Semalam aku post gambar Redza dah selamat balik ke Langkawi, di IG.
Maka dapatlah 2 soalan ni.
Sebelum aku terlupa, meh aku jawab dulu kat sini.
Redza masuk Form 1 tahun 2017.
Tahun tu, keputusan ke MRSM lambat.
Budak-budak mendaftar bulan Feb kalau tak salah aku.
Memandangkan tahun tu pulak keputusan UPSR sangat menggemparkan Malaysia, jadi aku tak berharap untuk Redza dapat ke mana-mana.
Memang dia dah start ke skolah menengah harian dah pun.
Buku baju semua dah beli nokkkkk.
Habis duit aku beli baju sekolah menengah barulah offer boarding school sampai.
Masa dapat keputusan tu, kitorang semua ada kat Tganu.
Satu hari yang sama, dapat dua-dua result dari SBP and MRSM.
Mula-mula dapat sms kata layak ke SBP - Sek Men Sains Kuantan.
Aku bagitau Redza, Redza senyum.
Dia sebenarnya memang nak ke MRSM, that's why dia sendiri yang pilih untuk di-interview di Langkawi.
Aku masa tu seronoklah kalau dia taknak ke Kuantan sebab aku sedih sebenarnya anak aku skolah jauh dari aku.
Anak kalau 12 takpe, ini 2 je.
Helok je beberapa jam selepas tu, dapat pulak jawapan dari MRSM.
Katanya layak ke Langkawi.
Masa tu bergenang dah airmata aku, tapi disebabkan Redza nampak sangat happy, so aku tahan-tahan je airmata tu.
En Wan memang dah merembes masa tu.
Aku tak sure dia merembes sebab happy impian anak dia nak ke sana tercapai atau sedih sebab nak berpisah dengan Redza.
Aku tak berapa follow sangat persiapan Redza sebab aku memang dari anak-anak masuk skolah Darjah 1 pun aku tak berapa ambik tau sangat.
Maklumlah, apaknya sejenis perfectionist.
Karang apa aku buat dia tak berkenan pulak, jadi kita bior dia buat semua.
Tapi aku follow jugak time dia nak beli baju skolah tu, cuma aku follow je lah, tak terlibat pun dalam memilih size, memilih kasut, memilih stokin.
Semua En Wan buat.
Aku ni nak kata excited pun tak, nak kata sedih pun tak.
Aku perati-peratikan je.
2 hari sebelum mendaftar, kitorang semua dah fly ke Langkawi.
Masa ni Rayyan tak tahu lansung yang dia akan balik ke Putra Heights tanpa abang dia.
Aku paling risau bab tu lah.
Alangkan abang dia pi Kem Ibadah 2 malam pun dia cari, inikan tinggal terus duduk asrama tak balik-balik.
Waktu tu aku lagi risaukan Rayyan dari Redza.
Perasaan aku 2-3 hari sebelum Redza mendaftar masih macam biasa lagi.
Maybe sebab aku tau Redza masih di dalam negara, kat Semenanjung je pulak tu.
Langkawi ni takde lah jauh sangat sebenarnya kalau naik flight.
Lagi cepat kau sampai Langkawi dari kau sampai Melaka.
So aku tak risau sangat bab tu.
Masa dalam dewan dengar taklimat, waktu ni aku dah berdebar-debar macamkan aku pulak yang nak masuk asrama.
Bukan berdebar nak tinggal anak, tapi teringat memori duduk asrama.
Fobia pulak rasanya mengingatkan momen-momen kena tinggal kat asrama.
Aku harap Redza tak macam aku sebab aku dah warning dia "Nak pegi ke tak? Kalau taknak, kita skolah dekat-dekat je. Tapi kalau kau nak pegi, lepas tu kau mintak quit, memang sakit kau kena dengan mama".
Walaupun dah di-warning dia tetap kata nak pegi, ok fine, kau pegi.
Time nak balik, ok masa ni aku dah cuba bendung airmata aku.
Tapi En Wan penyepoil.
Dia pulak yang menangis masa peluk Redza, aku mulalah sebak-sebak.
Masa Redza peluk aku dia cakap "Mama jangan lupa Redza ya".
Hah, apa lagi. Merembeslah aku.
Tapi kejap je sebab kitorang nak balik airport jugak petang tu.
Dalam kereta lagi Rayyan dah tanya "Ma, kenapa abang tak ikut? Kenapa abang tinggal?"
Bab ni memang aku takleh tahan.
Meleleh-leleh airmata aku.
Sampai kat airport dia tanya lagi "Ma, pukul berapa abang balik?"
Memang kalau suruh repeat, aku taknak repeat momen ni because aku sedih sangat tengok Rayyan masa tu.
Sampai kat rumah lagi la.
Dia masuk bilik abang dia, pastu keluar.
Pastu dia duduk atas katil abang dia, then dia keluar.
Aku tau dia gelisah, tapi aku buat dek, karang aku yang nangis.
Dah la sedih anak bujang duduk jauh, kena pulak tengok Rayyan mencari-cari abang dia, tambah serabut aku.
Esok petang tu, aku balik dari kerja, Rayyan nangis "Ma, adik nak abang. Adik rindu abang."
Aku rasa aku ada post video dia nangis ni kat IG story.
Ramai pulak yang DM kata dorang pun bergenang airmata sekali.
Korang yang tengok pun dah nangis, abis aku yang tengok 24 jam ni? Lagilah weiii.
Tapi salah sorang mesti kena strong.
Disebabkan tak nak Rayyan terus-terus sedih, aku pun terpaksa tak dapat melayan perasaan.
Aku terpaksa jadi strong, padahal dalam bilik air aku menangis habis-habisan.
Seminggu dua yang pertama tu memang Rayyan dibenarkan untuk mencukai.
Kejap pi Popular beli kaler pensil, pastu beli drawing book, pastu masuk Toys R Us, kat pasar malam pun tapau mainan lagi, etc.
Asalkan kau tak menangis konsepnya.
Ingatkan modal abang kau masuk asrama dah besar dah rupanya modal nak bagi kau benti nangis jauh lagi besar.
Aku menyeru kepada yang boleh beranak, silakanlah beranak lagi.
Jangan stop sampai 2.
Esok yang sorang masuk asrama, sorang lagi merembes kat rumah.
Jenuh nak mujuk!
Untuk mak bapak yang sedang dalam tempoh mengira hari anak nak masuk skolah asrama, just be strong.
Sebab dari apa yang aku dah lalui masa Redza masuk blaja dulu, kalau aku tak kuat dan kalau aku pun sama naik nangis, anak boleh rasa.
Dia boleh rasa yang kita pun tak sanggup nak lepaskan dia.
Nanti drama-nya makin panjang.
Ujung-ujung kita makpak ni yang lelebih emo dari anak.
Macam Rayyan pun gitu juga.
Kalaulah aku sama naik jemaah menangis, dah tentu aku give up dan mintak En Wan keluarkan Redza dari skolah tu.
Alhamdulillah sekarang semuanya nampak ok je.
Orang kata tegas mesti garang.
Sebenarnya tak.
Tegas tak semestinya kena jadi garang.
Mak Aji garang.
Dan dia memang well....bising sikit.
Pak Aji pulak tegas tapi tak garang.
Dalam berlembut dia bertegas.
Dan sebenarnya aku lagi takut dengan orang yang tegas dari orang yang garang.
Aku bagi dua situasi berbeza.
Masa nak UPSR dulu, aku pernah mintak Mak Aji masukkan aku ke kelas tusyen.
Aku pun tak sure kenapa aku nak masuk kelas tusyen.
Nak kata aku bangang sangat, tak jugak.
Aku boleh je buat homework and latihan yang cikgu ajar kat kelas aku faham.
Maybe faktor persekitaran kot sebab tahun tu tahun nak UPSR, kawan-kawan pulak sibuk cerita yang masing-masing lepas skolah ada tusyen.
Semua macam bersedia nak ambik exam, yang aku pulak jangankan tusyen, buku latihan tambahan pun takde.
Aku rasa macam aku tak cukup bersedia pulak.
So aku try mintak Mak Aji masukkan aku kelas tusyen.
Mak Aji cakap "Jangan pikir diri sendiri je. Adik-adik lain nak blaja jugak. Kau ingat mak bapak kau cop duit?"
Pehhh. Pedih okeh.
Ya, aku faham memang kitorang bukanlah mewah mana pun.
Kalau aku sibuk nak tusyen maknanya adik-adik aku esok pun mesti nak kena pi hantaq tusyen gak kan.
Baru fair.
Masa aku nak masuk Year 1 di Sarawak, banyak pakai duit.
Biasalah kan, nak masuk Tahun 1.
Masa tu duit loan MARA tak masuk lagi, semua mak bapak kena sediakan dulu.
Malam tu aku tergerak hati nak masuk bilik bawah, nak tengok Pak Aji buat apa sebab kadang-kadang bapak aku tulis slide untuk talk dia.
Aku suka baca slides dia buat tu.
Bilik bawah tu dulu ruang kerja Pak Aji (now jadi bilik tido aku setiap kali balik Bangi).
Masa aku masuk bilik nampak Pak Aji tengah susun-susun duit note RM50 atas karpet.
Dia panggil aku duduk depan dia.
"Ni papa asing-asingkan belanja rumah and duit blaja anak-anak. Ini papa pinjam duit pakcik Osman (ofismate dia), untuk bayar duit Diana nak daftar. Blaja betul-betul, jangan main-main".
Tak garang, kan?
Tapi dalam lembut ada tegas.
Dan aku ingat momen tu sampai sekarang without failed.
Setiap kali teringat, memang bergenang airmata.
Sebab aku tak terbayang macamana agaknya bapak aku bukak mulut cakap dengan pakcik Osman masa nak meminjam.
Pesanan yang tegas tu yang aku pegang kuat-kuat.
Don't worry pakcik Osman, saya grad with good grades.
Saya dah pastikan pakcik tak perlu diblacklist kerana jadi penjamin saya.
Bapak aku bukan penoreh.
Dia pegawai kerajaan.
Tapi dia bukan pegawai berijazah, jadi gaji dia tak tinggi.
Sampai anak dah masuk universiti masih lagi perlu bercatu-catu.
Dan adakalanya perlu meminjam.
Dari Pak Aji aku blaja tegas dan berlembut - it works.
Walaupun ada kalanya aku bising, tapi aku tau kat mana aku perlu bertegas dalam kelembutan.
Maybe sebab itulah Redza kalau nak mintak pandangan ke apa ke, dia lebih suka tanya aku.
Ni sms Redza tahun lepas masa dia tengah serabut prepare untuk exam Check Point and final exam.
Aku rasa kalau dulu aku tanya soalan yang sama kat Mak Aji, konfem jawapannya "Macamana nak masuk kalau pagi petang siang malam dengar lagu Cina!"
Haaaaa gitu.
Tu merujuk kepada kaset-kaset Leslie and Beyond la tu.
Sebab tu aku jarang nak mintak pendapat apa-apa dari dia.
Karang tak pasal kena smash.
Redza nampaknya lebih terbuka untuk discuss hati ke hati dengan aku.
Dan aku pun sangat suka kalau anak aku tanya soalan-soalan macam ni.
Inilah peluangnya aku sampaikan tazkirah.
Kalau dia serabut, dia rasa susah nak study, dia nak beli barang-barang pun dia akan bincang dengan aku.
Bila anak dah nak masuk umur 15 tahun ni, maybe pendekatan kita sebagai mak bapak pun kena ubah juga.
Waktu-waktu macam ni ada baiknya kita bertindak sebagai 'pembimbing rakan sebaya'.
Harap-harap cara ni berkesan.
Zaman aku umur remaja, aku tak berpeluang bersembang hati ke hati dengan mak bapak aku.
Maybe mak bapak aku pun tak terdedah dengan cara yang macam tu.
Jadi zaman remaja aku banyak habiskan masa dengan kawan.
Mujur juga kawan-kawan aku semuanya jenis senonoh, dibuatnya dapat kawan yang tak senonoh memang hanyut kot.
Aku rasa kebanyakkan remaja suka habiskan masa dengan kawan boleh jadi sebab ini juga.
Kerana mak bapak lebih suka menjadi mak bapak - iaitu lebih cenderung memberi arahan dari berbincang.
Last week, aku tertido petang.
Then Redza kejutkan aku "Ma...Redza nak keluar pi padang boleh?"
Lepas dia pergi, aku menung kejap.
Aku teringat zaman aku dulu, kalau nak keluar dari rumah melepak kat padang, aku tunggu mak aku tido atau mandi.
Bila aku dengar mak aku masuk bilik air je, terus zassssssssssssss keluar rumah.
Takde de aku nak mintak izin ni semua.
Pastu aku pikir, apesal dulu aku tak berani macam Redza mintak kebenaran nak keluar?
Then aku realized, oh yes, sebab mak aku garang.
Kalau aku mintak izin nak keluar, konfem dia sound "Kau ni asal petang keluar, asal petang keluar".
To be fair to her, maybe sebab aku perempuan.
That's why mak aku tak suka aku merayap.
Lagipun dulu geng-geng makcik bawang boleh tahan ramai juga.
Tau-tau je karang mak aku dah tau cerita aku melepak kat mana.
But that's not the issue.
Issue-nya, aku takut nak mintak kebenaran.
Sebab aku sangat takut dengan mak bapak aku.
Kerana kebanyakkan mak bapak zaman dulu adalah mak bapak yang SANGAT GARANG!
Walaupun anak dah remaja, masih lagi dia sound memekik.
Mak aku kan, sampai aku dah kerja (tapi belum kawen), dia kejutkan aku pagi-pagi satu row jalan tu boleh dengar kot.
"Bangun! Subuh! Subuh!"
Ya ampunnn.
Jiran kiri kanan agaknya mesti ingat aku jenis malas solat Subuh.
Masalahnya, perlukah menjerit? Adehh.
Aku tau la dah Subuh, memang pukul 6.30am aku dah kena ada dalam komuter, sah-sah la aku kena Subuh dulu kan.
Haihhhh.
Yang beli pakej ni tak faham apa maksudnya dengan "kod diskaun RM9 untuk setiap Nutrijuice dan Cleansing Gel".
Maksudnya, nanti korang akan dapat 2 kod diskaun yang setiap satu bernilai RM9 off.
Jadi nanti kalau nak beli Nutrijuice, korang boleh beli dengan harga diskaun RM9 setiap botol.
Sama juga dengan Cleansing Gel, ada kod diskaunnya sendiri.
Bulan Feb nanti boleh beli dengan harga diskaun RM9 setiap botol.
Jimat sampai ke bulan Feb u olls.
Nak tengok pakej lain, refresh blog ni and klik pada pop out window.