Yang sebetulnya aku stress sebab tak cukup tido plus bengkek badan tak slim macam dulu.

Aku ingat lagi satu malam tu [masa ni aku dah start kerja for at least 2-3 weeks], time nak tido En Wan cakap "Abang letih betul rasanya sekarang".

Terbuntang mata aku pandang dia.
Kalau boleh terkeluar bijik mata aku ni, dah lama jatuh ke lantai.
Tapi dia tak perasan aku tengah nak naik hantu.

Dia continue cakap "Malam-malam abang tak tido betul sebab awak kejap-kejap bangun menyusu Redza. Redza pun ngek ngok ngek ngok malam-malam. Kerja kat ofis makin banyak. Everyday dengan overtime lagi..."

Kau penah tak rasa macam nak tampar muka laki kau?
Ok that was when aku rasa ringan je siku aku nak sampai ke muka dia.

I was like....aku yang bangun tiap-tiap malam mengadap Redza menyusu!
Aku yang still kena pegi kerja!
Kerja aku merayap sana sini jumpa customer!
I am tired too!!!!!!

Tapi aku tak mention any of this to him.
Aku just pendam and pendam.
Everyone knows that's the best way to handle problems, right?

Tak dinafikan kitorang sememangnya sama-sama stress.
Even masa kitorang tido, I was a mess.
Aku tak pernah rasa benar-benar relax [or maybe I never let myself relax].
Aku sayang anak aku tapi I didn't feel really bonded to him.
I was so focused dengan kerja ofis dan kemudian ambil alih jaga dia bila balik dari kerja.
Rutin ni menyebabkan I never enjoyed my time as a new mother.
Maybe sebab aku terlampau memikirkan nak membangun sebuah keluarga yang sempurna.
Aku nak segalanya perfect.
Aku nak jadi working mum yang success.
Aku tak nak kerja ofis terabai just because dah ada anak.
At the same time aku tetap nak uruskan anak aku.
Aku masih nak memasak [sebab orang tua-tua kata jangan bagi suami kita makan masakan orang lain/bibik nanti kena mandrem].
Aku masih nak cuba menyusu badan anak.
Aku masih nak jadi isteri yang gojes walaupun dah beranak.
Semua benda aku nak buat.

So because I was so concerned with how we should look as a family, I didn't take the time time to let myself feel connected.
Pernah aku terasa nak lari je dari rumah atau nak outstation 2 minggu tak balik.

So this post aku dedikasikan untuk ibu-ibu muda atau bakal ibu.
Dengar sini akak nak cakap.

You don't have to have it all figured out.
You don'have to have to know everything.
Your daily goals should be :

1. Take care of the baby
2. Take care of yourself.

Cukup.

Tak sempat kemas rumah hari ni?
Esok pun boleh kemas.

Tak sempat buat laundry hari ni?
Laundry can wait.
Hujung minggu pun boleh buat.

Balik kerja penat memasak?
Tapau.

Badan masih tak susut selepas 6 bulan?
It's ok, eventually ia akan susut juga, take your time.

Susu badan tak banyak keluar?
Penat reseacher cipta susu formula, itulah gunanya.
Beli, bagi anak minum.
Fokus utama jangan bagi anak lapar. Cukup.

Membesarkan Redza buatkan aku realize, antara aku and anak, walaupun orang kata bonding between mak and anak tu kuat, it doesn't mean both of you are going to be a perfect fit.
Jangan rasa tertekan kalau anak kita tak tidur ikut jadual tidur yang sepatutnya.
Jangan rasa tertekan kalau anak kita tak suka organic food.
Jangan rasa stress anak lambat tumbuh gigi.
Bukan semua parenting tips sesuai untuk situasi kita.

Aku started to realized yang aku ada kehidupan lain juga.
Life aku bukan berkisarkan menetek dan menjaga anak saja.
Sejak dari tu aku decided to distribute task kepada orang lain.

Biarlah orang kata aku isteri yang tak masak sebab bagi suami makan masakan bibik.

Biarlah orang kata aku not a good mother sebab tak pernah buat puree untuk anak, main beli Heinz ready-made puree je.

Biarlah orang kata aku working slave, asyik dengan kerja ofis siang malam, outstation tak habis-habis and serahkan jagaan anak pada bibik.

I chose to do whatever I have to do because there is a life beyond my nest and I am still part of it.
Aku nak ada masa berehat.
Aku nak ada masa membaca buku.
Aku nak ada masa cuddle dengan husband aku layan DVD.
At the same time aku nak ada masa juga bermain-main dengan anak aku.

Aku percaya, bila aku happy dengan life aku, segalanya akan jadi lebih tenang and teratur dan dengan sendirinya kehidupan aku menjadi lebih baik.
I may not be a perfect mom but I give it my all every single day, my way.

Yes, this post is for you.
I am talking to you, yang sentiasa refer pada all those parenting articles tetapi masih rasa terancam dengan what's right when there are so many possible wrongs.

Tak perlu terlalu ikut buku.
Sikit-sikit sudahlah.
The fact that you are so concerned pun dah menunjukkan you are dedicated to do what is best.
That already makes you the best kind of parents.
Buatlah apa yang kau rasa kau boleh buat tanpa rasa terbeban, insyallah the rest will take care of itself.





Customer Loyalty Raya Reward Day 2.
Kalau ada 600 points dah boleh tebus sehingga RM16.
KLIK SINI untuk semak baki point korang.