2018-10-06

Movie Review



1. Ittefaq (2017) - IMDb 7.2/10

Cerita ni takde pelakon yang aku kenal, maybe pelakon baru.
Or maybe aku sorang je yang tak kenal.
Yang buat aku rasa nak tengok pun sebab ada Akshaye Khanna.
Tak minat pun Akshaye ni, tapi sebab kenal, jadi layankan jugak.
Lagipun rating tinggi juga.

Cerita tentang sorang penulis buku (lelaki) yang dituduh bunuh isteri.
Dek kerana takut dituduh, dia lari.
On the way melarikan diri tu dia accident, cedera.
So dia lari ke apartment yang berhampiran.
Kebetulan ada nampak sorang perempuan tengah buang sampah depan rumah, dia mintak tolong perempuan tu untuk selamatkan diri.

Kat dalam rumah perempuan tu dia terperasan coffee table pecah berderai.
And perempuan tu macam sorokkan sesuatu.
Rupanya perempuan tu baru lepas bertekak dengan suami and bunuh suami dia.
So now that perempuan gunakan peluang tu untuk frame penulis buku ni pulak.
Tak pasal-pasal kena sabit dengan 2 kesalahan membunuh.

Tapi inspektor sahab (Akshaye), bijok.
Dia macam tak puas hati sebab nampak macam takde motif penulis ni nak bunuh husband perempuan tu sebab this penulis sebenarnya duduk kat London.
Dia cuma balik ke India untuk pelancaran buku je.
Tak nampak motif kenapa dia bunuh.

Bila dia start interview suspek, isteri mangsa and jiran, dah start best.
Sebab masing-masing ada their side of story yang buatkan aku sendiri tak sure siapa yang bunuh.
Kejap rasa macam penulis tu, kejap rasa macam isteri lelaki tu.
Until dah hujung-hujung baru tau siapa bunuh.

Cerita thriller macam ni baru thrill tengok.
Sampai dah nak habis pun belum pasti sape yang bunuh.
Silakan tengok sendiri.



2. Rang De Basanthi (2006) - IMDb 8.4/10

Nampak tak betapa tingginya rating?
Tu maknanya mesti tengok!

Ini cerita tentang sacrifice.

Mengisahkan sorang young filmmaker nama Alice yang tertarik dengan kisah pembunuhan Bhagat Singh and 4 orang kawan semasa zaman pemerintahan British dulu.
Kisah Bhagat Singh ni true story tahun 1931.
5 sekawan sanggup kena bunuh untuk negara.
Ada 2 orang yang kena tangkap.
Even dah kena torture pun masih taknak dedahkan apa projek dorang.
Pegawai penjara ketika tu orang British, happen to be datuk Alice.
Datuk Alice ni ada tinggalkan diari, dalam tu dia cerita kisah dia handle 2 orang pejuang ni.
Sampai ke sudah datuk dia tak faham apa yang buatkan budak 2 orang ni jadi sangat berani dan lansung tak takut mati.

So Alice ni nak buat filem tentang Bhagat Singh and friends.
Dia ke India and start casting student-student kat Delhi University.
Di sana dia akhirnya jumpa dengan orang yang sesuai untuk watak-watak tu.
Kebetulan 5 orang yang dia nak tu, berkawan baik.
Movie tu berjaya disiapkan.

Dalam masa yang sama kat India waktu tu ada satu skandal melibatkan menteri pertahanan.
Kementerian ni beli substandard replacement parts untuk MIG fighter jets dorang.
One day, MIG fighter terhempas lagi, yang jadi pilot tu salah sorang kawan dorang (boifren kepada coursemate dorang), tapi dorang memang rapat.
Kerajaan dorang pulak tak buat apa-apa, takde pampasan takde apa.
Siap cakap pilot tu very young, tak berkaliber.
So budak-budak 5 orang ni hangin la.

Now, dorang pulak 'berjuang' untuk dapatkan hak kawan dorang yang dah mati ni.
Sebab pilot ni masih ada mak, at least ada something lah untuk mak dia.
Mula-mula tu dorang bantahan and demo, tapi tak jalan.
Last-last geram, dorang plan bunuh menteri.

Lepas bunuh, dorang serah diri pada stesen radio, buat live confession.
Kat situ dorang explain kenapa dorang buat benda ni semua.
Kebetulan salah sorang dari 5 orang tu anak seorang bisnesman yang supply parts untuk MIG.
Dia tau bapak dia terlibat dalam skandal ni so basically dorang tau cerita di sebalik kejadian MIG fighters yang menteri cuba sembunyikan.

Tapi bodohnya, walaupun dorang dah buat confession gitu, the menteri instruct untuk ambush and kill.
Takde bicara-bicara.
Sedangkan dorang bukan terrorist pun, in fact tak bersenjata pun.

Sedih part dorang kena bunuh dengan tentera.
Kat sini movie ni tunjuk seolah-olah apa yang dorang lakonkan semula untuk projek filem Bhagat Singh tu benar-benar jadi realiti.
Cuma dulu Bhagat Singh and frens membunuh penjajah asing.
Dorang pulak bunuh bangsa sendiri yang menjajah secara tak adil.
Sedih cerita ni sebab lima-lima orang tu akhirnya mati sama macam kawan-kawan Bhagat Singh dulu.

Aku cerita ni ringkas sangat.
Ko kena tengok sendiri baru feel.
Kamonnnn, rating 8.4 ni okeh.
Movie Dunkirk yang kecoh orang kata best best best tu pun baru rating 8.0.
So, mesti tengok Rang De Basanthi!



3. The Whistleblower (2010) - IMDb 7.2/10

Ini kisah benar, tentang sorang pegawai polis (perempuan) yang dapat offer kerja as Peacekeeper PBB kat Bosnia.
Masa kat sana, dia realized yang kawan-kawan yang sama-sama jadi Peacekeeper terlibat dengan human trafficking and provide sex trade.
Yang buat dia bengang, polis Bosnia tau aktiviti Peacemaker ni tapi buat tak reti je.

Sedih sangat bila the girls yang refused to have sex tu dipukul dan dirogol depan Peacemaker tapi Peacemaker tengok je tak buat apa-apa.
At the same time dia discovered ada di kalangan anggota PBB yang sepatutnya menyiasat kes human trafficking ni pun sama naik melanggan the girls.

Lepas dia report aktiviti ni kat big bos, dia kena pecat.
Even majikan dia pun taknak ambik that case sebaga serious.
Seolah-olah, takpelah Peacemaker nak buat macam tu asalkan dorang stay kat Bosnia.
Karang tak enjoy, taknak keje kat sana pulak.
Ha, lebih macam kurang macam tu la.
Dia syak human trafficking kat Bosnia ni started in 1992, masa international Peacemaker start masuk sana.

Dalam movie ni dia tunjuk how orang-orang ni perdaya young girls.
Caranya, dorang akan recruit someone pi Ukraine, Poland, Georgia atau Rusia, and offer 10 students peluang pergi Itali untuk buat field work.
Perekrut biasanya di kalangan orang-orang yang the girls kenal.
Mula-mula dorang akan bawak the girls to some place for 2-3 weeks.
Kat tempat ni budak-budak pompuan ni akan dirogol repeatedly.
Kalau tak bagi kerjasama, kena bunuh.
Girls ni dijanjikan freedom lepas kerja as sex slave for 2-3 years.
Padahal tak pun.
The only way dorang nak balik adalah dengan jadi recruiter.
So the cyle akan berterusan takde kesudahan.
Kira once terjebak, forever tak balik.

Ngeri sangat bila tengok movie ni.
Tak sure lah if benda ni jadi kat young girls negara kita.
Yang aku pernah dengar girls dari China banyak dibawak masuk ke sini untuk jadi pelacur.
Apa-apa pun this is a story that must be told and retold.
Bila tengok how manusia tergamak memperdagangkan manusia lain, is very inhuman.
Out of touch and mind.

This is jenayah!
Yang paling aku tak boleh brain, ada high demand pulak tu untuk jenayah macam ni.
Bayangkan Peacemaker sendiri tak boleh dipercayai padahal dorang ni semua are the people yang work for world peace.
Young girls silakan tengok cerita ni supaya jangan mudah terpesona dengan janji-janji manis.
Ajak pi obersea lah ape lah, rupanya pi neraka.




Offer ini masih valid hingga Ahad (7 Okt)