2018-12-25

Dia tak pernah salah


Tahniah anak-anak yang berjaya ke boarding school.
Seronok tengok mak bapak share anak-anak dapat skolah mana.
Terbayang-bayang berderai airmata bila tinggalkan anak kat skolah nanti. Hehe.

Semalam rasanya semua peringkat dah dapat keputusan kan, tinggal yang buat rayuan je belum lagi.
Insyallah, cuba dan terus cuba.
Aku dulu pun second intake.
Time Redza dulu, bulan 5 masih ada pengambilan baru.
Tapi itu dulu lah, tak tau la sekarang masih ada lagi ke tak macam tu.

Semalam masa aku melayan baca respon-respon kat satu page ni, ada sorang lelaki komen "Sepatutnya T20 tak payah masuk lansung. Sebab anak-anak orang kaya bawak budaya yang buruk dalam sekolah asrama. Budaya nak bergaya, budaya nak makan kat cafe walaupun ada makanan disediakan di dewan makan, budaya nak beli barang mahal, etc".

Aku ter-stop kejap.
Lalu menggeleng kepala.
Lama aku berpikir.
Aku tengok profile orang tu baya-baya aku je, umur dalam 40-an.

Umur dah 40an.
Dah berkerja.
Dah berkeluarga.
Dah bercampur gaul dengan masyarakat, tapi masih lagi berfikiran sempit macam tu.
Aku terbayang kalau umur macam ni dengan macam-macam pengalaman dah dilalui pun akal masih sempit, agak-agak berapa punya hazab cikgu dia mengajar dia zaman skolah dulu?

Tiba-tiba aku teringat dulu masa kes tudung Fareeda viral.
Ada sorang suami salahkan tudung tu bawa pengaruh tak baik pada kaum perempuan sebab tudung tu singkat.
Aku baca macam...alahaii....hanya kerana bini kau terikut-ikut pakai tudung pendek, maka kau salahkan pengusaha tudung?
Antara kau dengan pengusaha tudung tu mana yang lagi berpengaruh kuat pada isteri sendiri.
Takkan kau yang duduk serumah dengan isteri hilang kuasa menegur kot.
Kau yang gagal tegur dan bentuk isteri pastu kau salahkan tudung.
Alahai comelnya perangai.

Memang ada spesis macam ni.
Yang jenis suka cover kekurangan sendiri dengan mencari salah orang lain.
Anak pakai skirt pendek, salahkan yang jual skirt.
Bini pakai seluar ketat, salahkan penjual seluar.
Tapi kalau bini dia tutup aurat dengan sempurna, itu kerana pengaruh dia.
Kalau anak dia hafal Quran, itu kerana asuhan dia.
Anak tak tinggal solat, itu kerana didikan dia.
Yang best-best semuanya kerana dia, yang tak best semuanya salah orang.

Ada satu komen di post yang sama, someone tulis "Yang bergaji RM10K sebulan boleh je nak masukkan anak ke skolah international, tapi saja nak sibuk ambik hak orang miskin kat SBP".

Aku nak gelak pun tak sampai hati.
Rasa kesian pulak sebab dia tak tau skolah international tu yuran-nya berapa sebulan.
Setakat RM10K pendapatan isi rumah boleh tunggu kat pintu gate international school je, bang.
Kau dah tentu dapat kuota lebih besar lagi mau bising.
Aku mohon tahun depan, sebelum buat saringan B40, tolong buat saringan anak-anak kepada parents yang berfikiran dangkal macam ni.
Biar anak-anak dorang ni masuk boarding school jugak supaya anak-anak tu berada di persekitaran yang lebih baik so that pemikirannya tak terikut-ikut oleh pemikiran singkat mak bapak sendiri.



Inilah realitinya yang ramai orang tak tahu.
Bila golongan T20 pun "sibuk" nak masukkan anak ke boarding school dianggap ambik hak orang yang lebih berhak.
Kalau nak tau salah satu sebab kenapa boarding school ni best adalah kerana wujudnya parents kategori "sibuk" ni dalam sekolah.

Parents yang "sibuk" ni lah yang selalu come out with ideas untuk invite speker itu, speaker ini.
Parents yang "sibuk" ni lah yang jumpa pihak skolah untuk mintak kelulusan nak bawak speaker masuk skolah bagi talk kat students.
Parents yang "sibuk" ni lah yang always bagi maklumat buku-buku tambahan yang good in the market, kelas-kelas tambahan yang boleh anak-anak join.

Dek kerana parents yang "sibuk" ni nakkan the best untuk anak-anak, dorang willing bayar lebih untuk tabung supaya boleh cover cost anak-anak yang tak berkemampuan sebab skolah tak tanggung kos-kos macam ni.

Ni karang parents yang "hebat" tu cakap "Benda tu tak wajib pun, yang kau nak buat sape suruh? Lepas tu mengungkit".

Ya, memang benda tu tak wajib.
Parents yang "sibuk" ni yang suka nak buat aktiviti macam tu untuk anak-anak supaya anak-anak kita di sana dapat lebih dari apa yang skolah bagi.
And ini bukan nak mengungkit tapi nak bagitau lah, some activities yang students join di skolah tu datang dari inisiatif parents yang "sibuk" ni.
Jadi, parents yang "sibuk" ni pun bukan sekadar menyibuk letak anak dalam tu untuk bagi pengaruh buruk.
Dan they all tak mengungkit pun anak-anak yang tak berkemampuan tak chip in money.
Tak paksa pun, sape nak bagi, bagi.
Tapi selalunya memang ada yang bagi lebih sebab tau tak semua mampu.

Aku tak faham kenapa di zaman sekarang ni, bila ada orang gagal mencapai sesuatu yang hebat, maka orang yang berjaya mencapai kehebatan tu pulak yang dikecam?
Sedangkan kita semua suka kalau dapat peluang jadi kaya, dapat peluang jadi pandai, dapat peluang jadi hebat.
Tapi bila orang lain yang jadi kaya, jadi pandai dan jadi hebat, kita sakit hati.

Zaman aku dulu kalau yang tak hebat ni lah yang kena brain wash kaw-kaw supaya jadi hebat.
Zaman sekarang tak.
Yang tak hebat jangan diusik.
Perasaannya perlu dijaga.
Sebab dia sorang je ada perasaan, orang lain takde.

*juling mata ke atas, juihkan bibir*

Apa masalahnya kalau anak-anak di skolah asrama tak nak makan di dewan makan dan memilih untuk makan di cafe?
Budak tu tak pengaruh sesiapa pun untuk makan di cafe.
Dia masuk cafe sebab dia nak makan di sana, nak tukar selera.
Mak bapak dia bagi duit poket untuk makan, bukannya curi duit anak kau.
Apa yang kau susah hati sangat.

Celah mana dia boleh assume anak-anak yang makan di kat cafe instead of dewan makan membawa pengaruh buruk?
Kau tak pernah masuk asrama kot jadi kau tak tau kalau dah balik-balik lauk itu, lama-lama tekak kembang juga.
Sesekali nak gak merasa masakan lain.
Alangkan kita yang duduk luar dengan macam-macam pilihan makan pun boleh terasa boring tak tau nak makan apa dah, sesekali nak gak pekena western.
Apesal kita boleh bertukar selera tapi yang duduk dalam asrama tu tak boleh?

Kalau kau kesal dengan diri sendiri sebab tak mampu nak penuhi permintaan anak, jangan pindahkan kecewa kau dengan menyalahkan orang lain!
Kau sepatutnya tarbiyahkan anak kau "Kita ni orang susah, jangan terikut-ikut dengan gaya anak orang kaya", bukannya salahkan anak orang yang takde kena-mengena lansung dengan masalah kau.

Pasakkan dalam kepala otak anak tu bagaimana keadaan financial kita.
Biar anak tau keluarganya bukan orang senang, bukannya suruh anak orang lain jangan beli itu, jangan beli ini, jangan tayang itu, jangan tayang ini, jangan makan kat cafe, jangan beli kelengkapan yang mewah-mewah.
Akai ada?

Hidup ini sentiasa ada persaingan.
Kata nak dibagi peluang jadi orang berjaya, tapi taknak ada saingan.
Nak jadi hebat tapi nak segalanya dengan mudah.
Bila ada orang lain dapat lebih, kita sakit hati.
Apa yang orang lain buat, kita tak nak buat.
Tapi bila orang lain dapat hasil, kita bengkek.

Kalau tak di skolah pun, satu hari nanti semua akan berdepan dengan persaingan juga, samada di Uni, di tempat kerja, dengan komuniti tempat tinggal, dengan masyarakat, etc.
Belajarlah terima hakikat dalam dunia ni memang ada orang lain lebih hebat dari kita.
Kadang-kadang those yang hebat dari kita ni bukannya show off pun, tapi kita yang sakit hati dengan apa yang dia ada.

Takde siapa yang berlagak cerita anak-anak blaja kat overseas.
Takde siapa yang berlagak tayang gambar pergi melancong.
Takde siapa yang berlagak letak result SPM anak kat FB.
Dorang bercerita kerana ada yang nak dengar.
Dorang bercerita kerana ada yang berminat nak tahu.
Kita je yang rasa dia berlagak.

Sebab apa?

Sebab kita dengki dia ada apa yang kita mahu.
Bila dah dengki, mulalah fikiran tu assume semua yang buruk-buruk je.
Orang tu berlagaklah, orang tu show off lah, padahal takde sape berlagak apa-apa pun.
Kau je yang insecure tak tentu arah.

Itu baru anak dia bersekolah, belum lagi anak dia masuk U nanti, belum lagi zaman bekerja nanti.
Crowd-nya lebih besar.
Pengaruh juga lebih besar
Competition juga lebih besar.
Pressure juga lebih tinggi.
Kalau anak orang makan kat cafe skolah pun dah dijadikan isu, please ambik ubat darah tinggi siap-siap lah.
Sebab kat luar tu lagi banyak dan besar isu yang kau akan jumpa, tak tertanggung pressure kau nanti.

Itulah dia perangai some parents yang "hebat".
Yang salah semuanya orang lain.
Dia tak pernah salah.

Anak orang lain dapat masuk kelas terbaik, salahkan skolah buat sistem pengkelasan.

Anak orang lain cemerlang nama diumumkan atas pentas, salahkan skolah sebab buat majlis pengumuman yang gah macam tu.

Anak orang lain berbelanja mewah di skolah, salahkan mak bapak yang bagi anak duit belanja.

Anak dia terpengaruh dengan gaya anak orang kaya di asrama pun bukan salah anak dia, semuanya salah orang.

Sampaikan anak dia sibuk nak beli pensil case Smiggle pun dia salahkan budak-budak lain yang mampu beli.

Itulah masalahnya dengan manusia yang suka cari kesalahan orang sampai lupa tengok kekurangan sendiri kat mana.
Toksah jadi mak bapaklah kalau apa yang jadi kat anak kau semuanya kau salahkan pengaruh orang lain.

Pernah tak terfikir kadang-kadang segala kekurangan yang kau rasa tu mungkin berpunca dari sikap sendiri?

Hati tu, jangan busuk sangat.
Kita ni hidup takat 60-70 tahun je.
Kalau dapat bonus sampai 80 tahun dah kira bagus.
Umur yang singkat ni rentikanlah dihabiskan dengan sakit hati kat orang.
Bukan apa, takut umur tak panjang takkan nak bawak modal sakit hati je ke dalam kubur.




Y.E.S masih berbaki 10 hari lagi.