2018-10-18
Sama rata
Konsep ADIL.
Kita selalu anggap adil adalah sama rata.
Sebenarnya salah.
Adil tak semestinya sama rata.
Katakan ada 1 biji kek.
Kita bahagikan sama rata kepada 2 orang anak yang berumur 17 dan 8 tahun.
Maknanya setiap anak dapat separuh kek.
Adil?
No, ini belum lagi namanya adil.
Adil bukanlah setakat bagi sama banyak tapi kemampuan kek tu dihabiskan.
Adil ke anak umur 8 tahun kena habiskan kek sama banyak dengan abangnya?
Jangan anggap bila kita men-samarata-kan sesuatu maka kita dah berlaku adil.
Contoh lain, balik beraya.
Standard, yang dah kawen akan buat sistem giliran balik beraya.
Tahun lepas balik kampung suami, tahun ni patut kampung isteri.
Nak dijadikan cerita, mak suami tiba-tiba sakit.
Suami nak balik tengok mak.
Takkan masa-masa macam ni isteri masih berkeras nak balik beraya kampung dia.
Zalim sangat namanya.
Sekiranya isteri setuju balik beraya lagi ke kampung suami tahun tersebut, maka itulah namanya adil.
Kerana adil adalah meletakkan sesuatu di tempatnya.
Maksudnya berpihak pada yang lebih layak.
Aku pernah baca caption Chef Wan dalam video di IG dia.
Dia kan jaga mak. Dia panggil mak dia Cik Ani kalau tak salah.
Aku tak tau apa yang menyebabkan dia tulis caption tu, maybe followers dia tanya kot kenapa dia sorang yang jaga mak, mana adik-beradik lain (agaknya la).
Then dia cakap dia tak kisah kalau kena jaga mak sebab dia pun faham antara adik-beradik lain, rezeki dia lebih sikit jadi dia taknak berkira.
Selagi dia boleh jaga, dia jaga.
Bagi aku, ini namanya adil.
Tapi ada orang tak boleh terima konsep adil macam ni.
Bagi dia, mak bapak tu kita sama-sama punya, jadi semua anak kena contribute sama banyak.
Kalaulah konsep adil tu macam ni, rasanya aku and En Wan la manusia paling hebat sekali dan adik-beradik dia semuanya tak adil.
Sebab apa?
Sebab mak duduk dengan kitorang.
Ke mana-mana kitorang berjalan, bawak mak sekali.
Nak bawak mak pi bercuti duduk hotel, pakai duit sendiri, tak mintak adik-beradik lain chip in.
Nak bawak mak pi umrah, pakai duit sendiri, tak paksa adik-beradik lain contribute.
Nak belikan mak hadiah harijadi, tak tunggu adik-beradik masukkan duit.
Tak, itu bukan statement nak tunjuk bagus.
Tapi nak bagitau kalau kita nak buat, dan apa yang kita nak buat tu benda baik, buat saja lah.
Jangan fikir adil atau tak adil bila adik-beradik lain tak contribute.
Kalau semua benda nak hitung kira sama rata, rasanya semua benda tak jalan.
Bayangkan kalau nak masak kenduri kena tunggu semua orang hulur duit baru nak beli barang.
Pastu kena tunggu pulak semua anak-anak berkumpul baru nak start rewang.
Then kena tunggu pulak semua bersiap cantik baru boleh start makan.
Hoih, jawabnya tak bergeraklah.
Kita nak bagi mak duit RM1000 sebulan, bagi je.
Tak payah tanya "Mak, adik-adik lain bagi mak berapa sebulan?"
Kita nak buat makan-makan kat rumah, buat je.
Tak perlu mintak adik-beradik bayar sama rata.
Kita nak bawak mak pergi bercuti, bawak je.
Tak perlu terasa "Balik-balik kita je bawak, orang lain tak pernah pun offer bawak mak pergi berjalan. Menonong je masing-masing pi holiday"
Kalau nak balik kampung jenguk mak bapak yang sakit, balik je.
Tak payah berkira "Asik aku je balik, adik-adik lain rilek je tak balik".
Nak buat benda baik takyah tunggu orang lah.
Benda yang baik bukan ke akan kembali pada diri kita.
Kita buat, kita dapat. Apa susahkan orang buat ke tak.
Tapi untuk kes follower aku yang hantar mesej tu tadi, kalau ada hajat nak hantar mak ke umrah, adalah lebih manis bincang dengan adik-beradik dulu.
Manalah tau kot-kot dorang nak contribute.
Takde la kata kita ni seolah-olah nak masuk syurga sorang-sorang.
Sometimes, dorang bukan taknak hantar mak, tapi tak terfikir.
Boleh jadi bila kita panjangkan hajat kita tu, dorang jadi terfikir.
Untung-untung contribute sama-sama.
Tapi kalau takde sambutan, tak apa, kita buat sajalah.
Tak berbaloilah kita nak buat benda baik tapi berkira-kira.
Perasan tak, kita ni selalu berkira bila sampai ke bab benda-benda yang menyusahkan kita.
Tapi kalau benda yang menyenangkan hidup tak pernah pulak kita terfikir adil ke tak untuk orang lain.
Contoh, kita pi kerja kena naik train.
Kena berebut, kena berdiri, kadang-kadang delay.
Kita mintak suami hantar and jemput pulak.
Bila suami hantar and jemput, kita seronok.
Tak terfikir pulak kita waktu tu betapa tak 'adilnya' bagi pihak suami terpaksa berkejar-kejar dari tempat kerja nak menjemput kita dengan meredah jem bagai, kan?
Tu belum lagi kena marah kalau lambat sampai.
Selalunya gitulah.
Bila rasa terbeban barulah kita persoalkan kenapa hidup ni tak adil, kenapa orang lain lepas tangan, etc.
Bila tengah senang, kita anggap itu berkat sebab kita dulu pernah buat baik.
Oh, perasannya!
Nak buat, buat.
Taknak buat, tak payah.
Kalau buat tapi lepas tu ungkit-ungkit, baik takyah buat.
Hati kita pun tak sakit, telinga orang yang mendengar pun tak bingit.