walk on wings, tread in air: Langkawi Adya <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


TESTIMONI GREENAARD


Langkawi Adya
2018-09-24

Khamis sampai Sabtu lepas, kitorang ke Langkawi (again) untuk majlis solat hajat budak-budak skolah Redza nak exam.
Patutnya minggu tu takde pulang bermalam, tapi sebab dah buat surat perlepasan, jadi dapatlah angkut Redza keluar tido hotel 2 malam.
Rayyan macam biasa la, dipontengkan.
Kemain senang lagi bangun pagi kalau tak payah gi skolah.
Cuba kalau kena pi skolah, dari katil nak ke bilik air sampai 10 pit stop dia.
Mula-mula bangun pastu duduk.
Pastu menonggeng.
Pastu termenung.
Jalan kejap benti tepi TV, termenung.
Jalan lagi sikit, benti termenung.
Macamana aku tak bertempik pagi-pagi.
Tapi kalau diajak berjalan, nak-nak lagi naik flight, wah kemain lain kejut pukul 4 pagi sekali cuit je dah berlari mandi.



Aku letak gambar ni kat IG, ada yang tanya kenapa pencil case Rayyan warna pink?

Jangan speku ya.
Itu 'pencil case' maknya.
Aku beli tu buat isi segala tok nenek barang biar henbeg aku tak bersepah.



Isinya ini.

Ni barang-barang yang mesti dibawak kemana-mana.
Sebab tu tak leh pakai clutch-clutch ni semua, banyak khazanah yang aku kena angkut.
Tisu kering, tisu basah, hand sanitizer, power bank, cable.
Hand sanitizer tu selalunya tak guna kat hand tapi untuk lap-lap meja makan restoran bagi wangi.
Sometimes meja makan tak cukup wangi, jadi sebelum hidung aku kembang-kempis kat situ menahan bau-bau yang memualkan, aku akan lap meja guna hand sanitizer.
Kalau boleh angkut mop, aku angkut sekali.
Sekali harung mopkan lantai bawah meja aku duduk tu.

En Wan selalu bising "Apa ni, beg berat-berat?"

Ha'ah, memang.
Mak-mak ni dah macam Doraemon.
Nanti kejap ada yang tanya "Ma, nak tisu".

"Ma, nak power bank"

"Mak, nak wet wipes"

"Ma, tangan adik busuk la, sink tu takde sabun"

Semua masalah ni mak-mak nak kena settlekan, ok?
Jadi jangan cuba-cuba tanya kenapa henbeg berat.



Sampai skolah Redza pukul 1pm.
Just nice budak-budak pun baru turun nak berkumpul dalam dewan.
Dewan pun masih belum penuh, senang nak ambik tempat.
Mata aku melilau cari Redza.
Tak lama lepas tu nampak Redza and kawan-kawan dia jalan masuk dewan.
Dia sorang je tak pakai songkok.
Dalam hati aku dah bajet ni mesti kes songkok hilang (lagi).
Sekali betul, hilang.

Majlis habis pukul 4pm.
Dimulakan dengan Zuhur, then taubat then hajat.
Lepas tu ada ceramah sikit dari ustaz dari masjid berhampiran, YDP, pengetua and wakil guru.
Ada makan-makan juga tapi kitorang puasa hari tu, jadi tapau untuk Rayyan je.



Waktu ni dah habis program, nak check in hotel.
Alhamdulillah, walaupun skolah ni nun kat Langkawi, tapi tak menghalang mak bapak yang duduk kat KL and Selangor untuk datang.
Skolah Redza ni pulak kebanyakkannya memang budak-budak KL/Selangor.
Hari tu ramai mak bapak yang willing ambik cuti untuk datang.
Yang satu flight dengan aku je dah nak dekat 10 family.
Redza kata kalau balik cuti semester, half of the flight budak skolah dia.
Jadi, mak bapak dari KL/Selangor yang nak plan hantar anak ke Langkawi, don't worry, sana ramai 'orang kita'.





Very nice room.
Pilih bilik besar sikit sebab nak letakkan 1 extra bed untuk Redza.
Lagipun En Wan nak kan space yang selesa untuk dia bukak kelas tusyen kat dalam tu.
Bilik ni memang spacious tapi bilik air kecik.
Tapi takpelah, bukan kau nak duduk 24 jam dalam bilik air kan.

Memandangkan puasa, takde aktiviti apa sangat nak dibuat, melainkan tengok tv and baca buku.
Adya ni islamik sikit hotel dia.
Dalam banyak-banyak hotel aku pegi, tak pernah lagi aku jumpa hotel yang semua staff kat dalam tu rajin bagi salam setiap kali berselisih dengan guest, kecuali kat Adya.
Baik receptionist, baik house keeping, room service, porter, pak guard - semua rajin bagi salam.
Aku rasa the management dah train dorang untuk always bagi salam.

Kita biasa tengok orang hias towel bentuk angsa atas katil, kan?
Kat Adya ni, dia gubah sejadah letak atas katil.
Tepi katil ada tafsir Quran, Yasin and rehal sekali.
Kalau tak mengaji gak tak tau lah nak cakap apa. Hahaha.



Nak makan tak boleh, jom lah kita kill the time dengan swimming.
Untung-untung boleh telan air sekali. Eh.




Kat sini ada 3 kolam - kids, adult and female.
Female punya kolam in door.
Aku tak pergi jadi tak dapat snap gambar.

Around 7pm, keluar pi Wan Thai untuk berbuka dengan harapan janganlah ramai orang.
Nasib baik tak ramai sangat, tapi biasanya yang pi Wan Thai ni pergi dengan family yang ramai jadi walaupun nampak macam banyak meja kosong tapi lauk-pauk yang diorder banyak jugak tu.
Dalam 20 minit jugak menunggu.
Sebenarnya takde la lama sangat pun tapi sebab puasa, terasa la macam lama.
Merasa la bukak puasa minum air sejuk, pukul 7.50pm baru jumpa nasi. 



Siakap 3 rasa



Seafood tomyam



Ayam pandan



Sotong goreng tepung


Food kat Wan Thai aku takyah explain satu-satu dah sebab dah banyak kali pi sini and rasanya semua pun tau Wan Thai memang sedap.
Apa yang aku order kat Wan Thai semuanya kena kat tekak and memang puas hati walaupun mahal sikit.
Aku ni kalau bab makan biar mahal takpe asal sedap.
Kalau dah tau sedap, mahal pun aku datang lagi.
Nak-nak lagi kalau puasa berbuka dengan makanan tak sedap, boleh zero markah puasa aku memakikan makanan yang tak sedap tu nanti.

Si Rayyan mengalahkan orang yang berpuasa.
Enam ketul ayam pandan dia hadap sorang.
Lapar gamaknya.
Aku pun lupa, mentang-mentang puasa, tak teringat lansung nak offer dia Milo ke, biskut ke, rilekkk je aku biarkan dia tak makan dari pagi sampai petang. Hahaha.
Yang dia pun tak cakap lapar ke apa, senyap je. Rupanya kebulur.



Sengaja aku tak tambah nasi walaupun ada rasa macam nak tambah sebab aku dah plan aku nak makan kek Choc Brulee.

Ya ampunnnnn sedap yakmat!!
Ni second time aku makan.
First time aku makan 2 minggu lepas (ada cerita pasal ni kat IG).
Disebabkan kesedapannya tak terkata, aku beli lagi malam tu kat Langkawi.
Tak tau nak explain camana tapi memang sedap sangat-sangat.
Nikmatilah sendiri.



Lepas makan-makan kat Wan Thai tu kitorang terus balik hotel sebab kelas tusyen nak bermula.
Around 10 malam macam tu masing-masing terasa lapar balik.
Aku orderkan Club Sandwich.

SEDAP.

Roti dia sangat lembut.
Nampak aje macam sikit ni, padahal kitorang makan bertiga (En Wan tak join).



Morning!

Jumaat di Langkawi.

Memang takde plan nak berjalan atau bershopping.
Sebab dah macam kerap sangat ke sana, Redza pun setiap kali balik cuti belikan coklat, sampai aku pun dah takde rasa nak beli apa-apa.
Kali ni ke Langkawi memang untuk lepak-lepak spent time dengan anak-anak je.
Lagipun En Wan nak intensif tusyen untuk Redza, so most of the time memang lepak dalam bilik sampai lebam.

Breakfast kat sana not bad.
Takde la mewah sangat macam kat Sunway Resort, tapi alhamdulillah semua makanan dia aku boleh makan.

First round aku makan nasi hujan panas with ayam masak merah.



Rupanya kat luar ada roti canai.
Ini aku tak ambik, tapi En Wan sangat kenal bini dia suka roti canai, so dia pi ambikkan.
Tau-tau dah ada atas meja je complete dengan kari.



Third round, bubur nasi.



Lepas breakfast En Wan and Redza keluar pi cari barang-barang Redza, pi mendobi, pi kedai buku, and pi cyber cafe nak print kerja projek Redza, lepas tu terus solat Jumaat.
Sepanjang pagi tu sampailah dorang balik around 2.30pm, aku tinggal dengan Rayyan dalam bilik, mentusyenkan beliau dengan homework Kumon.
Dah settle homework baru bagi tablet.
Apa ko ingat dah memonteng skolah, takyah blaja? 

Tengahari tu aku tak lunch, malas.
Sengkak perut aku makan breakfast banyak sangat.
Disebabkan aku tak lunch, jadi apaknya pun takde mood nak makan tempat best-best, lalu membawa anak-anak beliau makan KFC je sudah.

Around 6pm baru keluar untuk cari makan malam.



Makan kat hipster cafe - Uncle Jai Cafe.
Ini kali kedua aku makan Uncle Jai tapi cawangan lain.
This is new port.

Nampaknya Uncle Jai semakin hipster.
Dulu minum kat gelas, now dia up sikit.
Siapa mintak air buah dia bagi minum terus dalam botol air 1L ni.
Aku mintak ice water je sekali hah kauuu daam cawan je dia bagi.
Besar lagi gelas Rayyan minum Coke.



En Wan makan sizzling yee mee.



Aku dengan Redza makan nasik goreng sotong besar.
Boleh tahan besar sotong dia, rempah dia goreng sotong ni pun sedap juga cuma termasin sikit.
Or maybe aku yang tak tahan masin sebab dah biasa masak tawar-tawar.



Sebelum order aku tanya dulu sotong besar tu sejenis sotong putih ke sotong kering.
Sebab selalu terpedaya dengan sotong.
Ye ye je kata besar sekali yang datang sotong kering.
Tapi kat Uncle Jai ni, dia punya Nasi Goreng Sotong Besar memang sotong yang besar dan pakai sotong putih.



Rayyan punya chicken grill.



Just imagine nak minum 1L air buah sekali hadap, memang jenuh!
Tak abis dua-dua ni minum.
Masing-masing kenyang air buah.
Tapi sedap air tembikai dia.

Malam tu sekali lagi kelas tusyen dimulakan.
Aku ni berdoa je janganlah En Wan ni mengajar sambil naik hantu.
Karang anak tak apa-apa, aku yang stress.
En Wan ni kalau mengajar anak, pitching dia lagi tinggi dari aku, tu pasal aku stress.
Nasib baik mood dia hari tu baik sepanjang kelas tusyen berlansung.



Morning!

Sabtu.

Hari ni memang takde ke mana dah sebab flight kitorang 12.55.
Jadi lepas makan terus siap-siap and hantar Redza balik skolah.

Pagi Sabtu, menu aku nasi lemak.



Round 2.

Takde plan nak makan ni pun tapi En Wan tetina hulur cheese omelette, maka terpaksa lah aku ambik 2 roti.
"Terpaksa" katanya tapi ambik sampai 2 keping.



Another 2 bulan, insyallah Redza tamat Form 2 di sini.
Rasa macam baru je aku berbonding-bondong anak beranak gi hantar dia mendaftar kat sana, tup-tup dah 2 tahun.
Nampaknya macam dah selesa and seronok.
Asal seronok dah la, kalau tak seronok karang serabut kepala aku mikir.
Rayyan pun dah biasa berjauhan dengan abang tapi sesekali jumpa memang bergumpal je kerjanya.

Alhamdulullah flight pegi balik smooth je, walaupun Langkawi hujan tapi takde gegar-gegar sangat.
Boleh pulak aku tetido 10 minit.
Kalau dah boleh tetido tu kira ada peningkatan la kan? Hahaha.



Turun-turun je flight terus ke Restoran Rebung Chef Ismail.
Memang park kereta kat airport sebab dah plan dari airport nak rush ke majlis akikah anak kepada cousin En Wan.
Just nice sampai sana pun dah pukul 4pm, terus dinner je lah.
Nampak pulak sambal tempe, memang situ aku tuju dulu.



En Wan pelik tengok pinggan aku.

"Apeni? Makan nasi beriyani tapi ambik lauk  asam pedas pari dengan sambal tempe?"

Entah, aku main cedok je nasi apa yang ada depan mata.
Asalkan namanya nasik, jalannnnnn.

Tapi seriously, sambal tempe dia sedap!



The family with tuan rumah.



Aku baru try barkTHINS.
Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Dia ad a few flavour tapi yang aku ambik ni Dark Choc Blueberry with Quinoa.
Memang sedap tak tipu.
Ini sejenis makan jangan pelawa orang sebab kat dalam tu sikit je.
Nasib baik En Wan memang tak makan coklat sangat, jadi puas aku hadap ni sorang-sorang.
Ok so now list Redza bertambah.
Selalunya Ferrero Roche, Haribo, Daim, Kinder, Lindt je.
Lepas ni tambah satu lagi barkTHINS :)




Terima kasih yang respond to our offer Jumaat lepas.
Ramai yang dah beli awal sebab nakkan keistimewaan pilih warna mug sendiri.
Ok offer untuk pilih warna mug dah tamat.
Tapi jangan risau, offer harga Ulangtahun ke-3 GreenAard akan bermula ESOK.
Dari 25 Sept sampai 5 Okt semua produk GreenAard akan dapat harga diskaun sempena 3rd Anniversary.
Esok, mug akan tetap di bagi tapi kita bagi random colors.

Nak tau harga dan syarat?
WHATSAPP SINI.


posted by aveo757 @ 11:05 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER