2019-01-04

Manusia susah nak diatur


Ustaz aku bagi satu ayat yang best tentang jodoh.

Dia kata "Jodoh kita ni dah ada yang aturkan Kalau jodoh kita susah mungkin sebenarnya kita yang susah diatur."

Waaaa....panas je kalau orang yang masih single baca ni, kan?
Tapi nanti dulu.
Ada penjelasannya.

Sebelum cari pasangan, pemahaman tentang jodoh itself must be strengthened.
Semua orang ada jodoh masing-masing.



He made you mates.

Dia jadikan kita berpasang-pasangan.
Everyone has their own soul mate and it is never too late untuk bertemu jodoh.

Dari sudut pandang tauhid, tak ada istilah lambat jodoh.
Pemahaman ini mesti diperbetulkan supaya tak ada kebimbangan "takut tak kawen-kawen".
Apa pun umur kita sekarang, jangan putus asa dalam mencari pasangan.
Kerana Allah bagi 'markah' pada usaha.
Memang kawen tu tak wajib, tapi ikhtiarnya wajib, dapat tak dapat belakang cerita.
Jangan sesekali ada rasa "Saya dah give up nak cari jodoh".

Yang dah berumur tapi masih belum berjodoh - sebetulnya situasi ni zaman dulu lagi dah ada.
Masalah ni bukanlah perkara baru.

Kebiasaan masyarakat melayu - yang lelaki mencari, yang perempuan menunggu.
Kalau umur 30 belum jugak kawen, masing-masing dah risau.
Sebab apa?
Sebab masyarakat kita suka melabel-labelkan orang.

Kalau lambat kawen - anak dara tua.
Kalau lambat kawen - memilih sangat katanya.
Kalau lambat kawen - maintenance tinggi, takde laki yang berani dekat.
Kalau lambat kawen - gaji tu tinggi sangat, laki takut kena queen control.

Standardlah orang kita, kalau tak melabel orang tak sah.
Label-melabel yang macam ni lah yang akhirnya buatkan kita gelisah and runsing bila lambat kawen.
Dan akhirnya bila dah runsing sangat, sapu ajelah sesape pun janji kawen.

Kita berada dalam komuniti yang dah dibiasakan dengan melabel orang yang lambat jodoh sebagai anak dara tua, kena mandi bunga, kena buang sihir, bla bla bla.
Dek kerana label-label tu, akhirnya kita lebih takut dilabel dari takut mendapat pasangan yang salah.
Ingat, ketika kita buat keputusan untuk hidup bersama orang lain, biarlah keputusan tu dibuat kerana kita nak hidup kita jadi lebih baik dan bahagia, bukan sebab bosan atau takut dikatakan tak laku.

Ada yang takut nak mencuba.
Takut dapat orang yang tak betul.
Takut kecewa.
Takut bertepuk sebelah tangan.

Adeh.
That's why lah kena cuba kenal-kenal dulu.
Kalau rasa tak sesuai tak payah proceed.
Masalahnya, kita ni asal kata nak kenal-kenal je, terus nak jadi couple.
Yang dia nak, terus jadi.
Sekali bercinta, terus kawen.

Memang frust kalau dah bercinta, berhabis duit, ujung-ujung tak jadi kawen.
Tapi, sometimes, kita perlu patah hati.
Kita perlu kena reject.
Kita perlu dipermainkan.
Kita perlu diperkotak-katikkan sebelum akhirnya kita jumpa pasangan yang tepat.
Kerana setiap kali kita dipermainkan, our kriteria dalam memilih pasangan akan meningkat 1 anak tangga.
Kalau dulu kita tak pernah terfikir bab dipermainkan kerana kita membayangkan yang best-best je, now bila dah terkena, barulah kita beringat nak jadikan itu kriteria utama dalam memilih pasangan.
Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah kemudian Dia pisahkan sebab nak bagi kita beringat bahawa ada banyak lagi kriteria yang mesti kita consider selain dari hensem hensem hensem dan hensem.

Masa aku belum kenal cinta, aku pun membayangkan yang indah-indah je.
Biasalah kan, banyak baca novel.
Novel kan semua yang indah-indah je.
Kalau lelaki pilihan aku letak target nak yang handsome (regardless muka aku berselipat), mesti yang kaya, yang pandai, yang tinggi, yang broad shoulder, yang romantik, yang pandai mengaji, yang sentiasa sayang aku.....kiranya semua yang best-bestlah.
Sikit pun tak pernah aku terfikir yang buruk-buruk.

Bila dah terkena, hilang semua aku punya list yang best-best tu.
List aku bertukar jadi : nak lelaki yang tak kaki pukul, tak kaki tengking, tak saiko, tak gila, tak emo, tak busy body, tak perangai budak-budak, tak cepat perasan, tak belagak bagus, etc.
Tak hensem pun takpelah konsepnya.

So boleh faham tak bila ustaz aku cakap "mungkin kita yang susah diatur"?

Ustaz maksudkan kita semua.
Kita semua ni yang susah nak diatur.

Kita banyak sangat permintaan.
Banyak sangat kehendak.
Banyak pantang-larang.
Senang cakap kita ni semua memilih.
Memilih taknak yang ala-ala kadar, terus nak best je.

Kadang tu jodoh memang dah depan mata, tapi kita pulak yang merumitkan proses nikah kawennya.
Nak tunggu habis blaja baru kawen.
Nak tunggu beli rumah dulu baru kawen.
Nak tunggu kerja 5 tahun dulu baru kawen.
Nak tunggu duit cukup 100K baru boleh kawen.
Nak tunggu hotel Marriot available baru boleh kawen.

Memang itulah kita.
Kita semua memang macam ni.
Betul kata ustaz, jodoh memang dah ada yang atur. Tak perlu risau.
Yang perlu dirisaukan adalah kita kerana kita inilah yang susah nak diatur.




Terima kasih yang grab New Year Special untuk shawl Fleur by Mrs Him.
Aku buat 2 hari je, itupun di kalangan blog readers, tak blast kat FB and IG pun. Malas.