2018-10-16
Hati-hati dengan mulut manis
Ada orang share screenshot ni kat whatsapp group.
Bacalah dulu.
Inilah punca utama kenapa dulu aku mati-mati tak nak kerja sales.
Ni la penyebabnya.
Masa aku kerja kat Kementerian Sains, aku pernah try apply kerja lain.
Dari awal lagi aku tak berapa suka dengan kerja yang terperap dalam opis 24 jam.
Kebetulan kawan seofis pun nak cari kerja lain, jadi kitorang pun try apply kat satu job ni.
Katanya monthly RM3K and above.
Dulu gaji aku baru RM1400, bila dengar RM3K konfem la menggelupur.
Interview tu walk-in.
Beria aku dengan kawan aku meredah naik turun LRT nak ke sana.
Aku lupa dah apa nama opis tu.
Berondoh-randah aku jinjit folder sijil punyalah excited nak cari keje baru.
Sampai kat sana macam biasa kena isi form dulu.
Tak lama lepas tu dipanggil masuk bilik.
Yang interview aku tu serious handsome.
Maka semakin bersemangatlah aku nak jawab soalan dia.
Bring it on!
Kahkahkah.
Dia scan form yang aku tulis kat depan tadi, pastu dia pandang muka aku, "Diana, kalau ikutkan awak dah terlebih layak dah ni. Saya boleh ambik awak kerja terus dah esok".
Kau rasa???
Masa tu naif lagi.
Terasa macam pehhhh berbaloi aku blaja untuk dapat pointer tinggi, senang dapat kerja rupanya.
Tapi dalam masa yang sama aku terpikir gak, kau tak nak tanya aku soalan apa-apa ke?
Takkan sijil aku kau taknak tengok kot, penat aku jinjit turun naik LRT.
Dia cakap gaji basic RM1200 je, tapi tak pernah ada sejarah lagi staff kompeni tu makan gaji basic.
Bulan pertama semua pun dah makan RM3K.
Wahhh, cakap taknak kalah.
Tapi dia suruh aku attend training dulu.
Esoknya ada talk, dia suruh aku datang.
Aku tak sure aku datang esoknya atau hari lain.
Tapi aku and kawan aku sama-sama "layak" untuk bekerja dengan company tu maka kitorang layak untuk join the training.
Rupanya bukan kitorang dua je layak.
On that training day, ramaiiiiiiiiiiiiiiiiii gila yang "layak".
Dari semuda-muda umur sampai ke tahap orang pencen pun ada dalam bilik training tu.
Aku mula tak sedap hati.
Ye la kan, masa interview hari tu nampak lah jugak semenggahnya.
Bila masuk training room tengok yang datang pun pesen muka tak siap, yang duduk terkangkang, yang pakai jeans and T shirt, alahaiiii, jatuh semangat aku.
Tapi takpe, aku stay jugak untuk dengar apa dia nak cakap.
Yang bagi talk dalam 2-3 orang kalau tak salah.
Salah sorang tu Indian, katanya ex-staff kat Hewlett Packard (HP).
Dia cakap gaji dia kat HP dah sedap, tapi dia sanggup berhenti sebab peluang untuk jadi lebih kaya ada kat company baru ni.
Bila petik nama company besar-besar, kita pun jadi kagumlah kan.
Ye la, orang beria nak masuk HP, company besar dah ada nama, tapi kau boleh keluar pulak dari company tu untuk join company yang aku sendiri tak pernah dengar namanya.
So aku rasa mesti ada something good kat company ni.
Dia kata kerja ni senang, tak payah masuk opis pun.
Jumpa orang, sembang-sembang kat coffee house.
Tapi kena willing kerja malam sebab company ni buat bisnes dengan overseas sahaja.
Kau dengar tu dia cakap apa?
OVERSEAS okeh.
Tak main la bisnes local-local.
Pastu ada satu uncle ni (Chinese) duduk sebelah aku tanya speaker, "Is this a commodity bisnes?"
The trainer spin-spin jawapan.
Last-last memang betul pun komoditi.
Nak suruh kitorang cari orang untuk join saham la ceritanya ni.
Terus aku pangkah.
Masa rehat, aku and kawan aku pergi dan tak kembali.
Petang tu, mamat handsome yang interview aku tu call kat opis.
Dulu aku takde henfon jadi masa isi form aku isi nombor opis.
Dia tanya mana aku hilang tak masuk talk.
Rupanya dorang ni kena "jaga" anak-anak yang dorang interview hari tu.
Kena pastikan anak-anak ni semua join the company.
Entah-entah dorang ni semua pun nak quit dari company tu and terpaksa cari replacement, tu yang sampai cari aku ke lubang cacing tu.
Bukan kata call kat opis je, sampai ke rumah pun dia call aku!
Every nite dia call, pujuk aku join.
Siap cakap, "Nanti kita kerja sama-sama. Mana-mana I pergi, I bawak u. Tak payah takut. I yang ambik u, I akan jaga u. U datang esok tau, I tunggu depan pintu. Nanti masa training I duduk sebelah u".
Pehhhhhhh!
Ini kalau bukan calang-calang orang mau cair dah dengan pujuk rayu gini.
Nasib baik masa tu aku dah bertunang, kalau tak, aku pun terpedaya agaknya.
Aku kan wanita yang lemah.
Bab puji jangan cakap lah.
Akulah paling mempersonakan dalam ramai-ramai yang datang hari tu katanya!
Boleh blah.
Bukan malam tu je dia call.
Dia consistently call aku sampai bermalam-malam.
Sampai satu tahap tu dah tak bincang pasal kerja dah, kitorang dah start sembang pasal benda lain - pasal life, pasal background, pasal study, etc.
Seriouslah aku cakap, kalaulah tak kuat, inilah agaknya punca kenapa ramai budak-budak muda terjebak jadi keldai dadah and terperangkap jadi pelacur.
Ayat dia memang manis oiiii.
Kalau bab mengayat memang pemenang, tiada pengalah.
Disebabkan aku ada pengalaman melayan lelaki saiko yang bermulut manis, jadi aku sangat berhati-hati bila melayan mamat tu.
Dia punya style mulut manis tu memang saling tak tumpah!
Aku tak tau lah dia ikhlas ke tak, tapi aku dah macam paranoid.
Aku block semua benda-benda manis yang dia cakap kat aku.
Aku dah takut nak terjebak dengan perangai lelaki macam ni lagi.
Last-last aku made a clear point kat dia yang aku tak berminat nak join company tu sebab aku nak sambung blaja balik.
Terus dia tak call dah.
Sebenarnya masa bersembang-sembang tu ada dalam 3-4 kali dia terbagitau benda yang bagi aku tak patut dia bagitau.
Sebab aku ni pun sejenis saiko juga, apa kau cakap aku akan scan balik.
Antaranya, dia cakap dia pakai kereta Kancil je.
Ok, maybe aku shallow bab-bab kereta ni.
Tapi logically, kalau kau gaji ribu-ribu, koman-koman pun angkatlah Iswara, takkan pakai Kancil jumpa prospek, tak lojik.
Dah la prospek kau semua orang berduit, takkan kau nak pancing customer kau dengan pakai Kancil.
Kalau aku yang pakai Kancil lojiklah.
Tu satu.
Satu lagi yang aku pelik, hari tu masa training kata kerja tu waktu malam sebab dorang berurusan dengan overseas saja.
Tapi apehal tiap-tiap malam kau call aku ni?
Elok pulak bersembang dengan aku sampai 1 pagi.
Pukul berapa kau start keje?
Benda-benda macam ni lah yang fishy, buatkan aku takut and reject almost all kerja yang melibatkan sales.
Yang sebetulnya kerja-kerja yang ada sistem gaji basic ni kebanyakkannya akan melibatkan sales.
Maksudnya kau kena cari customer.
Cari customer takde masalah, yang masalah tu bila kau tak transparent dengan orang yang kau nak hire.
As if kerja kau tu takde apa yang boleh dibanggakan sebab tu kau pun malu-malu nak cerita.
Bila kita tanya job scope pun dia tak jawab dengan clear.
Bila kita tanya position kita pun dia jawab macam nak tak nak.
Bila kita tanya pasal gaji pun takde sorang bagi jawapan tepat.
Kau tak bagi jawapan yang clear bila orang tanya pastu kau expect orang nak join kau.
Kat situ pun dah nampak fail buat sale.
Macamana kau nak attract customer pesen gini punya perangai?
Bila kita refuse to join, dia cakap kita takde impian besar nak majukan hidup, kita takde daya saing, bla bla bla.
Masalahnya kau sendiri cakap putar-belit, macamana orang nak datang yakin?
Cuba be honest, mesti orang yakin.
Masa aku cuba-cuba untuk join biotech sales, aku masih ada rasa was-was.
Terbayang aku kena jual pipette and burette kat Jalan TAR (kahkahkah).
Tapi bos aku explain aku kena cari customer kat unversiti, research centre, kolej, schools.
Aku kena promote biotech products at the same time buat workshop and give talk to students.
Bila bos explain dengan jujur, barulah datang rasa yakin untuk aku join sales.
Kalau tak, aku rasa sampai sekarang aku skeptikal dengan kerja 'jual barang'.
Korang yang muda-muda ni jangan kabur mata sangat dengan duit and habuan yang tinggi.
Takde orang nak bagi gaji besar tanpa tanggungjawab yang besar.
Especially bab kerja yang belum apa-apa kena keluarkan duit dulu.
Padahal produk pun kau tak tau apa.
Jangan!
Kalau dia insist kau pinjam sana sini, apa kata kau pinjam je duit dia dulu.
Kan dia kata dia dia dah kaya, so setakat RM1K bagi kau pinjam apa adehal kan?
Lagipun katanya bulan-bulan boleh dapat lebih dari yang kau dah invest, so bak la pinjam RM1K dulu, bulan depan aku bayar balik kata.