2018-10-12

Jimat ke kedekut?


Ada blog reader mencurahkan perasaan tentang adik-beradiknya yang terlalu nak berjimat untuk hari tua sampai menyusahkan orang lain.
Sorry, aku tak dapat nak letak conversation tu kat sini sebab panjang dan berserabut.
Hanya aku dah dia je paham.

Sebenarnya isu ni aku pernah tulis dulu, tak sure kat blog atau FB sebab aku pun pernah ada masalah dengan spesis yang nak menabung bagai nak rak tapi takde timbang rasa kat orang lain.
Inilah yang dikata, terlampau mengejar dunia.
Jangan ingat bershopping and spend sana sini saja dikatakan cintakan dunia.
Kalau terlampau berjimat dan menyimpan duit sampai menyusahkan orang lain dan takde timbang rasa, itu juga dinamakan mengejar dunia.

Sebab itulah dalam hadis ada menyebut "Dunia itu sifatnya menipu".
Maksudnya, jangan tertipu dengan dunia.
Kadang tu kita rasa macam kita ni orangnya berjimat dan suka menabung, padahal kita sedang mengejar dunia.

Berjimat tak salah.
Menabung tu bagus.
Yang jadi masalah tu kalau sampai rumah tak nak beli, sanggup duduk bersempit-sempit kat rumah yang kecik, kereta dah hazab taknak berganti, padahal bukan takde duit, tapi sayang sangat dengan duit.

Nak cerita pasal duit, this is something complicated to talk about.
Dalam menguruskan keperluan yang melibatkan duit, kita selalu disarankan supaya berhati-hati, supaya jangan overspend dan jangan lupa buat simpanan untuk hari tua.
However, it turns out that there are two types of people in terms of how they manage kewangan.
Yang satu jimat, yang satu lagi kedekut.

Sekali imbas nampak macam takde beza sebab dua-dua ni mengamalkan konsep suka menyimpan tapi sebenarnya ada beza.

Yang pertama, orang yang berjimat takkan menyusahkan hidup orang lain.
Tetapi orang kedekut bersifat pentingkan diri sendiri.
Nak berjimat sangat, dibelinya kereta kecik.
Tapi bila time nak berjalan jauh, pinjam kereta adik-beradik dengan alasan kereta dorang besar, selesa untuk jalan jauh.
Anak-anak selesa sikit duduk lama-lama dalam kereta kalau berjalan jauh nanti sebab kereta besar.

Nampak tak perangai orang kedekut macamana?
Dia bukan takde duit, apa salahnya pi sewa kereta untuk kau jalan anak-beranak.
Oh taknak.
Nak jugak meminjam kereta adik-beradik.
Sebab kalau pinjam kereta adik, takyah bayar sewa, just bayar duit minyak je.

Ni namanya sakit otak!

Memanglah meminjam kereta tu bukan selalu tapi apa salahnya kau beli kereta yang besar sikit dah tau anak-anak akan membesar, berderet pulak tu.
Bukannya takde duit, tapi saja nak berjimat (read : kedekut taik idung masin).

Lagi satu jenis yang dah tau nak datang berjalan-jalan, tapi tak put aside duit untuk kos penginapan.
Datang melancong anak-beranak tapi tumpang rumah sedara-mara sampai berhari-hari.
Lepas tu buat rumah orang macam hotel, sukati dia nak balik pukul berapa.
Dah satu hal tuan rumah kena bangkit dari tido semata-mata nak bukakkan gate untuk kau.
Bershopping kemain banyak tapi tido hotel taknak, nak tido free. Eh perangai apeni?

Jangan ingat semua yang katanya pandai simpan duit ni benar-benar tau uruskan kewangan.
Ada beza.

Orang yang kedekut selalu minimize-kan keperluan.
Dia akan kurangkan keperluan dia sebanyak yang boleh supaya takyah spend banyak.
Selagi boleh share hak orang, selagi orang tak bersuara, dia akan take advantage.
Bila orang dah mula sound, nanti dia kata orang tu selama ni tak ikhlas lah, orang takde timbang rasa lah, orang dengki lah.
Padahal dia yang takde otak.

Dulu pernah orang viralkan kisah sorang budak yang "pandai berjimat" sampai boleh buat rumah sendiri.
Tapi rumah takde lah besar sangat, just nice untuk sefamili.
Kalau sedara-mara datang memang takde tempatlah nak menumpang 1-2 malam konsepnya.
Rupanya berjimat atas kepayahan orang lain.
Aku tak tau la payah ke tak orang lain menanggungnya tapi melalui cerita dia aku boleh rasakan ada orang yang terpaksa berkorban semata-mata kerana dia nak realisasikan impian.

Menumpang rumah mak bapak selama 10 tahun selepas berkahwin.
Padahal dia kata rumah mak bapak dia flat saja.
Flat selalunya tak besar mana. Bilik pun paling banyak 3, tu pun kecik.
Aku pernah duduk apartment aku tau bilik besar mana.
Alangkan aku, En Wan, bibik Yani and Redza masa tu umur 1 tahun pun dah aku rasa sempit.
Inikan pulak kalau dah sampai 5-6 orang dewasa dengan anak-anak kecik sekali, aku boleh bayangkan dia punya sesak macamana.

Dalam cerita dia, dia cakap adik-beradik semua memahami, tak kisah pun tido kat luar bertahun-tahun.
Ya ampunnnn, selfishnya!
Of cos adik-beradik takkan berbunyi sebab kau anak sulung tapi tak bermakna dorang tak mengutuk dalam diam.

Janganlah terlampau "berjimat" sampai menyusahkan orang lain.
Hanya semata-mata kau nak realisasikan impian kau untuk buat rumah "banglo", maka semua orang kena bertimpa-timpa dalam satu rumah selama 10 tahun.
Lepas tu kau bangga canang betapa kau pandai manage duit, eh seriously?

Dah la kemain bangga cerita berjaya buat rumah banglo 4 bilik, setiap anak dia (3 orang) dia siapkan bilik sendiri.
Aku baca pun nak gelak.
Kau dah la 'mengorbankan' keselesaan orang lain selama 10 tahun demi nak realisasikan banglo kau tu alih-alih kau buat 4 bilik je cukup-cukup untuk kau anak-beranak?
Takde terfikir ke nak buat satu bilik untuk guest datang tido, kot adik-beradik nak bertandang?
Allah, perangai.
Masalahnya kau buat rumah sendiri okkkk, bukan beli siap.
Boleh je kalau nak tambah bilik.
Tapi tu la kan, perangai orang kedekut ginilah, dia memang pikir untuk dia je.

Tapi kalau orang yang pandai menguruskan duit, they know how to priotize things and dia tau apa yang dia wajib beli.

Dia tau anak semakin ramai, dia tukar ke kereta besar sikit.

Dia tau anak ramai semakin membesar, dia berpindah ke rumah yang selesa sikit.

Dia tau berjalan-jalan bawak famili bukan selalu, dia book hotel, bukan tido rumah orang berhari-hari.

Dia tau ofis buat pot luck hanya setahun sekali, maka dia spend lebih sikit order laksa Johor.

Ni tak, asal pot luck je, balik-balik muka kau jinjit pisang.
Tapi makanan orang lain bawak kau tala cukup-cukup macam tak penah makan.

Lagi satu perangai orang yang kedekut yang bajet-bajet berjimat ni, dia susah sangat nak keluarkan duit.
Kalau ajak tong-tong untuk pi makan sedap-sedap, kemain liat.
Cuba kalau kita belanja, dia yang mencekik tak berkesudahan.

This is not about ikhlas or tak ikhlas tapi nak tunjuk bezanya perangai orang pandai manage duit dengan orang yang tak pandai manage duit.
Jangan ingat asal berjimat, asal suka menyimpan namanya pandai uruskan kewangan.
Ada beza.

Kalau yang preach pasal money management ni, aku suka nak tengok life dia.
Kalau life dia pun hauk, kau jangan berdegar-degar cakap pasal money management depan aku.
Pengurusan kewangan bukan semata-mata menyimpan, sometimes it really can be better to spend than to save.
Ada duit, penuhi basic needs dulu.
Ada lebih, sesekali go spend on valuable life experience, buat makan-makan ajak sedara-mara kumpul (makan je keje aku).
Cuma jangan terlebih bajet, itu saja.

Jangan asik pikir nak menyimpan je.
Buy memories.
Invest time dengan family, pergi jalan-jalan.
Invest time dengan friends, lepak-lepak have good food and chit chat.
Sesekali belikan hadiah.
Kerana bila dah tua esok, bukan duit je yang kita perlukan tapi network dan bond yang strong dari keluarga dan kawan-kawan.




Ramai new customer yang beli masa GreenAard anniversary hari tu.
Ramai yang beli sampai 3-4 produk lepas tu confuse nak ambik waktu bila.
Ok ni summary, sila save dalam henfon.
Kalau tanya apa-apa boleh WHATSAPP SINI.

Oh by the way, esok aku akan launch special offer untuk customer GreenAard yang ada akaun dengan GreenAard.
Hari ni cuba check point korang ada tak minimum 400 dalam akaun.
Kalau ada, standby esok.