2018-10-08

Jangan bantah cakap leader


Ada seorang so-called motivator cakap, leader yang terbaik adalah lelaki.
Kebanyakkan big company yang jadi ketua adalah lelaki.

Ok, fine.
I have no problem with that.

Lepas tu dia cakap yang leader tak suka ditegur.
Biarkan je leader buat salah, nanti dia akan sedar dengan sendiri.
Dia bagi contoh suami.
Suami tak suka ditegur, biarkan suami buat salah.
Kalau dalam sebuah company tu ada suami dan isteri, biarkan suami lead the company.
Isteri jangan tegur salah dia.

Oh, really?

Maaf ya, ada pembetulan aku nak buat di sini.
Kerana aku adalah seorang isteri yang dengan senang hatinya pass the role yang aku pegang selama 7 tahun kepada suami untuk lead.
Aku berbahagia jadi 'orang belakang' saja, no problem.

Pertama sekali, yes betul, suami tak suka ditegur oleh isteri.
Tapi, tak betul kalau isteri tak boleh tegur suami lansung.
Kita hidup sama-sama, kalau dah nampak laki kita hanyut, takkan nak diam je?

Sometimes isteri tegur sebab nak jaga aib suami.
Perangai buruk tu buat dalam rumah takpe, tapi jangan bawak sampai ke luar.
Kalau laki kita terkinja-kinja in public, takkan isteri tak boleh nak tegur lansung?
Nak biarkan macam tu je biar suami jadi bahan umpat keji orang?

Lagi satu, bab berkerja dalam satu company.
Kalau company tu di-initiate oleh suami, ok fine, isteri boleh buat diam je bila suami buat keputusan yang salah.
Itu company kau, kau lebih tau hala tuju yang kau nak.
Karang kalau kita tegur dia kata kita overrule pulak.

Tetapi kalau company tu di-initiate oleh isteri, dan bisnes tu isteri lebih tau hujung pangkal dan hala tujunya, please jangan nak buat kepala kau sorang ya.
Respect sikit penat lelah and jatuh bangun isteri nak bangunkan company, jangan nak stubborn sangat sampai tak boleh ditegur, karang ujung-ujung ranap company tu kau kerjakan.

Aku setuju sekiranya leader/suami boleh ditegur asalkan teguran dibuat dengan lembut dan tak mengaibkan.
Tapi kalau lansung jangan ditegur, siap suruh biarkan je dia buat salah, amboi?
Besar sangat pangkat nampaknya sampai tak boleh ditegur lansung padahal sah-sah buat salah.

Akhlak terpuji seorang suami kepada isteri bukanlah semata-mata layan isteri dengan baik dan tak menyakitkannya (pukul) tapi lebih dari tu.
Akhlak suami yang baik adalah bila suami mampu tahan emosi bila isteri menaikkan darah (contohnya menegur suami).

Seorang suami yang tak bijak, ciri-cirinya adalah degil dan pentingkan diri sendiri.
Suami yang tak boleh ditegur atau menerima kritikan adalah suami yang susah nak say sorry.
Suami macam ni adalah suami yang bodoh dan kalau ini berlaku, sure rumahtangga far from happiness and peace.
Kalau berkekalan pun sebab isteri banyak bersabar dengan karenah dia.

Dalam sebuah hadis pernah menyebut Rasulullah saw dengan Aishah pernah bertengkar.
Aishah report kat bapak dia, Saidina Abu Bakar.
Then Abu Bakar tanya apa problemnya.
Rasulullah saw tanya Aishah "Kau nak cakap dulu atau aku?"
Aishah jawab "Kau cakap dulu tapi cakap yang betul, jangan tipu".

Abu Bakar marah sebab anak dia biadap sangat, terus ditamparnya Aishah sampai mulut Aishah berdarah.
Rasulullah cakap kat Abu Bakar "Kami tak ajak kamu ke perbincangan ini untuk kamu berlaku kasar seperti tu" (Thabrani).

Nampak tak camana Rasulullah saw handle isteri dia yang tengah marah?
Itu cara-cara Aishah obvious punya biadap sampai kena lempang dek bapak sendiri.
Tapi Rasulullah tetap cool cool je.
Yang kita ni sampai tak boleh ditegur lansung dek isteri, wahhh besar pulak pangkat kita dari Rasul eh?

Dalam rumahtangga, kalau suami malas buat benda baik (solat, puasa), isteri kena bersabar, sambil-sambil tu nasihatkan suami ikut kemampuan kita, dan jangan putus doa.
Tapi, kalau suami sah buat salah, nasihat pun tak jalan, maka isteri boleh minta cerai.

Nampak tak ayat yang aku bold kan tu?
Situ dah jelas cakap isteri boleh menasihati suami.
Jadi celah mana yang kata "jangan tegur, biarkan dia buat salah nanti dia akan sedar kesalahannya"?

Isteri, jangan takut nak tegur suami.
Kalau suami buat salah, tegurlah.
Of cos tegur dengan baik sebab kita pun tak mau suami tegur kita dengan tengking-tengking.
Kadang-kadang suami ni tak faham kita tegur bukan semata-mata nak jaga aib dia, tapi nak jaga air muka kita jugak.
Kalau hari-hari orang mengutuk laki kita, kita pun terasa juga.
Malangnya laki kita tak faham, dia ingat bila kita tegur tu kita nak melawan, nak membangkang.
Padahal tak, kita nak jaga air muka kita sebab dia tak reti nak jaga air muka isteri sendiri.

Isteri dah mintak suami blaja mengaji, kalau mak bapak sendiri esok mati, takkan melopong je depan jenazah?
Tapi suami taknak.

Isteri dah mintak suami blaja lead solat, jadi imam, supaya jadi contoh kat anak.
Tapi suami taknak.

Isteri dah mintak suami blaja-blaja lead doa selamat, esok lusa kalau buat kenduri arwah mak bapak sendiri, takkan nak upah tok imam baca walhal anak lelaki ada.
Tapi suami taknak.

Isteri dah mintak suami blaja-blaja agama, rajin-rajin dengar ceramah agama (kot malas nak membaca), esok-esok boleh turunkan ilmu kat anak bini.
Tapi suami taknak.

Bila balik kampung isteri, mak mertua mintak lead solat, menantu buat macam-macam alasan.
Yang isteri punyalah nak jaga airmuka suami, turut sama tipu mak sendiri, bagi alasan macam-macam jugak.
Sampai bila nak beralasan?
Esok-esok yang kena sound isteri jugak "Laki kau tu apa nak jadi? Taknak lansung jadi imam, baca doa selamat pun tak boleh. Laki kau ni tau mengaji ke tak?"

Air muka isteri nak letak kat mana, bang????
Asyik nak jaga air muka kau je.

Kadang-kadang isteri jadi naik hantu sebab suami terlampau kepala batu.
Dah ditegur cara paling lembut pun tetap taknak terima.
Kita ni dah hazab menahan malu orang dok mengata dia, tapi dia tak reti-reti bahasa.
Tu pasal kadang-kadang bini naik hantu.

Turunkan sikit ego tu.
Nak berlagak-lagak sangat nak bawak ke mana lagak tu?
Kalau isteri tegur, tanda dia sayang.
Kalau dia tak sayang, dia buat dek je biar kau nak jadi bahan umpatan orang.
Lantak kau situ asal takde orang kutuk aku cukup, dia kata.
Nak macam tu?

Tak jatuhnya martabat suami kalau isteri tegur untuk kebaikan.
Takde isteri yang nak suaminya jadi bahan gelak, bahan kutuk dan nampak bodoh.