2019-04-11

Lavmor



Bulan lepas ada blog reader hantar ni ke ofis.
Dia datang beli GreenAard, tapi aku takde jadi tak dapat jumpa mana satu orangnya.



Pakej dia besar.
Apa benda la dia hantar ni agaknya.



Rupanya herbal pad and mini liner sekali.
Ni mesti dia tau aku pakai pantyliner everyday.
Cantik sangat packaging pad dia.

Oh by the way, INI BUKAN PAID REVIEW.
Aku suka nak buat review barang-barang yang aku rasa worth to share.

So dalam kotak besar tadi ada 4 kotak liner, 3 overnight pad and 3 day pad.
Setiap kotak ada kuantiti yang berbeza sebab size pad and liner berbeza-beza.

Kebetulan masa barang ni sampai, aku baru je habis period, so nak taknak kena tunggu next period cycle, which is now. Hahahah.
So aku start guna ni Sabtu lepas, 6 April.



Sabtu lepas, day 1.
Selalunya day 1 tak berapa heavy lagi flow period, jadi aku pakai Ultra Slim Day.
Selama ni aku kalau beli pad, hanya ada beli 2 jenis saja - Maxi Wing and Overnight Wing.

Be it day 1 atau day 3, slow flow or heavy flow, aku akan pakai Maxi Wing saja, tak pernah pakai pun ultra slim ni segala.
Kalau malas nak pakai pad, aku akan pakai panty liner dulu on day 1.

Sabtu lepas kan ada majlis kawen anak sedara En Wan, aku berkira-kira gak ni samada nak pakai Kotex atau nak start try Lavmor ni.
Pulak tu dia bagi Ultra Slim.
Aku tak sure if Ultra Slim ni can tampung period flow day 1.
Pulak tu aku aktif sikit Sabtu lepas, busy jadi makcik pengantin, so aku takut melambak-lambak keluar.

Tapi takpelah, aku pakai jugak.
Because aku rasa this is the time untuk aku test whether or not this pad bagus.

Alhamdulillah, tak bocor pun walaupun dia Ultra Slim.
Tapi aku tak le pakai satu pad dari pagi sampai ke petang.
Every 3 hours selalunya aku akan ganti pad.



Malam aku guna ini - Ultra Slim Night.

Dulu aku ingatkan pad yang slim-slim ni untuk diguna on slow flow days je.
Bila aku pakai Lavmor ni aku rasa slim pad ni bukan untuk diguna masa period dah slow tapi untuk keselesaan juga.
Sebab kalau pad yang tebal ni rasa macam tak selesa sikit.
Bila aku pakai Ultra Slim Night ni rasa macam selesa and tak menyebabkan aku mengangkang sangat.
Dia punya panjang pun ok 29cm, just nice.
Aku pernah beli pad yang panjang 32cm, ya ampunnn sampai nak terkeluar dari spender dia punya size. Kahkahkah.
Maybe itu untuk diguna dengan seluar dalam nenek-nenek yang tarik sampai ke pusat.



Hat ni pelik sikit.
Dia kecik mana pantyliner yang biasa aku pakai tapi dia ada wings!
Tapi walaupun dia kecik tapi ada weight sikit berbanding pantyliner yang aku biasa pakai.
So kalau korang dah hujung-hujung period, maybe boleh pakai ni jugak.



Packaging setiap pad macam ni.
Cantik, kemas, and tebal.



Dari segi kesihatan aku tak sure apa benefit yang aku dapat.
Dia ada mention kat pembalut pad yang this pad ada extract evening primrose yang boleh buatkan period flow lebih lancar.
I am not sure if aku dapat that benefit.
Tapi one thing for sure, this pad ada bay herba yang sedap.

Darah period ni kan ada satu macam dia punya bau.
Walaupun dah terbiasa dengan bau yang semacam tu, aku masih tak berapa suka dengan bau darah ni.
Dia macam hamis sikit kan?
Bila aku pakai pad Lavmor ni, bau herba tu cover bau hamis darah.
Part ni aku rasa best.
Macam sedap je rasa bila ganti pad.

Harga aku tak tau, sorry.
Tapi korang kalau interested boleh contact : lavmor_hq
IG and FB guna nama yang sama.



Oh by the way, nak share mask ni.
Aku guna mask Clinique Turnaround dah lebih 10 tahun.
Warna dia biru macam tube dalam gambar ni.
Last month nak beli sekali Clinique dah stop that mask. Sedih gila!
Sebab mask dia sangat sangat best, boleh jadi scrub sekali.
Now dia ganti dengan clay mask tapi nasib baik ada function scrub sekali.
Cuma warna dia dah jadi biru, dulu putih.
Ok lah not bad. Harga pun murah sikit.




Nah, kalau rajin dengar akak membebel ni.
Klik "cc", akak letak subtitle sebab audio not so good karang tak dengar pulak.