2018-11-29

Kenapa nak malu?

Entry semalam tentang 'period', ada a few blog reader tanya if aku tak rasa kecewa bila tak dapat masuk Raudhah.
Dorang cakap kalau dorang tak dapat masuk Raudhah, dorang takkan bagitau public sebab malu.

Malu?

Nak malu sebab apa?

Sebab kononnya sesiapa yang tak dapat masuk Raudhah tu seolah-olah Allah tak terima merasa aura syurga?

😂😂😂😂😂😂😂

Ok to be fair, this is not the first time aku tak dapat ke Raudhah.

First umrah tahun 2013 pun aku tak dapat masuk ke Raudhah.

Second umrah tahun 2015 aku dapat masuk.

Third umrah now, tak dapat masuk.

Ok, look.

Ini adalah ibadah.
Ibadah kita bukan untuk dinilai oleh orang lain.
Kalau nak suruh orang nilai ibadah kita, kau forever takkan dapat full marks sebab piawai dan standard manusia menilai manusia lain selalunya tak boleh lebih dari achievement dia.

Ibadah utama kita semua ke Mekah adalah menunaikan umrah dan ibadah umrah ni hanya berlaku di Mekah saja.
Di Madinah kita hanya menziarahi Rasulullah.
Menziarahi Rasulullah bukan syarat wajib umrah dan haji.
Cumanya, sebagai umat Rasulullah saw, dah alang-alang sampai Saudi ni, biadap sangat lah kalau kita tak ziarah Baginda sekali.

Inilah yang aku cakap dalam salah satu post yang lepas.
Bagaimana bani Melayu selalu bersangka buruk dengan ujian Allah.

Ada sorang reader bagitau dia ke Mekah beberapa tahun lepas hanya dapat melancong je, tak dapat berumrah lansung sebab sepanjang waktu dia period.
Satu masjid pun dia tak dapat bersolat.
Dia malu and terasa diri banyak sangat dosa sebab tu terhalang dari buat umrah.

Heloo...?

Kenapalah begitu 'bijak' sekali menyingkapi takdir Allah?
Kalaulah haid itu satu musibah, bermakna semua perempuan adalah celaka sebab semua perempuan Allah takdirkan ber-haid.

Tahu tak haid adalah bukti kasih sayang Allah pada perempuan?

Kalau kita didatangi haid dan kita akur dengan larangannya iaitu tak boleh bersolat dan tak boleh ke masjid, kita dapat pahala iaitu pahala akur pada larangan Allah.
Dah Allah kata bila haid tak boleh ke masjid, tak boleh bertawaf, tak boleh baca Quran - kalau kita akur pada perintah tu, itu semua pahala buat kita.

Wanita yang didatangi haid tu normal.
Yang tak normal adalah bila tak datang-datang haid.
Kenapa bila di Mekah/Madinah kita didatangi haid barulah terasa diri banyak dosa?
Apesal kat Malaysia bila datang haid kemain seronok lagi boleh bangun pagi lambat.
Kenapa di Malaysia bila didatangi haid kita rasa biasa je, tak merasa berdosa pun tak dapat bersolat?

Ini semua persepsi buruk manusia pada takdir Allah.
Kita je yang memandai-mandai jatuh hukum.

Kalau orang tu di Mekah tetiba sakit kaki tak boleh berjalan dikatanya dosa banyak sangat.

Kalau orang tu di Mekah demam sampai masuk hospital pun dikatanya sebab banyak dosa.

Kalau orang tu hilang sesat tak jumpa jalan balik ke hotel pun dikatanya banyak dosa jugak.

Amboi bangganya bila terselamat dari sesat.
Dia tak tau yang dia tu sedang sesat dalam kesombongan diri sendiri.

Janganlah sedih kalau di Mekah/Madinah ada halangan dari memasuki masjid (haid).
Ada banyak lagi amalan yang kita boleh buat.
Amat dangkal fikiran kalau kita beranggapan bila terhalang ke masjid bermakna Allah tak terima kita.

Bila haid tak boleh baca Quran.
Waktu inilah peluang untuk kita baca terjemahannya.

Bila haid tak boleh bersolat.
Waktu inilah kita perbanyakkan zikirnya.

Bila haid tak boleh berumrah, tapi kita kan berada di tanah haram.
Asalkan berada di tanah haram, segala amalan adalah sama pahalanya dengan beramal di Masjidilharam walaupun kita duduk di hotel saja.

Kadang-kadang nikmat boleh menjadikan kita sombong tanpa kita sedar.
Ujian pula selalu membuatkan kita salah sangka pada Allah.
Seolah-olah kalau Allah bagi ujian tandanya Dia tak suka kat kita.
Padahal ujian Allah menunjukkan betapa Allah sedang 'mengkhususkan' pandanganNya ke kita.
Di situ Dia sedang bagi attention untuk melihat sejauh mana kita menyingkapi hikmah di sebalik ujian yang Dia bagi.
Samada kita kecewa dan give up atau kita menggunakan "kekurangan" itu untuk mencari kelebihan.

Macam yang aku cakap tadi, ketika haid inilah waktunya kita berpeluang membaca terjemahan Al-Quran.
Aku boleh jamin, berapa ramai di kalangan kita yang ada masa nak baca terjemahan ketika membaca Quran?
Kebanyakkannya hanya baca je sebab berebut nak khatam.
Jadi, waktu tak boleh solatlah peluang untuk kita baca terjemahan.

Takde yang buruk kalau Allah bagi ujian, tinggal lagi kita je yang salah menyingkapi ujian.
One thing kita kena akui kita semua memang membawa sebeban dosa.
Jangan ingat kita ni baik sangat bila kita tak diuji.
Boleh jadi nikmat itu adalah salah satu ujian yang kita dah salah memahaminya.

Bila kita diuji dan ujian itu membuatkan kita bermuhasabah dan memperbaiki diri, itulah waktunya darjat kita diangkat.
Boleh jadi hanya dengan diuji kita jadi rajin beribadah.
Contohnya, semakin banyak masalah semakin buatkan kita rajin tahajud.
Ini baru betul.

Allah tu bagi ujian bukan kerana Dia berdendam.
Ingat Allah tu macam kita ke kalau sakit hati kat orang terus nak bagi orang tu teraniaya seumur hidup?
Tak, bila Allah sayang pada hambaNya, dibaginya nikmat dan ujian.
Tergantung bagaimana respond kita terhadap semua nikmat dan ujian tu.
Kalau dengan nikmat buatkan terdetik rasa bangga, di situlah kegagalan pertama.
Kalau dengan ujian membuatkan kita muhasabah dan semakin mendekati Allah, itulah kejayaan yang sebenar.

Berapa ramai ahli agama, ahli Quran, orang soleh yang hidupnya ujian bertimpa silih berganti?
Kurang apa lagi ibadah dorang sampaikan hidup sentiasa diuji?

Jangan letakkan piawai kasih sayang Allah macam cara manusia berkasih sayang.
Manusia kalau berkasih sayang, makin sayang makin dilambakkan dengan nikmat.
Tapi Allah tak macam tu.

Tak perlu nak rasa malu dengan "apa kata orang nanti bila aku ke sini rupanya tak dapat pun buat umrah, tak dapat masuk Raudhah".

Manusia kalau nak bercakap, pak ustaz pun dia nerakakan.
Sedangkan apa guna berumrah dan berhaji 10 kali kalau yang bertambah cuma kekerapan ke Mekah je tapi takde peningkatan dari segi kefahaman ilmu dan amalan?

Apelah gunanya kalau dengan kekerapan ke umrah/haji tak menjadikan kita hambaNya yang lebih baik luar dan dalam?

Apelah ertinya ke sini berkali-kali kalau hanya di sini saja kita bersungguh-sungguh beramal tapi sekembalinya ke rumah kita kembali ke kita yang dulu?

Salah seorang jemaah yang satu group dengan aku di sini, anak lelakinya umur 16 tahun meninggal jatuh motor.
Kitorang berlepas ke Mekah Isnin 19 Nov, anak dia eksiden the next day.
Tapi melalui video yang saudara-mara kirim semasa proses memandikan and kebumikan jenazah, menitik air mata aku.
Imam tu cakap selama 26 tahun dia memandikan jenazah, itulah pertama kali jenazah masih mengalirkan air mata walau dah dikafankan and aku tengok dengan mata aku sendiri akak tu tunjuk gamba jenazah dalam keadaan senyum!

Budak tu tak sampai lagi ke Mekah tau.
So kita nak kira macamana tu?
Arwah tak sempat berumrah dan berhaji, adekah dia banyak dosa maka dia tak layak jejak kaki ke sini?
Sedangkan kita belum tentu mati dalam keadaan tersenyum macam tu.

Dah lah.
Jangan buruk sangka dengan takdir Allah.
Allah bukan macam kita.
Kita ni kalau dah benci orang, selagi boleh kita nak biarkan orang tu merana.
Tapi Allah tak.
Cubalah cari kasih sayang Allah di sebalik ujian.

Pernah dengar nama Zinnirah?
Dia ni dulu hamba kepada Umar Al-Khattab masa Umar belum beriman.
Masa Umar tahu Zinnirah ikut ajaran Rasulullah saw, mata Zinnirah ni dicucuk dengan besi panas sampai buta.
Tapi Zinnirah kata apa?
"Ya Allah, ini aku lakukan untukMu. Kerana aku tahu nak dapatkan syurgaMu bukan mudah. Aku sanggup terima ujian ini untuk balasan syurga".

Sampai buta mata dia diuji Allah.
Kita baru datang period takleh masuk masjid dah meraban buruk sangka kat Allah.
Aduiiii, tak segan ke dengan Zinnirah?

Abaikan apa orang nak bagi persepsi apa pun.
Patutnya kita lebih risaukan samada amalan kita ni Allah terima atau tak, bukannya pikir apa orang kata.

Tapi kalau kita nak jadikan kata-kata orang tu sebagai medium kita memperbaiki diri, itu lebih bagus.
Kita perlukan naysayers sebegini sebagai pendorong kita jadi lebih baik dari semalam.
Kerana kadang-kadang bila ditampar baru kita sedar.
Kalau kena puji je lama-lama tinggi diri.

Dah, aku nak kemas beg.
Malam karang nak balik.
Doakan aku selamat sampai Malaysia.
Yang penting flight jangan bergegar.



By the way, esok 30 Nov LAST DAY untuk :

1. Redeem discount code Gloei.
2. Triple point untuk pembelian GC Plus.
3. Kupon untuk menang sejadah Raudhah.

Nak tau apa-apa pasal ni contact admin 0127728976 atau 0137557424.

Sent from my iPhone