2019-05-29

Libatkan Allah



IG Story aku Khamis lepas.
Ada follower IG minta elaborate.
Baru hari ni teringat nak buat.
Maklumlah puasa, lapar-lapar ni cepat lupa.

Tak ada apa-apa yang baru pun kat statement IG Story aku tu.
Kita semua tau adat nak berjaya - usaha, doa, tawakal.
So the best thing you can do for your business is pray.

Salah satu rahsia apa-apa kejayaan adalah sabar dan sabar can only come about through prayer.
Lebih-lebih dalam business, banyak perkara-perkara luar jangkaan boleh berlaku.
Kadang tu berhempas-pulas usahakan deal yang besar, sekali budget customer last minute kena cut.
Kadang tu harapkan payment dapat dalam masa 2 minggu, rupanya lagi 3 bulan baru dapat.

Tahun 2004, aku follow satu deal ni dari awal. Very big project.
This customer nak bukak satu research institute baru di dalam kawasan universiti.
Dalam new institute ni akan ada 3 lab which tiga-tiga ni aku sangat interested sebab ada sangkut-paut dengan bidang aku.
Jadi aku deliver dengan agak baik masa presentation sebab aku faham apa yang dorang perlu untuk setup lab tu.

Every week aku outstation pi sana untuk buat demo instruments.
Customer tu suka dengan kerja aku and dia mintak aku prepare specifications semua instrument yang aku demo untuk dimasukkan dalam borang tender.
Maknanya dah jadi closed specs.
Competitor lain bid pun payah nak menang sebab spec tu spec aku.
Deal tu boleh dikatakan dalam tangan dah.

Bila bos aku dapat tau yang everything dah dalam tangan, masing-masing jadi super-excited.
Dorang thought dorang nak jadi extra nice.
Jadi ramai-ramai pegi sana jumpa dengan customer aku untuk bersilaturrahim lah konon.
Tak bawak aku sekali pulak tu.
Biasalah, waktu tu I macai je.

Aku tak tau lah apa benda bos-bos ni merepek meraban kat sana, tau-tau deal tu tak jadi.
Bila aku tanya, semua taknak cakap.
Masa tu aku belum setahun lagi bekerja, jadi aku takut nak tanya lebih-lebih.
Dalam hati aku frust sangat.
Aku menangis bila deal tu tak jadi.
Aku bukan nak apa-apa reward dari company, tapi aku nak kepuasan bila kerja keras kita berhasil.

Aku call, call, customer tu tak angkat pun.
One night dia call aku, dia bagitau kecewa sangat dengan team aku [bos-bos aku yang buat rombongan ke sana tu lah].
Customer tu cakap "Your boss talk too much about other things".

Dah 3-4 bulan selepas tu barulah manager aku bagitau yang bos aku ni kerek depan customer.
Seolah-olah nak compete pengetahuan and experience.
Katanya, pihak sana argue tentang teknikal part, yang bos aku pulak argue pasal instrument dia hebat.

Bila aku dah tau cerita ni aku terus jumpa bos aku.
Aku tanya kenapa benda-benda macam ni nak kena argue.
Bos aku cakap customer tu berlagak dengan technical knowledge dia.
Alahaiiii...kalaupun dia berlagak, apa kena-mengenanya dengan kita?
Kita bukannya pi sana buat viva, kita jual barang.
Dari segi produk, kita lebih pandai sebab kita lebih kenal produk kita.
Tapi dari segi technical knowledge anggap sajalah dia lebih tahu sebab hari-hari dia buat benda yang sama.
Tak perlulah nak berlawan ilmu siapa paling tinggi.
Kalau kita beralah sikit pun takpe sebab salah satu produk yang aku nak jual tu harganya RM1.2 juta.
Malaysia ni besar mana sangat pun.
Berapa kerat je lab dalam Malaysia yang bakal guna high-end instrument macam ni.
Kalaulah instrument ni dapat dijual, senang aku jadikan reference untuk masuk market Singapore.
Tapi tu la kan, benda-benda macam ni pun ada yang takleh pikir.

Lepas kejadian tu, jangankan nak menang, nama company kena strike off terus dari list.
Tak bengang kau?
Nasib baik tiket kapal terbang aku boleh claim, kalau tak, sia-sia je tetiap minggu aku outstation.

So kesimpulannya, aku tak dapat lansung deal tu.
Sakittttt jiwa aku.
Siang sambung ke malam aku buat specs, alih-alih jadi macam ni.
Aku dah siap burn specs dalam CD bagai.
Cuma aku bernasib baik sebab customer tu masih baik dengan aku sampai sekarang.

Tu cerita pertama, ada satu lagi cerita.
Kali ni tahun 2007, masih tentang biotech supplies tapi di company berbeza.

Dalam company ni, aku tak jaga instrument sales.
Aku jaga comsumables [kits and reagents].
Colleague aku yang jaga instrument overlooked satu deal bernilai jutaan ringgit.
Dia tak perasan [atau maybe tak tau-menahu] ada satu tempat ni nak beli satu instrument besar.

Hari yang bos aku dapat tau pasal deal ni, kawan aku outstation.
Nak taknak, bos aku suruh aku pegi.
Walaupun aku tak handle instruments tapi aku pernah jual instruments di tempat kerja lama jadi dia anggap aku ada pengalaman.

Aku pecut kereta 4 hours drive, bila sampai kat pejabat, that customer tak nak jumpa aku.
Dia kata everything has been fixed.
Maksudnya segala specification untuk instrument dah ditetapkan, no way dorang nak tukar spec lain.

Aku tak puas hati kalau tak dapat jumpa sebab kau ingat aku drive 4 minit? 4 jam okeh!
Aku tak nak balik bodoh gitu.
At least bagi aku bersembang dulu.

Aku cakap kat dia "I drove all away from KL. Just give me 5 minits"

Maybe dia rasa kesian kat aku, so he agreed.

The 5 minutes jadi 1 hour.
The 1 hour akhirnya jadi Purchase Order bernilai RM5.2 juta.
[tiada kejadian menggoda customer, ya]

Masa surat pengesahan pembelian tu difax pada ofis, menjerit-jerit budak-budak ofis bagitau aku.
Aku menangis.
Bukan sebab happy, tapi sebab aku rasa macam miracle betul.
Kitorang tak tau menahu pasal tawaran ni, pergi pulak dalam keadaan tergesa-gesa, siap customer taknak jumpa aku lagi, then aku present kat dia tanpa proper presentation, takde laptop, takde slides [tapi lepas the meeting, aku ada emailkan specs semua lah].
Mana-mana orang pun akan rasa pelik, kerja yang dibuat tak sampai satu hari mana layak untuk menang 5.2 juta?

So dari dua kisah aku ni, apa yang aku boleh cakap, dalam hidup ni tak semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Benda dah dalam genggaman pun boleh terlepas [tender cerita pertama].
Benda yang tak pernah terlintas tetiba boleh singgah [tender cerita kedua].
Jadi, bolehlah aku simpulkan apa je yang kita dapat bukan semuanya kerana usaha keras kita.
Tapi tak bermakna tak perlu usaha, cuma jangan sandarkan pada usaha semata-mata.

Dulu aku tak faham semua ni.
Aku banyak letakkan segalanya pada usaha, bukan doa.
That's why bila tak dapat, aku jadi sangat kecewa.
Kerja pun terasa sangat-sangat penat kerana segalanya aku sandarkan pada kederat.

Tahun 2013 aku tukar cara kerja aku.
Aku hire sorang pensyarah yang juga sebahagian dari ahli panel-panel syariah.
Actually bukan hire lah, tapi aku bayar some amount of money untuk syariah consultation.

Aku started realized that to build a strong foundation in business, spiritual preparation and doa go hand in hand with good business plan.
Selain dari doing business, kita nak make sure we are not establishing business for profit only.
Kena ambil kira juga does the business align with apa yang Allah redha.
Jadi, segala apa yang aku plan, aku minta pandangan dia dari sudut agama samada ada percanggahan dengan agama and whether mendatangkan manfaat atau tak.

Ini sangat penting sebab kita mahukan barokah.
Berjaya dan barokah ada perbezaannya.
Kaya tapi tak barokah, maka duit banyak mana pun sentiasa rasa tak cukup.
Untung banyak tapi tak barokah, maka keuntungan itu sentiasa ada kebocoran.

Bak kata consultant yang aku hire dulu, nak berniaga tak boleh semata-mata pakai modal dan semangat.
Kebanyakkan orang [termasuk aku] yang buat bisnes, tak faham aturan.
Nilai-nilai agama di dalamnya tak diambil peduli dan tak berusaha untuk dipelajari.
Jadi, laluannya terasa berat dan payah.
Bertungkus-lumus buat macam-macam cara tapi keuntungan tak seberapa.
Padahal kalau tahu aturan, Allah akan sentiasa turunkan keberkahan pada rezeki.

Running a business is quite different dari makan gaji.
Cabarannya berbeza.
Penatnya sangat-sangat terasa.
Peningnya pun boleh tahan.

Kalau makan gaji, hari ni dapat gaji, esok dah lega, kurang serabut kepala.
Tapi bisnes tak.
Hari ni bayar gaji staff, esok dah pikir nak bayar next gaji pulak.
Kalau sandaran pada Allah tak kuat, boleh jadi stress, silap-silap gila.

Doa lah yang banyak membantu.
Bila harapan dan keinginan kita sandarkan pada Allah, maka kita juga percaya apa yang kita minta tu boleh dapat dan boleh juga tak dapat.
Bermakna kita sedang bersedia menerima apa juga ketentuanNya.

Lain rasanya bila kita letakkan harapan pada Allah dengan letakkan harapan pada usaha.
Kalau bersandar pada Allah, bila kecewa, tak sampai nak mengeluh.
Kalau gembira, tak sampai nak menyombong.
Tapi kalau bersandar pada usaha, bila kecewa, rasa macam nak putus nyawa.
Bila gembira, sombongnya ya ampun, kaki tak cecah ke tanah!

"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan" [Al-Ghafir]

Aku pernah tanya ustaz ada tak keadaan di mana kita berdoa tapi Allah tak perkenankan?

Ustaz aku jawab dengan pantas "Tak ada".

Dia kata, kalau dari tahun lepas kita doa minta kaya tapi sampai tahun ni masih tak kaya-kaya, itu tandanya kita dapat rezeki bersabar.
Sabar itulah yang buatkan kita masih terus istiqomah berdoa sampai sekarang.
Dapat rezeki sabar jauh lebih baik dari kaya, kerana sekiranya kaya datang bersekali dengan sekelumit rasa bangga dan sombong, apalah maknanya.

Dalam konteks berbisnes, if you are writing a business plan, you may have certain ideas about how to go about making your business a success, tapi kena ingat Allah knows best.
Dia boleh tunjukkan kita arah yang betul, elakkan kita buat silap dan bawa kita keluar dari usaha-usaha yang sia-sia.
Include Him in your business plan so that business plan kita lines up dengan apa yang Dia redha.

Memulakan business always buatkan kita teruja.
Sometimes kita get carried away dalam keterujaan buat business plan and business vision sampai overlooked apa yang patut dengan tak.
Mengharapkan Allah bagi petunjuk should be number one dalam list.
Ini dapat membantu kita mencapai tujuan at the same time mengelakkan masalah yang tak perlu.

So, libatkan Allah dalam business plan kita [dan juga urusan dunia yang lain].
Doa yang sama yang selalu diucapkan, walaupun Allah belum kabulkan, mungkin itu adalah ujian kesabaran.
Tentang se-istiqomah apa lisan kita meminta dan sekuat apa hati untuk terus percaya pada hebat kuasaNya dan benar janjiNya.
Kerana tidak ada yang boleh mengubah takdir kecuali doa.







Segala tok nenek Happy Hour dah pun habis.
Tiada siaran ulangan.
Kepada yang tak sempat, boleh dapatkan RM16 off hari ni.
Tapi kali ni kena potong points.
Kalau selama ni 600 points layak dapat diskaun RM10, sempena nak raya ni, aku bagi diskaun sehingga RM16. Maximum redeem 600 point sahaja.

Whatsapp sini untuk semak balance point masing-masing.