2019-05-31
Meninggal di bulan Ramadhan
Ramai orang meninggal bulan puasa ni, termasuklah salah seorang kawan baik kepada ustaz aku [juga seorang ustaz], meninggal semalam.
Orang kata kalau meninggal dunia hari Jumaat adalah kematian yang baik.
Manakala bulan terbaik kematian adalah bulan Ramadhan.
Kalau nak dikaitkan dengan banyak kebaikan Ramadan, maka meninggal di bulan ini nampaknya menjadi satu kelebihan yang besar.
Seperti yang kita semua maklum, bulan Ramadhan adalah bulan di mana Allah melipatgandakan kebaikan dan membuka pintu pengampunan.
Jadi tak salah kalau kita anggap meninggal di bulan ni pasti dapat banyak keistimewaannya.
Ramai yang mengaitkan dengan keistimewaan tertentu, bermula dari tidak dikenakan siksaan kubur hinggalah ke jaminan syurga.
Kematian husnul khatimah adalah impian semua umat Islam.
Husnul khatimah itu sendiri membawa maksud "penghujung yang baik".
Maka, bila kita boleh dapat gelaran kematian seperti ni, jalan ke syurga akan jadi lebih mudah.
Ada banyak cara nak dapatkan kematian istimewa ini, salah satunya ialah meninggal pada hari yang baik.
Ramai yang percaya kalau mati dalam bulan Ramadhan, maka gelaran automatik dapat gelaran husnul khatimah.
There's a point, but it's not always like that.
Kalau kematian tu dalam keadaan sedang beribadat atau sedang beramal soleh, maka jelas husnul khatimah-nya.
Tapi kalau sebaliknya, maka belum tentu lagi husnul khatimah, walaupun di bulan Ramadhan.
Ramadhan memang bulan yang barokah, tapi kalau seseorang mati pada bulan ni dengan cara yang tak baik, dia masih dapat penghujung yang tak baik [bukan husnul khatimah].
Maka ada 2 sudut pandang tentang kematian husnul khatimah.
Yang pertama, masa/waktu.
Ada waktu-waktu istimewa seperti sepertiga malam, hari Jumaat dan juga Ramadhan.
Yang kedua adalah amal yang dilakukan.
Adakah dia seorang penjahat yang mati di bulan Ramadhan?
Adakah dia mati dalam keadaan sedang bermaksiat?
Tetapi, orang kafir pun meninggal bulan Ramadhan.
Maka belum tentu lagi kematian di waktu yang baik atau bulan baik adalah kematian yang baik di sisi Allah.
Ukuran kebaikan seseorang tak dapat ditentukan dengan melihat pada waktu/masa kematian semata-mata kerana Allah dah kata "Tiap-tiap manusia mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula memanjangkannya" [Al A'raf, 34].
Jadi, kalau kita nak mati dalam kebaikan, caranya, tingkatkanlah amal soleh.
Maka bila pun kita mati nanti, insyallah husnul khatimah di sisi Allah.
Dulu, Rasulullah saw mempersaudarakan dua orang yang tinggal berjauhan [lupa nama dorang].
So one day, salah sorang ni menulis surat ajak yang sorang lagi pindah untuk duduk di Syam.
Dulu, Syam ni ibarat tanah suci.
Yang menerima surat tu kemudian replied, "Sesungguhnya tanah suci itu tidak mensucikan siapa pun. Yang mensucikan seseorang adalah amalnya."
Which is true, dia ada point di situ.
Dulu Mekah penuh dengan orang musyrikin.
Ketika orang musyrikin ni tinggal di sana, tak menjadikan dorang lebih suci pun.
Dan ketika mati, tak menjadikan kematian mereka husnul khatimah lansung.
Jadi, kematian husnul khatimah itu tidak selalunya berkait rapat dengan waktu/masa/tempat tetapi amal yang dilakukan sebelum dan ketika mati.
Lain ceritanya dengan meninggal hari Jumaat sebab ia ada kaitan dengan jaminan Rasulullah saw.
Rasulullah saw bersabda "Setiap muslim yang meninggal di hari Jumaat atau malam Jumaat, maka Allah akan memberikan perlindungan baginya dari fitnah kubur." [Ahmad & Tirdmidzi].
Ini hadis sahih.
Manakala tidak ada hadis sahih yang mengatakan mati di bulan Ramadhan adalah kematian husnul khatimah atau dapat jaminan-jaminan tertentu.
Selain dari tu, ramai anggap kalau mati di bulan Ramadhan, akan terus ke syurga.
Memang ada hadis yang sebut pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup dan setan-setannya pun diikat, tapi hadis ni tak ada kaitan dengan mati.
Tak bermakna orang yang mati di bulan Ramadhan akan dapat syurga.
Hadis tu hanyalah bukti bahawa Ramadhan sangat istimewa di mana pintu syurga hanya dibuka pada bulan itu.
Tentang syurga and neraka, itu Allah's business.
Banyak benda yang kita kena lalu sebelum sampai sana.
Walaupun pintu syurga terbuka luas di bulan Ramadhan, tak bermakna sesiapa je boleh terus masuk.
Masih ada "pass masuk" yang diperlukan [iman, amal soleh, etc].
Cumanya, "pass masuk" ni senang nak dapat di bulan Ramadhan berbanding bulan lain sebab aura Ramadhan adalah aura ketaatan.
Di bulan ni kita extra suka sedekah, extra suka beribadah, serta berebut-rebut nak khatam Quran.
Jadi "pass masuk" tu mudah dapat kerana kita banyak habiskan masa dengan beramal soleh di bulan ini.
Dan sekiranya kita meninggal, besar kemungkinan meninggal dalam keadaan sedang beribadah.
Itulah yang menjadikan orang kata untung meninggal di bulan Ramadhan sedangkan 'keuntungan' itu hanya benar-benar menguntungkan sekiranya pengakhiran hidup dalam keadaan sedang beramal.
Ada juga yang kata kalau meninggal bulan Ramadhan, takkan dapat siksa kubur.
Boleh dikatakan munasabah juga mati bulan Ramadhan tak kena siksaan kubur sebab bulan puasa memang special.
Walaubagaimanapun, azab kubur termasuk perkara-perkara ghaib.
Masalah ghaib ni hanya Allah saja tahu.
Yang boleh kita buat cuma yakin dengan apa yang disebutkan dalam Al-Quran dan hadis sahih.
Dan sehingga sekarang pun lembaga fatwa tak jumpa dalil sahih tentang ni.
Rasulullah ada bersabda "Sesiapa yang menyebut Laa ilaaha ill-Allah dan itu merupakan percakapan terakhirnya, maka dia akan masuk syurga. Sesiapa yang berpuasa, ikhlas kerana Allah dan itu merupakan perbuatan terakhirnya, maka dia akan masuk syurga. Sesiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah dan itu adalah perbuatan terakhirnya akan masuk syurga."
Maksudnya, IMAN.
Orang yang diterima masuk syurga hanyalah orang yang mati dalam keadaan beriman.
Tak ada yang special mati di bulan Ramadhan kecuali mati semasa mengerjakan amal soleh sebagai perbuatan terakhir dan mati dalam keimanan.
Semoga kita semua mati dengan perbuatan baik sebagai perbuatan terakhir dan bukannya kecaman di ruang komen media sosial dan sembang gossip sebagai penutup amal.