2018-10-11
Hantu
2 hari lepas Ibal bukak cerita hantu yang tengah hot kat HUKM sekarang.
Tak sure la betul ke tak cerita ni tapi katanya orang-orang sana dah busy dengan cerita ni semenjak Pengarah HUKM sendiri naikkan kat status FB dia.
Dengar kata pengarah pun dah kena tegur dek 'nurse' ni.
Yang aku tak blah tu bila the 'nurse' pakai baju nurse lama, tak tau la how lama is lama, aku pressume baju zaman 80-90s kot. Entah.
Cuma katanya 'nurse' tu tak munculkan diri dalam rupa yang mengerikan, muka macam asal dan dia pun tak buat yang bukan-bukan cuma tolong bagi ubat kat patient je [alahaiiii seramnya aku].
Aku tanya Ibal kenapa tetiba 'nurse' tu muncul, tak pernah-pernah dengar cerita kau bawak balik ke rumah pun sebelum ni?
Orang syak 'nurse' tu start muncul bila management start tebang pokok-pokok besar kat area bilik mayat.
Teringat cerita pasal Hospital Mersing yang pernah viral dulu.
Sekali tu je la aku terberani baca, now taknak dah baca.
Tu pun kes tebang pokok besar la tu, lepas tu terus bersepah-sepah bendalah tu merayap.
Cerita hantu memang sedap dengar.......................kalau ramai-ramai.
Tunggu time kau tinggal sorang baru kau tau nasib.
Aku ni kalau boleh taknak dengar cerita hantu sebab imaginasi aku tinggi.
Kalau tak tinggi takkan la aku boleh faham jalan cerita The Nun dalam keadaan 90% tutup mata dalam cinema tu kan? Kahkahkah.
Aku rasa imaginasi aku tentang The Nun tu jauh lebih seram dari cerita sebenar.
Secara lojiknya, aku ni sangat penakut.
Tapi bak kata pepatah "kita belajar jadi kuat bila kita dah takde pilihan lain melainkan jadi kuat".
Maybe itulah punca kenapa aku pernah berani drive sorang-sorang pukul 3 pagi kat hiway, siap boleh nampak bendalah putih terbang depan windscreen.
Tu pun aku masih rasa blur-blur siap boleh toleh ke belakang lagi cari-cari apa benda yang melintas depan kereta aku tu.
Siap tanya pulak tu "Eh amende tu? Apa benda yang lalu tadi?"
Mujur takde suara menyahut "Ada ni, kat blakang kau".
Kalau tak, terus kejung.
Kebiasaannya, kalau selepas 10 malam aku takut nak turun bawah sorang-sorang.
Kawasan rumah aku ni nama je kiri kanan ada orang tapi memang jenis kawasan senyap.
Pukul 10 malam tu tak dengar apa dah.
Mak pulak pulul 9 malam dah naik bilik untuk Isyak and terus tido.
Aku pulak time 10 malam ni la baru nak mengunyah lagi.
Yang jadi mangsa En Wan kena teman.
Tapi kalau dia tengah tengok bola, nak tak nak aku kena turun sorang.
Time tu helok pulak berani.
Sebab apa?
Sebab dah takde pilihan.
En Wan selalu marah bila aku ajak teman pi dapur.
Dia always cakap "Dalam rumah sendiri pun takut".
Apa dia cakap tu lojik.
Memang tak patut pun takut duduk dalam rumah sendiri.
The thing is aku takut kalau aku menjerit kat bawah nanti dia tak dengar.
Kalau dia tu jenis dengar takpe.
Dah la tengok bola kat TV macam tengok kat stadium, bukak sekuat-kuat ada nanti aku kena cekik kat bawah takde sape dengar.
Selalunya orang yang acah-acah berani ni jenis yang belum pernah terserempak.
En Wan tak penah lagi jumpa bendalah ni. Tu pasal kerek ngan aku.
Aku ni boleh kata ada pengalaman nampak benda-benda macam ni.
Cuma yang bagusnya time aku nampak tu, aku dalam keadaan blur, jadi tak berapa seram sangat.
Bila keadaan dah reda, baru datang rasa takut.
Aku pernah nampak housemate kena rasuk sampai berpusing bergulung-gulung badan (macam hantu cina).
Aku pernah nampak macamana dia bangkit dari tido (baring) terus berdiri tegak atas katil. Boleh imagine?
Aku pernah teman dia mencekik sekali hadap 4 bungkus nasi campur.
Aku pernah nampak 'budak skolah' dalam toilet, tinggi budak tu lebih dari cermin depan sink.
Yang lagi lejen, aku pernah nampak kepala bergantung kat siling, tapi masa tu aku blur-blur.
Aku dah pernah cerita ke blom ni?
Takpe, aku cerita lagi.
Kisahnya, aku tido sebilik dengan colleague.
Aku kan rabun, sebelum tido bukak contact lense.
Kawan aku tido belah kanan aku, aku belah kiri dia. Katil queen size.
Masa tido, dia paling belah kanan, arah pintu masuk.
Aku paling ke kiri, almari.
Hotel ni pulak hotel lama, zaman belum ada fitted cabinet.
Malam tu lepas tutup semua lampu, aku nampak macam ada bayang bola atas lemari.
Aku try gak kecik-kecikkan mata apa benda yang bulat bergantung ni.
Tapi malas pulak nak bangkit bukak lampu, lagipun tido berteman, so takde la pikir bukan-bukan sangat.
Aku anggap itu bayang dari cahaya luar.
Esoknya dalam flight colleague aku tanya "Semalam u boleh tido?"
"Boleh je. Nape?"
Dia cakap "I tak boleh tido. I dok peratikan something kat tepi dinding".
"Apa bendanya?"
Dia jawab "I nampak benda putih berdiri kat dinding, takde kepala".
Aku melopong dengar.
Terperanjat gila.
After a while baru aku teringat, entah-entah yang aku nampak bergantung kat siling tu kepala dia!
Ya ampunnnnnn.
Nasib baik aku tak bangun bukak lampu malam tu.
Kalau tak, demam.
Sejak dari tu, aku jadi makin takut nak tido hotel, walaupun aku kerap keluar masuk hotel, tapi sebenarnya aku takut.
Let alone stay sorang-sorang.
Masa aku pindah tempat kerja baru, company baru tu (Devil Wears Prada's company) book-kan bilik sorang satu untuk setiap staff yang kena pi outstation.
Aku always mintak tido berteman, 2 orang satu bilik.
Ada satu kali tu kena pi USM, colleague aku yang sama-sama pergi kebetulan lelaki (Chinese).
Aku dah mula gelisah camana nak tido malam karang.
Lepas dinner, kitorang kena siapkan presentation slide, aku ajak dia buat dalam bilik aku.
Punyalah beraninya perangai aku dulu.
Masa tu tak terpikir kena tangkap khalwat ke apa, janji aku tak duduk sorang dalam bilik.
Bila aku dah mengantuk, aku cakap "Chin, I nak tido tau. U jangan balik bilik u tau. U duduk sini sampai I dah tetido pastu u slow-slow keluar ok? Kalau I terjaga sebab u bising, u tak boleh balik. U kena duduk sini sampai I tetido balik".
Hahahahhaha.
Gengster tak?
Masalahnya si Chin tu ikut pulak cakap aku.
Mesti dia kata "Gila ini pompuan".
Helok je dia layan movie kat laptop sampai pukul berapa aku tak tau.
Aku sedar-sedar je dah pagi. Legaaaaaa.
Tapi kawan aku tu lagi best kena.
Masa outstation ke Singapore, dia tengah tido sekali dia rasa sejuk.
Dia bukak mata tau dia nampak apa?
Selimut yang dia pakai melayang-melayang atas dia.
Bukan atas siling tau, tapi atas dia.
Memang menjerit kitorang masa dengar dia cerita.
Alhamdulillah rasanya setakat ni aku belum nampak apa-apa yang pelik kat hotel.
Biarlah berterusan macam tu, karang satu masalah pulak laki aku nak ajak aku staycation.