2018-10-15

Sorry



Sorry, Jumaat lepas aku kata esoknya (Sabtu) akan ada offer khas untuk yang ada at least 400 points dalam akaun GreenAard, tapi aku lupa nak naikkan kat blog.
In fact, blog tak berupdate lansung weekend baru-baru ni.
Email pun aku tak baca.
Malam semalam baru tengok berjujuk email masuk tanya mana offer yang aku janji tu?
Nasib baik yang tanya ni semua memang pengguna tegar and blog reader, kalau tak, dah berbakul aku kena maki agaknya.

Again, sorry.
Ok, kat atas tu adalah syarat and offer.
Hanya valid dibeli di bawah ni (ada form).

Hari-hari normal, ada minimum 600 points baru boleh redeem.
Memandangkan 3 hari ni adalah hari tak normal, jadi ada 400 points dah boleh redeem.
Maknanya korang save points kat situ.
So, siapa yang nak beli dengan harga diskaun, gunakan points.
Cuba check cukup ke tak?

Ok ni aku nak jawab sikit soalan pengguna :


1. "Saya tak boleh kalau tak minum teh O. Boleh tak kalau saya minum teh O pagi, tapi the rest of the day saya bilas dengan air putih?"

Boleh, tak ada masalah.
Tapi kalori tetap takkan berkurang.

Ada salah faham tentang ni. Ramai yang salah faham tentang ni.
Dia anggap kalau dalam 8 gelas air, hanya 1 gelas saja air manis dan selebihnya air putih akan 'meneutralkan' kalori air manis yang dia minum tadi.

TAK AKAN!

Umpama kita minum air teh O ais.
Kita tambah air banyak (atau tambah ais banyak) supaya teh O tu jadi tawar dengan harapan rasa manis dan kalori berkurang.
Sorry dik, rasa manis mungkin berkurang tapi konsentrasi gula takkan berkurang.
Letaklah air satu baldi pun, kandungan gula dalam tu tetap sama dan kalorinya tetap sama.
Takde istilah "saya minum teh O, lepas tu saya bilas dengan banyak air putih".
Memang perut kita ni macam mesin basuh boleh dibilas dispin segala ke camne ceritanya ni?


2. "Saya dah diet tapi berat tak turun"

Ini masalah biasa orang baru blaja nak turunkan berat.
Tak, apa, makcik boleh explain.

JANGAN STRESS!

Tak semua perubahan berat badan nampak pada penimbang berat.

Ada 5 point yang korang boleh identify sekiranya berat dah mula turun (tanpa perubahan pada penimbang).

1. Baju yang dulu sempit dah mula longgar bila dipakai.
2. Tenaga bertambah.
3. Naik tangga dah tak se-mengah dulu.
4. Mudah kawan nafsu makan. Kadang makan sikit pun dah kenyang.
5. Tidur lebih nyenyak dan mudah bangun pagi.

Ini point yang dah kaji secara saintifik and also berdasarkan pengalaman sendiri.
Kalau korang ada 2-3 point di atas selepas mulakan diet, itu maknanya badan dah mula proses turunkan berat.

Aku tau ramai yang expect dalam seminggu turun 1-2kg.
The things is, yang turun seminggu sampai ber-kg tu kebanyakkannya adalah air, bukan lemak.
Lemak turun lambat.
Berat badan yang normal akan turun at least 400g SEMINGGU.

Ok dia punya flow macam ni.
Katakanlah hari ni start diet, Isnin.

Isnin :
Berat 70kg. Hari pertama diet.

Selasa :
Berat naik 70.9kg. Naik 900g.
Jangan risau, who knows mungkin ini terlebih sodium (garam) dalam makanan.
Memang annoyed sikit tengok berat naik, tapi bersabar sikit boleh?

Rabu :
Berat kembali 70kg. Ini mungkin sebab water retention out.

Khamis :
Berat naik 400g menjadi 70.4kg.
Ni dikira typical fluctuation.
Ni biasa la ni, tak tau apa kena dah elok turun tetiba naik.

Jumaat :
Berat naik sikit lagi ke 70.6kg.
Kurang minum air.
Bila kurang air, metabolisme menurun.

Sabtu :
Berat turun 400g menjadi 70.2kg.
Sebab minum banyak air.

Ahad :
TADAAAAA!!! Berat jadi 68.8kg.

Tiba-tiba je turun sekilo lebih dalam satu malam. Apa puncanya?
Sebenarnya sekilo lebih tu bukan berlaku semalaman, tapi kerana konsistensi yang korang buat selama seminggu.
Aku ni living proof.
Aku dah lalui dah berat turun naik ni, dah paham sangat dah permainan dia.
Setiap kali korang nampak berat bertambah sikit sedangkan tengah berdiet, keep in mind that consistency wins.


3. "Saya makan nasi setiap 2 hari. Hari yang tak makan nasi saya makan salad. Tapi berat tak turun"

Ini memang menyedihkan.
Aku faham sangat perasaannya bila kau sacrifice nasi untuk dedaunan, sambil membayangkan lagi 10 hari berat turun 5kg, tup-tup berat maintain.
Terus pi beli Baskin n Robbin.
Siapa rajin jadi gini?

Tau tak, bila badan kita kurang nutrien, dia takkan turun berat?
Kalau turun pun, takkan turun secara sihat.

Salah satunya protein.
Protein ni untuk bina otot.
Otot pulak untuk bakar lemak.
Kalau kita kurang ambik protein (ayam, daging, tempeh, etc), otot kita takkan membesar, malah mengecut.
Bila otot mengecut, lemak yang dibakar pun kurang.
Jadi, celah mana nak datang weight loss kalau otot dah kecut?

Lagi satu, siapa eh ada bagitau dia makan salad 2 minggu (no nasi at all), berat dia turun tak sampai 3kg.
Aku cakap, ok la tu, dengan segala sacrifice yang kau buat mencekik daun selama 14 hari, turun 2kg lebih. Ok lah kan, nak apa lagi?
Dia cakap dia expect turun 5kg sebab dia memang makan salad semata-mata.

Aku tanya, apa salad yang dia makan.
Dia cakap dedaunan, timun, avocado and perahan lemon.
Aku dengar avocado je aku dah tau kat mana silapnya.

Ok, yang pertama, makanan dia kurang nutrien yang badan perlukan.
Yang kedua, avocado,
Tau tak sebiji avocado tu kalorinya boleh mencecah 300 kalori?
Kalau cara-cara makan salad je hari-hari, aku jamin sehari dalam 5 meal dia ambik.
Tu dah 1500 kalori.
Patut pun berat tak turun sangat.

Please...please...please.
Healthy food is good.
Tapi tak bermakna makan healthy food boleh turunkan berat.
Healthy is one thing, weight loss is another thing.
Jangan salah faham.
Yang penting, jangan seksa diri sampai macam tu sekali.

That's why masa aku plan nak buat GC Plus tu, aku nakkan the pill berfungsi untuk tambahkan otot, bukan fat burner.
GC Plus bukan fat burner tapi menambahkan jisim otot.
Bila otot bertambah, lemak akan dibakar dengan lebih cepat.
Sebab apa-apa pun otot yang penting.

Perasan tak kenapa orang kata bersenam boleh kurus?

Sebenarnya bukan bersenam tu yang menyebabkan badan kurus.
Tapi bila bersenam, otot akan jadi lebih solid.
Bila otot solid, lemak akan dibakar dengan cepat.

Perasan tak kenapa diet Atkins lebihkan protein?

Sebab, protein membina otot.
Bila otot solid, lemak dibakar dengan lebih cepat.

Segalanya fokus pada otot.

Konsep inilah yang aku buat untuk GC Plus.
Menambahkan jisim otot supaya lemak dibakar dengan lebih cepat.
Satu bonus yang aku letak dalam GC Plus adalah ia trigger serotonin.
Bila serotonin triggered, badan akan kawal hormon kortisol dalam badan.
Terkawalnya hormon ni, akan buatkan badan lebih relaks.
Bila lebih relaks, hormon ghrelin akan stop.
Bila hormon ghrelin stop, badan kurang rasa lapar.

So, kalau nak redeem point sekarang please isi form di bawah.
Kalau tak sure berapa balance point, boleh isi je dulu form ni, nanti kat bahagian 'maklumat tambahan', tanyakan berapa balance point.


1. Nama
2. Email
3. Saya mahu: GC Plus
Nutrijuice
Cleansing Gel
Makeup Remover, 125g
Herba Rahsia Rimba
Gloei
4. Kuantiti setiap produk
4. Alamat penuh beserta poskod
5. No Tel
6. Maklumat tambahan atau soalan (jika ada)