walk on wings, tread in air: "Wonder" apa masalah sebenarnya. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


TESTIMONI GREENAARD


"Wonder" apa masalah sebenarnya.
2018-10-10


Cerita ni sangat best.
Tengoklah rating dia tinggi mana kan.

Kisah sorang budak laki nama Auggie yang lahir dalam keadaan cacat kat muka.
Lepas so many operation pun muka dia masih tak se-normal budak-budak lain.
Disebabkan parents Auggie takut masyarakat tak boleh terima, jadi mak dia homeschooled kan Auggie until umur 10 tahun.
Lepas tu mak diadecided it's time oready untuk Auggie pi skolah.
Sebab nak taknak satu hari nanti dia still kena berdepan dengan masyarakat so why not start now.

Kat skolah, as expected, Auggie kena buli dengan kawan-kawan.
Tapi Auggie ni budak bijak especially in sains.
Disebabkan dia bijak jadi dia ada kelebihan untuk tarik minat some students berkawan dengan dia.
Sains kan selalu ada kerja berkumpulan.
Kalau nak tengok budak-budak yang tak pernah tegur kau tetiba nak berbaik-baik dengan kau, waktu ni la.
Paham sangat dah aku spesis gini.
Suka sangat ambil kesempatan untuk kepentingan diri.
Suruh blaja malas.
Harap nak tumpang projek budak-budak rajin supaya dapat good marks.
Sekali kena jadi pencacai buat part yang susah-susah. Padan muka.
Apa dia ingat budak bijak-bijak ni bangang sangat nak bagi ko free-free dapat A? Hahaha.

Aku taknak review filem ni.
Yang tu korang tengok sendiri.

What's interesting about this story is how persekitaran berubah seiring dengan respond kita terhadap masalah.

Parents Auggie ni jenis rapat dengan anak-anak, suka spend time dengan anak-anak, ajar anak bergaul and hormat semua orang regardless warna kulit.
Jadi anak-anak membesar dengan hormat orang, walaupun kena buli, anak dia diam je tak melawan sebab parents dah ajar jangan lawan perbuatan jahat dengan jahat.
Instead "lawan" dengan skill.
Selalunya kat skolah yang kaki ejek and main nama mak bapak ni spesis budak-budak bangang.
Nak guna otak, otak pun tak berapa nak jalan, jadi boleh harap kat mulut je la power.

Dalam cerita ni ada tunjuk sorang classmate Auggie yang kaki buli.
Suka ejek, suka cari menghasut, berdengki, suka fitnah orang.
One day dia kena tangkap sebab hantar surat layang with kata-kata ejekan kat Auggie, so principal panggil parents budak ni datang mengadap.
Rupanya parents dia punya perangai jauh lagi teruk, no wonder anak dia perangai macam tu.
Mak dia punyalah sombong and gunakan status and kedudukan untuk ugut skolah and sanggup buat apa saja untuk cover kesalahan anak.
Betullah orang kata orang yang perangai buruk ni sebenarnya kurang kasih sayang.
Kalau pikir lojik, orang yang hatinya bahagia, mana ada masa nak pikir nak berdengki dengan orang lain, betul tak?

Contoh paling simple, 2 hari lepas masa celebrate birthday En Wan.
Takde apa pun celebrationnya, just staycation, makan-makan, tengok movie, shopping.
Hotel pun Empire Subang tu je, bukannya Mandarin Oriental.
Makan pun kat Serai je, bukan makan atas yatch.
Shopping pun bukan branded items.
Tapi tu pun dah buatkan aku seronok and rasa tenang je sepanjang hari.
Terasa macam hidup aku dah cukup sempurna.
Buatkan aku terfikir, betul rupanya, kalau hati kita tenang, takde masa nak ambik tau hal orang apetah lagi nak menyekodeng life orang 24 jam sebab life kita pun dah full dengan macam-macam interesting things to do.

Persekitaran akan jadi lebih baik bukan kerana kita dapat lebih baik dari apa yang orang lain dapat tetapi bergantung pada respon kita terhadap persekitaran.
Kadang-kadang orang lain travel the world, kita travel ke Port Dickson je tiap-tiap bulan.
Laut Port Dickson akan jadi lebih hebat dari laut Maldives kalau kita enjoy the moment.
Tapi kalau kita ke overseas kerana nak jadi lebih hebat dari orang lain, tetap takkan jumpa happiness.

Satu lagi perkara yang buatkan kita lebih susah nak happy adalah bila terlampau banyak keinginan.
Apa yang kita nak biasanya berkait rapat dengan apa yang kita impikan.
Bila impian lebih besar daripada keupayaan dan potensi yang kita miliki, maka semakin susah untuk achieve happiness.

Ada satu lagi part dalam movie ni tunjuk tentang kakak Auggie.
Kakak Auggie ni nama Via.
Via ada BF.
One day lepas summer holiday, BFF Via dah taknak berkawan dengan dia lagi and mula bercampur dengan budak-budak hot.
Cara berpakaian pun dah bertukar.

Rupanya BFF Via ni mak bapaknya dah bercerai.
Most of the time dia spend time melepak rumah Via.
Dari situ dia rasa seronok dengan keluarga Via.
Walaupun keluarga Via biasa-biasa je, takde lah kaya mana tapi bahagia.
Eventho Via ada adik yang cacat (Auggie), tapi the family sangat support each other and tak malu mengaku itu adik.

Masa kat summer camp, BFF Via introduce herself to new friends as someone yang datang dari keluarga Via.
Dia cerita kat semua orang dia ada adik yang cacat tapi cute, dia ada parents yang supportive and they lead a happy life.
Jadi kawan-kawan di summer camp teruja nak berkawan dengan BFF Via sebab nampak life dia best.
Kiranya dia curi identity Via untuk dapatkan perhatian.
Later dia jadi letih nak impress orang lain semata-mata nak be famous, nak orang suka, nak orang sayang.
Hakikatnya everytime dia balik ke rumah, tetap lonely.

Terus teringat beberapa kes curi identiti aku satu masa dulu.
Bukan sorang tapi ada la dalam 5-6 orang kot cuba nak jadi Diana Ishak.
Dulu aku tak faham kat mana logiknya someone curi identiti orang yang kau sendiri tak kenal in person.
Bukan main konfiden lagi curi identiti aku.
Bila tengok Wonder, aku dah mula faham puncanya.
Semuanya berpunca dari hidup yang tak bahagia.

Betul kata ustaz, tindakan kita mencerminkan hati kita.
Kalau kita suka mengumpat, itu menunjukkan hati kita ada penyakit.
Kerana mulut kita umpama teko air.
Teko air hanya akan keluarkan air yang ada dalam teko.
Kalau dalam tu air kopi, maka kopilah yang keluar, takkan keluar air sarsi.
Mulut pun begitu.
Kalau hati kita busuk, yang keluar dari mulut mesti yang busuk-busuk jugak.
Kalau hati tengah berdengki, yang keluar dari mulut mesti cerita-cerita jahat, takkan keluar cerita baik.

Sebenarnya, not being happy at all adalah sesuatu yang sangat mustahil sebab bahagia tu memang dah ada dalam diri kita.
Yang jadi masalah sekarang is how to express it.
Kalau tak tau teknik, memang susah nak 'aktifkan' rasa bahagia.

Dalam cerita Wonder ni tunjuk salah satu kebiasaan yang buatkan kita kurang bahagia adalah bila kita taknak terima realiti sedangkan realiti adalah satu keperluan yang tak dapat ditolak.
Kalau kita nak ubah realiti, susah.
Lebih senang ubah penerimaan kita terhadap realiti dari mengubah realiti tu sendiri.

Contohnya macam parents Auggie, dapat anak yang born with facial deformalities.
Dorang berusaha ubah muka Auggie jadi se-normal yang boleh.
Until satu tahap, tak banyak yang boleh diubah lagi, dan dari situ dorang start belajar untuk terima hakikat and mula hantar Auggie ke skolah untuk hidup bermasyarakat.
Rupanya bila mereka berdepan dengan realiti, the situation was not as bad as expected.
Memang awal-awalnya nampak depan mata budak-budak skolah jauhkan diri dari Auggie, tapi slowly, keadaan berubah.

Yang Auggie pulak, walau kena buli, kena ejek, dia tak balas sebab dia tau tak banyak yang dia boleh buat untuk orang terima dia sebab muka dia takkan boleh berubah dah.
Instead, dia terima hakikat kekurangan diri dan "lawan" balik dengan cara yang bijak.
Dia excel dalam akademik, akhlak pun baik, at the end semua boleh terima dia.

Macam tu jugak lah aku lalui zaman kanak-kanak aku.
Takde apa yang aku boleh ubah bila budak-budak ejek aku hitam.
Kalau boleh memang aku nak bagi siku je tapi aku pun pendek, siku aku tak sampai kat muka dorang.
Dah memang azali aku hitam, nak buat macamana kan.
Jadi, aku terima je lah hakikat yang aku memang hitam.
Yang mengejek aku tu pun takde la putih sangat aku tengok, kurang 1 ton je dari aku.
Tapi sebab nak bagi orang tak nampak dia hitam jadi dia ejek aku dulu.
Sejenis insecure.

Nak ubah persekitaran boleh, tapi sebenarnya lebih mudah ubah penerimaan kita terhadap persekitaran.
Selagi boleh ubah, silakan ubah tapi kalau takde banyak yang kita boleh ubah, maka ubah sajalah diri.

Caranya?

Berdamailah dengan takdir Allah.
Boleh jadi Allah nak kita yang berubah.
Allah nak kita jadi lebih sabar, lebih matang, lebih bijaksana dalam mengawal emosi dan lebih berdaya saing.

Kalau di dunia ni manusia dibiarkan dapat semua yang dia nak, jadi apa gunanya ada syurga, kan?



posted by aveo757 @ 10:25 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER