2018-09-25

Happy 3rd Anniversary


HAPPY 3rd ANNIVERSARY GREENAARD!

September 2018 genap 3 tahun aku with GreenAard.
Insyallah Oktober bulan depan genap 10 tahun aku dengan XZIZ Biotech.
Technically, GreenAard is a brand under XZIZ.
Dulu XZIZ distribute biotech lab supplies dari brand-brand overseas.
Now, XZIZ Biotech distribute GreenAard.

Bak kata omputih, a journey begins with a single step.
Tak kira betapa besar impian, kalau tak initiate langkah permulaan, impian akan tinggal impian.
Just like orang yang mendaki gunung paling tinggi kat dunia.
Dorang tak terus-terus tuju kat puncak tapi memulakan perjalanan at the base of the mountain.

Salah satu sebab kenapa kita mudah putus asa atau malas nak mulakan langkah adalah kerana kita aim nak berjaya cepat, aim nak habiskan cepat dan aim nak buat semua benda besar serentak sekaligus.
Tak payah jauh-jauh, satu contoh ada dalam opis aku ni.
Dia punya plan nak buat bisnes tu aku dah dengar dari mula aku kenal dia lagi, tapi tak start-start pun.
Sebab dia always plan to start big.
Nak ada premis dulu baru boleh start bisnes katanya.
Kalau takde, taknak start.

Impian besar tu bagus, tapi impian yang terlampau besar can actually ruin your chances of success.
By the way, ini bukan post tunjuk-ajar-ku-sifu.
Aku belum layak lagi nak ajar orang.
Tapi aku nak sedekah pengalaman selama 10 tahun dalam bisnes.
Baru 10 tahun je pun.
Kalau boleh pakai, pakailah.
Kalau tak boleh, jangan pakai.

Melalui pemerhatian dan pengalaman, apa yang aku boleh kata, orang yang bercita-cita terlalu besar selalunya ketagih pujian, terlampau ingin dikenali, dahagakan kuasa, cintakan duit secara berlebihan dan tend to spend more.
To be fair, actually ini semua kualiti yang bagus dan perlu ada untuk orang yang berbisnes sebab secara lojiknya bila kita aim untuk jadi kaya, powerful and dikenali, kita akan terdorong untuk berusaha kuat bagi mencapai impian kita tu, betul tak?

Hakikatnya, tak macam tu pun.

In fact, in some cases, impian yang terlampau besar can do more harm than good.
Bila impian terlampau besar dan membuak-buak, dalam tak sedar kita jadi terlampau cepat nak grow.
Bila terlampau cepat nak grow, kita end up spend duit recklessly.
Tak ada keperluan ambil pekerja, kita ambik.
Tak ada keperluan tambah pekerja, kita tambah.
Tak ada keperluan beli peralatan, kita beli.
Kita tend to invest kat sesuatu padahal kita belum perlukannya lagi.
Tapi dek kerana too eager to grow dan untuk kelihatan gah, kita buat.
Lama-lama internal structure jadi chaos.

Masa mula-mula aku setup XZIZ 10 tahun lepas, aku start kat rumah je.
Takde keperluan untuk aku cari ofis sebab nature of bisnes aku tak memerlukan customer datang cari aku tapi aku yang keluar cari customer.
Untuk kick start the bisnes aku hanya perlukan alamat tetap untuk urusan surat-menyurat, fax, printer untuk print invoice and DO, dan laptop untuk buat kerja.
Cukuplah itu untuk start bisnes.
Yang penting start dulu.
Kalau nak tunggu semua benda ready dengan gah baru nak start, entah bila nak startnya.

Samalah juga macam 3 tahun lepas setup GreenAard.
Guna apa yang ada penting dulu.
Sebab aku tau takde keperluan untuk bukak kedai sedangkan nature of bisnes adalah online bisnes.

Tapi, pakwe aku always kondem.

"Susah nak berjaya kalau takde ofis khas untuk buat GreenAard, takde semangat nak buat kerja nanti".

"Perlu buatkan ofis ni nampak macam ofis, barulah semangat nak buat kerja"

"Perlu buat signage, barulah orang nampak kedai kita"

Pakkal la dia ni seorang pakwe, kalau tak, dah lama kena tengking dengan aku.
Entah apalah keperluannya nak beli workstation untuk staff sedangkan masa tu takde staff lagi.
Buat menyemak ofis je letak workstation memenuhkan ruang.

Tapi tu lah kan, dah nama kerja dengan suami, gitulah.
Jarang nak jumpa suami yang boleh bezakan role sebagai suami dan role sebagai bisnes partner.
24 jam dia anggap diri dia suami baik kat rumah mahupun kat opis.
Nak taknak, aku ikutkan jugak kehendak dia beli segala barang yang takde keperluan (pada waktu tu).
Kes malas nak bertekak la ceritanya ni.

Boleh jadi jugak asbab ikut cakap suami, walaupun sakit hati, Allah permudahkan juga.
Kalau nak ikutkan prinsip, memang aku takkan spend pada benda yang tak perlu sebab aku tau aku jenis macamana.
Kalau aku kata nak buat, tak perlu ada ofis pun insyallah aku boleh buat kerja.

Isunya kat sini, impian besar tu boleh, provided kau punya resources berlebih.
Kalau resource pun seciput, simpan dulu angan-angan yang besar tu.
Isolate mana yang penting and jalankan dulu.
Jangan sibuk nak buat benda-benda yang less important hanya untuk nampak cantik, nampak gah, nampak berjaya padahal kau sendiri tau condition bisnes kau macamana.

Tak apa start small.
Start small or big bukan isunya, tapi sejauh mana kita konsisten.
Jangan berangan nak tackle the world overnight, nanti kau akan rasa terbeban, hilang fokus dan cepat give up.
Umpama kita nak buat bangunan yang tinggi, konkrit kena kuat.
Nak pasakkan konkrit ambil masa yang lama.
Nak buat dinding yang kukuh takkan boleh dengan dinding pasang siap, tak kukuh mana.
Mesti kena lay one brick a day.

Samalah dengan attend class and seminar.
Ada orang rajin nau gi kelas itu ini, kejap-kejap attend seminar sana sini.
Katanya nak bagi momentum motivasi tu kekal.
Ujung-ujung bisnes tak jalan juga.

Nak tau kenapa?

Because you are facing information overload.
Terlampau banyak sangat information dari orang tu, orang ni, kelas tu, kelas ni, seminar tu, seminar ni, sampai kau rasa nak buat semua benda serentak.
Bila kepala ada terlampau banyak idea dan plan untuk buat macam-macam, you're giving your brain too many things to think about.
Akhirnya jadi penat, tak tau mana dulu nak start, last-last tak start apa pun.

Dia umpama kau masuk kedai makan, tengok buku menu sampai 18 lampir, punyalah macam-macam makanan tulis dalam buku tu tapi kau tak tau nak makan apa.
Last-last kau pilih makanan yang kau sebenarnya tak teringin pun nak makan.
Kau pilih sebab tajuknya macam sedap.
Sekali tak sedap.
Tapi kalau sebelum masuk restoran kau dah tau apa kau nak makan, kau terus tuju apa yang kau nak and pasti kau puas hati.

The point is, being ambiotious in one thing.
The other thing is courage.
Terlampau bercita-cita tinggi tapi takut nak mulakan langkah akan buatkan kita selalu cipta alasan.
Alasan like "nak kena ada ofis dulu baru boleh start", "nak kena ada meja kerja yang proper dulu baru boleh start", etc.
Just pick satu benda and buat.
Lepas tu baru pick another and buat.
Jangan bagi otak letih mikir benda yang tak patut pikir.

Sebenarnya kita tak perlukan motivasi sangat.
Apa yang kita perlukan adalah the right habits.
Motivation is overrated.
Jangan buang masa dengan banyak kat mencari motivasi.

Ada sorang customer GC Plus, guna GC Plus selama 4 bulan.
Berat dia turun 5kg, kiranya roughly sebulan hanya turun 1kg lebih je.
She expect berat akan turun dengan lebih banyak sebab ambil GC Plus with routine work out 3 kali seminggu kat gym.
Bulan ke-5 dia stop ambil GC Plus and only continue with gym only.
Tapi takde perubahan banyak, kali ni lebih teruk, berat dia turun naik sekitar 1kg selama 3 bulan.
Lama-lama dia stop gym sebab give up.
Dia rasa memang dia dilahirkan untuk jadi gemuk.

Sept 2017, dia start ambil semula GC Plus sebab katanya termotivasi dengan testimoni aku.
Aku bagitau dia dengan jelas, motivasi ni bersifat turun naik, it fluctuates over time.
Those fluctuations depend on banyak benda.
Bergantung pada mood dan bergantung pada apa yang kita buat.
Yang akan mengubah impian adalah right habits.

Lose weight ni sama macam membina perniagaan.
Nak perniagaan bertahan, usaha perlu konsisten.
Jangan aim nak berjaya cepat sangat, nanti kau cepat penat dan mudah giveup.
Same goes to losing weight, terlampau aim nak turun 5-6kg sebulan akan buatkan kau cepat putus asa dan semangat luntur separuh jalan.

This lady start again with GC Plus and work out, aku ada bagi sikit tips pilih makanan, alhamdulillah, raya tahun ni, dia adalah salah sorang pembeli kebaya Gurindam Jiwa bersize L.
Dulu badan dia XXL!

Samalah macam some readers yang tanya aku macamana cara nak rajin ibadah, macamana cara nak khatam Quran setiap bulan, macamana cara nak konsisten puasa sunat setiap minggu, macamana cara nak istiqomah bangun Tahajud.
Dalam banyak keadaan, kita gagal istiqomah dalam ibadah sebab kita panjang angan-angan.
Nak buat semua benda serentak.
Kalau nak mengaji nak 2 helai terus sehari.
Kalau nak tahajud nak 12 rakaat terus.
Kalau nak Dhuha nak 8 rakaat terus.

Bukan tak boleh, tapi Allah tak suka kita tahajud 12 rakaat setiap malam selama sebulan, lagi 11 bulan tak buat-buat lansung.
Allah lagi suka kita buat konsisten walaupun sikit.

Mulakan dengan satu istighfar sehari.
Mulakan dengan satu selawat sehari.
Mulakan dengan satu doa sehari.
Mulakan dengan membaca satu ayat Quran sehari.
A journey starts with one step.

Tak apalah, tak salah kalau ada yang berbeza pandangan dengan aku.
Silakan kalau ada cita-cita besar, atau nak start big, atau nak spend big.
No problem. Please teruskan.
Apa yang aku kongsi kat sini dari pengalaman sendiri je.

Apa-apa pun, dengan rendah hati bagi pihak GreenAard, aku minta doakan supaya GreenAard terus sukses dan dapat hasilkan produk yang beri manfaat dan menyelesaikan masalah pengguna.
Sehingga hujung tahun ni, aku dah stop membaca jurnal, kasik rest otak kejap dari buat new produk.
Insyallah tahun depan kalau ada rezeki baru start with new one.
Kalau ada cadangan, sila kemukakan.

Terima kasih untuk semua yang support GreenAard sepanjang 3 tahun ni.
Hari ni hingga 5 Oktober kita launch harga ulangtahun ke-3 GreenAard.
Semua produk ada diskaun.
Yang baru nak try, this is your chance untuk dapatkan produk GreenAard dengan harga promosi.
Yang pengguna tegar, ini waktunya simpan stok.

Setiap pembelian RM130 atau lebih, dapat thermo mug GreenAard.
Refer harga di bawah and WHATSAPP SINI untuk order.