2018-12-24

Penang - Part 2


Baru teringat cerita Penang tak habis lagi.
Jadi izinkanlah aku perabiskan.

Di Penang hari tu tak duduk hotel tapi ambik apartment via Airbnb.
Ini pun En Wan yang cari.
Aku pun tak tau mana dia jumpa apartment ni tapi memang cantik, selesa and so far this is the best sepanjang kitorang terjebak dengan Airbnb.

Ikut plan asal nak duduk Feringgi, rancangnya nak duduk Hard Rock Penang.
Aku cakap, waktu aku kerja, dia stay la hotel ngan anak-anak and mak.
Then dia cakap kalau nak lepaskan aku pi kerja alone, maknanya kena bawak kereta aku ke Penang sebab aku tak reti bawak kereta dia, kereta dia panjang.
Memandangkan ke Penang ni bawak kereta dia, jadi dia kena berulang untuk hantar aku jumpa customer, which is so inconvenient nak berulang everday dari Feringgi ke USM and Batu Maung.

So now tukar plan, tak jadi stay Feringgi.
En Wan decide duduk Georgetown je.
Dia pilih Maritime Suites.
Owner-nya Chinese.




Ini ruang tamu.
Bawah ada smart TV.
Memang Redza and En Wan maraton layan netflix.
Kat bilik masterbedroom ada another TV, tapi bukan smart tv.



Kichenette.
Aku tak sure if induction cooker tu berfungi sebab tak try pun.
And aku pun tak check if cooking utensil ada.
Sebab tak plan nak masak pun kat sana.
Tapi sudu, cawan and pinggan mangkuk ada.



Berdepan dengan kitchenette, kat pintu masuk ada bilik tido, 2 katil yang selesa and space untuk solat pun ada. 
Takde la kata sampai kau kena bersempit-sempit alihkan katil untuk bersolat.
Ini bilik tido Redza and mok.
Rayyan tido dengan aku.



Ini master bedroom.
Ada 2 bilik je apartment ni.
Tapi selesa.
Itu lebih baik dari ada 4 bilik tapi semuanya sempit-sempit.
Memang untuk 4 dewasa, just nice.
Bilik tido ni ada sekali dengan bilik air.
Kalau bilik bawah tu, bilik airnya di luar.



Aku suka ruangan ni, satu sudut dalam master bedroom.
Keliling glass.
Sambil duduk atas sejadah sambil tengok luar.
Ni waktu Subuh, kalau siang tu nampak la luar sebab langsir bawah tu bukak.



Ada pool juga di sini, tapi aku tak menjengah pun.
Budak-budak ni je pegi.
Kalau tak silap aku apartment ni RM370/nite.



Ni sudut tuan besar.




Pagi Khamis tu kitorang breakfast kat Pasar Tun Sardon.
Ni kali kedua datang sini.

Tempat ni ok je, macam food court.
Banyak pilihan makanan masakan melayu.
Cuma tak berapa bersih sangat and sometimes bau longkang.
Nasib baik aku sentiasa bawak wet tissue and BBW hand gel yang wangi semerbak tu.
Dapatlah aku lap meja and kerusi aku dengan hand gel.
Orang kiri kanan pandang je, ada sorang pakcik tu siap geleng kepala.
Mesti dalam hati dia kata aku mengada-ngada ðŸ˜‚😂.
Tak kisah la orang nak pandang muka pelik pun, janji anak aku tak muntah-belahak kat situ.
Si Rayyan tu bukan boleh.
Dibuatnya dia terbelahak kat situ, lagi naya.
Jadi hand gel tu wajib ada dalam beg.
Lagipun kan ke best makan sambil ada wangi-wangian. Hahaha.

Roti goyang ni En Wan punya.
Beli sekali 2 piring.
Hadap sorang.
Dia ajak aku try, tapi aku kan alergik roti benyek.
Kalau roti dia asing dari telur takpelah jugak.
Tapi kalau dah asing dari telur dah bukanlah namanya roti goyang kan.
Tu namanya toast with half boiled eggs. Mbhahaha.



Selain dari roti goyang, dia makan jugak kuey tiaw.
Hari tu dia berjemaah dengan Redza makan kuey tiaw.
Aku tak rasa pun, tapi tengok pada rupa kejadiannya yang senonoh, aku boleh bajet kuey tiaw ni sedap.



Ok ni aku punya - nasi gulai daging.
Nasi putih je, takde apa yang special.
Cuma ada gulai daging and telur.
Untuk aku yang dah biasa pagi-pagi makan nasik lemak, bila sesekali hadap nasi and gulai daging untuk breakfast that is something different already.
Aku order 2 bungkus tapi bungkus dia kecik-kecik je.



Mak makan mihun goreng.
Mak paling awal habis makan sebab anak dia memang akan carikan makanan mak dia dulu.
Baik kan suami saya?
Betul la orang cakap, good men are all taken.
(hahahahha matilanak statement gini).



Sebelum ke USM, bawak dulu budak-budak ni ronda-ronda KOMTAR.
Sebenarnya aku pun tak pernah naik sampai ke atas ni.
Ni la pun first time.
Itupun kena paksa dengan En Wan.



Rupanya ada theme park kat atas ni.
Hari tu kitorang ambik pakej RM74/person, all access.
Rate ni untuk MyKad holders, atau dalam bahasa mudahnya, rate orang Malaysia.
Ada 2 tempat outdoor, yang the rest indoor.
Jadi kitorang ke outdoor dulu, lambat-lambat karang takut hujan pulak.

Rayyan paling happy la kat sini sebab segala-galanya ada decor Krismas.
Dia kan minat nau dengan deco Krismas, siap kat rumah tu aku belikan sebijik pokok Krismas untuk dia decorate sendiri.



Jalan masuk ke theme park.
Pening sikit lalu sini sebab display atas tu bertukar-tukar, dah macam lampu disko kejap terang kejap malap.
Aku memang tak boleh benda-benda macam ni.
Kalau nak terang biar terang terus.
Kalau nak malap biar malap terus.
Kalau kejap lap-lip macam tu besar harapan aku terbelahak kat situ jugak.
Jadi sebelum aku termuntah, baik aku blah.




Sama naik bapak dengan anak bersilih-ganti buat posing majalah Mangga atas cermin kaca ni.

Aku?

Sorry la.
Sebelah kaki pun tak masuk kawasan ni.
Seriau pulak, karang time aku pijak, time tu la dia nak roboh, camne?



Tapi yang ni En Wan tak berani.
En Wan ni gayat orangnya, tapi tak seteruk aku.
Aku kalau gayat boleh sampai pitam.
Kalau korang ambik all access pass macam aku, boleh je nak try bendalah ni.




Tak cukup dengan baring atas gelas kaca, dorang nak berdiri pulak luar bangunan.
Ini area Rainbow Bridge.
Ada jambatan kecik dibina kat luar bangunan KOMTAR.

Again, aku tak join.
Yang lain join.
Nak lalu kat bridge ni kena pakai sarung kaki supaya glass kaca tu sentiasa bersih.



Gini lah rupanya bergamba atas Rainbow Skybridge.
Mak jugak rilek, takde rasa takut, takde rasa apa. Hahaha.

Aku?

Aku dok jauh lah dah tentu.
Apa-apa jadi senang nak selamatkan diri sendiri. Kahkahkah.



Sebelum turun ke bawah semula, bergambalah dulu kat atas ni.
Panas berdenting tau tak kat atas ni.
Sape nak pegi, pergilah pagi.



Lepas tu kitorang masuk Mirror Maze.
Menggelabah teruk masuk dalam ni nak cari jalan keluar.
Kejap-kejap terhantuk muka kat cermin.
Berpusing-pusing.
Mak dah menggelabah bila kitorang tak jumpa jalan keluar.
Dahlah malap.
Aku senang je, agak-agak kalau 10 minit tak keluar gak, memang aku pekik je habis cerita.
Nasib baik jumpa.
Yang best tu, aku pulak yang jumpa pintu keluar.
Yang paling berani nak masuk sini pun mencungap nak cari jalan keluar.
Yang penakut pulak berjaya.
Aku rasa kalau kau pi tempat-tempat gini pastikan bawak orang penakut sorang.
Orang yang penakut ni, kalau dah takut, semangat dia nak menyelamatkan diri tu sangat tinggi tau. Hahaha.



Nampak tak muka sape paling riak sekali bila berjaya keluar dari mirror maze?
Muka yang paling kiri lah of cos! 



Lepas mencipta kejayaan di Mirror Maze, aku cuba memberanikan diri masuk Jurassic Park.

Mula-mula kau kena masuk dalam satu lift ni.
Lift tu macam lift dalam cerita Jurassic Park gak.
Lift yang menghubungkan lab building dengan field.
Dalam lift tu ada cermin kat dinding yang kononnya nampak luar.
Pastu nanti tetiba nampak kepala dinasour muncul kat tingkap and mula ketuk tingkap tu sampai pecah cermin.
Tak seram pun tapi aku menjerit okeh?
Malu gila laki aku tetiba bini dia terpekik dalam tu.
Mak aku rilek je lansung tak terperanjat. Siap blur blur lagi. Hahaha.



Keluar-keluar je lift terus nampak kawasan ni.
Ni konon kawasan pencarian tulang-tulang DNA.



Dari situ, terus masuk bangunan lab.
Dalam lab ni dia tunjuk telur dinasour, embrio dinasour yang diawet, fetus dinasour yang diawet.
Pandai dia buat tempat ni memang macam lab Jurassic sungguh lah.
Macam budak perempuan ni konon tengah pegang anak dinasour yang bergerak-gerak.
Padahal masing-masing tau dah itu patung, tapi nak gak gi dekat belai-belai.
Aku la tu.





Ni semua kat luar lab.
Besar gak KOMTAR ni, sampai ada tempat dia buat kawasan dinasour.
Bukan sikit tau dinasour kat sini. BANYAK!
And the susunan tu ikut jenis.
Mula-mula kau akan lalu kawasan taman-taman yang indah tempat dinasour herbivor.

Pastu nanti kau akan lalu tempat dinasour yang ganas-ganas.
Area ganas ni kau akan nampak kawasan tu macam bersemak sikit then ada jip usang tersadai.

Pastu nanti kau akan masuk area dinasour cage.
Not bad jugak Jurassic Park ni.
Tapi untuk yang tak tahan panas macam aku memang takkan appreciate la tempat-tempat macam ni.
Hari tu aku menonong je jalan laju ke depan sebab nak masuk balik ke kawasan mall.
Tak tahan berdenting panas kat luar ni.



Yang belakang Redza ni area dinasour karnivorous.



Lepas tengok dinasour, masing-masing lapar macam dinasour.
Terus makan kejap kat dalam ni.
Aku lupa apa nama restaurant ni tapi lauk-pauk dia semua sedap.
Nasi campur.
Macam-macam lauk ada.
Sotong gulai rebung ada, ayam berlado ada, udang masak lemak ada, togeh lemak putih ada.
Memang seronok mak mertua aku jumpa lauk-pauk yang dia enjoy makan.
Tapi mak aku kan kuat berpantang.
Seafood and daging semua tak sentuh, hari tu dia makan 3 jenis sayur and ikan bawal goreng garing.




Dah takde arah nak main, tapi nak jugak bermain-main, so naik bendalah ni pun jadik.
Yang umur 8 tahun tu comel la jugak naik benda ni.
Yang 14 tahun tu yang lelebih riang naik menatang ni.



Last port, masuk sains lab.
Sini pun best jugak.
Hari yang kitorang datang tu ada a group of students from Chinese School datang buat lawatan.
Anak-anak kita seronok la kot masuk tempat macam ni.



Aku tak sure apa nama untuk alat ni.
Aku nak cerita pun tak reti, jadi aku tunjuk gamba je.




Kanta pembesar yang besar.





Aku tak sure if image rangka tu memang betul-betul rangka Redza.



Oh by the way kan, kitorang tak jumpa jalan masuk ke parking KOMTAR ni, so kitorang parking kat mana tau?

Kat Tokong Cina depan KOMTAR.

En Wan memang cukup sardin masuk kawasan tokong tu and cakap kat uncle yang jaga parking "Uncle, saya bukan orang sini mau jalan-jalan KOMTAR. Kalau parking sini boleh ke, uncle?"

Uncle tu kata kalau 2 jam boleh sebab selepas 2 jam ramai dah nak parking sini.
Maybe nak pi tokong kot.
So kitorang janji 2 jam je park.

Uncle tu mintak bayar untuk 1 jam dulu, RM2.

Tapi kitorang lewat 15 minit.
Berlari-lari En Wan jumpa uncle tu say sorry.
Memang betul pun dah penuh parking.
Pastu uncle tu kata takpe, asal jangan lambat sangat sebab dia takde kuasa kat sini, cuma jaga parking je.
Pastu kitorang top up extra kat uncle sebab baik hati allow kereta yang tak makan saman ni park dalam tu.
Betapa sardinnya muka kitorang parking dalam tokong.

Lepas hantar budak-budak balik apartment, aku terus ke USM.
Masa kat USM tu En Wan tanya "Di, kat mana tempat Ali Setan naik motor yang nampak pemandangan bridge? Jom kita bergamba situ nak?"

Tak kuasa aku nak layan dia punya berangan ni.
Aku yang selama ni keluar masuk USM tak pernah terpikir nak cari port Ali Setan okeh.
Dia over siap nak feeling Ali Setan.
Dah la sebut Ali SetanG. Mbahahhaha.



Ini je lah gamba yang ada bukti ada kerja di USM.
Ni pun appointment yang last.
Muka dah letih sebenarnya tapi kugagahi jugak untuk senyum.
Tu pasal bersandar kar kereta, nak berdiri tegak pun tak daya dah.



Malam inilah port dinner - Gurney Drive.
Aku pegi sini dengan satu misi.
Iaitu nak makan pasemboq mamak menari, tu je.



Memang mamak tu wujud lagi, dan masih lagi menari dan menyanyi.

Lirik dia dari dulu sampai sekarang istiqomah tak bertukar.

"Roja! Roja! Roja! Roja!"

Itu je dari mula bukak kedai sampai tutup kedai.



Nah!
Malam sebelumnya RM23/pinggan.
Malam kedua ni RM63/sepinggan!
Sebab ada sotong, udang and ketam kat dalam tu.
Puas hati!



The next day, hari balik ke Putra Heights.
Pagi tu singgah makan kat Roti Canai Jalan Agryll.
Ini first time sampai sini, cadangan dari follower IG.




Keistimewannya ini.
Roti canai/telur makan dengan kuah gulai ayam setongkol besar!

Mula-mula dia tanya nak kuah apa.
Aku cakap kari. Dhal tak mau.
Then dia tanya nak ayam ke daging.
Aku cakap ayam.
Ingatkan macam kuah roti jalan tu ada ayam sikit dalam kuah.
Sekali kauuuu hah sedebuk ayam kat tengah.




Lagi satu yang unik - telur masak setengah dia dah siap pecahkan and kacaukan.
Dan dihidang dalam cawan.

Aku and En Wan gelak sampai merah merah muka.
Sebab kitorang tak biasa lagi nampak style gini.
Selalunya mamak akan hidang telur 2 biji dalam mangkuk.
Kita yang pecahkan sendiri.
Rupanya kat sini dia dah siap pecah and bancuhkan, hidang dalam cawan lak tu.
Ok this is rare!

Aku tak tau la aku pi Penang ni bercuti ke kerja.
Tapi seronok sebab sekali harung bawak anak and mak jalan-jalan.




Y.E.S masih on lagi sampai 10 Jan 2019 ya.
Sebab aku tau ada yang dapat gaji 7 Jan.
Jadi jangan risau, stok sentiasa ada.
Kalau nak kejar pun maybe stok Planner 2019.

Harga semua harga Y.E.S.
Cuma untuk 2 pakej khas, akan dapat tambahan kod diskaun yang sah diguna pakai sehingga 7 Feb 2019. Lama tu.
Berbaloi kalau sesiapa yang ada kod ni.
At least bulan Feb dah jimat RM15-RM20!

WHATSAPP SINI UNTUK BELI.
(boleh minta harga Y.ES sekali thru whatsapp)