2019-03-11

BENCI atau MENYAMPAH


Post semalam tentang syukur list.
Paragraph akhir dalam post tu, ada yang bertanya "Apa lagi cara nak hilangkan rasa benci dekat orang?"

Ok, benci.

Kalau kita ada rasa benci kat someone, bermakna that person ada buat sesuatu pada kita.
Contoh, someone ejek-ejek kita.
Kelakuan tu boleh mendatangkan benci.

Jadi, cara nak hilangkan rasa benci kita pada that person, kita kena settlekan masalah dengan orang yang cari pasal tu.
Cari dia, ajak duduk, setelkan apa benda yang kurang.
Tanya dia apa sebab dia menyakitkan hati kita.

Jangan konfius dengan 'menyampah'.
Ada orang dia rasa dia bencikan someone sedangkan that someone takde buat salah pun kat dia.
Ok yang tu sebenarnya bukan benci, tapi menyampah.

'Menyampah' adalah kelakuan yang tak bertujuan untuk menyakitkan hati kita secara directly.
Ia adalah kelakuan pelaku yang mendatangkan tak senang dalam diri kita bila melihatnya.
Perasaan 'menyampah' tu datang dari diri kita, bukan dari luar.

So, tanya diri sendiri, adakah kita BENCI atau kita MENYAMPAH?

Kalau 'menyampah', that's even easier.
Just ignore them.
Tak perlu ambil tahu.
Jauhkan diri dari that person, masalah akan selesai.

Kalau orang yang kita menyampah tu sekadar kenal online, lagilah senang nak jauhkan diri.
Just berhenti stalk dia, habis cerita.
Insyallah, hilanglah menyampah tu.

Ok ada satu cerita aku nak tulis.
Tentang confession kawan lama.
Actually aku bukanlah rapat dengan dia pun, nama bapak dia pun aku tak tau.
Kitorang dari skolah yang sama tapi kelas lain-lain.

This kawan bagitau yang dulu dia tak suka kat aku sebab mana ada aku, kat situlah mesti ada lelaki.
Aku memang ramai kawan lelaki tapi sekadar kawan je lah.
Maybe sebab aku jenis selamba dan kasar buatkan kawan-kawan lelaki senang berkawan dengan aku.
Walaupun aku selalu dikelilingi lelaki, tapi aku tetap single sampai habis skolah [kahkahkah gelakkan diri sendiri].

Ok balik pada cerita tadi.

Tahun 2011 dia nampak aku dalam group sekolah menengah di FB.
Dia pun request jadi fren aku kat FB.
Aku accept tapi aku tak kenal pun dia sebab dulu aku main accept je fren request.

Dia contact aku and minta maaf sebab dia pernah cerita tak baik pasal aku di kalangan kawan-kawan dia dulu.
Dia gelarkan aku "betina garik" sebab asik bersidai dengan lelaki, selalu naik motor dengan kawan-kawan lelaki and melepak ramai-ramai dengan kawan lelaki.
Then dia realized it was jealousy [although aku rasa it was a combination of jealousy and my behaviour jugaklah].
Dia cakap dia sebenarnya nak dapat peluang macam aku, ramai kawan laki and perempuan.
Kawan-kawan lelaki yang rapat dengan aku semua yang best-best katanya.
Ada di antara kawan lelaki yang rapat tu adalah budak satu kelas dengan dia dan dia suka budak tu tapi budak tu takde pun nak layan dia sangat padahal sekelas.
Tapi dengan aku yang tak sama kelas ni boleh pulak rapat.
[aku rasa maksud sebenar dia "padahal aku lagi lawa tapi kenapa yang tak lawa gak kau rapat"].

Kitorang takde lah sembang beria-ia sangat sebab aku pun tak berapa kenal dia.
Ada la kot dalam tempoh setahun aku sempat bermesej-mesej dengan dia a few times, lepas tu senyap sepi.
Aku pun lupa dah apa nama FB dia.
Entah ada lagi ke tak sebab dah nak 10 tahun punya cerita dah ni.
Cuma dia pernah bagitau lepas confess and minta maaf, terasa diri free from burden dan relief sangat.

So my point is to dislike someone for their behavior is ok.
Kalau tak suka someone's habits, leave them. Easy.
Yang buatkan kita susah nak leave someone that we hate is because kita jealouskan dia, bukan benci.

Be it BENCI atau MENYAMPAH, semuanya ada jalan penyelesaian.
Sometimes punca kita menyampah kat orang yang kita tak pernah jumpa atau tak pernah kenal secara peribadi adalah kerana kita cemburukan dia dan tak benar-benar kenal dia inside out.
Cubalah berkawan dengan dia dulu.
Dah berkawan dengan dia nanti, dah lepak bersama, insyallah pandangan kita terhadap dia akan berubah 360 darjah.
Tak mustahil nanti kita akan jadi supporter dia pula.

Lain rasanya bila kita betul-betul kenal berbanding assume-assume gitu je.
Dah banyak dah situasi macam ni berlaku.
Tengok je lah orang yang kutuk-kutuk artis, politicians atau public figures yang lain.
Kat belakang kutuk macam tak ingat mati.
Tup tup dapat peluang berjumpa, dapat peluang bersembang, terus berubah habis sangkaan dia.

Tapi inilah yang ramai takutkan - bila diminta berkawan dengan orang yang kita menyampah.
Kerana kita lebih selesa percaya apa yang kita mahu percaya.
Kita mahu kekal percaya orang yang kita tak suka tu memang jahat, memang mengjengkelkan, memang menyakitkan hati dan tarafnya sepatutnya lebih rendah dari kita.
Kita takut kalau kita dah berkenalan dengan dia persepsi kita berubah.
Kita takut apa yang kita sangkakan selama ni, apa yang kita dah kutuk-kutuk selama ni tak betul.
Kita takut jilat ludah sendiri.
Jadi kita memilih untuk terus membenci mengikut sangkaan-sangkaan kita saja.

Ramai yang tak sedar, semakin kita ambil tahu tentang orang yang kita tak suka, semakin terserlah kelemahan diri sendiri yang kita tak nampak.
Kebanyakkan yang jealous-kan orang lain tanpa kenal orang tu secara in person, pasti orang tu ada sesuatu yang kita nak.
Sepatutnya kalau dia ada apa yang kita mahukan, rugi kalau kita jadikan orang tu sebagai musuh.
Sepatutnya kita jadikan kawan.

Kalau kita zero, berkawan dengan hero, lama-lama kita jadi hero.
Bila hero nanti, berkawan dengan another hero, akan jadi superheroes.
That's why kalau kita tengok orang yang ada kelompok hebat-hebat, semuanya pun hebat.
Takde pun satu hebat, satu tak hebat.
Dalam IG contohnya boleh tengok this trend.
Kalau kita tengok satu orang ni dengan gaya yang up-to-date dan successful, alih-alih nanti ada nampak dia juga rupanya kawan kepada si A yang also successful, dan both her and A rupanya berkawan jugak dengan si B yang also successful.
When they hang out together nampak BOOM!
.....dan kemudian datanglah makcik-makcik bawang. Hahahaha.

So get to know them dulu, tak rugi apa pun.
Kalau rasa-rasa tak boleh get along, back off.
Tapi kalau boleh get along, dah boleh selesaikan banyak masalah hati.




Ya, aku tau offer ini sangat best.
Ini offer takde kat website atau FB, hanya ada di blog ini saja.
Dan ianya tiada tarikh tutup, selagi korang nampak offer ni di pop out box, selagi itulah offer ini valid.
Kalau esok lusa dah tak nampak box tu lagi, jangan ditanya-tanya ok. Hehe.